Pengotor

Hi semua.. Aku ni tak tahu la nak luah macam mana kisah aku. Nak start dari mana pun tak tahu. Simple nya aku P kahwin dengan L dah setahun lebih. Anak sorang. Umur 7 bulan. 

To be honest sejak aku bersalin, aku tak pernah berjimak dengan L sebab satu sifat yang aku tak suka yang aku baru nampak lepas kahwin iaitu pengotor. 

Awal kahwin elok je pembersih. Dan sebab tu la aku pun bunting pelamin. 

Pengotor nya camni, dulu (read=5, 6 bulan kahwin) dia mandi sekali sehari. Dia kerja 12 jam dan wfh. So dia rasa dia tak perlu mandi sama macam kita yang keluar bekerja ni.

Aku bukan la nak dia mandi 10 kali sehari cukup la 2 kali sehari pagi dan malam. Tapi dia mandi sekali je.

Sekarang pun masih ada perangai camni dan aku ni tak larat nak membebel da.

Aku ni jenis tak suka marah2, bebel2 lebih lagi basic thing macam hygiene ni. Kan tu benda common yang semua orang patut tahu? So tak perlu remind pun sepatutnya bab mandi. 

Tu bab mandi. Bab gosok gigi pun sama. Korang tahu tak aku punya berus gigi akan tukar setiap bulan. Tapi dia punya berus gigi setahun weh sama.

So korang bayangkan dia gosok gigi ke tak? Tugas aku ke untuk check dia gosok gigi ke tak sedangkan tu benda yang sangat basic kan?

Ok part lain tuala mandi. Tuala mandi tu kalau aku tak tukar, dia akn pakai la sampai bila2 kot. So aku la yang akan tukar setiap bulan. Gantikan kat tempat biasa dia sangkut tuala dia. 

Kemudian part private part tu. Haritu aku ternampak dia tengah lap2 badan lepas mandi. So ternampak private part dia penuh bulu tak bercukur. Aku memang jerit la pengotor!!

Now korang tahu banyak sebab aku tak nak berjimak dengan dia.. 

Aku rasa kitorang macam housemate je. Ada dalam rumah urus anak sama2. Sebab part lain dia memang bagus. Nafkah, tolong jaga anak, kerja rumah (walaupun kena bersuruh).

Tapi part kebersihan tu aku rasa macam tak lama je rumahtangga aku ni. Aku ni belum tahap mengadu kat mak dia je pasal kebersihan dia. (mak dia selalu side aku).

Aku fikir, kalau perangai pengotor berterusan camni, tak de jimak antara kitorang (aku pun tak rasa nak berjimak) aku fikir baik kitorang berpisah je. Dari aku asyik bebel and marah je benda yang sama hari2.

Kadang tu ada perubahan. Tapi kejap jela. Buat balik nanti. Anak makin besar. Aku tak nak selalu bebel ayahnya depan anak. Kalau boleh tunjuk la contoh yang baik depan anak kan. 

Ntah la korang. Apa pendapat korang? Ada tak yang bercerai sebab suami pengotor? Bukan budak kecik lagi nak ajar bab hygiene.

Aku punya prinsip, muka tak hensem/lawa tak pe, tapi janganla pengotor. Tapi ni muka pun kurang, hygiene pun kelaut.. Sendiri mau ingat la. 

– Pompuan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. i rasa bab berus gigi tak bertukar every month dgn tuala tu kebanyakan lelaki tak ambil berat.. sama mcm my husband , setiap bulan beli groceries i akan beli berus gigi baru then ganti je la dgn yg lama..no isu. tuala pun sama setiap minggu i ganti dgn yg baru ,also no isu.. bab bercukur , husband i tak mcm husband u , dia sendiri jaga..benda simple dlm rumah tangga , tak perlu sampai berpisah , kdg2 kena give and take , tak semua org perfect..itu la guna isteri , saling menjaga..asalkan husband bkn kaki perempuan , kaki pukul , pemalas sudah la..ingat kebaikan husband sama , jgn nampak keburukan dia..dari cerita diatas , husband jenis yg baik , cuma kurang dari segi kebersihan..masih boleh ubah , jgn fikir kita saja betul..good luck ya sis

  2. hilang selera ya tak berus gigi ti…aiyooooo…..loya…
    cuba beli kan pencuci mulut….tak pun awak ajak suami mandi sama2….ajak suami berus gigi sama2…suruh dia trim sikit hutan belantara tu….
    try la usaha mana yg patut kalau masih rasa sayang….

  3. Dia camni dik, lelaki ni memang kena hari2 pesan, bgtau macam budak kecik, berus gg dia tu kalau tak tukar, awk tolong tukarkan, tuala pon sama, bgtau dia. Tp jgnlah dgn bentak2, bgtau elok. Mmg akan turnoff kalau jenis pengotor ni, tapi sebagai isteri awk tolong dia, mmg kena ajar. Lgpon dia okay dari segi nafkah, uruskan anak. Mana nak cari suami yg bagus macamtu. Masalah dia satu je, pengotor. Tp inshaAllah boleh ubah, baru setahun kawen kan. Amek ni sbg ujian rumahtangga, banyak tahun lagi nak kena tempuh. Moga Allah permudahkan semuanya dik.

  4. Tuh pasai ramai girls lurveeeéeeeeeerrr SINGLE LIFE.

    Jantan la nih hauk.

    Jangan percaya la hat laki ampa kenal dalam Instagram, TikTok, Facebook, Threads.

    Dalam social media tayang terpaling disiplin go masjid. Ambil gambar luar masjid. Tapi solat 5 waktu tinggal. Solat ikut suka hati. Loser!

    Dalam threads wajib tayang MAKAN TEMPAT HAVE HAVE. Kena inform harga berapa sambil humble brag. Maklom deknon baru merasa berduit Koh Koh Koh Koh Koh. Tapi sama ibu bapa adik beradik sendiri KEDEKUT. Misekin sebenarnya chu plz! Tapi kena ACAH KAYA sebab nak pancing awek kaya, bila awek kaya tersuka dia pergunakan paw duit paw beli ITU ini minta simpati.

    Red flags deknon! Narcissistic wajib tunjuk diri baik lakonan dalam Facebook terpaling berjaya bergaya mutu keunggulan tayang kenderaan tayang diri, kalo pi gym tayang body. Guna caption diet demi fit pasai kuat makan humble bragging la chu plz jantan tak laku nih dalam social media depa WAJIB TUNJUK ACAH TERPALING tapi yang kenal di dunia sebenar ja tahu HAUK!

    Nak nikah jangan la cari dalam DUNIA TIPU TIPU lagi lagi Jantan hanat ada ciri ciri tipikal di atas. Red flags!

    Jantan normal yang trustworthy tak acah acah dalam dunia tipu tipu tapi jadi diri sendiri.

    Bila tak cukup kenal dah terkahwin. Tahu tahu pengotor PEMALAS tapi dalam TikTok bergaya serupa POMPUAN PAKAI RANTAI acah badboy. Dah tahu hukum LELAKI PAKAI RANTAI HARAM tapi JANTAN MUKA KEPAM TERDESAK PAKAI RANTAI pasal diri sendiri tak laku. PERLUKAN aksesori seperti wanita demi nak tunjuk cool KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    Pergi MAMPOS.

    Dok ja luar malam malam MEMEKAK TAYANG DIRI DAN KETAWA BAGI SEMUA JIRAN JIRAN DENGAR. Auto kami masyarakat cop tak laku TERDESAK dan hauk .

  5. Paham je sis perasaan kena hadap perangai partner pengotor ni. We’re in the same boat. Kesian ko kena kecam.

    Laki aku pun mcm ni. Kena ketuk baru buat. Masuk tahun ni dah 5 tahun perkahwinan kami.

    Style aku senang je. Aku laser depan muka dia. Laki aku ada masalah plague dkt gigi dia. Mmg busuk seh. Aku siap beli kan ubat gigi colgate yg plague release tu. Mahal tau satu. Dia tinggal nak berus je. So setiap kali dia duduk sebelah kalau berbau je aku sound setepek. Gosok gigi tak ni? Berbau ni. Dah beli kan ubat gigi dgn berus gigi pun tak reti gosok elok2 ke? Tak malu ke ckp dgn org lain mulut berbau? Sekarang dia dah paham bahasa sikit. Kadang2 aku suruh anak aku yg sound bapak dia 🤣

    Bab towel pun sama. Towel aku dgn anak beranak mmg kami sangkut dkt ampaian bg kering situ. Laki aku, towel lembap tu la dia p sidai dlm bilik. Dia selalu jgk bunyi bau masam apa dlm bilik. Aku ckp je towel dia lah. Dah tahu masam tu tak reti tukar lain? Aku tak tolong laki aku tukar kan towel sbb yg basuh, lipat, simpan kain baju dlm rumah ni aku sorg buat. Skrg dia paham sendiri. Dah berbau dia p tukar sendiri. Towel masam tu dia letak dlm bakul baju nak basuh.

    Org pengotor ni satu sbb dia tak tahu. Yg ni kau kena ajar lah dan bagitau. Tapi kalau dia dah tahu tapi tak nak buat. Tu mmg pemalas nama nya. Aku mmg anti pemalas dgn pengotor ni. Sebab menganggu ketenteraman aku 😅

    Selalu aku sound je laki aku pemalas dgn pengotor kalau dia dok ulang perangai mcm ni. Dgn anak2 pun aku ulang2 ckp kena rajin jaga diri, bersihkan diri. Nnt org tak nak kawan. Ye la kan sapa je yg suka kwn dgn pengotor.

  6. hmm..berdasarkan apa yg tt cerita, husband tu ok je semua cuma masalah hygiene je. rasanya bukannya big issue pon kalau boleh give n take dlm rumahtangga.

    pasal private part tu boleh je sis mandi sama² dgn husband dan sis tolong shave kan. mmg ada husband yg jenis malas nak amek port pasal tu. kalau sis rimas dan tak suka, takde salahnya sis tolong shave. dapat pahala lagi 😄

    benda boleh bincang, boleh communicate, buat apa sampai nak berpisah? fikir²kan ye sis 😄

  7. Aku faham perasaan kau. Sebab laki aku pun sama!! Towel cepat sangat bau hapak. Gigi berkarah tak reti pergi scaling. Part bawah pun sama. Aku pelan-pelan didik laki aku macam apa yang aku dah diajar. Sis kena pelan-pelan ajar dia, lelaki ni kalau dia nak ikut tanpa marah-marah alhamdulillah. Aku rasa perangai dia semuanya bermula daripada didikan pertama dia kat rumah mak ayah dia. Sebab for me, family mertua macam hmmm sikit rumahnya. Pelan-pelan okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *