Pengorbanan Yang Tidak Dihargai

Assalamualiakum, aku perkenalkan diri aku dengan nama Maria (bukan nama sebenar). Ini adalah kali pertama aku menghantar confession. Tidak pernah terlintas pun satu hari nanti aku akan confess di sini. Aku nak kongsikan kisah aku di sini sebagai pengajaran untuk semua orang di luar sana.

Pernah kan dengar orang selalu cakap, jangan terlampau percayakan seseorang sebab nanti akan makan diri? Jangan bagi 100% kita kepada seseorang yang bukan tentu lagi milik kita.

Ya, memang aku percaya dengan statement ini. Sebelum terjadinya kisah aku ni pun aku dah setuju. Tapi kenapa benda ni masih jugak jadi kepada aku.

Aku kenal dengan seseorang lelaki yang aku namakan dia Izat sejak kami sekolah menengah. Dia merupakan rakan sekelas aku sampai tingakatan 5.

Aku memang tidak suka bercinta zaman sekolah tambah2 waktu SPM. Fokus utama aku adalah pelajaran jadi aku niat siap2 dalam diri yang aku tidak akan bercinta sehinggalah tamat persekolahan.

Izat ni memang orang yang sangat baik. Dan dia banyak tolong aku dan selalu mengambil berat pasal aku walaupon aku pada waktu itu tidak menganggap dia lebih daripada kawan sekelas.

Tapi perwatakkan dia membuat aku jatuh cinta pada dia. Mengambil masa agak lama untuk aku anggap dia lebih daripada kawan biasa. Aku memang boleh nampak keikhlasan dia pada aku dan dia pon memang suka aku daripada dulu lagi.

Jadi kami betul2 bercinta hanyalah semasa nak dekat habis sekolah iaitu 6 bulan sebelum SPM.

Beberapa minggu sebelum SPM, aku dapat tahu yang ayah aku sudah pon memohon universiti di luar negara dan cadangan untuk belajar di luar negara ini pon cadangan aku sendiri.

Tetapi semasa aku memebri cadagan itu aku tidak jatuh cinta lagi dengan Izat dan aku tindak anggap ayah aku mengambil serious perkara itu.

Bila Izat dapat tahu yang aku akan sambung belajar di luar negara mestilah dia kecewa dan sedih sebab kami baru mula untuk mengenal satu sama lain tetapi tiba2 aku kena berjauhan dengan dia.

Aku pujuk kata aku akan study selama 4 tahun sahaja dan kemudian aku akan pulang semula ke tanah air. Tetapi aku tidak sangka yang satu family aku akan berpindah ke luar negara.

Jadi kami hanya contact melalui video call dan message. Selama 4 tahun kami tidak berjumpa dan selama tu jugak lah kami contact cuma melalui Whatsapp dan sebagainya.

Dia langsung tidak berubah sejak pertama kali kami kenal walaupan dah berjauhan. Kami sentiasa update pasal aktiviti masing2 setiap hari dan tidak pernah rasa bosan.

Walaupon kami tidak berjumpa tetapi aku boleh rasa keikhlasan Izat pada aku dan perasaan sayang aku dekat dia semakin bertambah.

Selepas 4 tahun, aku pon pulang ke tanah air tetapi hanya untuk bercuti sebulan. Aku dan Izat semestinya sangat2 bahagia dan tak sabar untuk berjumpa. Disebabkan aku hanya balik bercuti jadi aku sentiasa tak ada di rumah.

Kami sekeluarga balik ke kampung dan bercuti di negeri2 lain setelah lama tidak pulang ke tanah air jadi aku hanya boleh bertemu dengan Izat 2 kali sahaja sepanjang aku berada di sana.

Aku bukan tak mahu jumpa dia malah aku rindu dia sangat2. 4 tahun kami berjauhan dan tidak pernah jumpa tetapi aku sedih kerana boleh jumpa dengan dia hanya sekejap.

Aku pon pulang balik ke luar negara selepas sebulan. Walaupon sekarang aku sudah tamat pelajaran, aku masih tinggal di sini kerana seluruh keluargaku disini dan kami menetap di sini.

Aku fast forward cerita ni ke tahun 2020. Sudah 2 tahun sejak aku last berjumpa dengan Izat dan sekarang aku pon sudah berkerja.

Harapan untuk aku balik menetap di tanah air memang nipis kerana keluargaku semua menetap disini. Aku dan Izat ada berbincang untuk berkahwin selepas dia dah habis belajar dan mendapat kerja.

Aku sanggup korbankan kerjaya aku untuk balik ke tanah air dan menetap degan Izat. Walaupon aku akan berjauhan degan family aku, aku positif yang aku akan kerap balik melawat mereka semua dan semsetinya mereka pon akan sekali sekala pulang ke tanah air untuk melawat aku.

Tetapi semestinya Izat tidak bersetuju kerana dia amat rasa bersalah. Aku cuba untuk meyakinkan dia tetapi dia banyak fikir pada masa akan datang. Degan keadaan negara dan ekonomi yang tak tentu sekarang, agak susah untuk aku pulang jumpa family di luar negara dan juga mencari kerja di tanah air.

Izat sekarang masih belajar di Universiti tempatan dan sudah pon di tahun akhir. Kerana dia masih belajar aku sanggup tunggu untuk dia tamat pelajaran supaya aku dapat kumpul duit sambil bekerja untuk berkahwin.

Aku pon sudah bincang perkara ini dengan keluarga aku sendiri dan mereka bersetuju kalau itu adalah pilihan aku. Ibuku sudah pon mula planning untuk bertunang pada tahun hadapan.

Aku sangat bahagia tetapi Izat disebaliknya. Dia masih rasa bersalah dan dia mahu hidup macam orang lain di mana keluarga mertua berdekatan dan boleh pulang ke kampung bila2 masa.

Izat juga risau kerana keadaan ekonomi yang sekarang tidak stabil jadi mungkin agak susah untuk mendapat pekerjaan. Dia tidak yakin yang dia mampu tanggung aku untuk ke luar negara berjumpa dengan family aku dengan kerap.

Aku pon faham keadaan dia dan aku tak pernah mengharap duit dia. Aku ada simpanan sendiri dan aku pon akan berkerja bila dah pulang ke tanah air semula. Tetapi dia masih tidak yakin sama ada hubungan kami dapat diteruskan atau tidak.

Walaupon aku dah cuba untuk meyakinkan dia, Izat tetap rasa tersekat degan keadaan tetapi pada masa yang sama dia amat berat untuk tinggalkan aku kerana kami sudah berkawan lebih 8 tahun. Tetapi selebihnya kami hanya contact melalui telefon.

Hari yang aku tidak boleh lupakan adalah apabila dia memberi tahu aku yang dia sudah jatuh cinta dengan perempuan lain yang dia kenal beberapa bulan lalu.

Cuba bayangkan perasaan aku waktu itu. Aku berkawan degan Izat selama 8 tahun dan dia boleh cakap yang dia sayang perempuan lain yang dia baru sahaja kenal beberapa bulan.

Aku rasa macam tak percaya dan aku rasa macam ditipu selama ni. Aku faham yang keadaan kami memang membuatkan kami susah untuk bersatu tetapi kenapa perlu curang? Kalau ya pon Izat sepatutnya lepaskan aku degan cara yang lebih baik.

Aku sedih sebab waktu aku berjuang untuk pertahankan hubungan ni dia boleh bersuka ria dengan perempuan lain. Aku faham perempuan itu dapat membahagiakan Izat kerana dia boleh menjumpanya pada bila2 masa padahal aku hanya mampu telefon daripada jauh.

Aku bersabar sehingga sekarang untuk disatukan degan Izat dan aku mengharap yang satu hari nanti kami pon boleh berjumpa setiap hari macam orang lain tetapi dia buat macam ni dekat aku. Sungguh susah untuk aku terima. Aku jadi sakit dan tidak boleh kerja degan biasa.

Aku terpaksa ambil cuti sakit untuk pulihkan semula keadaan aku. Sungguh aku tak sangka yang selama ni orang yang aku percaya sanggup menipu aku untuk kebaikan diri sendiri.

Aku sanggup berkorban segalanya untuk balik hidup dengannya tetapi dia sampai hati menikam aku dengan bercinta dengan perempuan lain.

Aku sekarang masih dalam proses untuk memulihkan perasaan aku yang tidak stabil. Sakitnya hati aku tidak ada sapa boleh faham. Aku tak boleh nak huraikan sebab orang yang kau sayang selama ini rupa2nya boleh cari pengganti degan mudahnya.

Yang paling aku sedih, waktu kami masih berbincang pasal kahwin dia sudah mula bercinta dengan perempuan tu. Dah keluar dating dan bahagia tanpa aku tahu.

Dia tak pernah rasa bersalah ka buat macam tu dekat aku? Disebabkan kami berjauhan memang sangat mudah untuk curang tetapi kami masih dapat elakkan sehinggalah sekarang. Aku tidak pernah terlintas pon niat untuk mencari lelaki lain.

Sebab aku bila dah sayang aku memang sayang dia sahaja dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk kami disatukan. Tetapi dia mudahnya mencari perempuan lain sebagai back up dan tipu aku.

Kalau betul pon keadaan kami tidak mengizinkan salah ka untuk lepaskan aku dengan elok macam mana dia terima aku degan elok dulu.

Aku tidak salahkan perempuan yang dia kenal itu kerana dia tidak tahu apa2 pasal hubungan kami. Malah Izat sendiri memberi tahu perempuan tu yang dia tidak mempunyai hubungan degan siapa2.

Aku baru sedar yang selama ini aku seorang ja yang cuba pertahankan hubungan ini. Izat sudah berputus asa.

Macam mana aku nak lupakan semua ini? 8 tahun aku berkorban masa dan cinta aku pada orang yang tidak menghargai semua itu.

Waktu hujung perkenalan kami aku sebenarnya sudah mula rasa yang Izat semakin berubah. Dia dah tidak kerap menghubungi aku macam dulu dan bila aku meceritakan pasal pertunangan tahun depan dia tidak setuju.

Bila aku hendak bincang pasal kahwin dia nampak macam tidak berminat dan aku rasa macam aku seorang ja yang terhegeh2 nak kahwin.

Aku fikir mungkin sebab dia masih serabut dengan keadaan kami yang tidak menentukan jadi aku beri dia masa untuk berfikir sama ada dia nak teruskan atau tidak hubugan kami ini.

Aku dah tak mahu membuang masa dengan orang yang salah. Tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya dia sudah ada perempuan lain di hatinya waktu tu.

Izat memberi tahu aku yang perempuan tu sangat baik dan dia tidak sampai hati untuk tinggalkannya. Habis tu aku ni tak cukup baik ka untuk kau?

Kenapa dia tidak pernah nampak pengorbanan aku sebelum ini? Dia tak hargai ka apa yang kita pernah lalui sama2.

Setiap hari kami akan contact selama 6 tahun aku berjauhan dengannya. Tidak pernah sekali pon aku dan dia tak tanya khabar. Semestinya nak dibandingkan berjumpa depan mata dan berjumapa melalui video call berbeza.

Mungkin sebab itu mudah sungguh dia jatuh hati dekat orang lain. Dia memuji bahawa perempuan tu sudah buat macam2 untuk dia, sambut hari jadinya sekali, menemani dia waktu dia masuk hospital dan sebagainya. Tapi aku pon teringin sangat nak buat semua tu.

Lama mana dah aku bersabar supaya aku dapat buat apa yang orang lain dapat buat tapi aku tetap menanti dia habis belajar sampai sekarang. Aku sesekali tak pernah pon terfikir untuk cari lelaki lain.

Sedihnya aku, hancurnya hati aku memang tak boleh aku nk describe. Once trust has been broken it will never be the same anymore.

Sudah lebih kurang sebulan sejak persitiwa ini berlaku dan aku cuba perlahan2 untuk kuatkan semangat aku. Aku baru faham kenapa kita tak sepatutnya meletakkan 100% kepercayaan kepada seseorang.

Sebab last sekali kau yang akan tanggung perasaan kecewa bila dia dah rosakkan kepercayaan tu. Aku yakin semua terjadi kerana kebaikan, adalah hikmahnya.

Mungkin Allah ingin memberi aku jodoh yang jauh lebih baik dan yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku. Cuma aku hanya minta kekuatan untuk aku tempuhi ujian ini.

Aku mohon semoga kalian semua yang membaca kisah aku ini mendoakan aku, supaya aku jumpa lelaki yang dapat bahagiakan aku dan menghargai aku sepenuhnya.

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *