Assalamualaikum warga IIUM Confession. Apa yang aku nak ceritakan harini pasal bos atasan aku merangkap pengurus jabatan atau manager of department yang bernama Adam.
Sebelum tu aku kenalkan diri aku sebagai Ilham. Berumur lingkungan 20an, berkerja disebuah syarikat dekat selatan tanah air sebagai technician. Dimiliki oleh bangsa yang banyak memonopoli ekonomi malaysia.
Tempat aku berkerja ni menawarkan khidmat kejuruteraan untuk industri2 yang memerlukan.
Servis apa? biarlah rahsia sebab rasanya servis ni takbanyak kat Malaysia jadi bila aku reveal mesti korang yang berkerja dalam bidang ni akan tahu kot.
Dekat tempat kerja ni aku ada beberapa department. Aku bekerja diletakkan dekat Engineering Department. Ditadbir oleh seorang manager, Adam.
Adam ni kelulusan sijil, dapat kerja kat syarikat ni sebagai pengurus sebab katanya berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ni tapi dulu sebagai technician.
Tapi sebenarnya asbab yang lebih kuat adalah kakak dia kerja sama sebagai PA bos, dan kaki kipas bos. So kira guna cable la ni kot. Takpalah rezeki dia kan.
Adam ni depan bos besar lembut gigi dari lidah. Kerja dia pula takpayah punch card so memang dia selalu hilang dekat office dengan alasan jumpa customer. Padahal dia ambik kesempatan tu untuk buat kerja peribadi dia.
Tapi cara kerja dia, menindas2 kami sebagai anak buah dan orang bawahan dia. Apa yang kami marahkan tak layak untuk jawatan tu, bila ada masalah datang. Kami sebagai orang bawahan yang akan selesaikan sendiri. Dia akan jadi batu api.
Cerita 1 –
Yang jadi kambing hitam kerja si Adam ni adalah Ali, seorang technician kena buat site visit dekat satu industri berat. Sepatutnya site visit tu si Adam kena join sekali.
Tapi Adam tak nak. Dia hantar si Ali ni untuk pergi, maka terkebil-kebil lah si Ali ni dekat sana. Site visit ni selalunya penting sebab nak advise pada customer sebelum job tu hands over pada syarikat kita.
Sebab customer yang turun tu bukan lah calang2 selalu senior engineer / manager yang memang mahir bab engineering.
Bila kita buat site visit selalunya job tu adalah job yang besar dan penting. Jadi takkan si Ali ni yang berpangkat techincian perlu deal dengan customer2 yang hebat tu.
Si Adam dah lepas tangan bila ada masalah dia akan 100% salahkan Ali sampaikan ke top management Ali kena panggil.
Bila Ali kena panggil Adam pun turut sekali la hentam Ali, sebab nak nampak buat kerja depan top management. Kesian Ali.
Cerita 2 –
Ada seorang engineer ni meja dia berdepan meja si Adam je. Adam ni memang khusyuk kalau tengok laptop sambil pakai earphone.
Kami positif mungkin dia kerja sambil dengar lagu. Tapi masa tu engineer tu nak pergi ambil barang dekat meja Adam. Dia nampak Adam tengah main game.
Hahaha gelabah muka si Adam ni nak minimizekan game tu sambil terkelat2 muka dia.
Cerita 3 –
Ada job urgent waktu hujung minggu waktu tu CNY tapi Adam bagitahu last minute which is 3 hari sebelum hari kejadian.
Jadi kami mesti dah plan macam2 kan dengan family cuti panjang. Jadi bila Adam cari orang untuk cover job tu, semua taknak.
Dia pun kata okey. Ingatkan cerita tu habis sampai situ je. Esoknya semua technician dan engineer kena panggil dengan bos besar tu sebab job tu.
Kena marah, tapi si Adam sikit pun tak back up kami, dan acah2 marah kami lagi depan bos besar. Sedangkan dia sendiri kata yang kata “Okey”.
Bila kami tak cukup orang nak cover job. Dia sendiri tak nak turun padang buat kerja.
Bila kami minta nak tambah man power. Ayat dia kata “kita cukup orang cuma kita banyak kerja”.
Aku pun pening nak hadam ayat dia ni. Sedangkan dia sebagai manager department kena lah buat summary berapa job dalam sebulan dan berapa ramai lagi diperlukan. Tapi tu la. Dia taktahu buat kerja.
Cerita 4 –
Office aku ni dekat dengna mall tau. Waktu tu isteri aku pergi mall, dia pun kenal si Adam ni sebab aku selalu mengadu nasib.
Jadi isteri aku pergi la mall dalam pukul 3 petang boleh pulak dia terserempak dengan si Adam ni.
Yela, pukul 3 petang waktu berkerja dia pergi mall pulak. Tak ke pelik. Si Adam ni kalau keluar rehat. Pukul 3.30 petang baru masuk. Selalu bila ada urusan punyalah susah jumpa dia.
Punya lah lama rehat. Pernah sekali bos besar tanya kakak dia, mana si Adam. Kakak di cakap Adam pergi balek kejap pergi toilet. Hahaha, kelakar betul. Tapi tu la bos besar pun macamana nampak Adam je betul.
Setakat tu je lah aku nak cerita. Banyak lagi si Adam ni buat dekat orang bawah2 dia. Tapi kami takboleh buat apa. Kami pernah mengadu dekat top management, tapi dorang anggap Adam ni anak emas.
Takpalah, doakan si Adam ni semoga mendapat hidayah ya dan menganggap kerja tu sebahagian ibadah. Doakan saya dan colleagues dapat perkerjaan lain yang lebih berkat dan rahmat ya.
Terima kasih dengar cerita saya. Maafkan saya tak pandai untuk berkarang.
– Ilham (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit