Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat sejahtera buat seluruh warga pembaca. Sebelum tu, aku ingin ucapkan terima kasih buat mereka yang membaca penulisan aku yang bertajuk “Malaysian”.
Terima kasih juga buat admin kerana sudi siarkan penulisan aku yang tidak seberapa itu.. Aku tahu admin edit penulisan aku, maaf lah kerna penulisanku kurang kemas! Aku curi masa untuk menulis, jadi itulah hasilnya. Aku harap warga pembaca, faham apa yang cuba aku sampaikan dalam penulisan itu.
Sebenarnya niat aku, hanya ingin menulis sekali sahaja dalam ruang laman ini. Sebabtu, isi penulisan ‘Malaysian’ panjang.. semua sekali aku sumbat !
Dan aku tak sangka akan menulis untuk kali kedua di ruangan ini lagi! laman ini penuh dengan confessions cinta, rumahtangga, masalah keluarga, masalah di sekeliling dan lain-lain.. So, menghantar penulisan sebegini mungkin tidak di terima oleh admin atau warganet! Penulisan seperti ini tidak menarik untuk dibaca dan isu isu pun agak ‘serious’ dan panas.
InshaAllah nanti jika aku mempunyai waktu lagi untuk menulis, aku akan tulis isu ‘Masalah Rumahtangga’ pula.. Tapi kali ni, aku tetap ingin menulis bab atau tajuknya “Penghianat Negara”. Aku akan sentuh 2 perkara dalam penulisan ini..
Jangan cepat membuat andaian, baca dulu isinya sehingga ke penghujung. Bagi aku amat penting untuk kita faham isu ini.
Kita sudah di penghujung 2019, dan 2020 akan menjelma.. Sebelum kita memasuki tahun 2020. Mari kita kubas isu ini dari aspek fitrah yang benar.
Sebelum aku masuk ke dalam tajuk sebenar diatas, aku mahu jelaskan tentang ‘freedom of speech’ atau dalam bahasa Melayu ‘kebebasan bersuara’. wahai Masyarakat, apabila kita ingin ‘kebebasan bersuara’ itu.. bukanlah hanya bercakap apa yang ingin di cakapkan tanpa isi, hanya kata kata emosi kemarahan disuarakan.. dan tindakan yang dilakukan di luar kawalan atau melanggar peraturan sesuatu itu, bukanlah di namakan ‘freedom of speech’!!.. itu adalah protes atau memberontak!!! . Jangan katakan ‘hak bersuara’ jika tindakan melebihi ucapan!.
Etika kebebasan bersuara tidak ada, tetapi mengatakan ini hak aku bersuara!! Perbezaan diantara “kebebasan bersuara” dengan “protes” itu jauh bezanya dan jelas perbezaannya!! fahami dulu “kebebasan bersuara itu” baru katakan “aku ada hak kebebasan bersuara”. Apa yang ingin disuarakan? tidak diketahui ‘isinya’, yang hanya nampak tindakan melulu dilakukan.
Jangan terlampau terikut-ikut dengan cara dan budaya luar! itu negara mereka, ini negara kita.. buat cara kita. tidak ada halangan menyuarakan, tetapi biar jelas dan betul caranya. melakukan seperti itu hanya menambah masalah dan membuatkan ‘kebebasan bersuara’ itu menjadi perkara yang ‘negatif’. Jangan suburkan budaya negatif itu dalam Masyarakat kita.. “kebebasan bersuara” boleh dilakukan dengan cara yang positif, dan cara yang elok.
“Dunia kita sekarang tidak kekurangan manusia yang bijak pandai, tetapi dunia sekarang kekurangan dan kehilangan manusia yang beradab dan berakhlak”. Jangan jadikan diri anda ‘PENYUMBANG’ manusia yang kurang bermoral, kurang adab, dan kurang akhlak di dunia ini. ‘statistics’ manusia seperti itu di dunia ini sudah tinggi peratusnya!!! Aku lebih ‘respect’ dan suka orang yang beradab walaupun kurang cerdik,.. daripada orang yang pandai tapi biadap !! aku tujukan untuk kesemua masyarakat di Malaysia ini.
kita masuk ke tajuk sebenar..
[1] Pertama
Adakah anda pernah mendengar suara suara yang inginkan sabah dan sarawak keluar dari Malaysia??!..
ye aku pernah, mungkin 5 atau 7 tahun dahulu, sekarang masih ada suara suara itu.. Namun, tidak sepanas dan seheboh dahulu. Mungkin sekarang masyarakat menganggap perkara ini biasa, dan normal untuk masyarakat menuntut itu dan ini.! Tidak, iya bukan hanya isu yang kecil wahai masyarakat!!!
Aku dahulu seperti anda semua, bila mendengar isu ini. Tetapi, bila aku melihat ‘mereka mereka’ yang memperjuangkan isu ini.. timbul keraguan dihatiku. Dan aku melihat video ‘mereka ini’ dan membuat sedikit penyelidikan.
Perkara ini, sangat berat.. perkara ni bukan hanya apa yang kita pandang dari luaran dan zahir sahaja. Ada tangan tangan halus yang cuba untuk mengambil kesempatan.
Aku faham Masyarakat sabah dan sarawak menuntut hak mereka. Ye aku sangat sokong ada sesetengahnya benar benar ingin membela rakyat sabah dan sarawak dalam aspek dan kerangka yang betul. Tetapi ada sesetengahnya mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Perkara ni berkait dengan isu perlembagaan dan undang undang. Tangan tangan halus yang tersembunyi ini cuba untuk mengubah perlembagaan!! itu matlamat mereka, hati-hati wahai pemimpin.. bila kita mengubah perlembagaan sedikit , dari pandangan kita tidak ada apa-apa masalah dan isunya tetapi sebenarnya tidak.! selidik dulu sedalam-dalamnya baru mengambil tindakan dan keputusan. Nampak aku banyak berkias, kerna isu ini sangat sangat sensitif.
perjanjian MA63, itu target dan matlamat mereka.. bersembunyi di sebalik agenda sebenar. mereka cuba menyucuk jarum dari dalam!!!. mereka cuba memperlihatkan Perjanjian MA63 itu perkara yang besar dan mengangkat sebagai ‘undang-undang yang besar dan sangat sangat penting’ kenapa? Adakah cubaan melupakan, mengubah dan menutup ‘perlembagaan persekutuan’? Aku tahu MA63 penting dan tertulis dalam sejarah tetapi jangan sampai ‘perlembagaan’ itu dipandang hanya sebagai sehelai kertas yang tidak berharga.
‘Penghianat Negara?’ persoalannya siapa orang orang yang ingin aku tujukan pengkhianat negara ini?. kumpulan dan golongan yang cuba menghasut masyarakat untuk membenci Negara sendiri dan menghasut masyarakat untuk meminta sabah sarawak dikeluarkan dari Malaysia!!! Aku tanpa keraguan mengatakan kumpulan dan golongan ini “Pengkhianat Negara”.
Golongan yang tidak menghormati lagu ‘Negaraku’ iaitu lagu Kebangsaan Negaranya sendiri dan tidak menghormati bendera jalur gemilang. Adakah anda merasa dalam diri mereka ada nilai patriotik? Aku yakin tidak ada.. “sudah terang lagi bersuluh” tidak perlu banyak alasan jika lagu dan bendera pun tidak dihormati apa lagi yang mahu diberi alasan. “Pengkhianat Negara” seperti ini sangat bahaya di dalam negara kita.. kita bukan baru merdeka, kita sudah 62 tahun merdeka.
perkara yang buat aku lebih terkejut, mereka mengangkat ‘James Brooke’ sebagai hero mereka. orang yang sangat mereka hormati, sanjungi dan ingati! daripada pejuang dan pahlawan sarawak dan sabah itu sendiri. Adakah cubaan mengubah sejarah? atau cubaan menutup sejarah sebenar?
James brooke itu penjajah, perampas tanah sarawak. betapa ramainya pejuang sabah dan sarawak.. ada Mat Salleh, Antanum, Datu Tating, Panglima Ali, Si Gunting . Shariff Masahor, Rentap, Banting, Asun, Datuk Patinggi Abdul Ghafur, Rosli Dhoby dan lain-lain. Kenapa ‘James Brooke’ di julang? bendera jajahan james brooke di kibarkan, tetapi bendera Malaysia tidak dihormati!!!
jika mereka memahami sejarah, menghayati sejarah dan mengetahui sejarah lebih mendalam.. mereka tidak akan melaungkan “kalimat” untuk membenci Negara Malaysia dan tidak akan senang senang meminta untuk keluar dari Negara Malaysia. Negara Malaysia ini tertubuh bukan senang senang sahaja, banyak pengorbanannya.
tolonglah Masyarakat jangan terperdaya dengan hasutan hasutan ‘penghianat Negara’ ini. Jangan cepat terpengaruh dengan ideologi mereka yang perasan diri sebagai hero!! padahal sumbangan terhadap negara zero.. langsung tidak ada khidmat yang diberi, tetapi perasan diri mereka sebagai hero “angkat bakul” kata pepatah Melayu. mereka ini seperti “duri dalam daging”.
Tolonglah masyarakat sabah sarawak, aku merayu jangan mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi mereka ini. Anda perlu pertahankan hak dan tanah anda. Kaji dulu sedalam dalamnya jangan hanya lihat zahir ideologi mereka ini. Nak jadi seperti Singapore? kata mereka! Tidak, jangan terpedaya masyarakat sabah sarawak..
Satu lagi! aku ingatkan, apa yang kamu nampak dekat Singapore itu hanyalah zahirnya.. kamu tidak mengetahui apa yang mereka hilang?.
Sabah dan Sarawak sangat dekat dengan aku, kerna aku juga ada darah Brunei.. aku masih ada saudara yang tinggal di Brunei. Aku sangat dekat dengan budaya dan adat mereka.. Aku sayang orang sabah sarawak. Pertahankan sejarah kamu, Pertahankan tanah kamu dan Pertahankan hak kamu dibumi sabah dan sarawak.
Anak-anak muda sabah sarawak belajarlah dari sejarah, di situ kamu tahu kebenaran dan nampak apa yang cuba aku sampaikan.! dalami sedalam-dalamnya sejarah kamu dari kesultanan Brunei itu sehingga sekarang. Jangan ulangi kesilapan di dalam sejarah itu lagi..
Anak muda sabah sarawak buka mata kamu terutamanya orang bumiputera sabah sarawak, kamu telah banyak kehilangan disana, sedarlah!!
Aku rasis?, jika aku rasis.. aku tak akan tulis perkataan ‘Mereka’!! siapa dulu menyalak dan menujuk belangnya dan mencabar ‘Harimau yang tidur’!. kenapa aku perlu diam???dengan orang yang biadap dan tidak menghormati Negara Malaysia. “Siapa yang makan cili dia terasa pedasnya”!
……
Pesanan atau peringatan.
Kita berbalik kepada Perlembagaan kita, perkara 4 Perlembagaan Persekutuan kata:
Undang-undang persetujuan kita ialah perlembagaan persekutuan. ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka yang tidak selaras perlembagaan adalah tidak sah setakat tidak keselarasan itu. Maksudnya apa-apa sahaja dakwaan dokumen lain, bila semua itu kita sudah masukan kedalam perlembagaan. Perlembagaan lah kita rujuk! bukan dokumen lain.
Undang-undang paling tinggi dalam Negara kita adalah undang-undang perlembagaan. Kita rakyat Malaysia di bawah undang undang perlembagaan ini. Apa bangsa, apa negeri, apa agama inilah undang-undang yang kita patut patuhi dan kita semua dokong. Ingat Rukun Negara! keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
.
[2] Kedua
Tajuk ni bukan saja saja aku letak, aku tertarik dengan sebuah tajuk berita tempatan dengan terpaparnya tajuk besar “Penghianat Negara”.! kalau baca tajuk sahaja pasti akan membuat andaian sendiri, Apakah dan siapakah yang dimaksudkan Penghianat negara itu?, kenapa sebegitu sekali paparan tajuk berita? dan apabila aku membaca isinya.. aku bersetuju 100% dengan tajuk berita itu tanpa keraguan.
“Seorang pengawai didakwa bersama lima individu atas 32 pertuduhan sindiket penjualan maykad (kad pengenalan) dan sijil kelahiran kepada warga asing.”
Aku rasa semua rakyat malaysia tahu akan berita ini, Namun aku tidak terkejut dengan isu ini. Isu dan kes seperti ini bukan perkara baru.. ia sudah bertahun tahun berlaku!! mungkin sudah lebih 5 tahun kes maykad palsu, kes pegawai kerajaan terlibat.. sudah sering kali keluar di portal berita media masa mahupun surat khabar.
Kes penangkapan sindiket maykad palsu sudah beberapa kali di tangkap dan ditumpaskan, namun.. ia tidak pernah habis!! seperti air yang mengalir, yang tidak berhenti. penangkapan sudah sering dilakukan, tetapi persoalannya sindiket ini tidak pernah pupus?!!!
Jika anda berfikir isu ini perkara yang remeh dan memandang ringan isu maykad palsu, dokumen palsu atau pasport palsu ini!. Menganggap tidak ada kesan terhadap negara dan tidak menguggat keamanan!!! anda salah, jika berfikir seperti itu.. ada masalah dalam sistem pemikiran anda, sila check otak anda! “musuh dalam selimut” atau “musang berbulu ayam” adalah gambaran sebenar untuk perkara ini. Isu kewarganegaraan bukan isu main main, yang boleh dipandang sebelah mata.
Buat Warganegara Malaysia yang terlibat, tidak kira lah anda bekerja di bawah sektor kerajaan ataupun tidak.. Anda adalah salah satu individu yang menyumbang keruntuhan sistem Negara, dan penyumbang kehancuran Negara!!.
Bukan susah untuk mengetahui sebab musabab mereka ini terlibat, untuk faktor apa? jawapannya sangat senang ‘Rasuah’. hanya kerna nilai $$$$$$$$ ini, hilang Maruah diri dan Negara!!!.
Tidak kiralah jumlah rasuah anda banyak atau sedikit !
Tidak kiralah urusan rasuah anda itu besar atau kecil !
Tidak kiralah rasuah anda itu berkaitan kerajaan atau bukan berkaitan !
Tidak kiralah rasuah anda itu menggugat keamanan Negara ataupun tidak !
Yang penting di sini anda telah melakukan rasuah! penyumbang kehancuran negara!
Aku sangat sokong usaha Tun Dr Mahathir, untuk membina Negara ini sebagai sebuah negara yang bebas dan bersih Rasuah.
Rasuah? Apa itu Rasuah? mungkin ada yang tidak mengetahui dan tidak faham bagaimana rasuah itu.. Mari kita bagi pencerahan sedikit.
Rasuah boleh ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan.. sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu, kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi tersebut. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009][1]
Contoh pertama, anda seorang pegawai yang mempunyai dan mengetahui maklumat peribadi syarikat, dan kawan anda yang bukan berkerja di syarikat itu meminta anda untuk memberi maklumat tersebut dan dia akan memberi wang setiap bulan kedalam akaun anda. ( hati hati dengan perkerjaan anda)
Contoh kedua, anda seorang pegawai kerajaan, seorang tauke meminta anda memantau dikawasan tersebut dan anda harus berpura pura dan tidak melaporkan kegiatan mereka. dan anda meminta sejumlah wang dan wang tersebut akan dimasukkan kedalam akaun ‘girlfriend’ anda. Kerna wang sejumlah yang besar itu tidak mungkin akan di masukkan kedalam akaun anda sendiri, kerna anda seorang pegawai kerajaan.. teman wanita yang tidak ada ikatan ahli keluarga menjadi target anda. so, girlfriend anda pasti disayangi bak bulan purnama. (hati hati ada yang memerhati!)
Contoh ketiga, seorang ahli perniagaan memberi anda tiket percutian yang mewah dan segalanya di tanggung. Tetapi anda harus meluluskan produknya dan memberi lesen terhadap ahli perniagaan tersebut walaupun dia tidak layak dan produknya mempunyai bahan bahan terlarang. ( hati hati mungkin itu anda)
Contoh keempat, anda meluluskan permohonan seseorang tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan hanya kerana diberi hadiah kesukaan anda. (hati hati dengan sebuah hadiah)
Contoh kelima, seorang pelajar mengupah rakannya membuat assignment untuknya, dan lalu mengatakan dia sendiri membuat assignment itu.( hati hati kebanyakkan pelajar juga sudah ada ciri-ciri ‘rasuah’ ini.)
Ciri-ciri manusia yang terlibat dengan rasuah ini, mempunyai sifat “mazmumah” dalam dirinya. Tidak amanah, tidak jujur, menipu, tamak, lebih mencintai dunia dan tidak berintegriti !!!..
Hati hati dengan perkerjaan anda, tugasan anda, dan amanah anda. Ambil berat tentang apa yang anda dapat tidak kira wang, hadiah, bonus, jawatan diberi, diskaun, dan perkhidmatan yang diberi.!
sebagai seorang Muslim, suka untuk aku selitkan pencerahan di dalam agama islam tentang ‘rasuah’ ini.
Firman Allah:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada kalangan yang mengendalikan hukuman (pemerintah, pentadbir, hakim dan sebagainya), supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”
(Surah Al-Baqarah: 188)
Hadis Rasulullah S.A.W.
“Rasulullah S.A.W telah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Perkataan “MELAKNAT” tu adalah tanda amaran yang keras.
Rasuah termasuk dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah terhadap semua yang terlibat, yang memberi rasuah dan menerima rasuah. Laknat bermaksud tidak mendapat Rahmat Allah daripada dunia sehingga celaka dan neraka di akhirat kalau tidak bertaubat.
Wujudnya rasuah bersama syaitan yang merosakkan manusia dan kehidupannya dengan meniupkan perasaan ingin mendapatkan kesenangan semata-mata tanpa mempedulikan keburukan dan akibatnya yang menimpa diri dan masyarakat.
Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat secara langsung ketika memimpin negara supaya mengelakkan diri daripada rasuah. Contohnya apabila seorang sahabat R.A yang ditugaskan memungut hasil daripada salah satu wilayah Islam, secara ikhlas berkata: “Wahai Rasulullah! Ini adalah hasil pungutan yang telah ditugaskan dan ini pula diberi kepada saya”.
Apabila keluar memberi ucapan kepada umum, Rasulullah S.A.W bersabda tanpa menyebut namanya:
“Ada kalangan kamu yang ditugaskan, datang kepadaku memberitahu: “Bahawa ini hasil pungutan saya dan ini pula diberi kepada saya”. Adakah sekiranya dia berada di rumah ibunya dan ayahnya tanpa tugas atau jawatan itu akan diberi kepadanya?” Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya, harta seperti ini akan dibawa bersama, dipikulnya untuk dibicarakan pada Hari Kiamat nanti”.
Ini menunjukkan hadiah luar biasa diberikan oleh kalangan tertentu yang ada kepentingan adalah bertujuan rasuah atau pendahuluan, ia sangat mempengaruhi seseorang yang berjawatan dalam apa-apa urusan. Apatah lagi yang terang dan nyata kerana mempengaruhi sesuatu keputusan yang menyebabkan penyelewengan atau tidak berlaku adil.
Islam meletakkan bahawa jawatan seseorang itu ada perhitungan dosa dan pahala yang dikira pada Hari Kiamat nanti, yang menyebabkan seksa di dalam kuburnya di Alam Barzakh dan Padang Mahsyar, seterusnya dihumban ke dalam Neraka. Bukan sahaja tiada keberkatan yakni tidak mendatangkan kebaikan daripada hartanya kepada diri dan keluarga dalam kehidupan dunia.
Rasuah tidak tertebus dosanya dengan ibadat seperti haji dan umrah dan lain-lain, kerana melibatkan hak rakyat umum. Besarnya dosa rasuah kerana merosakkan seluruh kehidupan manusia, kerana merosakkan pentadbiran, pengurusan, kehakiman, membawa kesan negatif dalam kegiatan politik, ekonomi sehinggalah alam sekitar dan lain-lain. Ini disebabkan rasuah mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan.
Bertaubatlah, bagi muslim yang melakukan rasuah! Bukan sahaja ‘penghianat negara’ tetapi ‘dilaknat’ oleh Allah.. betapa beratnya dosa Rasuah itu sampai “dilaknat”. sebab mempengaruhi dan merosakkan pelbagai aspek yang boleh meruntuhkan sebuah negara dan tamadun.
Aku ingin selitkan ucapan “seseorang”,.. aku suka ucapan beliau yang penuh semangat dan bait bait kata yang teratur kemas!
Sila hadam:-
※Buat para ayahanda dan bonda, ketua dan pendidik keluarga –
Anak-anak adalah mutiara yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita. Lahirnya mereka ke dunia ini, adalah dalam keadaan fitrahnya yang bersih dan suci. Ayahanda dan bondalah yang menjadi penentu dalam mencorak dan mewarnai nilai jiwa dan keperibadian mereka.
Peliharalah mereka dan perbaikilah urusan hidup mereka. Jadilah sahabat kepada anak-anak ini dan dengari isi hati dan impian mereka. Besarkan mereka dengan kasih sayang dan didikan agama. Agar mereka tidak lemah dan kabur dengan pujukan dunia dan sogokan kuasa. Biar mereka mengenal nikmat keberkatan harta.
Jangan racuni mereka dengan kegilaan terhadap harta dan kuasa, semata-mata untuk memenuhi hidup yang bersifat sementara. Jangan khianati mereka dengan suapan rezeki hasil kerakusan harta. Kelak ia kan tumbuh menjalari tubuh menjadi racun yang berbisa, membutakan hati mencemari jiwa.
※Buat guru-guru insan pendidik –
Kalian insan mulia yang menyalai cahaya ilmu buat anak-anak nusa harapan bangsa. Kalian bagai pelita dalam kegelapan, laksana embun penyejuk dalam kehausan. Didiklah anak bangsa kita bukan sekadar mengenal nombor, abjad dan kalimat, tetapi sulamilah mereka dengan didikan agama penuh makna, agar nilai kemurnian kekal tersemat di dalam dada.
Taburkanlah benih-benih ilmu yang menerbitkan keimanan dan ketaqwaan, biar terpadam keinginan mereka kepada pujukan dunia dan keenakan harta. Semarakkan ke dalam jiwa-jiwa mereka kebencian terhadap keborokan rasuah dan salah guna kuasa. Biar mereka jauh dari kemabukan harta dan ketamakan dunia. Agar mereka siap siaga menghadapi dunia dan masa depannya.
※Buat anak muda harapan nusa dan bangsa –
Sudah sampai masanya kalian mengorak langkah, menekad arah, memaksi perjuangan dengan penuh kejujuran dan kematangan. Bukan hanyut dengan melaung pemberontakan murahan dari luaran, tetapi sebaliknya bijak berbahas dengan nada kesopanan, agar tampak lebih pintar dan tidak janggal persis keanakan. Melontar kritikan riuh rendah nun di luar sana sememangnya mudah.
Namun realitinya, hanya anak jantan sahaja, yang benar-benar berani menjadi pejuang dan bertempur dari dalam gelanggang, menepis tumbukan dan menongkah arus meraut perubahan. Oleh itu ayuhlah anak muda! Sambut cabaran perjuangan yang telah dilontarkan dan dihamparkan. Majulah kehadapan saf! Kita gempur dan perangi bersama, kemungkaran rasuah dan salah guna kuasa.
※Buat para kakitangan awam dan anggota penguatkuasa undang-undang pengkhidmat rakyat –
Amanah dan kuasa bukan perkara mainan untuk diinjak dan dijual buat lacuran. Amanah dan kuasa ini kurniaan Allah SWT yang dituntut kejujurannya buat mengabdi kepada rakyat dan negara. Sedarlah bahawa khazanah dan harta negara itu adalah hak rakyat dan bukan milik peribadi buat memenuhi nafsu kepentingan diri. Apatah lagi untuk dikhianati dan dijual beli. Hentikanlah meragut hasil duniawi dan lunaskanlah khidmat serta janji sebagai hamba rakyat yang sejati. Lewat ini semakin banyak anak-anak mata yang memerhati. Hati-hati saudaraku, hati-hati.
※Buat Yang Berhormat ahli politik dan pemimpin masyarakat –
Jangan kamu khianati amanah rakyat. Jangan hanya mahu didendang dan dijulang di persada takhta, sedang pertimbangan dan kepentingan rakyat dibiar alpa. Segala janji yang ditaburkan, harus dijelmakan menjadi lebih dari sekadar harapan.
Hentikanlah membuai para marhaen dengan ciptaan dan dongengan yang mengaburi kebenaran, sedang jari jemarimu terus rakus meragut habuan. Laksanakanlah 5 amanah yang dituntut dan perjuangkanlah nasib rakyat yang dahagakan pembelaan dan perjuanganmu. Yakinkanlah kami dengan menentang kebejatan rasuah dan salah guna kuasa. Agar lenyap dan hilang di dunia, segala racun yang menjadi pemusnah merobek nilai-nilai bangsa.
※Buat para hakim yang arif lagi bijaksana –
Umbul-umbul kehakiman adalah kibaran megah simbol keadilan. Tegaknya berdiri menjadi benteng terakhir buat rakyat berteduh mencari kebenaran. Maka yang arif lagi bijaksana, adililah hukum dengan iman dan keberanian. Usah biarkan anai-anai kebatilan menerobos pintu keadilan, sehingga lohong diracuni kemungkaran. Kelak nanti tercemar keadilan sehingga terseleweng segala kebenaran.
Hukumlah mereka yang masih tegar dan hanyut melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Biar menjadi teladan dan amaran kepada mereka yang memerhati diluar sana. Agar meremang kecut dan ketakutan si perasuah dan pemabuk kuasa. Biar lenyap semuanya terkubur, hilang tidak bertanda.
※Buat seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi –
Ibu pertiwi ini bersusah hati tanpa sembunyi, kerna semakin hari semakin kelihatan air matanya berlinangan di pipi. Ibu pertiwi ini bermuram hati, kerana kekayaan buminya dilelong di sana sini. Tanahnya dinodai, buminya dicemari dan lautnya nan indah dikotori. Mengapa ini terjadi?
Ia terjadi kerana rakyatnya yang durjana semakin lemas dalam rasuah dan korupsi. Sampai bila harus terjadi? – Ia akan terus terjadi selagi rakyatnya terus hina selaku jelata, yang terus haloba bertuhankan harta.
Bangkitlah dari lena mu wahai rakyat negara! Jangan biarkan tanah air ini tersungkur dalam kehancuran. Bangkitlah merungkai kekusutan dan ayuh kita perangi kemungkaran rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan. Biar rapuh dan hancur segala kepalsuan, yang memayungi segala kebatilan dan ketidakadilan. Agar bisa kita renung sebuah harapan dan impian, untuk hidup dalam kedamaian dan kebahagiaan.
※Buat mereka yang masih mabuk dan lemas dalam suapan –
Dengarkanlah laungan amaran ini. Buat kali yang sekiannya, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan rasuah dan salah guna kuasa! Tunduk dan menyerahlah! Janganlah terus dangkal mendabik dada, kelak terancam nyawa dan raga, tersembam rebah ditimpa bala.
Tahniah buat pihak pihak yang berusaha sehabis mungkin dalam isu ini, anda adalah wira untuk negara berdaulat ini.!
……….
Mari kita tambah pengetahuan atau’refresh’ kembali pengetahuan am kita. Ini hanyalah Asas sahaja tentang kewarganegaraan.
1. Cara mendapat kewarganegaraan
※Ada 4 cara untuk seseorang itu menjadi Warganegara Malaysia:-
i. Kuat kuasa undang-undang
ii. Pendaftaran
iii. Naturalisasi/kemasukan
iv. Penggabungan wilayah
I. Kewarganegaraan Melalui kuat kuasa undang-undang.
*Majoriti rakyat malaysia mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang, contohnya:
● Orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ( 16 September 1963).
● Seseorang yang dilahirkan di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara.
● Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
II. Kewarganegaraan melalui pendaftaran.
* Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan perkahwinannya telah didaftarkan sebagai warganegara sekiranya:-
● Dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara, kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap dan berkelakuan baik.
●Seseorang yang dibawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai seorang warganegara. Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.
III. Kewarganegaraan melalui naturalisasi/ kemasukan.
● Kerajaan persekutuan boleh dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan pemohon bukan warganegara, memberi perakuan naturalisasi sekiranya orang itu telah bermastautin di dalam persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki dan berniat berbuat demikian secara tetap, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam Bahasa Melayu.
IV. Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.
● Sekiranya terdapat wilayah baharu yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan penduduk di dalam wilayah tersebut adalah warganegara.
2. Kehilangan Taraf kewarganegaraan
*setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu cara penolakan [Perkara 23 perlembagaan Persekutuan] dan Pelucutan [Perkara 24 Perlembagaan persekutuan]
Dua keadaan hilang taraf kewarganegaraan
I. Penolakan (pelepashakan)
>Warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan sempurna akal serta telah memperoleh atau hendak menjadi kewarganegaraan negara lain.
II. Pelucutan
>Telah menjadi Warganegara asing.
>Telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan.
>Telah membuktikan dia tidak lagi setia kepada negara sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara.
Sedikit pencerahan yang tidak seberapa dari aku. mohon maaf salah silap, betulkan mana yang tersalah dan terkhilaf .
…
Penulisan aku pun dah panjang dan aku pun dah penat.
Aku tinggalkan anda semua dengan kata kata dari Allahyarham Dato onn Ja’afar:
Ucapan-ucapan Dato Onn Ja’ afar:
“Umat Melayu Hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan datang itu telah pun datang…’’
“Saudara, negara akan terus menghadapi ancaman dari masa kesemasa. Kedatangan ancaman yang lebih sosifikated akan lebih rumit untuk dikesan jika kita tidak menghayati sejarah”
“Hakikatnya: [jika] Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh jika kita bersatu-padu”
“Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu ROH dan SEMANGAT datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita”
“Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya…”.
“Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati”
“Rakyat jelata Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah mengangkat dan meletakkan balik raja-raja itu keatas takhta kerajaan… Bagi membalas jasa pihak rakyat itu, pada masa yang akan datang hendaklah pihak raja-raja mengambil usaha, mengambil tahu hal rakyat”
Beliau mengulangi ingatannya yang telah disebutkannya beberapa kali iaitu.
“Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja”
“…jemputlah menjalankan rundingan dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasan hati dan sekiranya hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah”
“Tetapi biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada…”
“…jangan semata-mata menghadapkan pendangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata [narrow parochialism], iaitu hidup hanyalah di bawah di bawah tempurung sendiri”
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini”
“…mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri…”
“PETA yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada PETA yang terbentang didepan mata saya sendiri…”
“Malangnya mulut saya tertutup…”
“Tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggunggan saya itu…”
“Malang saya berkata mulut saya ini tertutup..”
“Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan [apa yang tersirat], saya percaya tiap-tiap orang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdekaan itu”.
“Umat Melayu jangan sembah sesiapa melainkan Tuhan (Allah)”
(Al-fatihah kepada Allahyarham Dato Onn Ja’afar)
[Sengaja aku selitkan kata kata dari Allahyarham Dato Onn jaafar, supaya kita berfikir kembali. kata kata di atas tidak bersambung, di setiap petikan itu lain tarikh, lain hari, lain tempat,]
…
*Kepada semua yang ingin menulis komen di ruang komen. Jagalah Bahasa anda… dilarang komen negatif dan menghina agama lain dan bangsa lain! Tahniah bagi Orang yang komen dengan bahasa yang baik dan positif, anda adalah orang yang bijaksana, bagi yang menulis komen negatif dan bahasa yang buruk anda telah mempermalukan diri sendiri.
Aku tahu, mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan penulisanku. komen atau buatlah penulisan anda, aku terbuka untuk melihat sisi pandangan anda. Namun, jika hanya menulis komen ‘sarcasm’ atau kecaman.. anda bukanlah lawan yang sebenar! Komen yang anda tulis adalah tanggungjawab anda sendiri..!
Tahniah dan Terima kasih kepada anda yang membaca sehingga kepenghujungnya. Anda seorang yang gemar membaca, dan suka menambah ilmu. Jika anda dapat habiskan bacaan dan penulisan yang panjang ini.
Maaf atas salah silap, penulisan ini tidak ada niat tersembunyi dan tidak di pengaruhi dari mana mana parti politik. Aku hanyalah rakyat biasa yang cinta keamanan. Akhir kata, sekali lagi aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan ini.
– Rakyat Malaysia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit