Aku budak Uitm Sarawak, memang asalnya orang Kuching. Masa mula-mula masuk sem, aku dapat bilik no 1117. Setiap bilik dalam hostel tu ada 4 orang untuk satu bilik. Cuma nasib aku ni lain sikit…orang lain semuanya best dapat kawan baru 4 roommate diorang dalam satu bilik, aku ni… Hurmm ni aku nak cerita sikit pasal korang kisah aku dan roommate misteri nusantara muahahaa..
Asalnya memang bilik aku ada 4 orang penghuni termasuk aku. Sorang dari sabah, sorang pahang, sorang miri, dan aku dari Kuching. Tapi, tak sampai tiga hari, roommate aku dari Sabah pindah ke blok B. Alasan dia nak pindah sebab tak tahan dengan bau rokok sebab bilik aku tu dekat dengan tandas. Dia ada asma tak silap. Budak Sabah ni aku tak sempat nak kenal-kenal, dia dah pindah awal-awal. Student lelaki kat situ memang suka hisap rokok dalam tandas. Roommate aku dari Pahang pulak, selepas orientasi MDS seminggu, dia dah tak duduk dalam bilik tu. Dia angkut tilam dalam bilik tu duduk dekat bilik geng sekaki dia. Roommate Pahang ni walaupun muka dia ala-ala gengster, dalam hati dia baik. Kenapa aku kata dia baik? Ok satgi aku bagitau.
So bila bilik tu keluarnya roommate Pahang dan Sabah, maka tinggal aku dengan roommate Miri je lagi. Haaa roommate ni watak utama dalam confession aku. Dalam confession ni aku guna nama dia sebagai Pian (ni bukan nama dia sebenar atau nickname dia). Mula-mula kitorang berpindah dalam bilik ni, masa orientasi Pian ni happy go lucky, suka beramah mesra dengan aku dan roommate yang lain. So dipendekkan cerita, selepas orientasi untuk budak sem 1 untuk kitorang ni, kitorang diberi satu hari untuk cuti. Sebab aku sorang je duduk kuching, aku baliklah rumah.
Bila aku balik semula dekat hostel, Pian masih tetap layan aku mesra macam selalu, baik je cara dia layan aku, cakap pun selalu senyum-senyum. Esok nak mula kelas pertama kitorang, malam sebelum tu Pian ajak aku bersembang sambil dia gantung pakaian dalam bilik tu. Tapi dia sediakan ruang sikitlah untuk aku jugak. Well bilik tu aku dan Pian aje duduk, roommate dua orang tu kan dah tak duduk di situ lagi. Pian ajak aku sembang pasal benda remeh je, sebelum masuk uitm kerja apa, dari sekolah mana, minat kpop atau tak, lepas tu pasal course yang kitorang ambik. Masa bersembang tu aku memang tak cakap benda yang merapu, bila topik course aku cakap hal course je. Setiap topik yang kitorang utarakan, aku dengan Pian tak cakap meleret-leret. Cara kitorang bersembang aku dengan Pian dah macam lama kenal. Aku legalah sikit sebab ada roommate yang boleh ngam dengan aku.
TAPI
Esoknya, bila aku bangun, aku dah tak nampak senyuman dia lagi. Bila aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Muka dia memang monyok semacam macam nak makan orang aje gamaknya. Aku hairan, asal dia jadi macam tu eh? Aku ada buat salah ke? Aku berdengkur kuat sangat ke? Setahu aku masa aku terbangun kejap masa tidur, aku dengan dengkuran dia tu lagi super kuat dari aku. Seingat aku jugak masa kitorang sembang ok je, lepas sembang tidurlah kan. Aku tanyalah dia apahal muram semacam. Tapi dia buat dek je.
Semenjak tu Pian berubah, macam dia baru nak tunjukkan taring sebenar dia depan aku. Dia dah tak senyum-senyum lagi, muka asyik kelat memanjang. Tak kiralah depan aku atau depan roommate yang lain. Muka dia tu dah macam nikmat senyum dah kena tarik aje gamaknya. Dalam beberapa minggu, ada seminggu tu dia tidur dalam bilik kawan dia sebab nak main game. Aku pun rasa sunyilah kan tapi nasib baik aku ada kawan coursemate aku sendiri. Aku selalu ajaklah kawan coursemate aku namanya Ben lepak dalam bilik tu. Untuk pengetahuan korang, aku dengan Ben lepak dekat meja belajar aku, lepas tu kitorang akan pastikan kitorang tak akan sepahkan bilik. Tempat meja belajar Pian, katil dia memang aku tak kacau dan duduk. Aku dah pesan awal-awal kat ben yang Pian ni mengerikan sikit orangnya. Pian suka sangat jeling orang.
Lepas seminggu dia bermusafir dalam bilik kawan dia tu, dia kembali semula menetap dalam bilik 1117 merangkap bilik kitorang tadi. Semenjak dia masuk selepas seminggu tu, perangai dia makin tak terkawal dan semakin menjad-jadi. Nak tau apa? Pakaian dia, dia sepahkan dekat tengah-tengah ruang bilik tu. Entah bilalah dia nak lipat. Lepas tu dia selamba badak sidaikan pakaian dia yang basah dan masih berbau hapak hampir semua ruang dalam bilik tu. Aku nak tanya pun serba salah bila dia tengok aku macam nak makan aku aje gamaknya. Jadi sebab aku ni jenis yang terima seadanya hehehe, aku biarkan jelah nakkk walaupun dalam hati ni penuh sumpah seranah aku bagi kat Pian tu. Ko ingat senang ke nak tidur bersama pakaian bersidai yang masih berbau?
Lepas tu pulak, dia tak tidur atas katil tapi dia tidur terlentang di tengah-tengah ruang bilik tu. Kelas aku setiap hari mula pukul 8 pagi, jadi aku kena bangun seawa 7 pagi macam tu. Tapi yang jadi masalahnya, bila aku nak lalu ambik baju aku dalam locker badan si Pian tu menghalang betul-betul depan locker aku. Bila aku sedarkan dia, dia merengus kuat. Aik? Aku ke yang salah? Setiap harilah situasi macam tu berlaku dan aku pun dah imun dengar dia merengus kuat.
Dan bila kitorang cuti pertengahan sem, lepas cuti aku balik bilik tu tengok-tengok Pian dah hamparkan tikar getah dekat bilik tu. Aku pun rasa serba salahlah sebab dia tak bincang dengan aku pun nak collect duit beli tikar getah tu. Aku tanya kenapa beli tak cakap dengan aku, macam biasa Pian buat no-no je. So dijadikan ceritanya, bila aku nak belajar dekat meja belajar, kerusi aku tak boleh terkena atau terpijak atas tikar getah tu. Kenapa? Sebab bila kerusi aku terpijak sikit, mulalah si Pian tu hempas-hempas barang, merengus kuat tak hengat, hempas pintu dengan kuat bila dia keluar masuk. Dah kenapa? Jadi sebab aku jemu nak tengok orang meroyan macam tu, aku akan pastikan kerusi aku tak pijak tikar getah dia tu. Aku jugak sedar yang locker aku dah penuh dengan kemik, locker bekas roommate aku yang lain pun ada kemik sikit. Aku syak si Pian tulah yang buat. Siapa lagi kan selain aku dan Pian aje dalam bilik ni?
Paling mengerikan, bila aku dan coursemate aku, Ben lepak dalam bilik. Bila Pian masuk dalam bilik dia terus lontar payung yang dia bawak hampir dekat dengan Ben. Nasib baik payung tu terkena kat dinding. Ben pun apa lagi ketarlah lutut dia, terus dia beredar keluar. Muka Pian memang penuh dengan kemerahan. Aku hanya senyum sinis jelah, serius tak faham motif dia buat macam tu.
Paling paling mengerikan, ada satu malam bila aku tersedar dari tidur kejap. Aku sedar ada sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak di tengah-tengah ruang bilik. Aku kecilkan mata nak pastikan gerangan yang macam orang nak pergi berkawad tu. Pian! Dia berdiri bersama mukanya yang memang lebih garang dari muka mak Giant. Dekat tangan dia, dia ada bawak satu besi. Aku pura-pura tidur sambil-sambil mata curi-curi pandang tengok gelagat Pian. Dia pukul locker sebelah dia guna besi di tangan berkali-kali. Memang bingit arr bunyinya! Dahlah masa orang tidur dia buat macam tu. Nasib baik locker dia sendiri, bukannya locker aku hehee.. Perasaan aku masa tu? Takut plus buat rileks je sambil tidur. Sebenarnya aku takut jugak akan diapa-apakan Pian masa tu sementelah dia ada besi ditangannya. Hanya mampu berdoa dalam hati saja yang termampu aku lakukan masa tu.
Roommate Pahang aku pun memang dah tak berapa suka jugak bergaul dengan Pian. Kitorang sedar dia dah berubah, muka pun selalu kelat bila bertemu muka dengan orang lain. Roommate pahang aku tu dia tahu Pian ni dah buat bilik tu macam bilik dia sendiri. Aku dalam bilik tu dah macam hamba Pian. Semua barang yang dia sepahkan, aku yang bersihkan. Tapi bila aku alih sikit barang dia, Pian mengamuk tak tentu pasal. Hempas apa yang berdekatan dengan dia. Sejak tu aku malas dah nak kemas, biar jelah bilik tu bersepah. Roommate pahang tahu aku ni kadang-kadang takut jugak dengan kelakuan Pian, jadi roommate Pahang aku tidur dalam bilik tu untuk dua hari. Aku tak tahu kenapa bila rommate pahang aku tidur situ, dia tidur dekat bilik lain. Takutkan roommate pahang tu ke?
Satu lagi, bila aku guna alarm, bunyinya taklah kuat sangat, mesti si Pian tu merengus memanjang bila dengar. Aku malas nak ambil kisah. Kalau aku tak guna alarm, macam mana aku nak bangun awal untuk turun kelas kan? Sebab apa aku kata dia dah macam raja dalam bilik tu. Dia kalau belajar, makan, tidur, tengok movie, main game memng betul-betul tengah-tengah ruang bilik tu. Bila aku lalu je, dia jeling. Sama jugak kalau roommate Pahang aku, bila dia lalu je mesti si Pian tu jeling.
Ada satu pagi tu, aku dah bangun dari tidur sebenarnya tapi aku curi-curi dengar sikit perbualan Pian dengan siapa entah melalui telefon. Aku dengar yang Pian mengeluh, masih tak tahu siapa yang curi dia punya TALI PINGGANG. Sebab tali pinggang dia hilang ke Pian jadi macam tu? Sumpah aku tak curi! Aku sendiri ada tali pinggang okey. Roommate Pahang pun jarang guna tali pinggang aku tengok. Takkanlah si pahang tu yang curi kan? Tak kut… Coursemate aku Ben pun aku ada tanya, malah aku pi selongkar almari Ben nak pastikan ada ke tidak tali pinggang Pian. Manalah tahu Ben yang curi kan..tapi alhamdulillah Ben memang seorang yang baik hehee. Dia mengaku dan bersumpah dia tak ada ambik apa-apa dalam bilik aku.
Satu hari tu, aku bawak groupmate aku discuss projek dalam bilik aku. Bila Pian masuk, kawan aku yang bernama Awang tegur dia. Usik-usik dia, “ko pehal” haa macam tu. Macam-macamlah kata-kata kasar yang keluar dari mulut Awang. Sampai aku sedar bila Pian dengar, muka dia dah macam takut-takut. Awang ni gengsterlah jugak sikit tapi dia baik dengan coursemate dia. Semenjak hari Awang dan rakan aku yang lain discuss projek, Pian dah tak macam raja. Adalah sikit cuma bezanya dia tak merengus bila kerusi aku kena tikar getah, dia tak sepahkan pakaian dia je. Yang kekal ialah muka dia yang kelat, perangai suka merengus dan jeling orang bagai, duduk makan tengok movie terbaring tidur tengah-tengah ruang bilik.. Tu je yang masih kekal.
Aku pernah terfikir kenapa dia jadi macam tu? Sebab tali pinggang dia hilang ke? Atau mungkin aku ada buat silap apa-apa? Tapi masa kitorang sembang mesra, aku memang tak ada buka topik yang meleret-leret. Lembut je percakapan aku, malah tak ada kata-kata yang mengguriskan hati pun. Tapi aku rasa ada masalah lain yang buat dia macam tu, tapi aku tak tahu. Sebab dia memang tunjuk muka kelat dekat semua orang, bukan aku dan roommate aku je. Haaa lupa lupa! Dia sebenarnya course lain (aku tak ingat nama course dia tu) tapi sebelum mula kelas, dia check dekat portal uitm yang course dia ditukar ke course Information management. Adakah kerana itu Pian yang happy go lucky berubah jadi menggerunkan?
Aku pernah jugak nak tukar bilik, tapi aku luahkan masalah ni dekat pembantu mahasiswa terlebih dahulu. Ko tahu apa PM tu kata? “Sabar je dulu. Nanti okeylah dia tu.” Dan…’okey’ dia tu langsung tak nampak bila Pian menggerunkan sampai habis sem.
– Syahrul Zaidel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit