Pengorbanan Cinta Demi Keluarga

Ya. Itu yang diajarkan kepada aku daripada kecil sampai ke besar.

Aku Isya (bukan nama sebenar) berusia 25 tahun. Berasal dari JB bekerja di ibu kota. Pernah bekerja di ibu kota kini hanya membuat part time dengan seorang peniaga.

Aku dulu bekerja di KLCC dalam sektor swasta dengan gaji yang tinggi tetapi aku telah memutuskan untuk berhenti atas faktor kesihatan dan pengangkutan.

Kini aku hanya bekerja part time dengan seorang peniaga yang diperkenalkan melalui pasanganku Ad (bukan nama sebenar).

Aku bersekedudukan dengan Ad di ibu kota. Ad bekerja sebagai pembantu peniaga di kedai milik ibunya, sama tempat dengan peniaga yang aku buat part time dengannya. Kami bercinta hampir 3 tahun.

Hubungan kami bermula di atas talian kerana PKP dan pertama kali berjumpa setelah larangan PKP dilonggarkan. Kami bercinta sehingga aku habis belajar dan aku pulang ke JB sementara dia di ibu kota.

Bermulalah kembali percintaan jarak jauh antara kami sehingga aku memutuskan untuk lari dari rumah dan pergi kepadanya.

Aku membuat keputusan drastik itu atas sebab keluargaku tidak membenarkan aku mencari kerja-kerja ‘picisan’ dan mengharapkan aku mendapat kerja selesa seperti di pejabat, atau kerja kerajaan, atau menjadi cikgu.

Bermulalah hidup kami bercinta dengan jarak dekat, ada suka ada duka, tetapi ada sekelumit kebahagiaan yang aku rasa meskipun dibina atas dosa.

Keluarga Ad tahu tentang keadaan kami dan menasihati Ad untuk membina ikatan yang sah denganku segera.

Keluarga Ad telah menemuiku dan menerimaku. Mereka memahami situasi kami dan berusaha bersama-sama untuk menghalalkan hubungan kami.

Usaha seterusnya datang daripada aku untuk memperkenalkan Ad kepada keluargaku.

Pada permulaannya, kerana perbezaan darjat dan tiada pekerjaan dengan gaji yang tinggi, keluargaku enggan langsung mengenali Ad. (Semasa ini aku masih mempunyai pekerjaan yang tetap).

Aku memberitahu keluarga Ad tentang respon keluargaku dan mereka memutuskan untuk bernikah di negara jiran.

Namun rancangan kami gagal atas faktor kewangan dan kekurangan informasi. Aku hanya mampu menangis dan meredhai atas pelamin anganku yang musnah.

Setelah berbincang semula dengan Ad, dia memberi kata putus padaku untuk berkahwin di sini dan tidak putus asa terhadap keluargaku.

Dan aku perlu bersama-samanya dalam usaha itu. Aku mencuba dan terus mencuba sehingga akhirnya ayahku memberikan izin pada Ad untuk bertemu dengan ayahku.

Aku telah memutuskan untuk membawanya bersama denganku ketika aku pulang ke JB untuk berjumpa ayahku.

Ad memesej ayahku meminta izin untuk mengikuti pulang bersama ke JB tetapi ayahku menolak dengan alasan berdua-duaan dalam kereta.

Aku buntu, terkejut, marah, sedih, dan hairan. Semasa aku belajar dahulu, aku ada seorang kawan lelaki yang pernah balik bersama-samaku ke kampus tetapi ayahku membernarkannya.

Mungkin perbezaan atas faktor kawan dan pasangan? Aku pun tidak tahu. Abang aku kehulu kehilir membawa anak-anak perempuan orang lain sedikit pun mereka tidak bising.

Aku pasrah. Aku pulang ke JB seorang diri dengan linangan air mata membasahi pipi ketika aku memecut di atas lorong kiri.

Setelah pulang, kedua ibu bapa ku menyatakan perasaan marah mereka kepadaku kerana bekerja di ibu kota dan membuat kerja part time tersebut.

Ibu bapaku tidak tahu aku telah berhenti kerja di KLCC dan hanya bekerja part time di sana. Mereka beranggapan aku membuat dua kerja dalam satu masa.

Mereka memaksaku untuk “berhenti kerja” dan pulang ke JB untuk menyambung pelajaran di sini.

Seolah-olah mereka ingin memutuskan hubungan aku dengan Ad. Aku buntu. Dalam kepalaku kalau begini biarlah aku dan Ad mencari duit bernikah di Thailand.

Walaupun salah pada pihak undang-undang tetapi kami berdua tidak terus berdosa tetapi cadanganku ditolak. Dia tetap ingin bernikah di Malaysia. Aku buntu sungguh buntu.

Perlukah aku korbankan cintaku pada Ad dan kembali tinggal di JB bersama keluragaku meskipun aku sedih, tidak bahagia, dan menderita?

Ya. Tetapi tidak berdosakah aku jika aku menanam perasaan dendam sakit dan benci kepada keluargaku seumur hidup kerana hatiku yang terluka?

– Isya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *