Assalammualaikum, nama saya Dassy. Anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Saya berumur 28 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta.
Saya mempunyai seorang ibu umur nya 57 tahun. Sejak ayah berhenti kerja di sebab kan syarikat nya muflis. Ayah mengalami kemurungan selama 14 tahun dah tidak memberi nafkah kepada ibu dan kami.
Ibu lah sentiasa kuat sejak dari umur ku 13 tahun hingga sekarang bertanggungjawap mencari duit bagi memenuhi perbelanjaan kami.
Macam-macam kerja yang ibu buat sebagai suri rumah, sebagai suami untuk membesarkan kami dan ingin melihat kami berjaya di masa akan datang.
Ibu tak pernah fikir penat walaupun ibu tak sihat dia tetap kuat mencari nafkah siang atau malam untuk beri yang terbaik buat anak-anaknya.
Tetapi malangnya, kemurungan ayah turun pada setiap sorang adik beradik saya. Salah satu nya abang, dan kakak.
Abang tidak bekerja setelah graduate dari universiti, dia hanya terperap dalam rumah dan kerjanya adalah main game bagi menghilangkan rasa sedih, termasuk kakak saya.
Mereka berdua lagi bijak dari saya. Saya dapat rasa kalau mereka usaha mesti mereka akan berjaya dan kejayaan mereka sudah pasti dapat membantu keluarga dan kurangkan bebanan ibu.
Setiap kali saya balik kerja, atau pergi kerja saya rasa keluarga saya tak normal macam orang lain…
Bila melihat teman-teman lain mempunyai adik beradik yang bertanggungjawap antara satu sama lain membuatkan saya rasa cemburu dan sedih.
Saya pasti akan menangis apabila pulang kerja atau pergi kerja apabila melihat ibu saya masih lagi bekerja untuk tambah pendapatan kami sekeluarga dengan berniaga kuih pau sambal.
Saya hanya mampu bantu sedikit untuk kurangkan kesakitan ibu tanggung.
Tetapi pada masa yang sama saya rasa sangat sedih apabila melihat abang dan kakak saya yang sihat tidak bekerja dan hanya duduk di rumah bermain game, makanan dihidangkan oleh ibu di dalam bilik.
Seolah-olah melihat ibu di perbuat seperti orang gaji dalam rumah. Saya tak tahu sampai bila saya akan hidup sebegini bersama ibu…
Setiap kali saya akan berdoa agar keluarga saya normal seperti orang lain… abang, kakak kerja, berkahwin dan saya memiliki anak buah. Ada perjumpaan keluarga di hari raya. Saling maaf -bermaafan… Tetapi semua tu mimpi dan angan2 saya sahaja.
Saya sekarang tinggal di hostel syarikat untuk sementara waktu disebabkan saya tak tahan melihat abang, kakak hidup bersenang -lenang di rumah ibu.
Mesti korang akan tertanya-tanya mana ayah saya, adik pertama dan adik terakhir saya?
Ayah saya menghidap sakit jantung jadi ayah saya berehat dirumah bersama ibu. Adik lelaki pertama jarang ada dirumah. Dia hanya bekerja tanpa henti sehinggakan muka nya saya tak nampak.
Adik terakhir saya seorang istimewa dia tak boleh buat apa-apa melainkan memehuni kesunyian ibu.
Saya tertanya-tanya kalau ibu tiada apa akan berlaku di rumah ku, adakah abang dan kakak akan insaf dengan perbuatan mereka terhadap ibu..?
‘Ibu, Dassy nampak kesakitan ibu, Dassy tak tahan sebab itu Dassy terpaksa berjauhan dengan ibu dan adik-beradik lain’
Sebagai seorang anak yang ketiga daripada 5 orang adik beradik apa yang saya harus buat? Marah atau tegur pun takkan berguna juga.
– Dassy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit