Assalamualaikum. Luahan aku berkisar aktiviti penghisap rokok (Baca: perokok) dan penghisap asap/ aerosol (Baca: vaper) di tempat umum.
Dua kelompok ini memang paling aku benci apabila terserempak atau berada berhampiran mereka di kawasan umum.
Kalau boleh pilih antara perokok dan penghisap asap, aku lagi benci penghisap asap sebab lebih kerap menghembus asapnya tidak mengira tempat; hatta di dalam bilik mesyuarat yang tertutup.
Kebencian ini memuncak apabila aku melihat kelompok mereka ini semakin berleluasa tanpa kesedaran untuk berubah (Baca: jahil murakkab). Aku bagi 4 contoh tempat awam yang selalu menjadi tempat perokok dan penghisap asap menghembuskan asapnya.
Lokasi pertama ialah taman permainan, tasik dan kawasan bersenam. Cuba bayangkan dalam keadaan bersemangat waja bersenam keliling tasik sambal mendorong kereta sorong bayi, anda di sapa oleh asap yang dihembus perokok dan penghisap asap?
Saya jamin, tiada doa mahupun pengharapan yang timbul di dalam sanubari melainkan suatu keburukan akan menimpa kepada penghembus tersebut.
Yang kedua ialah kawasan umum yang sempit. Contohnya stadium.
Untuk peminat bola tempatan seperti aku yang hanya datang apabila pasukan bola negerinya masuk final, ianya tidaklah begitu terasa… tapi… cuba fikirkan untuk peminat-peminat sejati yang kerap hadir bersama keluarga.
Pengalaman aku semasa di stadium, orang sebelah aku menghisap rokok…tapi.. belum sempat aku nak tegur, rupanya dalam baju dia ada beg plastik yang sedang menggelembung (Baca: hidu gam).
Memang aku tak jadi tegur la sebab puak2 hidu gam ni kebiasaannya ada bawa pisau.
Maka, selaku pesilat yang belajar tak habis sebab tak nak mandi limau, aku memilih cara orang yang tidak mempunyai kuasa; menolak ketidakadilan hanya dengan hati.
Yang ketiga ialah kedai makan. Aku boleh faham kenapa pemilik kedai tidak mengambil tindakan kepada perokok dan penghisap asap ini.
Hal ini kerana, polisi kerajaan berkaitan hal ini masih tidak jelas dan merekalah kelompok pelanggan paling besar di kedai makan. Isu nya, fikir la sikit hal orang lain.
Paling kurang, tengok la kedai yang anda pergi. Contohnya, lokasi kedai makan bawah pokok ko nak hisap rokok, boleh la aku tutup mata. Ini ko pi hisap dekat Tea House di Cameron Highland kot. Orang bawa keluarga nak bersantai di situ sambal feeling2 luar negara.
Aku memang geram betul bila sambil layan perasaan selepas terkurung di rumah kerana COVID-19, diganggu oleh bau asap rokok. Aku terus turun ke tingdekat bawah dan mengadu ke penyelia kedai tersebut.
Yang musakatnya, bila penyelia tu naik ke tingdekat atas, dan2 penghisap rokok tu dah stop. Maka, tiada bukti untuk menghalaunya.
Selepas kejadian itu, memang aku akan snap siap2 agar aku ada bukti. Hakikatnya, aku tak suka nak snap gambar penghisap rokok atas dasar privasi, tetapi selepas kejadian tempoh hari, aku perlu berubah agar ada bukti untuk halau kelompok ini.
Yang keempat ialah pusat kesihatan. Sekiranya anda merupakan pengunjung tegar di sesebuah hospital atau klinik, tentu anda akan dapat melihat perokok dan penghisap asap menghembuskan asap dengan tanpa rasa bersalah mahupun berselindung di kawasan itu.
Aku paling geram mereka yang buat kejahatan secara terbuka (Baca: golongan al-Mujahirin).
Paling kurang bila buat jahat (Baca: menghembus asap rokok di tempat awam), cover2 la sikit; belakang bangunan hospital @ longkang seberang jalan klinik ataupun dalam tandas sebelah bilik mayat.
Tapi, mengharapkan pengawal keselamatan di pusat kesihatan untuk tidak menghisap rokok atau asap secara terbuka, sementelah pula orang pkd pi hisap rokok, susah gak.
Khulasahnya, tiada makhluk di muka bumi yang bergembira apabila terpaksa menghirup asap yang dihembus oleh perokok atau penghisap asap. Maka, berhentilah dari perbuatan anda menghisap dan menghembus asap di kawasan umum.
Ketahuilah, setiap kali orang lain; isteri, mak mertua, anak-anak, jiran, kawan, orang sekeliling yang TERPAKSA menghirup asap rokok anda,
Di dalam hati pasti terdetik untuk mengharapkan keburukan untuk ada (Baca: laknat). Maka, hisaplah rokok dan asap secara berhemah.
Selama penderitaan datang dari manusia, dia bukan bencana alam, dia pun pasti bisa dilawan oleh manusia.
-Anak Semua Bangsa (1981)
Nota kaki:
1. Perokok dan penghisap asap mempunyai hak untuk menghisap dan menghembus asapnya; kerana
i. Setiap warganegara dilindungi haknya oleh undang-undang
ii. Kubur asing-asing… kannn.
Walakin, hak seseorang terbatal apabila dia memasuki ruang orang lain. Pastikan asap rokok yang dihembus tidak menganggu orang lain; terutamanya di tempat awam.
2. Keberuntungan diri anda dilahirkan di dalam kelompok T20, haruslah tidak mendorong anda berlaku tidak adil. Janganlah memberi cadangan agar mereka yang terpaksa menghirup asap rokok di kawasan awam ini agar sekadar menerima seadanya.
Anda beruntung dapat duduk di dalam VIP Lounge di stadium @ makan di casual dan fine dining restaurant; yang mana penghisap rokok dan asap akan dihalau keluar @ bersenam di clubhouse. Tidak semua orang bertuah, berlaku adillah.
**Penafian/ penegasan:
Luahan ini tiada kaitan untuk perokok dan penghisap asap yang melakukan aktivitinya secara berakal dan bukan di tempat umum/ awam.
– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit