Pengkhianat Kaum Sendiri

Assalamualaikum. Hai, aku Ain. 26 tahun dan ibu kepada 2 orang anak-anak yang comel.

Sebenarnya benda ni dah lama terfikir dalam benak fikiran aku. Tapi tak pernah terfikir nak meluah. Sampailah sejak-sejak ni aku nampak banyak video dari tiktok yang bangga menjadi perampas. Bukan satu dua perempuan, banyak.

Ya, ianya tentang kecurangan dalam rumahtangga. Benda ni pernah juga berlaku dalam rumah tangga aku. Ya, exlaki aku curang. Dengan?

Bujang andartu dan bini orang. Aku tak pernah salahkan perempuan tu semata-mata sebab benda ni, kalau dua-dua tak tepuk tangan sama-sama takkan jadi.

First kecurangan ex, dengan anak dara tua. Umur 30an. Ada kerjaya elok. Cuma belum kawin saja. Dia tau ex aku suami orang masa tu. Ex aku masa tu hujung 20an. Bila kantoi, dia play victim. Siap cakap dia bukan perampas. Say sorry bla3.

Tapi still ws sendu-sendu “betul ke u nak kawin dengan i” “bila kita nak kawin?” And buat status sedih. Rindu bagai. Katanya nak move on, tapi taknak block ex aku. Lepas tu nanti, berhubung balik.

Lebih sedih masa ni aku tengah mengandung anak pertama. Dia tau aku mengandung. Dia siap add aku kat fb and like gambar kawin aku. Siap cakap tahniah lepas anak aku lahir.

Aku menangis fikir, kalau ex aku tak hargai aku (sebab dia lelaki kan), kenapa tak at least kita yang sama-sama perempuan ni tak boleh respect antara satu sama lain?

Aku ade jugak kawan dengan sorang akak yang macam ni. Umur 30an. Kerjaya helok. Cuma belum kawin.

And ya, masa tu dia tengah kawan dengan laki orang. Kami dah berkawan sebelum dia kawan dengan laki orang tu lagi. Katanya, “akak tak kisah dia tak ada rumah tak ada kereta ke apa, akak cuma nak menumpang kasih.

Dan akak nak anak. Akak taknak dah tua-tua takde anak. Akak sanggup kawin dekat siam supaya bini first dia tak tau.” Punya terkejut aku dengar.

Aku tanya dia, “akak taknak ke kawin elok-elok. Pakai baju cantik-cantik. Gambar cantik-cantik dari kawin senyap-senyap kat siam tu? Sampai bila nak senyap?” Dia jawab, “akak nak anak. Tak kisah laa lepas tu apa jadi”.

Tapi last aku contact dengan akak ni, benda dah kantoi. Memang kena maki laa dengan bini laki tu. And ya, dia ws aku cerita sedih-sedih. Terus kena ceramah dengan aku as bini yang pernah tersakiti. Aku faham sangat apa yang bini laki tu rasa.

Kami pon lama dah tak berhubung lepas benda ni jadi sebab bila aku contact dengan akak ni, aku jadi terbawa-bawa perasaan kat akak perampas tu.

Second, bini orang. Ws lucah-lucah. I love u. Sayang-sayang. Ws sampai pagi-pagi buta. Bagi gambar sana sini. Anak dah 3 4 orang ni. Kalah aku. Umur memang 30an dekat 40.

Bila kantoi dengan laki dia, laki dia yang cari aku. Bagitau semua benda. At last laki dia salahkan laki aku, kenapa kacau bini dia.

Bila aku tanya, kenapa bini dia melayan? Dia diam. Aku senyum saja. Sebab aku tak salahkan bini dia 100%. Tapi kenapa dia salahkan ex aku sepenuhnya padahal dua-dua hanyut. Dia cakap bini dia dah nak stop, tapi ex aku yang mencari. Seboleh-boleh backup bini dia masa tu.

Then aku tanya semula, kenapa tak block? Aku as perempuan, kalau aku tak suka or taknak layan, aku akan block laki tu. So dia takkan boleh ws aku lagi. Jadi kenapa bini dia tak block? Dan lagi sekali dia diam.

Aku as perempuan yang pernah ada laki tak guna macam ni, ya, aku ada rasa sunyi. Aku ada rasa nak dibahagiakan. Aku ada rasa nak dimanjakan. Lagi-lagi lepas kepercayaan aku pada dia dah takde.

Tapi, aku tau status aku is – isteri orang waktu tu. Dan aku ada anak. Tak sempat aku nak menggatal lagi.

Baik aku cari duit untuk tanggung anak-anak aku. Aku cuma fikirkan masa depan anak-anak. Yang aku tak faham, wujud ye perempuan macam ni? Perempuan yang mengkhianati kaum & suami sendiri.

“Mungkin” laki kau tak baik pada kau, tapi kenapa tak cerai saja lepas tu lantak kau laa nak cari lelaki lain. Curang ni pilihan. Ya, pilihan paling bodoh. Aku as perempuan, sumpah aku tak boleh brain spesis apekah dorang ni.

Mungkin perempuan-perempuan yang tak kawin lagi tu boleh kata “senanglaa kau cakap. Kau dah kawin. Dah ada anak. Kau tak rasa apa yang kami rasa.” Yes, aku tak rasa apa yang korang rasa.

Tapi, sanggup kau pentingkan perasaan kau dan bunuh perasaan perempuan lain cuma untuk kebahagiaan kau sendiri? Seriously?

Lelaki bujang tak kira tua ke muda banyak lagi bersepah kat luar tu. Aku ada saja kawan-kawan lain yang tak kawin lagi, tapi dorang just enjoy the moment jadi single.

Ada jodoh, kawin. Takde jodoh, kami teruskan berdoa. Aku selalu pesan dekat dia, bahagia ni, bukan cuma sebab ada suami, sebab kawin, sebab ada anak. Bahagia adalah datang dari kita.

Kawin tak menjamin sebenar-benar bahagia. Banyak saja perkawinan yang musnah. Tak bahagia. Mungkin lebih bahagia hidup sendiri dan bahagiakan ibubapa.

Mungkin korang tak nak tinggal sebab dah terlanjur sayang. Sakit bila putus cinta ni. Tapi percayalah. Sakit lagi perasaan bila pasangan kau curang.

Yang tak kawin pon rasa nak mati apetah lagi yang dah kawin ada anak bagai. Rasa paling sakit yang pernah aku hadap. Dikhianati. Dikhianati oleh suami sendiri dan kaum sendiri.

Kepada perempuan-perempuan yang sama nasib dengan aku, aku tau, banyak. Banyak aku baca, banyak aku dengar, banyak aku nampak.

Lagi-lagi yang masih bertahan sebab fikirkan anak. Aku doakan korang tabah dan kuat. Doa banyak-banyak. Allah janjikan kesenangan selepas kesusahan.

Aku percaya akan ayat tu. Kalau tak dekat dunia, insyaallah diakhirat. Yakin dengan janji Allah yang satu ni. Jangan jadikan alasan laki korang curang, kau pon nak curang jugak. Jadi, takde beza kau ngan laki kau.

Dan kepada perempuan-perempuan yang masih menempel dengan laki orang tanpa rasa bersalah tu, aku doakan korang jumpa kebahagian korang sendiri nanti. Kalau terbuka hati nak tinggalkan, tolonglah tinggalkan. Kau takkan bahagia hidup atas penderitaan orang lain.

Which is benda yang kau akan ingat sampai mati and yang lagi sadis, mungkin anak atau adik perempuan kau akan rasa benda yang sama macam kami rasa. Menangis sebab perbuatan korang.

Sebab doa orang teranaiya tu Allah pandang tau. Dan lagi payah, bila kau tak dimaafkan lansung oleh sang isteri.

Kita ni, bukan selamanya hidup. Akhirat tu ada. Aku pon bukan nak ambil alih kerja tuhan, tapi kita sama-sama beringat. Sebab kita sama-sama perempuan.

Apa yang kita buat, kita boleh fikir dulu. Melainkan kau tak pernah kisah pasal anak kau dan akhirat nanti, dah tak boleh cakap apa laa. Dasar kepala batu.

Dan kepada perempuan yang curang dengan lelaki yang setia dengan kau. Mungkin dengan alasan bosan. Sumpah, anda bodoh. Lelaki setia dah tak banyak weyh. Hargailah. Macam aku cakap, curang ni pilihan.

So kalau kau rasa kau tak boleh go dengan pasangan kau sekarang, lepaskan. Baru cari lain. Aku taknak ulas pasal lelaki, sebab lelaki semua sama. Hahahaha kbye. Hakak gurau. Gurau ! Assalamualaikum.

P/s : Aku tak pukul rata semua andartu sama. Yang mana ada buat tu mesti terasa. Mana yang takde buat tu takkan nak terasa jugak kan.

Malah aku tabik dengan andartu yang rela single dari menyendeng dengan laki orang. Dan sorry kalau cerita aku terabur dan entah apa-apa.

Aku cuma meluah,

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *