Assalamualaikum pembaca iium.. Terima kasih admin siarkan coretan aku.
Aku Ilaina, 24 tahun. Aku ada abang. Waktu aku masih kecil, aku sangat rapat dengan abang aku walaupun dia suka usik aku. Ketika aku umur 8 tahun, dia kahwin dengan pilihan hati dia. Kini, sudah hampir 17 tahun abang aku berkahwin dan dikurniakan 3 org cahaya mata yang sememangnya sangat rapat dengan aku.
Tetapi kehidupan keluarga kecil mereka berubah sejak 5 tahun lepas setelah kakak iparku jatuh sakit. Pada mulanya dia hanya menghidap sejenis ketumbuhan luar di belakang kepala. Dah operate 5 tahun lepas, tapi luka tu tak sembuh sampai sekarang bahkan semakin membesar di belakang kepala disebabkan aktifnya sel kanser. Bayangkan selama hampir 5 tahun kau tak dapat menoleh kiri, kanan, bawah dan atas. Boleh pandang depan straight je.
Sejak awal tahun ni, kesihatan kakak ipar semakin merosot disebabkan terlalu berpantang dalam pemakanan sehingga menyebabkan kekurangan sel darah merah. Tempat luka operate ketumbuhan tu pon selalu jgk berdarah. Kalau panas, mesti saaaaakit sangat kepala. Seksa aku melihat dia. Pernah aku tengok darah mengalir tak henti2 dari kepala tmpt luka tu. Bayangkan lah sendiri..
Bila dh dapat rawatan dari hospital, macam2 la dia nak kaji sebab sebelum ni cuci luka dan buat rawatan sendiri je. Bila dh dapat kes dekat IKN, macam2 prosedur and test kena buat. Alhamdulillah, sel kanser takde merebak ke tmpt lain. Cuma ada di bahagian ketumbuhan yg telah di operate tu je. Setiap kali aku dtg rumah abang, aku tengok sendiri mcm mana sakit dia tu. Perasaan dia mcm nk buang kepala tu jauh2. Macam2 jenis ubat tahan sakit jadi kawan dia. Yang tak baiknya, kesan sampingan dari ubat tahan sakit tu boleh sampai buat dia hampir koma sebab ketiadaan oksigen dan jga darah. Tapi nasib baik abg cepaf hntr ke hospital dan dpt rawatan dgn segera.
Hari demi hari, dia sangat positif dan kuat melawan penyakit dia. Sampai lah dalam 3 hingga 4 minggu lepas, dia tak berdaya lagi utk bangun, berjalan, makan dan buat semua aktiviti fizikal.. Hanya terlantar dan kadang2 menangis menahan kesakitan yang amat sangat. Mujur ada abang yang sentiasa ada disisi. Menjaga seorang isteri dengan penuh setia dan kasih sayang. Sebelum pergi kerja, abang siap2 masak terlebih dulu. Sediakan apa yg patut. Tiba waktu lunch, dia pulang kerumah utk memberi makan kpd isteri walaupun jarak rumah ke tmpt kerja agak jauh.
Aku melihat perjalanan hidup keluarga kecil ini. Ya, sambil aku bantu juga. Memberi kasih sayang kepada anak mereka. Melayan kerenah mereka dan sambil mendidik mereka. Menghiburkan hati anak saudara yg masih kecil, tidak tahu apa2.. Melihat pengorbanan seorang suami kpd isterinya yg tak pernah merungut penat walau aku nampak, jauh di sudut hatinya sangat berat utk menghadapi semua ini. Tapi harus kuat demi keluarga tersayang. Aku melihat semua jerih perih abang aku dan berhempas pulas bekerja mencari rezeki utk cover kos rawatan dan ubat ubatan yg mahal dan melihat kekuatan kakak ipar melawan sakitnya itu.
Bila dia bercakap dgn aku, dia sangat berharap yg suatu hari nanti dia akan sembuh. Banyak lagi perkara yg dia nak buat selepas dia sembuh. Hari2 dia cerita semua hajat dan impian dia. Dia cerita apa yg dia nak buat lepas sembuh nanti..Ya Allah.. Sebak hati aku mendengarnya. Semoga dia diberikan kesembuhan.
Tolong doakan kakak ipar aku cepat sembuh. Doakan juga agar abang dan dia terus kuat utk menghdapi semua ujian ini.. Mana tahu, ada antara kita cepat termakbul doanya. Moga murah rezeki semua yg mendokan kesihatan kakak ipar ku bertambah pulih dan baik. Terima kasih.
– Ilaina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit