Assalamualaikum kepada semua warga IIUM confession. Terima kasih kerana menyiarkan confession ini. Aku ingin membuat confession tapi bukan pasal aku, pasal Angah aku. Aku ex student IIUM dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat diri aku sendiri, newlywed =D Aku ada 4 adik beradik dan aku anak paling last. Aku nak bercerita pasal Angah aku, mungkin tidak dapat tidak, boleh jadi pedoman buat lelaki kat luar sana.
Ceritanya begini, Angah aku umur dah 30++. Dia sorang je adik beradik lelaki dalam keluarga kami. 10 tahun lepas, masa dia sem akhir, dia pernah kena tinggal dengan perempuan. Angah aku ni, sebab dia sorang je lelaki dalam adik beradik kami, sikap penyayang dia dekat kami, adik beradik perempuan ni lain macam sikit. Sejak dari kecik, kalau pergi main kat taman ke,ada gaduh-gaduh dengan sepupu masa raya ke, dia lah yang jadi superhero kami. Sikap penyayang dia tu kat kami memang nampak la. Mungkin sebab tu, sikap penyayang dia terbawak-bawak tika berkawan dengan kawan kawan dia kat U. Yang perempuan khususnya.
Angah aku masuk U kira-kira 10 tahun lepas. Masa tu memang sad lah sebab superhero kami dah besar. Tengok dia excited je masuk U, rasa sedih kami tukar jadi terhibur. Akhirnya dapat jugak dia merasa ada ‘abang-abang’ haha. Masa tu aku ambik PMR. Sedih jugak lah takde orang nak teman aku belajar. *Angah sebab kau masuk U la math aku PMR dapat B. Ganti balik aku nak A! haha
Okay, cerita dia fast forward 4 tahun lepas tu, lepas Angah grad, aku tengok perangai Angah ni lain macam sangat. Kat rumah dia makan sikit je. Most of the time dia akan terperap kat bilik. Dah takdenya nak bergurau dengan kami. And lepas dia grad tu, dia kurus sangat. Lain macam, sebab sebelum ni dia berisi kot. Dia lagi gemuk dari aku kot haha. Dulu mula-mula, kami ingat biasa lah kot orang lelaki macam tu. Dah jumpa kawan-kawan kat U mesti la berubah. Tapi kami jadi pelik sebab lepas dia dapat kerja, dia jadi sangat sangat workaholic. Weekend pun dia kerja. Dalam setahun, dia akan ambik cuti seminggu terus. Dia akan gunakan cuti dia pergi melancong. Kadang-kadang Jepun. Ada sekali tu dia pergi pulau mana tah aku pun tak pernah dengar. Mungkin bos dia takde masalah dia ambik cuti lama terus. Sebab Angah ni memang takpernah cuti, LANGSUNG.
Lama-kelamaan, sebab pelik, aku, Along dengan Kak Cu ambik keputusan nak ‘interrogate’ mak (sebab of all people, mesti mak tahu apa jadi). Mula-mula tu, mak macam taknak bukak cerita. Tapi sebab kami adik beradik ni sayang sangat kat Angah, kami pura-pura nangis sebab cakap kesian kat Angah (haha sory mak, love you) mak kalah. Mak beritahu, Angah pernah cerita yang masa dia kat U, dia pernah suka sorang perempuan masa tahun pertama dia. Diorang jadi rapat dan Angah janji dengan dia yang Angah akan lamar dia lepas dia dapat kerja. Angah aku tu dah la macam tu. Perempuan tu perempuan pertama dia suka dalam hidup dia (dan mungkin yang last). Tapi masa tahun akhir, perempuan tu suruh Angah lamar dia. Sebab katanya nak kahwin sebelum grad. Dari apa yang mak cakap, yang aku faham perempuan tu minta macam tu sebab nak mudahkan kerja-kerja dakwah (oi sumpah aku tak faham. Itu dari fahaman aku. Bab-bab dakwah ni aku tak tahu apa so aku taknak judge apa-apa. Dakwah tu bagus). Yang Angah aku ni.. Lurus bendul jugak. Separuh mati dia kerja part-time masa sem akhir tu (patut la kurus. mungkin aku patut start kerja part time separuh mati juga haha). Semata-mata nak kumpul duit. Nak merisik.
Tapi korang tahu kan, manusia ni.. kalau hati dah berubah..
Tak lama sebelum habis degree tu, perempuan tu mesej Angah. Suruh Angah berhenti berharap. Sebab dia dah terima tunangan orang. Satu persatuan Usrah dengan dia. Aku tak faham betul perempuan tu. Angah aku nak kata tak handsome, tak jugak. kulit putih. Takdela gemuk, kurus-kurus berisi. Budak surau. Sayang family. Sayang parents. Pandai main gitar. Pointer pun power. Nak apa lagi woi? ;( Jadi cerita dia, sejak saat tu, Angah tak pernah suka, cerita, couple apakan lagi dengan perempuan. Sejak hari tu, bila aku tengok mata Angah, aku nampak mata dia macam ‘a look of a dying man’. Korang faham kan. Badan kat sini. Mata dan hati dah mati. Macam orang yang dah mengalah dengan dunia.
Kita orang ni pun, sebab sayangkan Angah, jenuh kami cuba carikan jodoh untuk Angah. Dari yang cun macam Mira Filzah, yang arabic nama Sharifah, yang muka ala-ala chinese sikit. Semua kami cuba recommend untuk Angah. Tapi ada sekali tu sumpah berderai hati aku. Angah cakap dengan kami, takpayah lah susah susah. Orang yang dia nak mungkin dia akan jumpa kat akhirat je nanti. T.T T.T Angah ni aku rasa, dia sanggup tunggu sampai perempaun tu jadi janda pum dia sanggup tunggu. Masalahnya perempuan tu bahagia kot. Dah ada anak 2 pun. Aku tak dapat bayangkan macamana perasaan Angah tengok gambar kahwin perempuan tu.. Apalagi gambar diorang pegang tangan anak diorang sama-sama (aku kaki stalker kot dulu haha). Mungkin sebab tu, Angah pernah ada Facebook tapi dia dah delete semua tu. Benda-benda media sosial ni dia tak ambik port langsung.
Angah kerja kat KL. Sebab rumah dia dekat dengan tempat aku belajar, aku selalu tumpang rumah dia dulu. Tapi sebab sifat workaholic dia tu, most of the time aku sorang-sorang je kat rumah (takpe aku tak kisah sebab rumah dia ada Play Station xD) Ada sekali ni, nak dekat-dekat raya, aku ajak Angah beli barang kat Tesco. Senang buat kami masak-masak nanti kat kampung. Masa nak bayar tu, guess what.. terjumpa ex dia tengah beli barang dengan suami dia( Subhanallah aku yang perempuan ni pun rasa dia sangat cantik bila jumpa depan-depan). Aku tak tahu Angah aku ni selalu ada bad luck ke macamana. Ex dia pun sama, ada 13 negeri dalam Malaysia dan 3 buah wilayah persekutuan, beratus TESCO dalam Malaysia, kenapa kau nak shopping kat situ hah? Angah ternampak perempuan tu. Perempuan tu pun sama. Cepat-cepat dia lari. Sepanjang jalan balik kampung tu, Angah senyap je. Kat kampung, Angah demam teruk 4 hari. Muntah-muntah. Mak tanya kenapa jadi macamtu tapi aku tipu cakap salah makan. Dahla masa raya. Kesian kau Angah. And masa aku nak kahwin haritu, Angah bagi aku 10k. Aku terkejut. Mati-mati aku taknak terima. Cakap aku dengan bakal husband mampu je. Then Angah marah aku. dia cakap..
Dulu aku kena tolak sebab aku takde duit. Aku taknak kau jadi sama dengan aku. Kau guna duit ni. Buat belanja lepas kahwin. Then Angah blah. Dia pun minta maaf tak dapat datang majlis aku. Sebab dia ada kerja kat Singapore. Urgent.
Aku nangis. Aku bagitau mak. Mak nangis. Along dengan Kak cu datang tanya kenapa nangis. Aku bagitau diorang. Diorang nangis sama-sama. Last-last Abah marah kami kenapa tak buat kerja tapi nangis sama-sama. Majlis dah dekat. Abah ingat kami layan drama Korea haha. hm..
Angah.. apa pun jadi in the future, kau lelaki terbaik aku pernah kenal selepas Ayah. Aku harap kalau ada rezeki aku dapat anak, anak aku akan jadi sebaik kau. Aku tak rasa kau bodoh. Aku rasa kau sangat setia. Dan aku kagum. Moga cinta kau pada Allah juga begitu.
Untuk lelaki-lelaki kat luar sana. Dan juga gadis-gadis manis macam aku, aku nak nasihatkan. Kalau kamu suka seseorang, janganl kamu tenggelam jauh dalam satu pengharapan. Kamu kena tahu, kamu hanya perlu bergantung harap pada Allah semata-mata. Kerna Allah lah yang memegang hati-hati manusia. Kamu nak hati mereka, kamu minta pada Nya.
So.. korang doakan lah Angah aku jumpa jodoh dia ye. Jauh sekali aku nak berprasangka buruk dekat perempuan yang tinggalkan Angah tu. Korang pun sama. Janganlah salahkan jalan dakwah ke apa. Korang ambil iktibar je apa yang patut dan jangan judge. bagi aku, kisah ni jadi dalam hidup aku (or Angah aku to be precise) supaya aku boleh menulis dan menceritakan perihal pengajarannya dekat orang lain. Terima kasih IIUM confession sebab bagi platform. Takut aku nak share benda-benda macam ni kat wall sendiri.
Have a nice day people! Assalamualaikum
– pengantin baru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit