Pengorbanan Anak Bongsu

Assalamualaikum hai. Pertama sekali aku ingin berterima kasih pada admin jika confession aku disiarkan.

Terima kasih juga pada yang sudi baca penulisan aku walaupun ayat tunggang langgang dan panjang.

Membaca kan ibarat 1 senaman untuk otak. Seperti yang tertera di tajuk. Aku anak last dalam 7 orang adik beradik.

Aku berumur 18 tahun sekarang and patutnya aku sambung belajar tapi ada hal2 yang tidak mengizinkan dan aku duduk sahaja di rumah tidak bekerja.

By the way, aku tengah berperang dengan depresi. Aku pernah dapatkan rawatan tapi disebabkan aku tak nak menyusahkan orang aku stopkan treatment aku awal tahun hari tu.

So sekarang aku berperang sorang2 tanpa sokongan dan terus melekat di rumah tanpa buat apa2.

Tentang pengorbanan aku sebagai anak bongsu macam2 aku korbankan untuk family aku, untuk semua orang sampaikan aku nak sambung belajar pun aku kena extend tahun depan.

Itu pun kalau ada rezeki aku untuk pergi jauh.

Macam2 lah yang aku korbankan dari aku kecil sampai sekarang.

Mesti ada yang tertanya2 habis tu sekarang aku kat rumah buat apa je kan? Aku kat rumah tak buat pape pun hidup like mayat hidup memang tak function.

Kadang2 aku ada jugak tidur rumah kakak aku sebab kena jaga anak dia, dia buat kerja kat luar cod barang so nak tak nak aku terpaksa je lah ikut kan.

Ye lah nanti ada lah yang cakap, “Dari kau tau buat pape kau ikut je lah”. Dekat sini aku nak clear kan something kakak aku ni dia letak anak dia kat rumah mak aku.

Mak aku ni memang tak kerja. So aku dengan mak aku lah yang kena hadap jaga anak dia. Hari2 dia hantar anak dia kecuali kalau dia ada cuti je hari ahad.

Aku bukan tak reti bersyukur but aku dah terlampau penat sebenarnya. Dari aku kecik aku dah kena hadap budak2 jaga budak2 sampai sekarang. Sampai aku ada depression.

Nak keluar langsung tak boleh. Mak aku kongkong aku ye lah anak bongsu kan. Ingat best ke jadi anak bongsu sebenarnya terseksa tau buat itu tak boleh, buat ini tak boleh.

Aku duduk dekat rumah ni dah macam neraka dah tak aman langsung. Dengan anak buah aku lagi diorang adik beradik 2 orang je tapi dah macam 20 orang dah.

So aku lah terpaksa jadi singa hari2 marah diorang, pukul diorang. Hari2 tau korang bayangkan hari2.

Suka hati korang lah kalau korang lagi kesian dekat anak buah aku berbanding aku ni. But gara2 diorang depression aku makin teruk.

Baran aku makin teruk. Diorang silap sikit je memang teruk kena tibai dengan aku. Mak aku pun marah aku juga sebab kalau aku pukul memang macam orang hilang akal.

Nak buat macam mana sebab aku memang tak boleh nak control lagi dah.

Aku penat sebenarnya kena hadap benda sama hari2 tapi siapa je lah aku ni kan nak mengeluh pasal benda ni bukannya ada orang care pasal aku.

Untung lah siapa yang ada motor ada kereta stress je boleh keluar healing.

Aku ni? Nak keluar langsung tak boleh weyh aku tak tahu dah nak cakap macam mana. Aku pandai je bawa motor tapi tu lah terlampau dikongkong sangat.

Aku stress gila nak keluar release tension ke apa semua tak boleh memang 24/7 kat rumah tepu do otak memang benak gila.

Actually aku dah sambung belajar dah bulan 10 hari tu tapi kakak aku tiba2 cakap dengan aku suruh tolong dia buat kuih sebab dia nak start niaga jual kuih dia.

So dia dah cakap macam tu aku memang tak boleh nak tolak lah even aku tolong dia aku tak dapat pape.

Tup tup aku dah cancel sambung belajar aku tanya dia jadi ke nak buat kuih tu. Dia boleh kata tak jadi weyh.

Ya Allah time tu aku rasa macam haihh amende siak aku sanggup tau ketepikan segala benda yang aku nak buat for my future but benda ni jugak yang jadi and sampai sekarang aku duduk berkurung dalam rumah ni.

Dah lah aku tengah berperang dengan depresi masing2 pulak buat tak tahu je. Macam2 kot aku korbankan dari aku kecil sampai sekarang takkan sikit pun tak nampak.

1 je aku minta kalau aku dapat peluang untuk keluar aku tak fikir sesiapa lagi dah aku chaw je terus orang pun bukannya fikir pasal aku.

Serabut duduk kat rumah ni hadap benda sama. Hari2 nak kena jadi baran srs penat gila. Untungnya kalau dapat lari jauh2 kan.

Okay lah aku stop sampai sini dulu nanti kalau aku rajin aku buat part 2. Terima kasih semua yang sudi membaca also admin.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *