Pengorbanan Seorang Ibu

Salam pengorbanan.. Salam kasih sayang..

Jika disebut pengorbanan ibu, ramai yang boleh nyatakan apa…

Bermula dari ada nyawa di dalam rahim, telah berputik rasa kasih untuk menjaga zuriat itu, perut semakin besar dan berat, mula sakit pinggang dan urat, kena kuat.

Terkenang saatku mengandung, alahan tak teruk tapi diuji sakit sendi, kaki selalu krem, masuk lapan bulan sukar bergerak, cukup bulan alhamdulillah selamat melahirkan.

Ada kisah yang kita ikuti, ibu meninggal saat melahirkan,

Jadi di sini telah tertulis pengorbanan besar seorang ibu melahirkan sehingga ia boleh dilihat seperti satu jihad, andai tewas adalah syahid. Dengan niat anak ini mahu dididik menjadi soleh solehah. Adalah diri seorang yang mencari redaNya..

Reda seorang anak juga bergantung kepada reda ibunya… Allah dah meletakkan hakikat ini dalam hukumNya. Seandainya takdir mendapat ibu yang jahat, tetaplah berbuat baik kerana ini satu daripada suruhan yang Esa.

Namun, hatiku sangat gentar waktu ini… Kasih ibu dan anak ni kuat. Bagaimana sanggup seorang ibu mendera anaknya atau sebaliknya ada anak yang menzalimi ibunya… Di mana naluri kasih mereka.

Aku hanya menduga, kita tak tahu ujian mereka… Bila rasa berat, kurenungi ayat suci yang menyebut ‘Tidaklah Allah menguji hambaNya melainkan mengikut kemampuan’.

Ada ujian kehilangan keluarga yang sangat meruntun hatiku… Melihat tangisan anak kematian ibu, atau ibu kematian anak. Aku turut menitiskan air mata.

Kalau anakku sakit, aku sangat risau, sehingga aku doa semoga diri, anak dan keluarga sentiasa sihat. Sihat adalah kesyukuran tertinggi. Dengan sihat banyak perkara yang boleh dilakukan termasuk ibadah.

Aku juga memikirkan tentang kesihatan mental. Ada kes ibu yang burn out menjaga anak, sangat penat tertekan sehingga ada yang mencederakan diri dan anak tanpa sedar. Meroyan kata orang kampung.

Namun ada juga yang melakukan dengan sedar, kerana benci kehadiran anak itu atas sebab tertentu, dibunuhnya atau dibuang selepas lahir. Kejam. Di mana nilai kemanusiaan. Bila syaitan menguasai diri. Sedih.

Mari kita telusuri kisah Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail. Seorang isteri yang taat saat suaminya Nabi Ibrahim mahu meninggalkan dia dan anaknya sendirian di padang pasir. Tiada pertikaian hanya bertanya adakah ini perintah Allah, ya.

Dengan tawakal yang kuat dia meyakinkan diri akan ada pertolongan Allah. Sampai masa anak menangis kehausan, ibu perlu mencari air tapi tak nampak punca.

Dia berlari dari Safa ke Marwah berulang kali sehingga tujuh kali tanpa putus asa, maka tibalah mukjizat melihat ada air keluar di tempat anaknya berada…

Allah… Allah Maha Melihat, Allah Maha Tahu. Tiada yang sia sia daripada apa yang diusahakan.. Dialah yang memberi rezeki tanpa hisab.

Maka, itulah air zam zam yang terus mengalir sehingga kini… Berkat pengorbanan seorang ibu.

Tibalah pula kisah pengorbanan yang menyaksikan kepasrahan seorang ayah untuk mengorbankan anaknya, di sini melihatkan akhlak dan iman yang kuat pada diri anaknya, membenarkan kata ayahnya ikutlah perintah Allah.

Anak soleh, berkat didikan si ibu. Semoga kita mampu menjadi ibu misali. Semuanya kerana Allah, hidup mati kerana Allah, faham kehidupan ini adalah sementara. Selagi hidup mesti berusaha memperbaiki diri..

Sungguh diri ini tak sempurna, ada juga kesilapan dan kecuaian dalam mengurus diri dan anak… Ya Allah, ampuni kami, beri kami hidayah dan aafiyah di dunia dan akhirat. Aamiin.

– Nisa’ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Nak komen semua luahan di sini dalam satu entri.

    1. Ibu kalau dah tak tahan mintalah tolong. Doktor, suami, keluarga terutamanya emak atau saudara perempuan terdekat. Kita bukan hidup di zaman tak boleh telefon sesiapa. Meskipun boleh berkorban, jika lelah, carilah support system kerana awak menjaga anak kecil, bukan perkara kecil.

    2. Masyarakat perlu ambil tahu tentang pusat pendidikan yang berdaftar, ada akaun yang beraudit, ada pihak-pihak lain yang memantau. Contohnya, kalau taska, mesti Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh datang. Ambil tahu juga aktiviti kebajikan dan isu cuci duit.

    3. Perempuan belajarlah menerima penolakan dengan terhormat. Belum kahwin lagi dah nak kifarahkan orang lain. Daripada marah dihina lelaki, kenapa tak doa yang baik untuk diri sendiri? Lama lagi tempoh nak berkahwin jangan sikit-sikit nak berbalas dendam. Belajar memaafkan. Lelaki pun sama. Selagi belum kahwin, tak ada apa-apa ikatan dan boleh pilih sesiapa. Perempuan pun tak suka lelaki berdendam.

    4. Perempuan jangan suka merajuk dan jangan berangan hidup diulit kemewahan. Lelaki letih dengan sikap begini. Belum kahwin dah macam-macam. Lelaki pun sama. Perempuan pun susah kalau terlalu besar belanja takut mereka pun perlu membanting tulang siang malam sehingga tidak larat sudah.

    5. Lelaki jangan sombong dan bercakap sesuka hati hanya kerana mereka seorang lelaki. Nasib anak cucu esok belum tahu lagi. Ini bukan hal kifarah, tapi ini hal jangan sombong bila berkata-kata. Perempuan pun sama. Kadang-kadang dapat balasan bukan kerana dikifarahkan orang, tapi kerana manusia tak sepatutnya bercakap besar. Percaya manusia ada kuasa itu adalah syirik. Percaya manusia ada kuasa juga mewujudkan permusuhan di kalangan masyarakat. Ada takde sesiapa berdendam pun, tapi mereka terkena sendiri akibat sombong, tetapi tuduh-menuduh orang lain, buatan oranglah, apalah.

    6. Perempuan yang sokong suaminya cari rezeki dengan memukul orang, bayangkan perasaan anak jika ayah sanggup ibu cari rezeki dengan memperdagang anak perempuan orang lain. Hidup jangan berkiblatkan duit. Nanti anak menjauh tahu pula kecil hati. Berbeza tau peminjam dan menjadi tukang pukul. Sama berbeza ditipu dan dijual dengan menjadi orang tengah aktiviti memperdagangkan wanita. Hiduplah dalam cinta yang tidak membutakan mata.

    7. Wanita perlu ingat tak semua akan menolong bila buat kesilapan dalam hidup. Oleh itu, jangan cepat mempercayai lelaki yang belum dikahwini. Saudara sendiri buntu nak membantu perlu minta orang lain beri komen. Ramai orang nak anak dan hal ni tak perlu tanya orang pun boleh selesai. Nak bela anak luar nikah, ambil je bela, tak sudi hantar kan pada rumah kebajikan, ramai lagi orang yang pagi petang siang malam bermimpi nak zuriat dan tahu anak semua lahir dalam keadaan suci. Wanita mengandung emosi mereka rapuh, walaupun mereka mengandung anak luar nikah. Sebagai masyarakat yang mempunyai rasa kemanusiaan, jagalah ibu mengandung baik-baik sehingga selamat melahirkan. Bila perlu, hantar pada pusat pemulihan akhlak. Takut belum sempat melahirkan, cederakan diri, dan cederakan kandungan. Henti budaya mengecam berjemaah. Lelaki perempuan sila bertanggung jawab hal anak-anak, walaupun tak sempat nikah dah mengandung.

    8. Anak yang complaint tidak baik dengan ibu, bila dah besar ibu nak berbaik awak merajuk sebab apa? Selagi awak tidak berkahwin, syurga anak di tapak kaki ibu. Bagaimana pun status ibu awak, isteri nombor berapa ke, awak perlu ambil berat kebajikan ibu yang melahirkan awak. Takde masalah tak boleh selesai. Contohnya ibu ada kereta tak digunakan, pergi jual. Pernah dimarah oleh ibu, maafkan.

    9. Sangat betul berdoalah memohon pada Allah SWT. Kadang-kala minta sedikit dapat melimpah dan tidak disangka-sangka boleh dapat.

    10. Masyarakat yang baik boleh menyembuhkan hati kanak-kanak atau pelajar yang terluka. Kerana itulah, digalakkan anak yang tiada ibu bapa masuk dalam institusi kekeluargaan, walaupun tidak menjadi ahli keluarga. Supaya cycle tiada contoh untuk dijadikan panduan ni tidak berlaku pada mereka. Dengan melihat keluarga penyayang yang memuliakan semua walaupun bukan ahli keluarga akan beri impak besar pada mereka. Masyarakat yang memandang kanak-kanak tiada ibu bapa, anak luar nikah, anak istimewa, anak terbiar sebagai kelas manusia yang lebih rendah mungkin boleh mengulangi semula episod duka atau episod sikap tidak mahu diulangi generasi akan datang. They don’t know love, they can’t give love.

    11. Berhenti menyalahkan ketidakmenjadian anak 100 peratus kepada ibu bapa. Ada anak sudah diberi didikan yang cukup. Yang patut complaint, bila anak dah buat salah, ibu bapa tetap biarkan. Sanggup buang anak dari selamatkan dan didik. Sanggup tidak beri didikan tambahan dari masukkan ke pusat pemulihan akhlak. Ada anak salah berkawan, ada diambil kesempatan, ada terperangkap, ada dianiaya, ada naif, ada lurus, ada anak istimewa, ada memberontak, ada terlalu mempercayai, ada tidak matang, ada takut melaporkan kejahatan orang lain, ada tak tahu nak cari bukti, ada kena gang up, ada tidak tahu undang-undang. Ada takut dikecam kerana ada teman lelaki sedangkan mereka tak tahu jika teman lelaki bersikap memaksa itu adalah kesalahan dan boleh dilaporkan pada pihak berkuasa. Wanita perlu diberi pendidikan mengenai undang-undang. Yang mencaci manusia adalah manusia, pintu taubat sentiasa Allah SWT buka.

    12. Lelaki ni bila orang perempuan meluah mereka nak tahu nak luahan didengari atau nak luahan diselesaikan.

    Selamat Hari Raya Aidiladha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *