Pengorbanan Ku Tidak Dihargai

Nama aku Him (bukan nama sebenar) aku berumur 26 tahun dan bekerja di sektor swasta sahaja.

Aku berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama N. Kami berkenalan di game mobile legend. Sedar tak sedar hubungan kami sudah 5 tahun. Aku dan dia seorang kaki game maksudnya kami sentiasa luangkan masa bersama main game tersebut.

Ada satu hari tu dia tidak boleh terima aku selalu main game dan aku tekad berhenti terus menerus daripada main game semata-mata tunjuk pengorbanan aku padanya.

Sepanjang hubungan kami terlalu banyak ujian-ujian yang aku tempuh. Pernah break sebanyak 5 kali dan getback semula.

Yang terbaru aku getback dengan dia tahun lepas itu pon dia yang datang balik sebab atas alasan tak jumpa lelaki yang ikhlas dengan dia.

Pada awal tahun ni, aku memang syak dia ada berhubung dengan lelaki yang juga bermain game bersama dengan dia. Dia masih lagi tegar bermain game sedangkan aku?

Sudah berhenti dan hanya fokus pada kerja dan beri perhatian pada dia. Dia merupakan pelajar di sebuah universiti dan berumur 23 tahun.

Kami bercinta jarak jauh.

Pada mulanya hubungan dia dengan lelaki tersebut aku hanya menganggap mereka sekadar berkawan sahaja. Aku memang tak sedap hati dan fikir ada something wrong dengan diorang berdua.

Aku siasat sendiri secara diam-diam. Aku tengok ig laki tu bio dia broken dan dalam masa yang sama bio awek aku ni pon bertukar seolah-olah ayat dalam bio dia tu mesej kepada lelaki untuk lupakan dirinya tersebut.

Aku cuba bertanya dan berbincang dengan dia. Dia cakap “lelaki tu terhegeh-hegeh dan beria dengan saya. Saya tak buat pape pon cuma laki tu tiber nak jealous bagai padahal takde hubungan pape pon”.

Aku pon percaya bulat-bulat dengan dia dan dia pon terus block laki tersebut semua socmed.

Lepas pada tu, ada sorang mamat kawan kepada game dia jugak yang try hard nak kan dia. Aku masih lagi cuba positif dan bertanya siapa lelaki tu?

Dia beritahu “lelaki tu main game sekali dengan saya dan mamat tu pon entah la tiba-tiba nak try hard bagai”.

Dan aku betapa bodohnya masa tu masih lagi percaya dengan kata-kata dia. Kami masa tu lebih kurang silent relationship. Tapi aku sebagai lelaki even berada dalam situasi long distance & silent relationship aku masih lagi respect dia dan setia.

Aku cut off semua contact dengan mana-mana perempuan semata-mata nak jaga hati dia. Dan berharap dia juga buat benda yang sama.

Tetapi sebaliknya, dia terlampau friendly dengan jantan-jantan yang bermain game sama dengan dia.

Selepas pada itu, aku belikan dia cincin sebagai tanda ikat kepadanya dan membuktikan kepada dia dan keluarganya yang aku betul-betul ikhlas untuk berkahwin dengan dia.

Dia sering kali jugak mengadu dekat aku yang laptop dia guna sekarang ni terlampau lag dan mengganggu prestasi kerja dia.

Pada raya puasa haritu, aku pergi ke rumah dia berjumpa dengan ibu dan ayah dia sambil membawa laptop aku sendiri untuk swap dengan dia sebab aku tak pakai pon laptop tu sekadar scroll facebook, tengok movie dan dengar lagu sahaja.

Laptop aku memang high spec gaming punya so takde masalah untuk dia buat kerja dia. Aku berniat untuk membantu dia sahaja dan bantu ibu bapa dia kerana diorang pon kekangan kewangan nak beli laptop baru.

Aku sudah ceritakan tentang dia pada keluarga aku. Pada bulan 6 dia praktikal di negeri yang aku tinggal sekarang ni. Aku sudah berjanji dengan ibu dan ayahnya untuk menjaga dia sebaik mungkin kerana dia tiada sesiapa untuk bergantung.

Sewaktu pertama kali dia berada disini, dia mengadu dia tak tahu selok belok tempat ini dan nak pergi ke tempat kerja (praktikal).

Disebabkan janji aku pada ibu dan bapanya, aku hantar dia pergi ke kerja dan ambil dia pulang kerja. Selama dia berada disini aku menjaga makan dan minumnya.

Sebelum ambik dia balik kerja aku singgah ke rumah aku dulu untuk ambik bekal yang mak aku masak untuk bagi dekat dia. Aku kerja office hour. Naik motor pergi dekat rumah sewa dia dan parking motor kat rumah dia pastu bawak pulak kete dia.

Kalau ambik dia pulang kerja pukul 3, parking kete dia pastu bawak motor aku pergi sambung ke tempat kerja. Jarak rumah aku dengan rumah dia 15 minit. Jarak rumah dia dengan tempat kerja aku 25 minit.

Bila aku habis kerja pukul 5 aku balik ke rumah dan malam pula aku belikan burger atau makanan untuk hantar kepadanya.

Selama 3 bulan dia berada disini untuk menghabiskan praktikalnya, aku teruskan menghantar dia pergi ke kerja dan ambik dia pulang kerja serta menghantar makanan kepada dia.

Belanja barang dapur 3 bulan aku bagi dekat mak aku semata-mata untuk masakkan kepada dia.

Kalau hari minggu hari mak aku berehat. Aku galas tanggungjawab untuk masakkan lauk kepada dia dan mak aku sekadar masak nasi sahaja *sebab aku tak pandai masak nasi hahaha*.

Lepas tu aku pergi hantar sendiri dekat dia. Tanpa kira cuaca hujan atau pon panas aku hadap semata-mata untuk mengenyangkan perut dia.

Bila dia berada dalam kesusahan aku sentiasa tolong dia bawak dia pergi klinik, belikan apa yang dia craving. Banyak jugak duit aku habis sepanjang dia ada kat sini termasuk sambut birthday dia.

Tapi jenis aku, aku tak berkira bab-bab makan ni. Selagi ada duit aku bagi.

Ada satu malam tu, aku naik motor masa tu sebab baru balik dari ambik laptop yang dah siap baiki dan tiba-tiba dia wasap mintak belikan makanan. Aku suggest pizza dan dia pon nak.

Bayangkan bakul motor aku dah letak laptop dan barang, pastu sebelah tangan pegang motor sebelah tangan lagi pegang kotak pizza dengan sup cendawan. Nak sampai rumah dia ambik masa 18 minit dia punya jauh tu.  Betapa strugglenya aku nak sampai dekat rumah sewa dia time tu.

Pada pertengahan praktikal dia masa tu ada cuti selama seminggu dan dia pulang ke kampung buat sementara waktu. Masa tu kantoi dengan aku dia curang.

Dia block tiktok dan ig aku semata-mata nak letak nama jantan tu dekat bio dia. Aku siasat sendiri laki tu, last-last budak game yang lain pulak. Pastu bila aku suruh mengaku dia cakap sekadar content untuk tiktok.

Memang alasan bodoh yang dia bagi masa tu. Aku beritahu dekat kakak dia perbuatan dia macam tu pastu mak dia call aku suruh bagi dia peluang. Awek aku pon merayu gila gila masa tu mintak peluang kedua.

Tapi sumpah aku bodoh aku percaya dia bulat-bulat dengan alasan dia dan still terima dia lagi. Dia terus berjanji dan bersumpah untuk tak nak main game tu lagi dan fokus dekat aku lepas ni.

Bila selesainya praktikal dia selama 3 bulan, dia pulang ke kampung halaman dia. Tapi aku perasan perangai dia start berubah bila duduk jauh.

Dia ignore aku, dia always busy sampai takde masa, aku call dia susah nak angkat, dan tuppp! Kantoi dia main game bila aku tengok live dekat tiktok laki lain. Dia ada dalam live tu.

Aku memang syak lama dah dia still main game tu sebab dia selalu post content game dekat tiktok dia. Bila aku tanya dia jawab tu video lama.

Memang kitaorang gaduh besar time tu tapi aku still positif lagi sebab sayang kan. Aku letak tepi pasal dia khianati janji tak nak main game tu dan aku mengalah serta cuba nak berbaik dengan dia.

Masa tu dia seolah-olah tak nak selesaikan perbalahan tersebut. Terus menerus sakitkan hati aku.

Lepas tu dia kantoi melayan lelaki lain dalam chat dekat tiktok. Aku dah start tawar hati dengan dia.

Aku dalam dilema sama ada untuk melepaskan atau untuk mempertahankan hubungan ni. Aku buat keputusan untuk lepaskan dia sebab berulang kali benda sama aku hadap.

Dia sejenis play victim dia tak akan mengaku salah dia sendiri. Bila aku mintak putus dia boleh bagitahu dekat ibu dia yang aku mintak putus sedangkan berpunca dari dia.

Bila aku dah break dengan dia, aku dapat satu dm dekat twitter dari fake acc. Rupanya mamat tu bf yang ex aku cakap beria dan terhegeh tu masa awal tahun tu.

Dia sendiri mengaku diorang time tu hari-hari oncall time siang lagi-lagi time aku tengah kerja, video call sampai subuh dekat laptop sambil main game. Mamat tu niat baik sebab nak bongkar perangai dia yang sebenar.

Aku mula-mula tak percaya and then dia hantar bukti chat dia dengan ex aku apa semua dan bukti diorang video call berjam jam sampai subuh. Patut aku pelik bila oncall malam-malam je mesti dia mute aku bila aku dah tido.

Allahuakbar remuk gila hati aku time tu bila baca chat dia dengan mamat tu. Ex aku bagitahu aku dia tak melayan apa semua, dia tak oncall or video call pon. Sumpah aku kena tipu hidup-hidup sepanjang hubungan dengan dia.

Aku dah berniat nak halalkan dia tahun depan. Aku dah bagitahu semua family pasal dia. Allahu aku sakit aku perit.

Dia seolah-olah mempergunakan aku atas kebaikan aku sendiri. Wahai N, tak cukup lagi ke pengorbanan aku selama ni? Aku sedih. Setiap malam air mata jantan aku menitis. Buat pertama kalinya aku menangis sebab perempuan.

Aku hantar screenshot mamat tu dekat ex aku. Sepatah apa pon dia tak balas. Allahu aku terkena kalini. Ujian Ya Allah… aku tak tahu macam mana nak cakap. Sumpah perit aku kena kalini.

Sepanjang aku putus dengan dia dulu aku tak henti-henti selitkan nama dia dalam doa “jika benarlah dia jodohku kembalikan lah untuk aku menghalalkan dia, jika benar dia bukan untuk ku jauhkanlah dan lupakanlah tentang dia”.

Bila dia muncul untuk getback dan mintak peluang aku lah insan yang paling happy masa tu dan sujud syukur kerana Allah makbulkan doa aku. Tetapi mungkin dia hadir sebagai ujian untuk aku.

Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang. Aku redha dengan semua ni. Walaupun pahit untuk aku telan. Aku telah dianiaya.

Aku tidak berdendam aku hanya berdoa semoga Allah membalas segala galanya. Ku sangkakan kau permata rupanya duri yang paling berbisa. Terima kasih untuk segalanya.

– Him (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *