Pengorbanan Yang Sia-Sia

Hai korang. Actually aku tak tahu nak mula macam mana tapi inshaAllah aku akan cuba.

Umur aku 36 tahun dan dah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Alhamdulillah.

Perkahwinan pada usia muda tersangatlah mencabar, memandangkan suami aku berusia 2 tahun lebih muda daripada aku. Dari sewa bilik, sampai lah ke rumah sewa. Tidur hanya beralaskan toto.

Tanpa sebarang kemudahan, demi suami tersayang aku turutkan. Ya aku faham keadaan kami masa tu di awal perkahwinan yang baru nak bermula, perlukan sedikit pengorbanan dan kesabaran.

Tiada kereta.

Tiada mesin basuh.

Tiada television.

Tiada katil.

Tiada peti ais.

Lepas 3 bulan mendirikan rumahtangga, Allah hadirkan zuriat pertama didalam rahim. Membesar dengan sihat walau terkadang terpaksa catu soal makan. Aku ? Boleh dikatakan dari keluarga yang senang.

Demi cinta aku turutkan.

Anak pertama lahir, Allah beri rezeki untuk suami ada kereta (second hand). Pada aku alhamdulillah selagi mana dia masih setia bersama aku dan pandai menghargai pengorbanan yang aku dah berikan.

Kelengkapan rumah mula lengkap sikit demi sikit. Dari mesin basuh manual, sampai lah boleh tukar mesin basuh auto. Alhamdulillah. Rasa bahagia sangat walaupun hidup tak semewah orang lain. Syukur.

Anak sulung umur 2 tahun, lahirlah anak ke dua. Dan alhamdulillah rezeki makin bertambah. Suami dapat beli kereta yang lebih selesa buat anak anak.

Hari hari doa aku tak pernah putus agar suami sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Anak ke dua umur 7 tahun, lahirlah anak ke tiga. Anak yang di nanti setelah hampir 7 tahun tak hidu bau baby. Bahagia tak terucap. Suami uruskan aku dalam pantang, mandikan baby, tuam baby, siap dari A sampai Z.

Kali nie Allah uji rumahtangga kami. Sedang bahagia dengan rezeki yang Allah bagi, aku diuji dengan suami yang dah pandai berlaku curang.

Dia mula lupa segala perit pahit pengorbanan aku, dia mula lupa aku penah berpanas berhujan ke sana ke sini naik moto dengan dia,

Dia mula lupa yang aku penah sakitkan tubuh badan aku untuk mencuci pakaian kerja dia sedangkan masa tu aku mengandung zuriat dia, dia lupa aku penah kongsi meggie dengan dia gara gara tak cukup duit untuk beli makan.

Ya, dia mula terlupa semuanya sekelip mata.

Suami yang aku percaya, kantoi dengan GRO. Paling sedih menafikan segala perbuatan sedangkan aku sendiri baca conversation dalam whatsapp. Dan disebabkan kantoi, aku diceraikan dengan talak 1.

Hidup aku mula berubah.

Betul lah apa yang orang kata, lelaki nie akan diuji masa banyak duit. Dan perempuan pulak akan diuji ketika lelaki tidak punyai apa apa.

Aku lari balik rumah parents. Anak anak ? Aku biarkan pada suami. Bukan kejam tapi sebab selama nie aku korbankan masa aku jaga anak sedangkan dia masih ada masa layan hobi dengan kawan.

Hampir 3 minggu aku tak makan, badan makin susut. Puas menangis ! Lepas 3 minggu, kami rujuk semula. Ikut hati, hati aku dah tawar. Jiwa aku dah kosong.

First – aku terima sebab aku dah takde tempat tinggal, andai kata aku bercerai, aku kena cari rumah sewa sendiri. Sedangkan aku tak bekerja. Aku cuma meniaga online, bukan setiap hari ada pembeli.

Second – aku terima kerana anak, anak aku dah faham apa maksud bercerai. Dan lastly – aku terima sebab aku nak tarik tangan suami aku, aku tak nak dia terus hanyut dengan maksiat.

Oh ya lupa nak bagitahu, masa nie income suami aku paling tinggi 20k lebih. Aku sendiri yang urus paperwork dia sedangkan sedikit nafkah tak hulur. Aku isteri bukan yang jenis meminta.

Apa ada aku terima. Awal perkahwinan, suami aku bekerja dengan orang. Dengan gaji sebanyak RM1500. Bila pengalaman dalam bidang xxx dah makin kukuh, Allah rezekikan kami dengan projek besar.

Tapi pada awalnya suami aku takut nak terima sebab tak pernah ada pekerja. Takut tak mampu nak handle tapi aku sebagai isteri, aku yakin dengan kebolehan suami aku. Akhirnya suami aku terima dan dari situlah segalanya mula berubah.

Mungkin disebabkan aku bukan yang jenis meminta, banyak kesempatan yang diambil. Terlalu banyak yang aku pendam. Aku juga bukan menantu pilihan.

Bila Allah uji rumahtangga kami goyah, barulah aku dapat tahu yang ipar duai aku selama nie tak suka aku.

Ya. Aku baca sendiri segala perbualan. Siap menyokong tindakan suami aku. Tapi demi 3 sebab utama yang aku pegang, aku tebalkan muka setiap kali balik kampung.

Alhamdulillah. Tanpa sedar dah 3 tahun kami rujuk tapi aku tak pernah jemu untuk berdoa supaya Allah kembalikan semula rasa sayang terhadap suami seperti dulu.

Rutin aku macam biasa tak pernah berubah. Tanggungjawab aku tetap aku jalankan. Cuma aku tak tahu seberapa lama lagi aku harus sabar sebab perasaan aku masih KOSONG.

Ya. Masih kosong :(

Mungkin sebab terlalu kecewa dengan penafian dari suami. Suami aku jenis yang banyak habiskan masa dengan kawan. Setiap minggu, kawan yang akan dicari.

Kadang aku sendiri menangis bila tengok anak bongsu merayu “bawaklah adik keluar ayah” berulang kali tapi tetap tak dilayan. Bila dalam situasi macam nie, aku akan ambik Grab Car untuk bawak anak anak aku pusing mall.

Doakan aku kuat.

Nanti aku sambung part hospital.

Apa reaksi suami bila anak sakit.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *