Pengorbanan Tanpa Henti Anak Sulung

Cemburu tengok orang lain. Keluarga lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau ke kedai makan atau shopping mall, jika disebelah terdapat satu keluarga yang bahagia siap berborak gelak sana sini, buatkan aku sedih memikirkan keluarga sendiri.

Ibu selalu mengambil berat tentang aku, tetapi ayah sendiri acuh tak acuh sahaja. Aku sering dipukul jika melakukan kesalahan yang kecil, ibu akan datang melindungi aku. Waktu aku kecil ibu tak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk aku kerana ibu harus menumpukan perhatian pada adik-adik.

Aku selalu sendirian melihat kawan-kawan yang ada seorang ayah yang penyayang, tetapi aku?? Di sekolah aku seorang yang pendiam, kawan tak ramai. Kini aku dah menginjak ke usia 26 tahun. Banyak bebanan yang ada dibahu aku untuk menanggung ahli keluarga aku.

Ayah? Ayah tak pedulikan kami dan lebih menumpukan perhatian kepada isteri baru sejak 2008 lagi mereka bersama.. Waktu itu aku berada di tingkatan tiga, dan ibu mengandungkan adik waktu itu. Waktu nak bersalin adik yang kelima ayah tiada di sisi ibu, aku dengan adik-adik yang lain meminta bantuan jiran. Lepas kelahiran ibu berpantang berseorangan .

Ibu aku anak yatim piatu , adik beradik pun buat hal masing-masing lepas bapa dan ibu pergi jadi harapan ibu adalah aku dan adik-adik. Sejak dia bersama isteri baru yang bekerja sebagai jururawat ,dia langsung tak mengendahkan kami sekeluarga, nafkah makan pakaian semua terabai, susah sangat2 nak dapatkan duit dari dia sampaikan aku terpaksa minta belas ihsan jiran-jiran waktu itu.

Kesusahan itu buatkan aku rajin untuk belajar. Pernah elektrik dan air kami dipotong, kami masih lagi meminta belas ihsan jiran-jiran. Malam aku belajar bertemankan lilin. Aku sedih, aku terpaksa mengayuh basikal beberapa km dari rumah untuk kesekolah dan kawan kawan semua dah mempunyai lesen waktu itu aku form 4.

Memang panjang cerita tapi aku ringkaskan agar mudah difahami. Aku mengambil part time malam untuk cari duit belanja. Aku kerja direstoren pada sebelah malam. Aku hadiri semua kelas tambahan yang cikgu sediakan. Ada juga mulut-mulut yang menghina kehidupan aku disekolah. Akan tetapi aku abaikan.

Lepas SPM aku mencari kerja sambilan. Kerja sebagai penolong kedai di kedai runcit, keputusan SPM aku keluar dan rata -rata ramai kawan-kawan aku yang melanjutkan pelajaran, akan tetapi aku terpaksa korbankan diri aku untuk bekerja demi keluarga.

Ada yang mengesyorkan aku untuk mengisi jawatan di SPA. Aku mencuba alhamdulillah aku dipanggil untuk temuduga. Dan sekarang berkat doa ibu aku boleh menanggung keluarga aku dan semua dalam keadaan stabil.

Ayah?? Masih mendiamkan diri dan mengabaikan tanggungjawab dia. Sekarang aku harus korbankan semua keinginan aku demi keluarga. Akulah harapan. Akulah pejuang untuk keluarga aku sendiri.

Banyak aku korbankan semata mata untuk melihat keluarga aku senang. Semoga aku terus kuat untuk hari ini esok dan selamanya. Doakan aku semua. Terima kasih.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *