Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Ramai sebenarnya di antara kita ni yang tak tahu kita ni mati sorang atau mati di kelilingi orang yang tercinta.
Ramai di antara kita termasuk aku kalau boleh waktu dalam keadaan hujung nyawa boleh pandang muka setiap isteri, anak, adik beradik, cucu, saudara mara.
Ayah aku ada 6 adik beradik termasuk ayah aku semua jarak umur cuma setahun dan ayah aku ni anak bongsu.
Aku tingkatan 3 atuk aku ni kemaruk nak kahwin perempuan muda. Nenek aku banyak kali halang tak rela di madukan lagipun umur dah tua.
Pakcik makcik aku saudara-mara cakap dengan atuk aku sudah hentikan lagipun umur dah berapa.
Diorang siap jumpa perempuan yang ayah aku nak kahwin lepas dah yakinkan perempuan tu pun berundur dia pun pindah. Waktu ni atuk aku dia angin betul dia balik dia pukul nenek aku.
Waktu ni semua dah balik rumah masing-masing ada sedara kat kampung telefon kasitahu nenek cedera. Padahal baru seminggu kami balik kampung. Semua balik bila tengok tu memang teruk nenek kena sebelah muka dia tangan kaki.
Pak long aku balik tu dia tumbok terus muka atuk aku. Atuk aku pula membebel cakap sebab kami ni perempuan dia nak kahwin lari sambil cakap diorang anak derhaka sama dengan nenek isteri derhaka dia cakap. Siap cerai bukan talak 1, bukan talak 2 tapi talak 3.
Waktu ni aku tak ada sebab tak ikut yang ada abg dengan kakak aku. Diorang kasitahu atuk aku suruh bawa nenek berambus dari rumah dia dan jangan datang balik rumah dia siap haramkan semua pijak kaki dekat rumah dia.
End up nenek duduk dengan kami selang setiap bulan dan itulah last semua melawat atuk aku kiranya dah putus. Tak sampai 2 tahun lepastu atuk aku kahwin, kahwin dekat thailand dan tak sampai 3 tahun kahwin cerai.
Tahun 2017 nenek meninggal dunia. Waktu ni kami semua berkumpul semua ada duduk sebelah nenek, cium, salam. 3 hari kemudian nenek pun hembuskan nafas terakhir pukul 3 pagi.
Kami uruskan semua dari A-Z. Pak long aku pun call dan cari atuk aku nak khabarkan berita kematian nenek tapi pak long tak kasitahu jumpa atau tidak yang aku tahu atuk aku memang tak datang pun.
Teruskan hidup macam biasa kami semua tetap berkumpul waktu raya buat aktiviti family day semua setahun sekali. Cuma bahagian atuk aku memang kami terus abaikan.
Tahun lepas atuk aku katanya nazak. Sebab ada orang telefon. Yang dapat panggilan tu mak ngah aku sebab dia ni dari first guna telefon tak pernah tukar nombor telefon pakai nombor yang sama sampai sekarang dan dah lebih 20 tahun.
Mak ngah aku pun video call dalam group dan kasitahu ada org sekian sekian telefon dia cakap atuk ni nazak dan minta telefonkan anak anak dengan cucu dia. Semua waktu tu diam fikir nak pergi ke taknak.
Pak lang aku dia cakap tak payah pergi dan suruh semua jangan pergi. Ramai memang dah setuju taknak pergi termasuk ayah aku.
Tapi, mak ngah aku ajak pergi. Dia cakap “takpelah kita pergi setakat selesaikan ikatan darah daging dekat dunia” pak long aku sendiri pun dia setuju. Dia cakap berat nak pergi tapi kita uruskan dan selesaikan.
Pergi tak ramai. Pakcik makcik dan ayah aku yang cucu semua tak ikut. Diorang pun pergi lepastu tak sampai sehari ayah aku kasitahu atuk aku dah meninggal dunia. Selepas selesaikan urusan semua terus balik.
Balik tu ayah aku ceritakan yang masuk jumpa setakat pak long dan mak ngah aku yang lain semua duduk luar rumah.
Bila meninggal tu pun tak ada orang datang melawat, kebumikan pun tak ada cuma anak anak je ada. Padahal waktu hidup kawan ramai, saudara mara semua ramai bila meninggal semua hilang.
Sebulan kemudian waktu ni pak lang aku ada datang rumah. Dia sembanglah cakap, “tengok arwah mak meninggal semua ada kawan dia, saudara mara, anak, cucu. Org tua lagi satu semua tak ada”
Mak ngah aku pun siap pesan cakap kita, “waktu hidup ni buat perangai elok-elok. Biar kalau dah hujung nafas ada org syg kita. Nanti kalau mak ngah pun dah nazak kalau boleh nak tengok muka semua org sebelum pergi”
Bulan lepas mak ngah selamat di kebumikan waktu berkumpul tu atas katil arwah sendiri mak ngah sendiri sempat cakap, “terima kasih teman mak ngah” Al-fatihah buat mak ngah..
– Mirul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alahamdulillah saudara yg baik2 penghujungnya pun baik.