Selepas saya menamatkan latihan asas kepolisan selama enam bulan di Pulapol dan empat bulan lagi latihan Asas Peperangan DiHutan di Ulu Kinta serta di Telok Senangin , pada bulan April 1979 saya bersama enam orang lagi rakan telah ditukarkan ke Bn 6 PPH Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.
Kem PPH Jalan Pekeliling sebenarnya bukanlah merupakan sebuah kem yang serba lengkap dan sempurna. Ia lebih merupakan kem sementara yang terdiri dari dua blok rumah pangsa satu bilik yang telah dijadikan pejabat dan perumahan anggota tanpa adanya lain lain kemudahan kecuali surau dan kantin.
Keadaan rumah anggota juga adalah amat kecil dan daif dengan kemudahan lift yang telah usang dan selalu rosak.
Sesuai dengan namanya sebagai kem sementara, penempatan Bn 5/6 PPH di Jalan Pekeliling ini akhirnya telah dipindahkan kekem baru yang lebih lengkap di Bt 9 Jalan Cheras, Selangor. Bagaimanapun oleh kerana bangunan blok pejabat masih belum dapat disiapkan,kami terpaksa menjadikan tingkat satu dan dua dari blok perumahan anggota sebagai pejabat sementara.
Pasukan Polis Hutan (PPH) adalah pasukan polis separa tentera yang ditubuhkan untuk bersama pihak ATM dalam mempertahankan negara khususnya dari ancaman pengganas komunis. Pada ketika itu , ancaman komunis berada ditahap tertinggi dan mampu memberikan tekanan serta ancaman kepada keselamatan negara.
Tahun 1970an dan 1980an telah menyaksikan banyak serangan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh pengganas pengganas komunis keatas sasaran sasaran penting dan pegawai pegawai polis.
Kemuncak kepada ancaman dan serangan pengganas komunis ini adalah berlakunya pembunuhan keatas Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak pada tahun 1974 dan 1975.
Pelbagai operasi telah dilancarkan oleh pihak ATM dan polis bagi memburu pengganas pengganas ini didalam hutan belantara khususnya dihutan belantara didalam negeri negeri Selangor,Pahang,Perak,Kelantan dan Kedah. Kelima lima negeri ini mempunyai sejarah perjuangan komunis yang aktif dan berterusan.
Keujudan Banjaran Titiwangsa juga secara tidak langsung telah memberikan kelebihan dan memudahkan pergerakan mereka didalam hutan. Ini menjadikan usaha usaha mengesan serta memburu mereka menjadi lebih sukar dan mengelirukan.
Kedudukan geography negara kita yang bersempadan dengan Negara Thailand juga telah memberikan kelebihan kepada mereka untuk menyelinap masuk ke Thailand apabila situasi mereka berada didalam keadaan terancam.
Di Bn 6 PPH ,seawal dari dua bulan pertama selepas melapur diri saya bersama sama dengan lain lain pegawai dan anggota dari platun 9,10 11 dan 12 Kompeni C telah diarahkan untuk menjalankan operasi memburu pengganas komunis dihutan dalam kawasan Kuala Kubu Baru dan Kelumpang.
Sebagai platun komander platun 12 saya bertanggung jawab atas platun saya yang terdiri dari seramai 44 orang anggota dari pelbagai pangkat. Kali pertama masuk kedalam kawasan operasi adalah suatu perkara yang agak sukar kepada saya .Ini adalah kerana saya sebagai pegawai muda tidak mempunyai apa apa pengalaman sebelum ini untuk memimpin anggota platun didalam operasi dihutan.
Walaupun telah memperolehi ilmu yang secukupnya semasa menghadiri latihan Asas Peperangan diHutan ,namun ilmu yang ditimba adalah lebih kepada teori dan kenyataannya sebenarnya situasi agak berbeza dengan teori yang dipelajari.Maka amat benarlah kata orang orang tua kita bahawa pengalaman itu adalah raja kepada segala ilmu.
Untuk mengatasi masalah dan kekurangan ini, saya tanpa perasaan segan silu telah bertanya dan belajar kepada orang lama istemewanya tentang bab bab ilmu panduarah didalam hutan dan jugak adab adab yang perlu kita pelihara serta apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan didalam hutan.
Hasil dari belajar dan bertanya tanpa jemu akhirnya dalam masa yang agak singkat saya telah dapat menguasai beberapa ilmu tambahan didalam hutan yang tidak pernah diajar semasa didalam latihan asas dahulu.
Tempuh masa sesuatu operasi adalah tidak tetap dimana ianya bergantung kepada beberapa faktor terutamanya kawasan operasi.Tetapi pada kebiasaannya ia akan mengambil masa paling singkat sebulan dan paling lama dua bulan.Bekalan makanan pada kebiasaannya akan dihantar dua minggu sekali samada melalui udara atau dihantar oleh anggota HQ kelokasi berhampiran.
Bekalan terdiri dari dua kategori iaitu bekalan basah dan bekalan kering. Tugas utama operasi adalah membuat rondaan,membuat serang hendap dan membuat clearance bagi sesuatu kawasan atau sektor.
Bermula dari operasi pertama ini ,selama hampir tujuh tahun berkhidmat didalam PPH, saya telah menjalankan berberapa lagi operasi khususnya dihutan belantara di Selangor,Pahang,Perak dan Kelantan.Setiap operasi yang dijalankan mempunyai kenangan dan pengalamannya tersendiri.
In Syaa Allah akan saya ceritakan kesahnya dimasa masa akan datang.Apa yang ingin saya kesahkan pada kali ini adalah mengenai pengalaman luar biasa yang menyeramkan semasa saya bersama pegawai dan anggota dari kompeni C diarah menjalankan operasi KOTA EHCO dikawasan Klian Intan dan sempadan negeri Perak/Thailand pada tahun 1981.
Walaupun operasi ini tiada berlaku sebarang pertempuran diantara anggota PPH dengan pengganas komunis ,namun apa yang kami hadapi adalah sesuatu perkara yang lebih menggerunkan dari bertempur dengan pihak komunis ..
jika komunis adalah musuh nyata yang boleh dilihat dengan kata kasar ,musuh kami kali ini adalah musuh yang tidak nyata ,yang tidak boleh nampak serta ghaib dari pandangan mata ..musuh sebenar kami pada kali ini adalah gangguan dan rasukan oleh makhluk ghaib PENGHUNI HUTAN.
Ops.Kota Echo adalah nama yang akan tetap saya ingat sampai bila bila selagi nyawa dikandung hayat.Kesahnya bermula apabila Kompeni C Bn 6 PPH diarahkan mengambil alih tugas operasi dari kompeni B yang telah selesai tempuh penugasan selama sebulan setengah.
Disebabkan AOR operasi adalah jauh dipendalaman hutan diantara sempadan Perak dan Thailand pergerakan keluar masuk kami kekawasann operasi adalah melalui udara iaitu melalui pesawat Nuri. Dipuncak gunung dikawasan operasi telah dibina satu LP iaitu tempat pendaratan untuk helicopter .
Penerbangan masuk helicopter akan membawa masuk pegawai dan anggota dari kompeni C manakala penerbangan keluar akan membawa anggota kompeni B yang telah selesai tugas.Pergerakan helicopter berulang alik dari markas tektikal Batalion 6 PPH di Klian Intan kekawasàn operasi dan mengambil masa yang agak lama juga untuk menyelesaikan semua urusan pergerakan anggota.
Seterusnya khemah khemah anggota telah didirikan dikawasan lapang puncak gunung dan dipermatangn permatang yang berhampiran.
Puncak gunung ini berada dalam ketinggian lebih kurang seribu meter dari atas laut dan menjadi HQ bagi kompeni C dengan diperkuatkan oleh dua platun iaitu platun 11 dan platun saya platun 12.Manakala dua lagi platun telah ditempatkan di pertengahan diantara puncak gunung dengan kawasan rendah dikaki gunung.
Terdapat sebuah anak sungai jernih dikaki gunung dan anak sungai tersebut menjadi sumber air minuman untuk kesemua kami disamping dijadikan tempat mandi.
Dua minggu pertama kami menjalani operasi tiada sebarang masalah yang melanda walaupun ada sekali sekala pihak pengganas komunis melepaskan tembakan rambang diwaktu malam .
Kejadian tembakan rambang ini pada kami adalah sesuatu perkara yang biasa berlaku dikawasan operasi yang panas dan pihak pasukan kami sama sekali tidak akan membalas tembakan tersebut.Apa tindakan yang perlu kami lakukan adalah hanya “stand to”iaitu mengambil kedudukan selamat dan mendiamkan diri dalam kedudukan tersebut.
Tujuan pengganas komunis melepaskan tembakan rambang adalah untuk mengetahui kedudukan tepat kami , ini akan dapat diketahui apabila kami membalas tembakan tersebut dan yang kedua berharap agar kami akan keluar membuat rondaan didalam kumpulan yang kecil pada keesokan paginya kerana pengganas komunis telah siap bersedia menunggu dikedudukan strategik untuk membuat ambush.
Namun segala galanya berubah apabila pada suatu hari ribuan ekor burung yang berwarna kekuningan telah singgah memenuhi dahan dan ranting ranting sebatang pokok besar yang terdapat ditengah tengah surau sementara yang telah didirikan terlebih awal oleh pasukan terdahulu.
Seorang sarjan saya yang melihat kejadian tersebut telah melastik kearah kawanan burung burung tersebut dan seekor darinya telah terkena lastik lalu terjatuh kebumi dan mati.Perbuatan itu telah dilihat oleh beberapa orang anggota dan mereka tidak menegur perbuatan sarjan itu kerana menganggap ianya adalah sesuatu perkara yang biasa.
Kejadian melastik burung ini berlaku diwaktu hampir maghrib dan apabila malam menjelang diwaktu hampir tengah malam bermulalah suatu perkara yang diluar dari kebiasaan malam malam sebelumnya.
Kedengaran dari jarak yang tidak berapa jauh suara perempuan menangis mendayu dayu dengan esakan tangisannya menjadi semakin lama semakin kuat dan amat menyeramkan.
Gangguan misteri suara esakan wanita yang mendayu dayu itu berselang seli dengan kehadiran bunyi seperti goncangan ranting ranting kayu dari pokok pokok berdekatan seolah olah seperti ditiup oleh angin yang kencang . Gangguan ini berlaku dalam masa hampir dua puluh minit sebelum keadaan menjadi hening semula seperti sebelumnya.
Semasa gangguan sedang memuncak beberapa anggota telah membacakan ayat ayat suci Al Quran dengan suara yang agak nyaring sambil ada yang telah bertakbir.
Gangguan ini juga telah merencatkan rentak lena tidur anggota anggota dimana selepas itu mereka telah berpakat untuk berjaga sampai kepagi ..tiada sebarang perbincangann khusus mengenai suara suara esakan wanita yang didengari itu tadi dibicarakan.Masing masing mendiamkan diri, sabar menunggu terbitnya fajar matahari untuk memberikan ulasan dan pendapat tersendiri.
Keesokan paginya baharulah keadaan menjadi ceria semula.Perbincangan rata rata tertumpu kepada apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam tadi.Ada yang berpendapat bunyi tersebut adalah bunyi haiwan,ada yang menyatakan ia adalah bunyi pokok dan dahan dahan kayu yang bergesel sesama sendiri ,
Malahan ada jugak pendapat yang menyatakan bunyi tersebut datangnya dari bunyi anak bunian yang tersesat dan kehilangan ibu. Bagaimananpun pendapat ramai mengatakan suara itu adalah suara gangguan dari makhluk ghaib atau hantu syaitan.
Perbincangan disiang hari menyaksikan masing masing telah berubah menjadi orang berani walhal pada malam sebelumnya mereka kelihatannya menikus ketakutan didalam base mereka. Saya sebenarnya tidaklah jauh berbeza dari mereka..diwaktu siang hari saya telah sedaya upaya menunjukkan tahap keberanian saya sedangkan malam sebelumnya saya juga telah terkuncil ketakutan.
Pada akhirnya selepas sessi perbincangan ini, keputusan dari OC kompeni mengarahkan seramai mungkin anggota hadir kesurau sebelum maghrib untuk solat maghrib dan diikuti oleh bacaan tahlil.
Waktu siang hari jadual penugasan berjalan seperti biasa dimana satu seksyen yang terdiri dari satu kopral dan sebelas anggota telah melaksanakan tugas rondaan kawasan. Lain lain anggota dengan tugas kawalan dan tugas memperkemaskan kubu pertahanan.
Tiada apa apa perkara pelik yang telah berlaku sepanjang hari,semangat anggota masih berada ditahap tertinggi, satu kelazimannya apabila anggota baru berada dua minggu didalam kawasan operasi.
Menjelang maghrib ,sebahagian anggota telah mulai berkumpul disurau untuk solat maghrib .Imamnya adalah sarjan platun saya, seorang yang diketahui amat berilmu dan fasih dalam bacaannya. Selepas solat maghrib diteruskan pula dengan membaca Yassin dan tahlil.
Selepas itu diikuti dengan Solat Isyak dan kemudiannya bersurai. Sepanjang masa anggota dan pegawai berada disurau kawalan keselamatan telah diperketatkan.Disekeliling base telah dipasang dengan suar atau flare dalam jarak yang agak jauh untuk memberi petanda akan pergerakan dan kehadiran musuh sekiranya ada.
Malam itu tiada sebarang gangguan dan kejadian yang tidak diingini telah berlaku.Tetapi dari awalnya penugasan kawalan base telah digandakan sebagai persiapan jika berlakunya sebarang kejadian diluar jangkaan dan jugak bertindak sebagai pencetus semangat kepada semua anggota jika berulangnya lagi gangguan misteri dari makhluk makhluk ghaib itu.
Pagi esoknya seawal semasa anggota bersarapan pagi ,dua orang anggota dari platun 11 telah dikesan berkelakuan agak pelik dari kebiasaan.Kedua duanya telah mula bercakap merapu dengan tidak difahami apa butir bicaranya.Perwatakan dari seorang yang agak peramah dan ceria telah mula bertukar menjadi pendiam.
Sesekali akan mengomel seorang diri dengan bahasa yang tidak difahami. Lewat sebelah tengaharinya mata kedua dua anggota ini telah mula bertukar warna menjadi kemerahan dan apabila diperiksa didapati suhu badan kedua duanya telah menjadi terlalu tinggi.
Keadaan ini telah dilapurkan kepada OC kompeni dan arahan OC kompeni agar berhubung dengan Markas Taktikal Bn 6 di Klian Intan untuk permintaan Heli bagi tujuan Medevac atau medical evacuation.
Urusan Medevac telah diatur dengan menggunakan sebuah pesawat Nuri yang sememangnya berada standby di Markas Taktikal di Klian Intan.Seperti kebiasaannya pesawat Nuri tidak akan masuk kekawasàn operasi melainkan diiringi oleh pesawat helicopter ellouete sebagai pesawat tempur.
Jadi untuk urusan permohonan dan kelulusan untuk membawa anggota keluar atas Medevac bukanlah sesuatu yang agak mudah.
Bagaimanapun atas kerjasama pihak ATM khususnya TUDM urusan membawa keluar untuk rawatan kesihatan telah berjaya dijalankan sebelum hari menjelang senja.
Seperti malam sebelumnya , malam yang menjelang tiba hingga kepaginya tiada berlaku sebarang kejadian gangguan .Keesokan paginya perkara yang sama telah berlaku semula.
Kali ini melibatkan lebih ramai anggota dengan situasi yang sama bermula dengan perubahan perlakuan dari normal menjadi tidak normal, bercakap merapu dalam bahasa yang sukar difahami dan menjelang tengahari mata menjadi merah dan suhu badan menjadi tinggi.
Anggota yang terlibat akan memandang rakan rakannya dengan wajah yang agak menyeramkan.Seperti biasa urusan permintaan pesawat helicopter TUDM untuk Medevac telah dibuat bagi mengeluarkan anggota dari kawasan operasi untuk menerima rawatan dihospital.
Kejadian anggota mendapat penyakit misteri ini telah berulang setiap hari dengan pesawat Nuri mengeluarkan anggota sekurang kurangnya sekali sehari.Jumlah anggota terlibat menjadi semakin ramai dan jumlah keanggotaan dibase telah semakin berkurangan .
Platun 11 dan platun 12 terpaksa digabung untuk mengatasi masalah kekurangan anggota.Tugas tugas rondaan kawasan telah tidak lagi dilaksanakan dimana tugas utama hanya ditumpukan kepada tugas kawalan dan keselamatan base.
Didalam sebuk urusan Medevac mengeluarkan anggota untuk mendapatkan rawatan susulan diluar,seorang anggota telah mula mendapat symptom penyakit misteri dikelewatan petang hari dimana waktu telah menghampiri senja.Sebelumnya pesawat Nuri telah terlebih dahulu sampai untuk membawa keluar beberapa anggota yang sakit.
Untuk membawa keluar anggota ini permintaan untuk pesawat Nuri terpaksa dibuat semula walaupun kami sedia maklum kelulusan tidak akan diberikan oleh kerana hari telah hampir malam.
Jadinya muktamad sudah bahawa anggota ini tidak akan dibawa keluar bagi rawatan lanjut.Keadaan anggota semakin lama semakin membimbangkan..suhu badan telah menjadi semakin tinggi dengan keadaan dada yang semakin kencang turun naiknya.
Lebih kurang jam sebelas malam anggota ini telah menjadi nazak ..saya sendiri telah mengampu badannya yang amat panas.
Dalam keadaan serba kepayahan saya nampak dia seolah olah ingin bercakap sesuatu kepada saya.Saya menghampirkan telinga kemulutnya sambil cuba melihat kepada pergerakan mulutnya agar butir butir percakapan dan apa yang hendak disampaikan olehnya dapat saya fahami.
Akhirnya dengan segala kepayahan anggota ini dalam keadaan tersangkut sangkut butir percakapannya telah meminta kepada saya agar meletakkan badannya diatas tanah tanpa sebarang kain pengalas.Saya kemudiannya telah bertanyakan kepada sarjan saya samada saya perlu menuruti apa kehendak anggota ini.
Sarjan saya telah melarang saya dari meletakkan badan anggota yang sedang nazak ini keatas tanah dengan alasan yang bercakap dan membuat permintaan bukanlah dia yang sebenarnya ,melainkan permintaan dari makhluk ghaib atau jin yang telah merasuk kedalamn tubuhnya.Selang beberapa minit kemudian anggota ini telah menghembuskan nafas terakhirnya diatas pangkuan saya.
Keesokan paginya urusan membawa keluar jenazah telah dilakukan dan selepas semua procedure hospital dijalankan ,jenazah telah dibawa pulang kekempung halamannya di Negeri Sembilan oleh anggota HQ diMarkas Taktikal Bn Klian Intan .
..Sementara itu dikawasan operasi keadaan semakin lama semakin tidak lagi terkawal .OC Kompeni saya telah mula buntu,tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.
Anggota semakin ramai sakit dan dibawa keluar .Anggota yang tinggal hanya separuh dari jumlah yang asal.Pesawat Nuri melakukan penerbangan sekerap dua tiga kali sehari membawa keluar anggota yang sakit.
Dalam keadaan inilah seorang lagi platun komander iaitu platun komander platun 11 telah menyatakan perasaan kecewa dan sedih terhadap apa yang terjadi dan telah meminta kebenaran OC kompeni agar semua pegawai dan anggota berkumpul dibasenya pada jam enam petang .
Apabila kami semua mula berkumpul pegawai ini telah meminta seorang anggotanya mengambil sesuatu didalam bahagian bawah packnya.Setelah anggota itu memberikan satu bungkusan plastik kepadanya ,pegawai ini telah mengambil satu buku lama mirip kitab dan telah membaca sesuatu dari buku itu dalam bahasa jawa.
Tidak berapa lama selepas dia membaca apa yang saya agak mungkin ayat mentera,dia telah tidak sedarkan diri selama lebih kurang lima minit dan apabila dia sedar semula suatu perkara pelik dan luarbiasa telah terjadi..
Suara dan pergerakan telah bertukar seratus peratus.Bahasa percakapannya telah menjadi pelat jawa pekat yang agak sukar untuk difahami dan bercakap dalam keadaan tidak lancar tersangkut sangkut penuh keuzuran.
Nanti aku sambung lagi.
– Khairi Kamil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit