Penghuni Rahim II

Untuk part 1, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/penghuni-rahim/).

Assalamualaikum. Alhamdulillah terima kasih beri saya semangat dan kata-kata perangsang. Tak kurang juga condemn saya lengah ke hospital hampir 24 jam. Saya mengaku silap saya. Tapi takut juga baca komen-komen ganas yang ada.

Banyak part saya skip dari cerita. Jadi saya tambah semula. Sesampai di hospital masa mula-mula warded, doctor bagitau kemungkinan yang ada. Air mungkin takkan stop, sebab air turun adalah petanda nak bersalin. Doc suruh doa supaya membrane bocor tu tertutup semula.

Antara possibilities yang doktor tu terangkan adalah:

Pertama, besar kemungkinan baby tak survive. Most leaking cases baby tak survive, lagi-lagi usia kandungan baru 18 minggu. Masih jauh perjalanan nak sampai ke 28minggu sekurang-kurangkan (bergantung pada berat baby juga). Doc tak bagi saya berharap. Sebab air turun banyak tanpa saya perlu bergerak. Dan baby boleh turun bila bila masa. Doc tak boleh buat apa-apa once air ketuban turun. Cuma boleh pantau dan tunggu baby jatuh. Anytime.

Kedua, baby ada possibility untuk survive, tapi chances untuk dia sihat kurang. Bila air kurang, paru-paru dia tak dapat develop dengan sempurna. Kaki dia juga mungkin akan bermasalah. Sebab dalam fasa membesar tapi kantung kecil. Ruang nak membesar kecil.

Jadi saya bedrest sahaja. 10 hari di wad, saya turun katil cuma antara 4-5 kali sahaja sehari untuk tukar pad dan terus solat. Kemudian baring semula. Setiap hari doktor tanya, ada sakit tak. Ada rasa baby nak keluar tak. Baby bergerak tak. Sebab doc takut baby saya jatuh anytime. Dan air ketuban memang tak stop keluar.

Doc tanya sakit atau tak sebab takut ada rasa nak bersalin. Perut keras atau tak,sebab takut baby dah meninggal dalam perut. Sebab doc kata itu saja yang dia boleh buat. Dan setiap pagi pun bila specialist datang,dorang cuma senyum dan minta maaf sebab leaking kes,tak boleh buat apa. Semua suruh saya doa supaya membrane bocor tertutup semula.

Apa lagi yang boleh saya buat, melainkan bangun, tidur, mandi, solat, dan doa Allah berikan apa yang terbaik buat kami. Saya yakin Allah tahu yang terbaik.

Speculum yang doctor buat untuk ambil sample. Tapi lepas test pun tak ada kuman. Dua tiga kali speculum, masih tak ada apa. Blood test,white blood count dah turun sikit.

Discharge hospital sebab air ketuban dah di paras bahaya. Bahasa mudahnya, baby memang tunggu masa. Dan chances survive hampir tak ada. Doktor benarkan saya balik, sambung bedrest dirumah. Baby masa ni dah termampat dalam kantung. Sebab air terus keluar. Walaupun baring, saya boleh rasa air keluar. Dan doktor pesan, datang semula hospital bila keluar darah, atau sakit, atau perut keras.

Selang 3 hari, ya darah keluar. Admit KPJ dan doktor scan, air memang sikit. Bila darah keluar, saya cuma tunggu hari nak bersalin. Doktor masih cover dengan antibiotik. Doktor juga cakap benda yang sama..chances dan possibilities baby. Walaupun saya dah sedia maklum.

Doktor izinkan balik sebab bukaan 1 cm walaupun dah berapa hari. Sebab doc kata keadaan macam ni,mungkin lama contractionnya. Last check up, air dah tak ada dalam kantung. Doc taknampak air masa scan. Doc beri saya 2 possibilities lagi. Walaupun jantung baby masih normal. Tak drop walau sedikit.

Pertama, sama ada baby meninggal dalam perut. Sebab dah tak ada air, baby tak boleh bernafas. Tak boleh develop.

Kedua, saya akan sakit nak bersalin macam orang biasa. Dan lahirkan baby sebelum meninggal dalam perut.

Jadi saya banyakkan bergerak, supaya baby saya mudah keluar dan tak perlu tunggu baby meninggal. Saya ke market dan bazar, banyakkan bergerak supaya baby senang turun. Dan Alhamdulillah baby turun juga. Lega sebab tak meninggal kat dalam.

Doktor kata, leaking ni punca dia cuma satu. Kuman. Di faraj kita ada kuman. Dan kuman ni berjaya naik ke atas. Saya dah sedia maklum dari awal pregnant. Dan saya cukup jaga hygiene. Doktor kata bukan hygiene semata-mata. Tak semua akan alami. Dia macam nasib. Semua doktor cakap yang sama. Hospital mahupun KPJ. Dan tak ada precaution step.

Alhamdulilah ditakdirkan dapat doktor yang memahami masa di KPJ.. yang juga mengalami nasib yang sama. Saya akan selalu ingat pesan doktor,abaikan cakap orang sebab yang merasai, diri kita. Orang yang tak lalui,tak rasa apa kita rasa.

Kata-kata doktor yang paling saya ingat,
Jika Allah nak beri, tak ada tangan yang dapat menghalang.
Jika Allah menghalang,t ak ada tangan yang mampu memberi.

Saya yakin, yang lalui perkara yang sama memang tak mengutuk saya, sebab tahu apa kami lalui. Bersyukurlah bila Allah beri peluang kandung dan lahirkan baby sihat dan selamat. Setiap orang, bahagiannya lain-lain. Ini mungkin bahagian saya. Rezeki saya. Terima kasih buat yang mendoakan.

– Yana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *