Pengguna LDP Tol Sunway Setiap Pagi

ni luahan aku untuk pengguna jalan raya especially yang lalu LDP, tol SUNWAY menghala ke FEDERAL dan DAMANSARA setiap pagi.

yang tak guna tol ni pun aku syak mesti tau yang tol ni setiap pagi jem melekat sebelum dan selepas tol ni

jadi disebabkan jem teruk dan meloyakan ni, mohon kau amalkan ni

1. tolong RANCANG lane tol mana kau nak guna sebelum kau betul-betul sampai depan tol tu. jangan nak terhengeh-hengeh kejap nak pakai smart tag kejap nak pakai touch n go, kejap dari smart tag terus nak pegi tambah nilai. kalau kau dah tau baki kau haritu tak cukup atau ragu-ragu baki tak cukup mohon terus lah kau ke tambah nilai punya lane. jangan dah sampai smart tag baru eh eh tak ada baki. kau tau tak sebab kau sorang habes beratus kereta lain terpaksa beratur sampai ioi mall tu.

2. lepas tu, kalau kau dah nampak ada manusia yang tak tetap pendirian tetibe nak gi touch n go, tetiba nak ke smart tag, tetiba nak tambah nilai tu, boleh tak kau bagi je dia jalan. jangan EGO sangat. biar dia sorang je yang menyakitkan hati aku, kau jangan nak tambah menyakitkan hati. bila kau tak bagi jalan, kau menambahkan sesak kat belakang tu. dah satu hal kene tengok drama korang berdua sesama taknak mengalah. berebut-rebut.

3. tu kalau dah berdrama tu dan nasib kurang baik dah bergesel pulak kereta masing-masing. dah satu hal pulak berhenti kat tengah-tengah jalan sebab kereta bergesel. wehhhhhh, kau tau tak aku ni pergi kerja setiap pagi sejamm wehhh. kalau kau dah bergesel tu dan berhenti tengah-tengah jalan kau rasa aku sempat ke sampai office sejam? mohon alihkan kereta KE TEPI?

4. lepas tu, kalau org lain dah bergesel keretaa nya, biar dia dua orang aje berdrama bertekak tengah jalan tu, korang tak payah lah nak keluarkan HANDPHONE nak amik gambar bagai. kang dah amik gambar dah slow and break satu hal, pastu dua tiga kereta dah sailang lane kau pun kau tak perasan. aku ni beristifar aje lah belakang kereta kau tu tunggu kau jalan.

5. bilaa dah keluar handphone dah amik gambar tak perlu lah kau nak main WHATSAPP, FACEBOOK, INSTA, TWITTER bagai-bagai kang kalau dah berlanggar dengan kereta depan takan ke menyusahkan lagi? dah kene berdrama lagi tunggu kau alihkan kereta ke tepi.

6. aku ni pagi-pagi tu ada gak lah rasa macam sakit perut nak yak yak tapi disebabkan perangai masing-masing memandu dengan fikiran yang cetek, termasuk balik rasa nk yak tu tau tak. kau bayangkan lah dengan LORI pun dia ajak nya berdrama. bagi je lah jalan. yang LORI pun sama, aku tau kau tu besar tapi bertolak ansur lah sikit. kalau kereta tu dah separuh kedepan, bagi je jalan. ni kau nak sangkut kat tengah-tengah tu berebut nak masuk lorong tengah dah kenapa? kau lori kan wehhh boleh tak kau lepak aje lane kiri.

7. pengguna EXPRESS LANE – kalau kau memang akan stay sebelah kanan aje baru kau guna express lane boleh tak? kalau kau nak masuk federal sebelah kiri kau tak yah gunaa express lane. kau tau tak kau dari paling kanan ke paling kiri tu, dah lah masuk tak signal, lepas tu terkial-kial. habes semua kereta terpaksa berhenti bagi kau jalan. kau tak rasa bersalah ke menyusahkan orang?

8. mohon tukar lane pakai SIGNAL. ye SIGNAL. kau kesian lah kat abang-abang motor weh. dorang elok-elok je bawak motor pastu terpaksa break, cilok sana sini sebab kau masuk membuta tuli. abang motor dah la takda lane sendiri kat situ. kau tak kesian ke?

9. kalau kau makan dalam kereta aku tak kesah sebab kadang-kadang memang lapar nak meredah jem pagi-pagi. tapi SAMPAH tu kau takyah lah nak buang merata. walaupun kau bukan menyebabkan jem tapi sebab seketul sampah kau tu menyebabkan mood aku setiap pagi terganggu. muka cantik make up cantik tapi buang sampah merataa. tu belum lagi abang sado merokok pagi-pagi buang puntung rokok merata. rasa macam nak turun aje lepuk kepala abang sado ni guna handbag. otak cetek.

mohon lah kita sama-sama berubah supaya kita sampai office tepat pada masa nya. mari?

– – Pekerja Mithali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit