Warning : Coretan ini sedikit panjang dan bukan untuk kalian yang tak percaya wujudnya makhluk halus dan alam ghaib.
Hai dan assalamualaikum. Maaf, lama aku ambil masa untuk sambung balik kisah dari catatan pertama aku dulu, (https://iiumc.com/penghuni-
Too much things were and are still on my plate and I’m still struggling to deal with it till now. Tapi takpe, moga catatan ni boleh jadi satu hal yang dapat bantu aku kurangkan rasa yang terbuku. Lagi sekali, maaf, menyimpang ke arah lain.
Tapi kali ni, confession aku bukan lagi berkisar tentang bilik aku yang pernah aku huni dahulu, cuma aku kekalkan tajuk supaya kalian yang pernah baca tentang kisah aku dulu tahu, yang aku, Seri Melati yang menulis dan aku baca setiap komen kalian.
Aku masih sama, masih melihat, merasa kehadiran mereka, mendengar mereka bercakap tentang aku dan ada kisah baru tentang bagaimana aku berkomunikasi dengan mereka yang very evil. Sangat sangat jahat. Ni di bahagian akhir, point nombor 7.
Aku dah taip hampir separuh untuk sambungan dari confession pertama tapi aku tak boleh locate mana file tu lepas aku migrate all files to other laptop. Hilang kesemuanya. Jadi aku mula dari awal.
Seperti aku yang mention, aku baca setiap komen kalian dan sebelum aku mula berkongsi tentang sambungan ini, ada beberapa komen dari post sebelum ini yang ingin aku clarify terlebih dahulu.
Supaya clarifications dan sambungan perkongsian aku tak memeningkan kalian, aku bahagikan confession ini pada 2 chapters.
Chapter 1 : Clarifications terhadap komen dari post sebelum ini.
1. Kebergantungan pada makhluk lain.
Ada komen yang mention hal ini. Aneh sungguh kadang kala cara manusia berfikir. Jenuh aku fikirkan bahagian mana kisah aku yang mengatakan aku bergantung pada makhluk lain.
Emotionally? Yes, probably. Tapi aku masih tahu batas. Tak pernah aku suruh mereka pukul sesiapa, atau cederakan orang yang menyakiti aku.
Yang pernah aku minta tolong adalah bila aku bosan dan aku perlu teman, ataupun bila aku sakit dan mereka datang bila dijemput untuk bantu. Bunian punya anugerah dari Tuhan dan aku tak nampak mana silapnya bila aku minta bantuan mereka tapi kebergantungan aku masih pada Allah.
Kata mereka, kita berusaha. Dan untuk menjemput mereka bukan menggunakan jampi serapah, cukup bacaan bismillah dan beberapa ayat Quran.
Dan mereka datang, dan aku rasa kesakitan tu hilang bila ada angin laju keluar dari ibu jari kaki aku. Sentiasa mereka ingatkan aku, yang mereka cuma berusaha, kebergantungan masih pada Allah.
Sama macam kalian yang sakit, kalau mentality kalian adalah tidak boleh bergantung pada makhluk lain, kenapa jumpa doctor untuk dapatkan ubat? Kenapa jumpa ustaz untuk rukyahkan?
To me, simple, mereka cuma perantara, pembantu. Tapi jangan pernah lupa tu semua ikhtiar. Tawakkal tetap pada Yang Esa. Terserah dari sudut mana kalian melihat.
2. Saka dan halusinasi.
Komen ini cuma buat aku tergelak. Riyadh dan Qadir bukanlah dari susur galur keturunan aku. Aku tahu sebab aku pernah tanya bapa aku, kenapa aku yang nampak benda benda ni, kenapa aku dan bukan orang lain.
Kata bapa aku, darah keturunan. Dan dia melarang keras aku untuk terima apa sahaja dari keturunannya.
Dan aku tanya, bukankah saka selalunya turun dari satu keturunan ke keturunan yang seterusnya, kata bapa aku, ini diwarisi selang satu keturunan dan sebab itu skip bapa aku. Terus dari datuk nenek kepada aku.
Aku berkeras yang aku tak nak. Macam macam cara mereka datang, dalam mimpi contohnya. Aku mimpi melihat nenek aku atau mungkin sesuatu yang menyerupai dia merayu rayu supaya aku ‘terima’.
Di Kawasan semak samun, bukan hutan hijau yang selalu Riyadh bawa aku berjalan. Rupanya seolah berkali ganda tua dari usia sekarang, mukanya juga agak gelap.
Merayu rayu katanya sakit dan dia tak mampu nak tanggung dah dan dia minta aku terima. Tapi aku tak terima, walau dalam mimpi, aku rasa seolah jasad aku betul betul di situ dan fikiran aku tetap dengan TIDAK.
Anehnya, si nenek ni buang aku dari senarai cucu dia. Entah apa salah aku, tak pernah dipandang aku, tak pernah ditegur aku, marah bila aku nak further study etc. Bila aku ceritakan pada bapa aku soal ibunya, bapa aku berkeras, jangan terima.
Katanya, “kenapa bila hal yang baik baik semua diberi pada cucu cucu lain dan bila hal ni, kamu yang dicari? Tak perlu. Biarkan di acari pengganti lain.”
Dan aku juga pernah melihat susuk “mereka” di alam nyata. Di bilik yang aku huni itu. Bapa aku pernah bercerita tentang susur galur keturunannya dan ada moyang aku yang jadi penari istana. Dan ya, aku pernah nampak ‘dia’. Di satu sudut bilik aku, menari lenggok gaya orang dahulu kala.
Pakaian serba kuning, bercucuk sanggul dan pakaian seolah pahlawan tapi juga kelihatan seperti penari. Betul betul hujung kaki aku. Tapi dia takde bersuara apa pun, cuma senyum dan menari. Aku layankan saja lah tengok. Cuma lepas insiden tu aku seolah sangat ketagih dengan muzik gamelan.
Tidur aku atau waktu santai aku dengan muzik gamelan tapi tak lama sebab aku noticed bila ada muzik gamelan, badan aku rasa ada ‘benda’ berhampiran dan pernah time aku nak tertidur dengan muzik gamelan ni,
aku nampak diri aku tengah menari tapi diajar oleh ‘dia’, dia pegang tangan aku, ajar macam mana lenggok pinggul dan langkah kaki yang betul, mana kena serongkan mana kena luruskan dan aku buka mata saja tengok tengok tangan aku dah terawang so start dari tu aku stop terus muzik gamelan.
Ketagih macam mana pun aku nak dengar muzik tu, aku lawan. Pergi mana mana spa lepastu pun aku pasang earphone aku kuat2 supaya aku tak dengar music gamelan dari spa tu. So harapnya faham yang Riyadh terutamanya, bukan saka. Riyadh adalah Riyadh. Dari alam sana.
3. Rekaan.
Kalau korang yang baca dari awal kisah aku, dah aku letak disclaimer awal awal, terserah nak percaya atau tak. Aku dulu tak percaya hingga aku sendiri alami dan aku tau bezakan mana khayalan dan mana yang betul. Cuma ada satu komen sahaja yang indicate ni rekaan. Terserah pada kalian.
Aku juga tahu hukumnya menipu apatah lagi pada umum, jenuh nak merangkak mencari setiap orang yang ‘tertipu’ dengan kisah rekaan aku. Takpe, aku maafkan kau.
Cuma waktu aku baca tu aku agak marah sebab terasa macam dipandang enteng seolah gila tapi bila aku macamtu, entah dari mana Riyadh datang, senyum dan cuma gelengkan kepala, maksudnya tak perlu amarah tu semua dan biarkan sahaja.
Hairan aku, senyum sahaja walaupun dia tau aku sedang amarah. Riyadh, lelaki yang aneh tapi mencukupkan sedikit yang kurang dalam aku.
4. Apa jadi bila Riyadh dan Qadir hadir Bersama.
Seperti yang dari confession sebelum ni, dua lelaki ni punya karakter yang sangat berbeza. Riyadh, penuh tenang, senyum, sabar dan sentiasa ajar aku untuk tak buat benda tak betul. Qadir, lelaki garang yang sangat protective dan tahu hal yang hanya bapa aku tahu.
Jujurnya, aku tak pernah nampak mereka berkomunikasi sesama mereka walaupun mereka boleh hadir dalam masa yang sama. Bila amarah Qadir berapi, dan suruh aku arahkan dia buat apa apa, Riyadh cuma akan pandang aku, senyum dan geleng kepala.
Ayat kegemaran Riyadh, “Jangan ikut amarah, sabar.. banyakkan bersabar, istighfar..”. Kalau amarah aku tak jugak hilang, aku rasa angin lalu sejuk kat tangan aku, tanda dia ada dan aku boleh bertenang lepastu. Riyadh, lelaki yang sentiasa mengingatkan aku tentang kebaikan.
Rasanya cukup penjelasan untuk komen dari confession sebelum ini.
Chapter 2 : Hijab yang tersingkap
Kali ini aku nak berkongsi sebahagian dari kisah tentang hidup aku. Cuma sebahagian yang masih aku ingat. Tulis panjang panjang karang jadi novel sudahnya kang.
1. Makhluk Tumpang Belajar.
Aku lupa exact year tapi somehere in 2008-2012 waktu degree aku di salah satu university di pantai timur. Ada tutorial waktu malam di kelas so ada few yang attend dan aku duduk di row kedua dari. Disebabkan ni cuma tutorial, lecturer cuma guna kelas biasa. Kerusi pun tak teratur.
Aku duduk di baris kedua dari depan. Depan aku Kak S tengah tekun nak faham apa lecturer ajar dan sebelah dia takde siapa duduk. Kerusi tu kosong. Tapi tak lama, sebab lepastu aku nampak ‘dia’ duduk betul betul kat kerusi tu.
Dia gerak gerak seolah betulkan urat badan, penat belajar agaknya. Tapi dia tak kacau, dia cuma tengok saja depan kat board tu.
Dalam hati aku masa tu entah apa fikir, tak takut mungkin sebab ramai dalam kelas tapi aku saja yang nampak so aku diamkan sahaja.
Aku cakap kat diri sendiri, ‘dia’ nak tumpang belajar agaknya. Susuk tubuh, saiz, sama sebiji macam manusia biasa cuma bukan manusia. So aku ignore saja lah sebab dia tak kacau aku. Beberapa minit lepastu hilang.
Lepas habis kelas tu rasanya, or kelas lain aku lupa, tapi waktu malam, kitorang yang duduk asrama balik bersama beberapa orang sebab jalan shortcut belakang tu gelap, semak samun. Nak lintas ke blok aku, kena lalu sebelah satu blok yang kosong tak berpenghuni.
Masa tu jugak lah ‘dia’ muncul. Dia berdiri saja dan susuk badan manusia, tapi hitam sepenuhnya. Bila aku bagitau kawan kawan aku, dah aku pulak yang kena marah. Aku cuma tanya nampak ke tidak, just nak make sure yang tu bukan manusia LOL entah apa aku fikir.
2. Si Dia Penjaga Waktu.
Ini pun sama. Waktu aku degree dulu, tahun pertama tinggal di asrama. Hujung minggu rasanya sebab aku ingat semua roommates aku ada dalam bilik. Aku tengah syok tidur tiba tiba nampak susuk tubuh berdiri tepi katil aku, sambal kejutkan aku banyak kali, “bangun, solat.
Dah lewat ni. Cepat bangun”. Banyak kali dia kejut tapi aku dulu asyik lah kejap lagi, 5 minit lagi ye. Aku ingatkan akak roommate aku yang kejutkan.
Sudahnya bila asyik lah kejap lagi kejap lagi, terus terbabas subuh. Bila bangun tu aku tengok akak tu syok tidur lagi so bila dia bangun aku tanya, “kak J, akak ke yang kejutkan saya tadi? Kenapa tak kejut bagi bangun?”.
Dia pandang aku semacam lepastu cakap “bila pulak akak kejut kau. Akak pun sama terbabas Subuh tadi” so aku pun diam saja lah.
3. Penumpang Rambut Gerbang dan si Bungkus.
Kejadian ni jadi waktu aku sambung Master di salah satu university di Utara. 2013-2015, exact time maaf tak ingat.
Aku dulu sejenis hantu KFC. Bila bila aku nak aku tak kira dah, aku keluar beli. Ada satu hari tu aku teringin yang amat nak makan KFC, masa tu dah 9 lebih so kena bawa kereta cepat sebelum KFC tutup pukul 10pm ke 10.30 macamtu.
So aku pilih untuk lalu highway. Boleh pecut laju sikit walaupun dah selalu aku dengar highway tu keras. Dah jiwa aku keras nak jugak KFC, mendapat lah aku malam tu. Closest encounter in a confined space.
Tengah aku syok memecut aku notice ada few kereta dari arah depan bagi high beam, dari belakang pun sama. Tapi masa tu aku husnudzon, mungkin bukan high beam tapi sebab jalan berlekuk lekuk agaknya.
Dah elok aku almost separuh jalan kat highway tu aku tengok cermin belakang, ada perempuan rambut menggerbang baju koyak rabak betul betul belakang seat driver.
Sungguh, aku rasa ketakutan yang teramat. Aku ingat lagi menggigil tangan aku pegang steering. Dalam hati jangan cakap lah, macam macam doa.
Teringat dosa lalu kot la terbabas ke apa. Tapi tak lama lepastu dia hilang. Seingat aku, time aku pandang cermin belakang tu, dia pun sama tenung cermin tu. Okay now aku rasa menggigil balik dah bila teringat.
Elok bila si rambut gerbang hilang, dalam beberapa puluh or ratus meter lepastu aku nampak ada si Bungkus berdiri betul betul tepi highway. Tapi disebabkan aku dah baru lepas takut yang amat gara gara si rambut gerbang tu, aku tengok si Bungkus tu dah takde rasa apa.
Reaction aku just, ‘lahh, kau pun ada? Ok.”. Tu saja reaksi aku. Nasiblah bukan sejenis si Bungkus yang meloncat loncat, dia diam saja kat situ. Rasanya korang boleh agak highway mana kan. Leaving it to you guys.
4. Nenek Bawa Budak.
Ni tak ngeri sangat pun. Aku seorang yang sangat suka drive, dulu lah. Driving used to be my therapy. Bila bila aku stress, aku drive. Haritu ada kawan aku ikut sama, kami cuma drive dan bersembang kosong.
Tengah syok bersembang aku nampak sekilas lalu ada perempuan tua, agak bongkok tengah berjalan pimpin tangan budak kecil.
Waktu tu tak terlintas pun tu ‘mereka’. Aku dah tak reti beza dah agaknya masa tu. Aku cakap kat kawan aku, “apa makcik ni malam buta gelap macamni bawa anak ke cucu entah tu jalan jalan”.
Then kawan aku terus cakap kau “kalau nampak apa apa diam boleh tak, jangan tegur!” Lepastu baru aku notice kawasan tu gelap, takde rumah, takde penempatan dan di selekoh. Apa yang aku nampak? Wallahua’lam.
5. Aku yang Menumpang di Tempat Mereka.
Waktu belajar dulu, aku buat research di satu pulau ni. Malas sangat rasanya nak taip satu satu apa jadi sebab banyak sangat.
Si hitam legam, kain putih melayang layang kat udara, suara meriah sekeluarga berbincang nak makan apa sedangkan pulau tu tak berpenghuni, belakang tu cuma hutan sahaja, si muka buruk bertenggek di batu besar berhampiran pinggir pantai, dan lelaki solat di bilik aku.
Cerita yang last ni saja lah ye. Ada yang lain nak aku ceritakan lepasni. Kat pulau tu pelancong dibenarkan datang tapi balik by 3pm so cuma ada few officers dan aku yang tinggal kat chalet situ. Disebabkan aku satu satunya perempuan kat situ, aku minta izin nak guna bilik IO untuk tidur.
Esok paginya aku nampak officer P tengah duduk tahhiyyat akhir dan bagi salam.
Aku pelik kenapa dia masuk bilik ni sedangkan dia tau aku ada kat dalam so dah siap mandi semua aku confront dia, “P, awat solat kat bilik kami?, tadi kami nampak ampa bagi salam dah nak siap solat tu”,
Dan jawapan dia, “bila pulak kami masuk solat kat bilik ampa, takdak pasai aih. ‘dia’ tumpang solat saja tu, biar lah.
Takde apa tu”. Bererti dia pun sama nampak apa yang aku nampak. Bukti kukuh yang aku tak berhalusinasi ye. Awas siapa nak cakap aku berhalusinasi lagi, aku sumpah jadi nasi goreng nanti.
Aku pernah kena tuduh jadi penyebab gangguan dan kedatangan ‘mereka’. Ada yang tuduh aku, katanya sebab ‘mereka’ tak boleh nak usik aku, ‘mereka’ kacau yang lain.
Jujurnya, terasa la juga waktu tu so aku jumpa officer K dan tanya, “bang, betul ka kami jadi penyebab gangguan ni?” dan dia cakap tak. “Mereka dah menghuni kat sini lama dah cuma bila awak datang, makin menjadi jadi, tak de apa lah. Biarkan saja”.
Cuma seorang yang tak puas hati dengan aku, yang officer lain semua ok saja dan tak salahkan aku pun. Aduhai…
6. Hospital.
Umum memang tahu hospital adalah tempat normal untuk ‘mereka’ usik orang kan. Tahun 2021 ni aku admitted 3 kali, hospital yang sama di salah satu negeri di pantai timur. Kali pertama, awal tahun.
January or February macamtu aku pun lupa, aku admit 5 hari, severe sinus infection. Lepas buat CT Scan, doctor bagitahu yang infection dah merebak almost ke kepala so perlu admission untuk diorang administer IV antibiotics.
Aku sejenis yang sangat tak suka kongsi bilik hospital so aku request bilik single. Waktu COVID macam ni pelawat tak dibenarkan. Penjaga pun cuma seorang.
Tapi aku takde penjaga pun, dah besar kan. Bapa aku datang hantar barang kalau perlu sahaja atau makanan. Sebab aku memang tak makan makanan hospital.
Ada menu untuk pilih pun, tetap aku takkan makan. Bukan berlagak, tapi aku memang tak makan. Kalaupun aku makan, buah or dessert. Main course sangatlah jarang so bapa aku datang hantar home cooked food sekali atau dua kali sehari, tengok mood aku jugak.
So, sepanjang aku kat bilik tu, ada ‘gadis’ berambut lurus, baju sedikit koyak koyak, berdiri kat hujung corner bilik. Dia cuma tenung bawah, atau tenung tempat lain. Tapi disebabkan aku busy dengan rasa sakit, aku just cakap “nak temankan ke?boleh saja tapi jangan kacau kita.
Duduklah kat situ selama mana awak nak” so dia just berdiri di situ berhari hari.
Pemah sekali atuk saudara aku yang paling rapat dengan aku (Paksu) datang hantar makanan dan waktu sama bapa aku pun ada datang. Boleh pulak diorang pergi bersembang dekat dengan tempat ‘gadis’ tu. Aku cuma jerit saja “jangan pergi situ! Ada ‘dia;”, then diorang cepat cepat tanya aku ada apa.
Baru aku bagitau diorang. Lepastu aku dengar Paksu dengan bapa aku cakap, “nak buat macam mana, kita tak nampak, dia boleh nampak”. Eleh, aku tau saja Paksu aku pun boleh nampak ‘mereka’.
Kali kedua admit, mid August for a surgery. Pun masih hospital sama, cuma bilik berbeza, bilik single juga. Malam malam bila nak tidur aku dengar bunyi dari tingkat atas, macam bunyi nak pindah rumah lagaknya. Tengah alih barang, construction kot. Itu yang aku fikir.
Saja malas nak jadi obsess sangat, sikit sikit ‘mereka’. Kesian juga ‘mereka’, tak pasal dituduh. Tapi bila asyik berterusan saja aku tanya seorang nurse ni time dia tolak wheelchair aku untuk balik ke bilik lepas buat test, “Akak, atas tu ada apa? Construction ke?”, terus dia tanya aku balik, “Puan pun kena jugak ke?
Nurse malam tadi kena juga, kerusi diorang terseret seret sendiri. Kat atas tu ward biasa saja, ada seorang dua budak”. Masa ni aku tau dah, bukan construction. So malam seterusnya aku buat tak tau saja bila ada bunyi bunyi pelik. Aku cuma cakap, “sukati korang lah. Jangan kacau aku dah”.
Dan ada satu hari tu, aku nampak kat depan mata aku sendiri dan aku dengar “mereka berdua” tengah duk tilik dan sembang pasal aku. Time kat hospital tu memang most of the time tidur disebabkan ubat ubat semua. Baru nak hilang mengantuk, dah datang injection lagi, sambung tidur lagi.
Aku dah bangun sebenarnya dan aku sedar cuma aku bukak hujung mata saja, nampak susuk “mereka” kat hujung katil sebelah kiri. Aku tau bukan nurse or doc sebab selalunya diorang akan kejutkan aku bila ada ward round or untuk check vital tu. Ni dialog diorang :
A : Eh, dia pengsan ke ni?
B : Mana ada lah, kan dia tidur tu.
A : Tak lah. Pengsan ni, kita kejut nak?
B : Jangan lah kacau dia, dia tidur saja lah. Mana ada pengsan.
Tu saja yang aku dengar. Tapi aku punya tahan gelak dah macam nak terkoyak jahitan surgery aku HAHAHAHAHAHAHA. Kot ye pun, janganlah cakap aku pengsan. Aku sedar saja pun.
Apa yang lain diorang cakap aku tak dengar dah. Bila aku gerak gerak dan bukak mata betul betul, dah hilang ‘mereka berdua’. Terima kasih ye sebab care, tak sempat nak cakap haritu korang dah lari :P
Kali ketiga admit, early September. Sepatutnya aku pergi untuk follow up sahaja tapi dua dua doctor aku cakap aku kena admit balik. Ada infection dan aku sangat sangat lemah time tu. Weak yang amat.
Kali ni dapat bilik kat floor yang construction tu. Garang saja ‘mereka’ kat bilik aku. Bilik aku ada satu katil, satu sleeping couch untuk penjaga dan 2 almari. Satu untuk aku, satu untuk penjaga.
Aku tak banyak gerak time ni sebab lemah teramat. Dan almari sebelah hujung sana untuk penjaga memang takde apa pun dalam tu. Bapa aku datang temankan time malam lepas dia kerja.
Satu kali tu aku dengar bunyi macam almari tu diketuk ketuk kuat dari dalam, dah bergegar gegar bunyinya tapi aku tak larat nak layan. Aku just cakap sukati korang. Malam bila nak tidur ‘mereka’ datang berpesta kat celah telinga aku. Bising yang amat.
Aku buat tak tau, dah tahap bising melampau, terus aku jerkah “Hoi! Bising lah!” Bapa aku yang tengah tidur cepat cepat bangun tanya kenapa, aku bagitau, “entah diorang ni, jerit jerit kat telinga.
Pergi jerit tempat lain lah, bising sungguh!”. Bapa aku dah gelabah, lepastu dia cakap takpe tidurlah, abah ada. Entah sampai pukul berapa dia berjaga.
Dah aku cakap jangan kacau, nak jugak kacau. Aku petirkan saja lah. Tau pulak diam. Tapi dia balas dendam ye. Esoknya siang siang buta, ‘dia’ bertenggek kat perut aku, tak boleh nafas. Marah agaknya. Aku dah tak boleh nak bernafas dah, nasib la ayat yang aku hafal tu melekat lagi dalam kepala.
Beberapa minit lepastu, hilang. Aku punya semput dah macam baru lepas marathon. Kongajo si lelaki tua tu. Badan dia macam ada tompok tompok apa entah. Ei geli aku ingat balik. Eh ke perempuan yang bertenggek tu, entah. lupa.
7. CCTV dari Jauh.
Ni bahagian last ye. Dah penat nak mengarang. Dah panjang sangat. Dan sebab aku suka nombor 7 so aku habiskan cerita kat sini. Lepas aku discharged ward untuk kali ketiga, ada issue besar jadi kat rumah parents aku. Dan aku dah penat nak telan semua, pura pura semua okay.
Ada satu insiden yang buat aku mengamuk sehabisnya. Aku pecahkan barang perhiasan kaca aku, aku tumbuk cermin almari, berdarah tangan semua. Memang jujur aku bagitau, hati aku dah mati waktu tu.
Kalau marah, boleh sejuk bila kemaafan diminta.
Kalau terasa hati, boleh hilang bila pujuk diri sendiri.
Kalau kecil hati, masa boleh sembuhkan.
Kalau patah hati, boleh bangkit kembali dengan pengganti.
Tapi apa yang aku rasa way beyond that.
Family issue. Lebih dari kecewa dah apa yang aku rasa. Rasa yang takde rasa.
Entah. Maaf, terpesong arah pula.
Disebabkan hal tu, aku fikir panjang dan buat keputusan dalam keadaan tenang selepas aku mengamuk, tanpa amarah, tanpa sikit rasa sedih. Tanpa rasa apa pun. Aku keluar dari rumah 2 hari kemudian dan pergi jauh.
Parents aku tau yang aku tinggalkan rumah cuma bila aku dah boarding flight dan sampai ke destinasi. Aku block nombor semua orang.
Tak siapa tau aku kat mana, kecuali Paksu aku. Aku betul betul bawa diri, keluar cuma bawa barang yang penting sahaja. 1 cabin sized luggage, satu bag laptop dan beg galas aku.
Dengan luka jahitan dan surgery yang belum sembuh, aku nekad keluar. Hati aku betul betul dah tak bernyawa, kecewa dengan keluarga ni sakit dia lain yang amat.
Paksu hantarkan aku ke airport selepas aku jelaskan kenapa aku keluar dari rumah. How many times exactly is considered okay to figuratively die before being buried? Aku cakap kat Paksu yang aku akan balik bila hati aku dah hidup dan aku boleh terima dan lupa apa yang jadi.
Mesej yang sama aku hantar pada perents aku sebelum aku block kesemuanya. Sampai di airport, aku peluk Paksu dan Paksu pesan supaya jaga diri dan ingat yang aku ni kuat orangnya. Lagi lah drama aku menangis kat airport. Tapi aku betul betul terluka. Lagi sekali, terpesong, maaf.
So aku start new life kat tempat baru. Memang betul betul fresh. 2 hari pertama aku menangis sepanjang masa. Kasihan Paksu, jadi tempat aku meluah perasaan.
Now sekarang life aku cuma bilik, dapur dan tandas. Aku jarang keluar rumah. Takde keperluan. Masa aku banyak habis di meja kerja dan katil sahaja.
So ini yang aku nak ceritakan, yang terakhir jadi pada aku. 27th September, Isnin malam. Aku di meja study/workstation aku dan saja baca satu ayat Quran yang memang aku amalkan lepas tengok cerita Munafik 2.
Baca dengan yakin dan penuh percaya yang iblis adalah makhluk terkutuk, dan dilaknat dunia akhirat. Ayat tu memang aku amalkan bila aku rasa ada bad, evil presence or vibes around me.
Meja aku menghadap dinding kosong. Aku tergerak hati nak baca ayat tu dan aku seolah olah tengok satu screen kat depan mata aku, di dinding putih tu.
Aku gosok2 mata aku banyak kali dan aku nampak yang sama. Aku nampak rumah yang aku tinggalkan tu dan aku nampak bapa aku berdiri di balkoni.
Aku terkejut sebab ayat tu sepatutnya untuk melaknat makhluk terkutuk. Entah Riyadh atau gerak hati aku, aku pejamkan mata, istighfar banyak kali dan pandang balik kat ‘screen’ tu.
Baru aku nampak. Satu susuk berselubung merah hitam, pendek dan sedikit gempal tengah keliling rumah tu. Aku pandang saja dan dia makin rancak mengelilingi rumah parents aku dan bapa aku masih berdiri tegak depan pintu rumah.
Aku diam saja. Dan sepatutnya aku diam sahaja, tapi aku tanya, “kau nak apa kelilingi rumah tu? Nak sakitkan orang dalam rumah tu?” then dia stop keliling rumah tu dan dalam masa yang sama tangan aku rasa macam kena pulas pulas, sakit. So aku tau, yang dia tau aku nampak dia.
Makin aku baca makin laju dia keliling rumah, entah dari mana seolah ada bisikan atau mungkin Riyadh aku tak tau, ajar untuk aku pagar rumah tu dari jauh. Baca dan hembuskan di tiap keliling rumah mula dari depan dan berakhir di depan.
Habis saja aku buat tu, aku nampak kat “screen” depan aku tu, makhluk tu lari menjauh dari rumah tu dan tak toleh belakang langsung dan aku nampak pokok pokok keliling rumah tu membongkok, seolah olah macam bagi suasana jadi redup. Aku rasa macam aku ada di situ tapi aku kat sini, jauh dari rumah tu.
Rumah tu memang ada sejarah gangguan sihir dan aku nampak dengan mata kepala aku sendiri tanah berlumpur depan pintu rumah, air kapur di kenderaan kenderaan kat rumah, duit syiling bersepah sepah merata, ‘sup bunjut’ etc.
Few days lepas kejadian tu aku mesej Paksu dan bagitahu apa yang aku nampak, kot lah aku berkhayal ke apa sebab decision yang aku ambil untuk keluar dari rumah tu. Paksu aku belajar ilmu agama dan tahu serba sedikit tentang hal perubatan Islam. Jawapan dia, “Welcome to the club.
Hijab namanya, lain kali kalau nampak, jangan tegur, biarkan sahaja. Jangan biar ‘dia’ tahu yang kita nampak dia. Sebabtu juga senang nak jatuh sakit bila dah nampak dan tegur.”.
Dan aku yakin aku tak berkhayal sebab aku dah terlampau biasa dengan ‘mereka’ ni dan aku tau bila itu bukan khayalan. Moga hijab yang terbuka ni bantu aku jaga keluarga aku dari jauh, dengan izin Allah, walaupun hati aku terluka. Aku akan jaga dari jauh.
Dan aku yakin mesti ada yang tertanya tanya mana Qadir kan, banyak aku mention tentang Riyadh sahaja kan. Qadir kurang digemari bapa aku. Jadi dia undur diri dan hanya datang bagitahu in advance ada benda akan jadi dan dia minta aku berhati hati.
Tapi mengikut hukum alam, kita tak boleh mendahului apa yang akan jadi dan tak boleh beritahu apa pun. Cuma boleh amik langkah berjaga jaga.
Dan seperti yang Qadir pesan, beberapa hari lepastu ada jumpa ‘barang’ seperti paku ditabur depan rumah, atau tanah liat, atau apa apa sahaja yang memporak perandakan rumah.
Masa tu baru aku bagitau bapa aku, “Qadir datang haritu. Cuma dia tau abah tak suka dia jadi dia datang cuma bagitau so saya tak bagitau abah”.
Yang masih setia hingga sekarang, Riyadh. Qadir sangat jarang datang. Dan ayat Quran yang sentiasa menemankan aku setiap hari. Doakan hati aku kembali hidup untuk keluarga aku. Sampai sini sahaja coretan aku, dah terlampau panjang.
Dan letih, emosi aku sakit. Bahagian terakhir ni mengingatkan aku betapa kecewa seorang anak rasakan bila rasa dikhianati keluarga sendiri.
Jaga diri, berhati hati bila ada antara kalian yang sama macam aku.
Salam,
– Seri Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit