Hai, ni kali kedua aku hantar artikel kat IIUM Confession. Thankyou for being my safe place to express my problems. Ini bukan luahan, tapi lebih kepada kesedaran kepada pembaca-pembaca semua yang nak beli IPhone selain dari AAR (Apple Authorized Reseller).
Okay apa yang aku nak cerita ialah pengalaman aku beli Iphone dari sebuah kedai yang cukup terkenal di sosial media. Siapa tahu tu tahulah hehe. First thing first is di sini aku tegaskan yang aku tak ada niat nak jatuhkan periuk sesiapa.
Kalau nak burukkan kedai dia, kat sini pun aku boleh mention nama kedai tu. Jadi ambil saja pengajaran dari kisah aku sebelum beli Iphone dari kedai selain AAR.
Aku beli Iphone XS 64gb dengan harga RM2500 kalau tak silap tapi for sure dalam range RM2.5K pada tahun 2021. Mahal? Ya, mahal tapi itu ialah Iphone pertama aku. Jadi aku rasa agak teruja dan aku iakan saja harga semahal itu kerana mindset aku ‘Iphone memang mahal’.
Aku tanya pendapat dua orang kawan aku yang guna Iphone, dan mereka pun beri sokongan pada aku. Aku buat pembayaran. Dalam masa seminggu, aku sudahkan pembayaran dan aku terus dapat phone.
Sebabnya kedai ni berkonsepkan ansuran di mana pembeli perlu habiskan bayaran baru dapat Iphone. Okay, tiada yang fishy. Logiklah kan?
Adil untuk kedua-dua pihak.
Masalah pertama berlaku lepas 2 bulan guna phone ni, iaitu masalah battery. Aku tak syak apa-apa bila battery health aku drop 95% lepas update IOS 14, sebab ada yang kata benda tu normal.
Yang jadi masalah bila satu hari tu, tiba-tiba phone aku mati sendiri. Aku fikir mungkin aku tak cas phone. Jadi aku pun cas phone seperti biasa. Tapi selang beberapa minit, phone aku mati lagi.
Aku mula rasa cuak. Setiap kali aku on phone, setiap kali tu phone aku restart semula. Aku tanya kawan-kawan, diorang tak tahu sebabnya phone aku phone baru. Mustahil masalah battery.
Aku contact kedai pula sebabnya mereka kata kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk mereka. Mereka minta aku hantar video dan screenshot battery health. Dan mereka respon yang phone aku hadapi masalah battery.
Benda ni berlarutan sampai 2 minggu. Mereka minta aku hantar phone pada pihak technician untuk urusan baiki, tapi sebab beberapa kekangan aku terpaksa tangguh.
Okay, aku lajukan sampai part aku pos phone pada pihak technician. Aku faham syarat-syarat untuk claim warranty, sebab tu aku yakin untuk hantar pada mereka.
Tiada respon sampai seminggu dari pihak mereka. Aku terpaksa tebalkan muka untuk tanyakan keadaan phone aku, selang sehari dua baru mereka respon.
Kiranya kedai ni jadi orang tengah antara aku dan technician. Aku diberitahu panjang lebar berkenaan keadaan phone aku dan pihak technician katakan stiker warranty aku terbatal.
Mereka kenakan aku cas sebanyak RM260 untuk baiki battery aku disebabkan stiker warranty yang telah terbatal atas alasan aku pernah hantar phone pada kedai lain.
Sedangkan aku tak pernah hantar phone aku untuk dibaiki pihak luar sebab aku faham syarat-syarat untuk claim warranty kedai. Aku tegaskan yang aku tak pernah baiki phone luar, tapi pihak technician hantar gambar yang stiker aku tertanggal.
Wallahualam, aku tak tahu itu cerita yang direka-reka atau apa tapi sumpah aku memang tak pernah hantar phone ke kedai luar. Lepas beberapa jam, aku tegaskan mereka untuk pos semula phone aku.
Tapi pihak kedai kata yang mereka dah berurusan dengan pihak technician dan mereka bersetuju untuk tidak kenakan aku sebarang cas.
Kawan aku cakap kedai ni macam nak scam aku, dia mula rasa ragu-ragu bila aku cerita pasal ni.
Dia kata kedai ni macam jual ip refurbished. IP refurbished ni macam dia dah tukar beberapa part dalaman IP mungkin disebabkan minor problem kemudian dijual semula. 3 hari kemudian aku masih tak dapat sebarang berita berkenaan phone aku.
Dah masuk 3 minggu ya aku tunggu sedangkan untuk tukar battery paling laju boleh siap dalam 30 minit. Ini nak kena rush baru nak gerak.
Aku mula geram dan fikir bukan-bukan. Lepas beberapa kali aku rush, baru dapat phone.
Itu pun aku tanggung kos penghantaran RM16 sebabnya phone aku tak dihantar terus pada aku, tapi dihantar pada kedai di mana aku berurusan untuk pembelian phone ni.
Aku tak nafikan kedai ni okay dari segi service dengan customer. Aku adalah chat berjela-jela panjang pada kedai tu lepas dapat phone.
Kemudian aku cuma bluetick ws yang mereka kirim.
Okay, selang 2 bulan aku pakai, ada lagi masalah lain muncul. Iaitu phone aku cepat panas macam nak meletup bila aku on data dan main beberapa minit.
Bayangkan, aku on data dan main untuk seminit, battery dari 98% boleh drop 93%? Aku dah malas berurusan dengan kedai tu sebab warranty aku dah habis claim.
Jadi aku tanya beberapa kawan aku yang pernah membaiki Iphone. Kesimpulannya aku dapat nyatakan yang phone aku bermasalah
Charging IC dan kosnya lebih kurang RM200-400 bergantung pada tahap kerosakan.
Masa tu aku cuma teguk liur. Aku masih pelajar, bukan sudah ada duit sendiri dan bekerja. Jadi aku cuma mampu berharap phone ni bertahan sampailah aku habis belajar.
Oh untuk tambahan, aku seorang yang cermat dan jaga barang aku baik-baik. Setakat pengalaman aku, aku pernah guna phone untuk tempoh 4 tahun. Kena air tak pernah, paling-paling pun phone tu jatuh saja. Tu pun elok lagi.
Nak banding dengan Iphone yang aku pakai sekarang lagilah aku tatang macam anak sendiri. Tak main masa cas, tak overcharged, tak kena air apatah lagi jatuh sebab aku tahu Iphone ni memang sensitif lagi-lagi Iphone X ke atas.
Masuk bulan keenam, phone aku mula menunjukkan masalah lain iaitu restart berkali-kali. Aku cepat-cepat ke kedai dan kedai kata mungkin masalah battery. Tapi, battery health aku baru 81%. Aku urgent, jadi aku kata buatlah apa-apa asalkan saya dapat phone ni semula.
Tapi abang tu kata dia tak recommended aku untuk tukar battery IPXS di kedai-kedai biasa. Dia suggest aku untuk ke Switch.
Aku kata aku urgent. Battery IPXS nak tukar di Switch RM380, belum masuk kerosakan lain atau ada part phone yang bukan original Apple. Aku merayu, last-last abang tu setuju.
Abang tu pesan yang phone siap dalam tengahari esok, sebab kedai dia tiada stok battery. Aku setuju. Esoknya, abang tu beritahu yang dia sudah selesai tukar battery baru pada phone aku. Tapi, phone aku masih sama iaitu restart berkali-kali.
Dia minta tempoh sehari untuk lihat sama ada kerosakan pada motherboard dan dia akan maklumkan semula pada aku. Esoknya abang tu call aku dan minta aku ambil phone di kedai.
Aku diberi penerangan bahawa technician lama yang tukar battery aku ni guna battery copy ori dan mungkin telah disetkan ribbon pada battery tidak kemas pada connector.
Entah, aku tak beberapa arif nak explain di sini tapi apa yang aku faham, technician lama yang pernah aku berurusan tu mungkin tak jujur sebab ribbon pada battery aku tidak kemas pada connector menyebabkan phone aku restart berkali-kali. Abang tu pulangkan battery lama aku beserta ribbon.
Dia pesan pada bahagian setting, battery aku paparkan ‘service’ disebabkan oleh battery baru yang dipasang tidak disertai dengan ribbon dan connector. After all, semua beres. Mungkin bahagian connector saja bermasalah. Aku bayar jumlah dan terus balik ke rumah.
Dan hari ini, phone aku masih jadi benda yang sama. Tapi aku ada baca yang mungkin ada masalah memori penuh, jadi aku hapus beberapa fail, apps dan gambar yang tidak penting. Setakat ni phone sudah okayy.
Di sini aku nak tegaskan yang aku bukan kena scam sebab barang tak dapat, tapinya aku rasa ralat sebab aku bayar mahal-mahal, kerja sambilan cari duit dan menabung untuk beli Iphone. Mereka beria kata IPhone mereka newset. Kebenarannya, wallahualam aku pun tak tahu.
Bukan aku nak cakap yang semua kedai jual IP ni scam, tapi sebagai langkah berjaga-jaga buatlah penilaian sebelum membeli. Mahal sangat pun tak logik sebabnya certain Iphone dah discontinued oleh Apple.
Kalau beli di AAR, sekurang-kurangnya tiada risiko Iphone tu fake/refurbished set dan boleh rujuk AAR terus kalau ada sebarang masalah.
Jadi ini beberapa tips yang patut diambil sebelum kalian membeli IP:
1. Banding harga pasaran (murah sangat tak logik, mahal sangat tak logik juga)
2. Lihat sama ada IPhone tersebut discontinued oleh AAR atau tidak
3. Periksa nombor siri dan IMEI
4. Tanya pendapat kawan-kawan yang pakar dalam IOS
Jadi akhir sekali aku sangat menyarankan anda untuk membeli Iphone dari AAR sahaja. Aku sekadar menyarankan sahaja. Mungkin dalam ramai customer, aku yang tidak bernasib baik. Dan, aku cuma jumpa 2 review rating rendah berkenaan iphone dari kedai itu.
Ini aku tak tahu lah phone ni bertahan sampai bila. Andai betullah phone ni ditukar beberapa part sebelum dijual pada customer, hm aku pun taktahu nak kata apa.
Kesian pada customer bayar mahal-mahal tapi phone pakai setahun dah jahanam. Ikutkan aku nak maki je sepanjang artikel ni tapi tulah, kena sabar. Better beli di Machine/Thunder/Switch/Sen Heng.
Terima kasih pihak IIUM Confession.
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit