Pengotor VS Pembersih

Holla. Assalamualaikum buat pembaca sekalian and terima kasih admin sebab sudi approve confession aku yang tak seberapa ni.

Dikesempatan orang ramai tengah hangat tentang kisah mertua pengotor, menantu pembersih ni aku nak menyelit jugak lah.

Aku Innara, anak bongsu dari 5 beradik, anak accident orang cakap sebab gap aku dengan abang-abang and kakak-kakak aku boleh tahan jauh, 9 – 16 tahun.

Jujur aku katakan sedikit sebanyak masalah kebersihan ni adalah disebabkan faktor masalah mental. Nak tahu kenapa aku cakap macam ni?

Ok, first of all aku kongsikan tentang arwah makcik aku, bukan tujuan aku untuk membuka aib orang yang dah lama meninggal,

Tapi dulu zaman high school aku selalu tertanya-tanya everytime pergi rumah makcik aku ni macam mana diorang boleh hidup dalam rumah yang penuh dengan sampah?

Bekas makanan basi, pinggan mangkuk untuk guna memang takde langsung sebab dalam sinki penuh tak berbasuh, berulat, bahkan dah berlumut.

Maka, time tu, aku la kena jadi sukarelawan paksa rela mencuci segalanya sebab kasihankan makcik aku yang dah tak terurus. Air kencing kucing merata-rata, kadang tu time makan pun kucing tumpang sepinggan.

Ya time tu aku pandang rendah pada makcik aku, but with a little bit of empathy.

On the way balik rumah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan tu, sambil menangis mak aku cerita kebaikan makcik aku yang merupakan kakak sulung.

Beliaulah yang paling rancak mengemas rumah, memasak untuk semua orang tapi as years goes by, her mental health deteroriated. Tak lama lepas tu makcik aku tu pun meninggal.

Then now, masuk pulak tentang ahli keluarga aku sendiri which is mak aku.

Ya sedari remaja lagi aku sorang je yang tinggal bersama mak aku sebab abang-abang dan kakak-kakak semuanya dah kawin beranak pinak di negeri lain, sibuk dengan kehidupan diorang.

At the same time harta karun diorang penuh ditinggalkan dekat rumah mak aku.

Memang mak bertegas melarang aku dari sedekah pakaian-pakaian or buku-buku sekolah menengah or universiti abg2 & kakak2 aku pada orang. Alasannya sebab sayang, nanti nak bagi dekat cucu-cicit. Ye, cucu-cicit!

Selalu kalau aku nak mengemas rumah jual surat khabar lama, magazine or anything mesti perlu bergaduh dulu dengan mak aku sebab mak aku seorang hoarder.

Antara contoh2: Botol plastik, botol2 ubat yg dah habis, tupperware2 yang dah pecah, beg2 plastic sampai reput, bunga manggar kenduri, karpet2 yang dah reput, kotak-kotak sangatlah kesayangan mak aku ya.

Fridge, washing machine, TV kotak gedabak, or computer yang dah rosak pun mak aku tak bagi buang ye even dah beli yang baru, katanya nak pegi repair.

Ayat mak aku selalu “Eh, duit aku semua ni beli, suka-suka hati hang ja nak buang, tak sayang barang, elok ni boleh repair lagi ni.” Sampailah barang-barang tu jadi tukun dekat luar rumah.

Kalau aku nak jalankan operasi, aku wajib jalankan operasi time mak aku pegi kelas agama or kenduri, tapi bila mak aku balik, siaplah dia akan korek tong sampah luar rumah,

And bawak masuk semula ye sampah-sampah tu sebab mak aku terlalu sayangkan barang-barang tu semuanya taknak membazir, takut ada kegunaannya lagi in the future.

Ada satu masa tu, rumah kitorang diserang anai-anai sampai reput habis buku-buku, pakaian-pakaian abang-abang & kakak-kakak aku. I was like YESSSS! Inilah masanya untuk aku jalankan mission aku!!!

As days goes by, aku dapat offer masuk universiti. Kisah-kisah tadi tu semuanya berlaku time aku masih di sekolah menengah.

Then bermulalah episode mak aku menimbunkan semula harta karunnya sebab mak aku tinggal sendirian dikampung. Banyak menghabiskan masa untuk ke kelas-kelas agama but at the same time mak aku still rancak lagi time tu.

Mak aku cukup suka memasak and jamu orang makan.

Setiap kali cuti semester, memang aku lah yang akan beroperasi untuk rumah mak aku. Segala semak-samun dekat luar rumah, akulah yang kena kerjakan.

Everytime nak raya, aku yang akan balik paling awal compared to abang-abang & kakak2 aku yang balik cuma sehari-dua before raya.

Aku lah yang bersihkan rumah luar-dalam, menebas pokok, cuci tingkap, tukar langsir, mop rumah, sediakan setiap ahli punya bilik, sental setiap toilet-toilet diaorang,

But sometimes ada jugak yang aku terlepas pandang which is tak sapu sawang and they made a big fuss of it!

Cakap aku balik kampung tak tolong mak, melepak dengan jantan je. Menyirappp la sis ye, tak pasal-pasal keluar adegan WWF dengan abang aku yang perasan macam anak raja tu. Ok case closed.

Then masuklah fasa bekerja dimana aku tak sampai hati tinggalkan mak aku sendirian di kampung.

Sedaya upaya aku pujuk mak aku untuk tinggal dengan aku, memang mak aku tetap dengan pendirian beliau sampailah something happened pada salah seorang ahli keluarga aku dan mak bersetuju untuk tinggal dengan aku.

Dulu aku seorang yang sangat tip top, pembersih, efficient, tak boleh tengok rambut or habuk at all. Penat-penat tengah malam pun aku tetap akan menyental periuk ye kawan-kawan.

Tapi langit tu tak selalunya cerah. Aku diduga ditempat kerja dan tekanan dengan masalah keluarga sampai aku di diagnosed menghidap Bipolar Type II.

Disebabkan penyakit aku ni, aku kerap tukar kerja, tak mampu nak bertahan lama dengan satu-satu company. Bosses aku yang lama selalu puji aku bagus, tapi diorang tak tahu bertapa oberwhelmed nya hidup aku.

Disebabkan penyakit aku ni, bila time manic, memang segala benda aku akan declutter, cuci calat segalanya, siap cat rumah sendiri or bertukang kayu buat perabot DIY.

But when the low mood kicks in, aku tak mampu nak buat apa-apa. Hatta nak bangun mandi urus diri sendiri pun sangat berat.

Ya orang sekeliling akan anggap aku pemalas! Kalau turn aku perlu masuk office memang teruk aku berperang dengan perasaan sendiri, menangis sambil driving pergi kerja and aku sendiri pun tak tahu kenapa aku perlu menangis.

Aku pernah cuba macam-macam cara, jumpa pakar, makan ubat (which buatkan aku rasa lagi kosong and blur), CBT and what not. Semuanya hambar. Ok sekejap then down balik.

Kalau tengok keadaan rumah aku sekarang, memang istigfar mengucap panjang aku rasa semua orang. Everytime orang share di social media tentang penyewa yang pengotor and so on aku akan triggered and sangat sedih.

Bukan aku nak hidup dengan sampah and dalam keadaan kotor macam ni, tapi memang most of the times aku akan low energy. Nak paksa diri pergi jogging pun perit.

Aku cukup seram kalau orang cakap nak singgah rumah or anything happened to me emergency, mana la aku nak letak air muka aku kalau orang tahu keadaan sebenar aku.

Percayalah kalau aku keluar rumah berhias sempurna tu, aku memang sangat-sangat bersyukur sebab mampu jaga diri sendiri.

Makanya teman-teman di alam maya, aku katakan “Langit tak selalunya cerah, sometimes kelabu pekat, hidup ni umpama roda, kejap diatas, kejap di bawah. Tapi aku doakan aku tak selama-lamanya di bawah.”

Semoga kalian tak diuji dengan masalah mental yang orang kerap kaitkan dengan lemah iman, kesihatan akal fikiran yang waras ni sangat berharga.

Mampu mengurus diri sendiri seperti manusia biasa ni satu rahmat Allah, nikmat Allah yang tiada tolok tandingnya. Jangan kita take it for granted or pandang hina pada mereka yang diuji sebegini. Assalamualaikum.

– Innara. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *