Assalamualaikum semua. Salam Ramadan.
Dalam setahun ni, aku kehilangan 3 orang yang paling aku sayang. Kehilangan yang berturut ni buat aku sedih sangat-sangat. Aku jadi lost, aku jadi pendiam.
Tiga-tiga insan kesayangan aku ni semasa mereka ada, hari-hari kami communicate through phone calls, video calls, whatsapp dan voice notes kalau tak jumpa face to face.
Sepanjang hidup aku, aku served mereka. Apa dorang nak, aku usahakan. Apa dorang nak makan, aku cari. Mana dorang nak pergi aku bawakan.
Bila tiga-tiga ni dah tinggalkan aku, aku jadi lost sebab routine aku dah tak sama. Tak ada orang call lagi dah. Tak ada orang untuk dilayan.
Tak ada lagi nombor atau nama yang ditunggu-tunggu call or whatsapp dah. Bila pergi rumah, orang yang tersayang ni tak ada kat usual spot mereka. Footsteps mereka berjalan pun tak lagi aku dengar.
Bau-bau mereka pun tak ada lagi aku hidu. Sentuhan lembut mereka pun tak dapat aku rasa. Hati aku sakit sangat-sangat. Hanya gambar, video, voice notes jadi pelepas rindu.
Dalam masa setahun ni juga, aku cuba ubah diri aku. Aku cuba jadi the best version of myself dengan menghambakan diri kepada Allah.
Aku memang mengharapkan semua pada Allah. Serba serbi aku serahkan pada Allah. Aku redha dengan apa yang Allah dah tulis pada aku.
Aku bersangka baik dengan ketentuan Allah untuk diriku dan insan-insan yang aku sayang.
Jadi, aku pun usaha nak dekatkan diri dengan Allah. Aku start solat malam. Tahajjud 2 rakaat, taubat 2 rakaat, hajat 2 rakaat dan witir 2 dan 1 rakaat.
Aku cuba konsisten buat hari-hari. Dalam kesunyian malam tu aku mengadu semua kesedihan, kerisauan dan kegusaran pada Allah. Benda ni jadi terapi untuk aku.
Masa ni aku memang bersungguh doa dan minta apa yang aku hajati.
Mula-mula memang buat solat malam sebab aku sedih sebab baru kehilangan insan-insan tersayang. Tapi bila dah konsisten, akan ada rasa rindu dan tak puas kalau tak buat. Cubalah.
Aku jugak amalkan solat sunat dua rakaat sebelum subuh. Sebagai pembuka rezeki. Aku banyakkan mengaji Al quran. Al kahfi setiap malam jumaat untuk elakkan fitnah di akhir zaman.
Bila dah biasa baca surah Al kahfi ni, perasaan cemburu or iri hati dekat orang lain punya rezeki, harta, kebahagiaan tu hilang. Dah takda rasa nak bersaing dah dengan orang lain.
Umpama aku dah content dengan apa yang ada. Selain tu derma, sedekah dan belanja orang. Jangan takut duit habis. Insha’Allah ada sahaja rezeki lain masuk. Yakin lah, yang duit kita ada tu ada sebahagian milik orang lain.
Surprisingly, memang aku nampak banyak perubahan pada diriku dan my surroundings dalam masa setahun ni.
Banyak rezeki yang tak disangka-sangka dan tak putus. Urusan harian juga dipermudah. Hati lebih tenang dan yakin.
Bayangkan, ada sekali tu nak carik parking saja pun, tapi sempat tawakal dan berharap dengan Allah, dapat pulak hot spot yang memang mustahil nak dapat kalau peak hour.
Mungkin benda ni remeh saja kat sesetengah orang, tapi bagi aku yang overly excited ni memang bestlah.
Tapi, even rezeki melimpah, aku akan jadi sedih tiba-tiba sebab aku nak sangat share dengan orang-orang tersayang aku ni, tapi mereka dah tak ada. Aku paling suka tengok reaction dorang bila aku share any good news.
Sebab insan-insan tersayang aku ni memang aku selalu suruh doakan aku dan aku tau mereka memang tak miss bangun solat malam.
Sekarang aku kena accept reality yang mereka dah tak ada. Aku cuma boleh sedekahkan Al Fatihah dan kirimkan doa di setiap solatku untuk mereka.
Aku harap usaha aku untuk baiki diri cukup untuk aku berkumpul semula dengan insan tersayangku di syurga nanti.
Bila aku fikir balik, Allah ambil insan yang aku sayang dalam keadaan yang sangat baik. Jadi kenapa aku nak kena sedih lama-lama?
Bukankah yang terbaik dari Allah itu berjuta kali ganda lebih baik dari apa yang aku boleh buat untuk mereka jika mereka masih ada?
Aku cuma perlu yakin dengan kasih sayang dan rahmat Allah padaku dan insan-insan yang ku sayang. Semoga Allah kurniakan syurga tanpa hisab buat insan-insan yang ku sayang, untuk diriku, keluargaku dan pembaca sekalian.
– Cempaka putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit