Salam dan hi semua. Di sini, aku nak luahkan pengorbanan ibuku.
Aku ni dari kecil tiada ayah. Ayahku telah menceraikan ibu sejak aku umur 7 bulan bayi lagi sebab ayah tak nak terima aku. Hal ini disebabkan oleh aku lahir dengan masalah penglihatan.
Sejak daripada itu, ibulah yang bertungkus-lumus membesarkanku. Ibu baik sangat.
Ibu pernah cerita dengan aku, selepas ibu bercerai dengan ayah, banyak ujian dan cabaran yang dia lalui. Ibu terpaksa bekerja sendiri. Sewaktu ibu keluar bekerja, aku akan ditinggalkan dengan nenekku di rumah.
Dulu, aku selalu kena ulang-alik pergi appointment di hospital. Banyak kali jugalah aku kena masuk wad sebab masalah penglihatan aku ni sangatlah rare.
Aku bukan saja ada masalah mata, malah aku kekurangan gigi, rambut dan ada juga masalah kulit sewaktu lahir dulu.
Ibu pernah cerita, sewaktu aku kerap masuk wad tu, ayah tak pernah pun datang jengukku. Ibulah yang seorang diri menjagaku siang malam. Banyak ibu korbankan demi aku.
Ayah aku pada mulanya nafkah pun dia tak nak bagi, sampailah ibu naik turun mahkamah syariah baru ayah setuju nak bagi nafkah. Itu pun RM300 je sebulan.
Cuba pembaca semua bayangkan, manalah cukup sebulan RM300 untuk anak perempuan. Tambah-tambah lagi pada zaman sekarang ni.
Ibu banyak hadapi tomahan masyarakat sewaktu dia baru-baru bercerai. Biasalah kan, masyarakat zaman sekarang semua nak jadi mak cik bawang mencanang cerita orang ke sana ke sini. Tapi ibu tetap tabah untuk membesarkan aku.
Aku, walaupun buta dua belah mata dan tak ada ayah, tapi aku tak pernah pun rasa kekurangan itu sebab ibu. Ibu membesarkanku dengan penuh kasih sayang sampaikan aku tak pernah pun rasa yang aku ada kekurangan.
Ibu dan aku, kami bukanlah macam ibu dan anak tapi macam kawan rapat. Semua benda yang berlaku dalam hidup aku, aku akan kongsi dengan ibu.
Even sebelum buat apa-apa keputusan dalam hidup pun, aku akan tanya ibu dulu. Aku tak pernah buat apa-apa tanpa restu ibu.
Banyak wang ibu habis sebab kos ubat dan hospital aku sejak aku baby sampailah sekarang.
Malah ibu pernah bawa aku ke umrah dengan hasil duit yang ibu simpan. Aku sayang sangat ibuku. Ibuku tak ada galang gantinya.
Kini, aku pun dah berumur 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran degree-ku di sebuah universiti. Aku belajar sampai ke tahap ini pun sebab ibu. I love her so much. She is everything for me.
Sekarang, harapan aku hanya satu je — aku nak belajar rajin-rajin dan banggakan ibu.
Untuk semua yang ibu pernah buat untuk aku, hanya inilah caranya aku boleh banggakan ibu. Aku, satu hari nanti, nak ibu tengok aku gulung segenggam ijazah.
Ibu sampai sekarang tak kahwin demi aku. Dia korbankan kehidupannya demi aku. Korang doakan aku ya supaya aku dapat mencapai cita-citaku dan banggakan ibu. Doakan juga ibuku ya.
Dan akhir kata untuk ibu: I love you so much and no matter what obstacles come in my way, I will somehow make you proud one day. Love you.
Cerita dari,
– Ros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit