Salam hi semua. Aku terbaca confession pasal wife dia pengotor. Aku teringat roomate aku dulu yang pengotor dan takde common sense.
Kami dah lost contact lepas masing2 habis belajar. Tak kuasa aku nak ambik tahu dah asbab aku memang sakit hati dengan perangainya. Namakan dia Senah.
Senah ni ada rupa, lemah lembut sopan santun, putih susu orangnya. Kategori cantik lah bagi aku. Tapi kebersihan dan common sense memang out.
1. Tuala mandi.
Aku ingatkan tuala mandi gunanya untuk lap badan selepas mandi. Rupanya si senah guna tuala mandi untuk lap hingus dan kahak jugak. Lepas mandi lap badan guna towel sama. Ya Allah kahak hijau pulak tu.
Yang buat aku tak selesa tu tuala tu sangkut pulak kat tombol pintu bilik. Ya Allah weh macam mana aku nak pegang nak pulas tombol tu.
Aku tegur dia cakap janganla sangkut tuala hingus kat tombol pintu. Baru dia angkat tuala dia tu.
2. Buang kahak.
Dia masa tu ada batuk2 berkahak. Kahak dia buang kat dalam plastik gantung tepi kepala katil. Sebab dia tak nak tiap kali ke toilet.
Kan boleh je buang kahak dalam tisu dan buang dalam tong sampah. Tak perlu pun kumpul dalam plastik jernih. Dari kejauhan aku boleh nampak kahak hijau dia dalam tu. Aduhaiii..
3. Tak basuh pinggan.
Dia kalau dah guna pinggan mangkuk sudu semua tak basuh. Dia simpan bawah katil dia berlonggok bawah tu sampai orang nak guna pun takde pinggan mangkuk.
Kalau dia punya pinggan mangkuk sendiri aku tak kisah. Pinggan mangkuk sudu garpu tu semua aku beli sendiri dan aku tak kisah pun sapa nak pakai. Tapi kalau dah buat perangai macam tu berangin jugak la aku.
4. Bilik air.
Dia pegi buat mandi kunyit ke apa dalam bilik air tu. Sudah dia mandi aku tengok dinding bilik kuning2 macam kunyit.
Aku biar kan je aku ingat mungkin dia lupa nak bersihkan. Tengok2 3 hari tak dibersihkan kunyit tu malah bertambah lagi. Dia memang tak peduli nak bersihkan balik.
Lepas tu singki tersumbat dia guna jugak buat berus gigi. Berbuih2 singki tu dengan bekas ludah dia. Banyak kali aku tegur masih dia buat sampai aku betul2 mengamuk baru dia tak buat dah.
Bila semua orang balik cuti sem kecuali dia, tinggal sorang je kat rumah tu. Bilik air tu macam tongkang pecah.
Tak paham aku spesis ni macam mana guna jamban pun entah lah. Weh jamban tu kuning kehitaman aku tak tau macam mana dia letak punggung situ.
5. Tong sampah.
Dia ni rajin masak jugak. Sampah2 masakkan dia tu tak dibuang ya. Maybe dia expect aku buang kut sebab aku memang selalu tolong buangkan sampah otw nak ke kelas.
Kalau aku cuti balik rumah parents, memang tak dibuang la sampai ulat sampah dah panjat dinding. Ada dua beg plastik hitam kat sana dan bau busukkk gila pakej berair. Tak tau macam mana dia tahan.
6. Sidai baju.
Aku beli penyidai aku sendiri sebab senang nak sidai baju tak nak rebut2 dengan housemate lain atau kelam kabut nak angkat baju sebab orang lain nak sidai. Kiranya takde orang kacau pun penyidai aku tu.
Tiba2 si Senah ni pergi sidai baju basah dia dengan air yang menitik nitik tu kat atas baju aku yang dah kering tapi belum angkat. Dia tindan macam tu je.
Geram aku dia macam takde otak ya. Aku mengamuk la. Nak pinjam cakap la kenapa nya kau tindan baju aku macam tu. Gila.
7. Kasut
Ini yang aku paling tak boleh terima. Yang buatkan aku sampai sekarang kalau teringat masih sakit hati lagi. Dia sidai kasut atas rak pinggan. Kau rasa???! Baran aku dibuatnya.
Setiap kali aku bising pasal apa yang dia buat ni, dia claim dia tak tahu benda tu salah. Aku dalam hati macam kau ni gila ke apa? Memang takde common sense.
Banyak lagi sebenarnya tapi aku dah malas nak taip. Tapi sampai sini sahaja lah.
So, apa komen anda?
– Aira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit