Penghujung 2018

Assalamualaikum buat semua pembaca. Sedar tak sedar dah hampir kita di penghujung 2018, pelbagai cerita yang bakal kita tinggalkan yang gembira mahupun sedih. Bulan disember mmg terkenal dengan bulan orang menamat kan zaman bujang yakni ikatan bernikahan. Saya ade kisah sedih yang ingin dikongsi bukan untuk meminta simpati atau untuk diratapi sebab dalam hati aku totally aku dah move on dan dah terima setiap ape yang berlaku dalam hidup saya kerana bagi saya keluarga adalah sumber kekuatan paling utama yang saya ada.

Nama saya Izah (bukan nama sebenar) usia saya dah mencecah 30 tahun untuk tahun 2019 nanti. Saya seorang cikgu tadika. Seperti wanita wanita lain saya juga ade keinginan untuk menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati sendiri. Tapi sebaik baik perancangan kita ketentuan Ilahi itu lebih baik dari segala nya. Saya kenal izham (bukan nama sebenar) di sebuah kursus NGO yang di adakan di sebuah hotel di ibu kota pada awal tahun 2017. Pada mula perkenalan kami, saya hanya menganggap dia sebagai rakan sekerja memandang kan usia dia 3 tahun lebih muda dari saya, di pendek kan cerita pada hari raya aidilfitri tahun 2017 saya terserempak izham di rumah salah seorang sahabat di kampung. tanpa disangka rupanya kami sekampung tapi jarang bertemu kerana izham dari tingkatan satu belajar di sekolah berasrama begitu juga dengan saya. Dari situ kami mula rapat mula kenal hati budi masing masing mula menyulam rasa cinta antara satu sama lain. Dengan keputusan yang berani izham mengambil keputusan ber jumpa ibubapa saya untuk hubungan yang lebih serius.

Saya juga tidak fikir panjang dengan usia yang semakin lanjut dan setuju dengan keputusan izham. segala perancangan yg diatur Allah sangat berjalan dengan lancar. Bulan 1 kami bertunang dan berjanji untuk menamatkan tali pertunangan pada hujung disember 2018. Sepanjang hubungan pertunagan kami tak ada satu pun masalah yg timbul mngkin sikap saya yg lebih matang dan izham yang sibuk bekerja untuk kumpul wang hantaran yang dah dijanji kan oleh kedua belah pihak jadi kami jarang keluar bersama hanya berinteraksi dalam aplikasi whatapp dan call sahaja. Sesekali terasa jauh dengan tunang sendiri tapi sengaja tak layan kan perasaan tu sebab aku tahu izham sibuk dengan kerja memandangkan izham baru sahaja di tukar kan position dalam pejabat menjadikan dia lebih sibuk dari biasa.

Tapi ku sangka kan cerah hingga ke petang rupanya ribut petir di siang hari. Saya mula sedar perubahan yang berlaku pada izham dari rajin whatapp habis waktu pejabat jadi diam satu hari. Call tak diangkat tetapi selalu update whatapp status kesana kesini membuat saya jadi tak sedap hati. Dua bulan berlalu dan nampak berubahan dari izham, saya cuba ke pejabat izham untuk keluar makan tengah hari bersama. betapa hancur nya hati bila lihat dengan mata sendiri izham berpegangan tangan dengan seorang perempuan sebaya dan seusia dia menuju ke kereta. kereta downpayment nya dibayar oleh saya. Saya tenang dengan situasi tersebut cuba positif dengan apa yg di lihat. Tetapi dalam hati dah banjir kecewa tak terkata. silap saya tak bertindak cemerlang untuk merakam atau ambil gambar sebagai bahan bukti. Saya menggigil saat tu tak mampu untuk bertindak.

Saya balik rumah dan menagis sepuas puas nya, mengadu perkara yg saya nampak pada adik (lelaki) dan alangkah terkejut nya adik tahu tindak tanduk izham selama ini dibelakang saya dan terkumpul segala bukti dari adik saya sendiri. Adik merakam setiap kali dia terserempak izham dengan perempuan tersebut (adik aku praktikal berdekatan dengan pejabat izham bekerja) cuma dia tidak tahu macam mana nak bagitahu takot kakak nya sedih dan kecewa. Kata adik perempuan tu budak kampung sebelah dan dia juga satu sekolah dengan izham dahulu. Mereka sebaya sama padan sama lawa duduk sama rendah diri sama tinggi nak dibanding kan dengan aku yg berkulit gelap dan agak berisi tidak pandai berfesyen bagai langit dengan bumi penampilan saya dengan perempuan tersebut.

Saya mula buat solat ishtiharah untuk mintak semua petunjuk, setiap kali buat dan setiap kali itu saya tak nampak izham dalam apa apa petunjuk dari Allah. Dari situ saya mula yakin dan berani untuk buat keputusan bawa perkara ini dalam perbincangan keluarga kami. Ayah dan ibu seperti biasa hanya tunduk akur dengan keputusan saya selepas segala bukti dan cerita sahih dari mulut saya dan adik. Kami tenang dalam perbincangan tak ada satu pun bantahan dari siapa siapa dengan keputusan saya untuk putus kan tali pertunangan, cuma keluar dari mulut ibu “dewan dan catering dah ditempah, dah bayar 30% untuk majlis”. Ohh lupa nak bagitahu memandang kan kami satu kampung jadi kami bersepakat untuk buat majlis kongsi dua belah pihak di dewan kampung. Jimat dan memudah kan keluarga dua belah pihak memandangkan kesihatan ibu dan ayah izham yang agak uzur. Saya minta izham balik kampung dan jumpa keluarga pada bulan 8 baru baru ini. Perjumpaaan ini sama sekali tidak diberi tahu tujuaan dan kenapa keluarga kami nak berjumpa. dalam kepala izham mngkin kerana urusan majlis kahwin yg bakal berlangsung, cuma kami minta dia bawa kakak atau abang sebagai wakil dari keluarga pihak lelaki.

Setiba izham dan keluarga nya datang kami sekeluarga sambut elok dan senyuman yang terukir di bibir tak ada apa yang mencuriga kan dengan pertemuan kami dua belah pihak kerana keluarga izham juga tidak tahu apea yang izham dah laku kan belakang saya. Seusai makan tengah hari ibuayah mula kan perbincangan dengan menanayakan pada izham betul kah ikhlas hati dia sepeuh nya untuk saya? izham hanya ketawa kecil dan menjawab “dah bertunang tak kan nak main main” ayah tidak berpuas hati dengan jawapan izham dan tanya lagi sekali “adakah timbul perasaan menyesal atau niat nak tarik diri dalam hubungan pertunagan ini” izham seperti dapat agak apa yang ingin ayah sampai kan, dia tunduk diam dan tidak berkata apa. Abang dan kakak izham hanya tertawa kecil kerana ingat ayah sedang berlawak dalam menyoal adik bongsu mereka, 5 minit suasana rumah jadi diam, perbincangan itu hanya keluarga izham sertai beberapa orang ahli keluarga saya sahaja yang lain tidak masuk campur kerana tidak mahu malu kan izham depan orang ramai.

Abang izham seperti tidak berpuas hati dengan soalan soalan ayah saya lalu membuka mulut denga bertanya “ada masalah ke dengan hubungan izah dan izham, pakcik?” ayah tidak menjawab soalan itu dan memanggil izham untuk cerita perkara sebenar selepas ayah tunjuk segala bukti yang adik kumpulkan. Izham hanya meminta maaf dan mengaku telah menjalin kan hubungan dengan perempuan berkenan sebulan selepas kami bertunang, kebetulan selepas izham dipindahkan pejabat, die berjumpa dengan bekas kekasih masa di sekolah dahulu. Sejak dari hari itu hubungan mereka semakin rapat dan berputik kembali rasa cinta dan sayang antara satu sama lain, izham tak sampai hati untuk memutuskan hubungan dengan saya kerana antara kami tiada apa masalah yg timbul tambahan pula dia bersimpati denga nasib saya jika dia berterus terang perkata sebenar.

Allah maha adil DIA tunjuk segala nya pada saya sebelum kami sah menjadi pasangan suami isteri. Abang dan kakak izham malu dan memarahi izham dengan perbuatan dia terhadap saya dan mereka beribu kali memohon maaf pada saya dan keluarga atas salah yang adik bongsu mereka laku kan. Hari itu secara rasmi kami memtuskan hubungan pertunangan kami dengan baik dan damai, tak ade sikit pun yang tersimpan antara keluarga kami dan keluarga izham dan untuk makluman semua majlis yg bakal berlangsung hujung disember ini akan tetap diterus kan, cuma yang berbeza adalah nama pengantin perempuan bukan nama saya tetapi nama perempuan pilihan hati izham.

Kepada izham, izah tak pernah simpan dendam dengan izham kerana izham pernah datang dan hadir untuk sebuah senyuman dalam hidup izah, bagi izah jodoh dan maut semua rahsia Allah. Doakan izah untuk kuat dan dapat jodoh yang baik serta boleh bimbing izah di dunia dan akhirat kelak. Salam dari izah selamat pengantin baru buat bekas tunang ku semoga mahligai yang dibina diredhai Allah swt. Amin.

– Izah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *