Pengorbanan Ibu

Assalamualaikum. Terima kasih admin andai confession ini disiarkan.

Semalam saya keluar rumah selepas solat maghrib dalam pukul 7.15. Saya tinggal di sebuah taman. Dalam kereta sy nampak seorang ibu singgah ambil anak dari rumah pengasuh.

Sepanjang perjalanan fikiran saya melayang bertemankan angin malam. Dihiasi suasana malam yang semakin kelam. Saya terkenangkan anak yang baru dijemput ibu tadi. Pukul berapa agaknya ibu hantarnya pada pengasuh pagi tadi? Sampai matahari terbenam baru ibu jemput kembali. Allah. Saya terfikir lagi. Penat tak ibu tadi? Sudah maghrib belum menjejakkan kaki ke pintu rumah. Sampai rumah, sempat tak anak tadi ditatap, dirapi? Sempat tak ibu tadi membahagi masa dengan kepenatan yang dialami? Allah. Esok pagi pasti rutin kembali.

Saya terfikir, inilah kehidupan hari ini. Saya nampak semua ibu sibuk mencari rezeki untuk menanggung kehidupan dalam ekonomi hari ini. Saya nampak dilaman sosial juga ibu2 muda mempamerkan anak2 mereka yang dirindui, disayangi dan diberikan setinggi tinggi harapan pada anak ini tadi. Tapi saya meragui hakikat realiti kehidupan ibu2 ini.

Ibu2 ini termasuk saya bangga berkongsi pengalaman bersusah payah mengandung dan melahirkan anak. Pengorbanan dan kesusahan ibu dipamerkan dan dinyatakan oleh seluruh dunia. Tapi saya terfikir, adakah mengandung dan melahirkan anak itu satu pilihan untuk para ibu? Pernah ke Allah tanya, adakah kamu sanggup mengandungkan anak selama 9bulan? Adakah kamu sanggup menanggung kesakitan melahirkan anak? Pernah ke kita ditanyakan soalan begini? Tidak kan. Itu tandanya kita tidak diberi pilihan. Tapi kita dipilih untuk merasai ujian itu. Jadi saya rasa itu semua bukanlah satu pengorbanan. Tapi satu tanggungjawab untuk melahirkan insan.

Andai kita diberi pilihan untuk membayar orang lain untuk melahirkan anak kita, saya yakin tak kurang ibu yang akan mengambil peluang ini. Begitulah ironinya hari ini kita membayar kepada orang lain untuk membesarkan anak kita saban hari. Mendidik dan mengasuh anak2 merupakan tanggungjawab yang diberi pilihan. Saya yakin hari ini 75% dari kita memilih untuk membayar upah atas tanggungjawab ini daripada bekorban termasuk saya.

Saya terkenangkan kawan2 ofis saya. Mereka sering kali update gambar rindu anak dsb tapi, jarang sekali saya lihat mereka berkejar ambil anak sebaik sahaja habis waktu kerja. Mereka lebih memilih untuk stay back, outing, dan berehat ditempat kerja. Malah ada diantara mereka yang cakap, malas lagi nak balik. Nanti dah ambil anak tak boleh rehat. Allahurobbi. Saya terfikir, anak2 yang sedang menanti ibu itu. Bagaimana anak2 ini dewasa nanti. Adakah rasa sayang pada ibunya sama seperti sayang kita pada ibu yang menjaga kita setiap hari?Itulah yang saya perhatikan hari ini.

Muhasabah diri kita sebagai ibu. Dalam kita duk canang besarnya pengorbanan kita buat anak2, adakah kita benar2 bekorban? Adakah kita benar2 memilih untuk bekorban?jika tidak, malulah pada diri sendiri, berhentilah memuji diri.

Ayuh muhasabah diri kita sebagai ibu. Agar anak2 zuriat keturunan yang kita lahirkan dan kita “BESARKAN” menjadi insan murobbi.

InsyaAllah.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit