Pengurusan Harta Pusaka Yang Rumit

Assalamualaikum,

Nama aku yaya(bukan nama sebenar) aku nak luahkan sedikit rasa geram,kecewa dan mcm2.. Terima kasih admin. Ayah aku baru je meninggal sebulan lepas. Sekarang mak aku tengah bertungkus lumus nak selesaikan semua hutang dan harta2 arwah ayah aku tu. Untuk pengetahuan koraang, ayah aku dulu berkahwin 2. Tapi kami 1 keluarga mcm buat hal sendiri, nak kata baik x baik, nak kata musuh pun xmusuh. Smpai la 2 tahun lepas, ayah aku didapati menghidapi penyakit kanser tahap 4. Sedih tak terkata. Tapi takpe la, tu bahagian ayah aku. Semoga ayah aku tenang kat sana.

Ok ni pengenalan dia ,,

So lepas dlm setahun lebih ayah aku sakit tu, ‘mak tiri’ aku tu mintak cerai dgn ayah aku. Oh, ayh aku masa sakit tu lebih banyak masa duduk kt rumah kiteorang. Sebab ayah aku pnye kanser tu mcm da effect kt otak. So ayah aku tak boleh drive sangat. If ayah aku duduk kt sane pon. Ayah aku duduk sorg2. Xde org jaga. Sebab mak tiri aku tu kerja. And mak aku ckp kat mak tiri aku tu if cuti2 kalau nak ambik ayah aku duduk kt sana, ambik je la. Mak aku xbole nak hantar. Mak aku x berani drive jauh2. Lagipun korang rasa, kalau nak tengok laki sendiri, nak jaga laki sakit sendiri, ambik sendiri la kan? Tapi takde pun. Dia tak call x apa pun. Aku bukan nak burukkan dia. Tapi korang bayangkan lah, ada satu masa tu, ayah aku dan family sana pergi bercuti and time tu ayah aku dah mcm ingat2 lupa. So dalam perjalan nk balik ke rumah dorg tu ayah aku terkencing dalam kereta mak tiri aku tu. Dan sepatutnya dalam perjalan balik tu, akan smpai rumah dia dulu tapi dia sanggup jalan jauh lagi untuk hantar ayah aku kt rumah ktrg untuk mak ktrg basuh kencing ayah aku. Kau rasa?? Bila mak aku tnya “kenapa balik sini dulu? Kenapa tak cuci dulu kat rumah”. Ayah aku just jawab “tak tahu” sedih weh sedihhh. Dan marah! And tup2 minta cerai. So ayah aku da ceraikan dia.

Konflik,

Benda ni jadi konflik sebab cara ayah aku lafaz cerai tu melalui rakaman hp. Mak tiri aku hantar kawan dia untuk record ayah aku lafazkan cerai tu. And ada saksi2 lain. See? Dtg rumah ktrg pun tak? And tak silap aku.. ada kot kat kertas putih mcm ayah aku da sign sbgai pengakuan semua and dia ambik la kertas tu n recording tu smua.

Dan sekarang ni.. Mak aku nak uruskan harta pusaka semua ni susah! Sebab dia takde surat cerai tu! And dia tak daftar yg dia da cerai. Mak aku minta kertas yg dorg da sign tu, takde! Hp ayah aku plak rosak. Dah xde yg record tu. So.. If mak aku proceed je psl harta pusaka ni tanpa surat cerai dia means dia pon dapat bahagian dia, (bahagian anak yatim, adik aku kecik2 lagi). Dia ni bole kata ok la dgn atok aku. So mak aku dah minta tolong atok aku call dia bgtahu utk daftar cerai tu sebab nak proceed settlekan harta pusaka ni. Ko tahu dia jwab apa? Dia tengah busy skrg. Nanti dia da free dia buat lah. time mak aku ngadu kt aku dia ckp cmtu. Aku rasa kepala aku panas tgn aku menggigil2 da sbb marahh gila. Ok skrg aku type ni pn da rasa mcm nk kembali marah plak. Astaghfirullahhh.. Fuhh tenang2. Ok tu la masalah skrg ni.

So aku nak tahu la pendapat korang, mcm mana cara mudah nak settlekan hal ni? Mak aku mcm x nak ambik lawyer sebab mahal. Tak mampu weh. Mak aku tak kerja. Mmg lps ni harap duit dr peninggalan arwah ayah aku je And mak tiri aku tu org berada, kayaa la jugak. Kereta 5 6 biji. Apa2 perkataan yg keluar dr keluarga ktrg dia takkan denga. Sebab bagi dia.. Dia lah manusia terpandai di alam semesta.apatah lagi kalau mak aku call suruh daftar cerai kan? Mak aku x kerja. Duk rumah je. Xtahu apa2. Atok aku da call pun, x jalan. Sehari selepas ayah aku meninggal pun awal2 dia da ckp, apa2 nnti psl harta semua. Settle dgn lawyer dia. Dia taknak masuk campur,taknak ambik tahu. Mak aku isteri pertama weh. Mak aku punyalah berlapang dada menerima semua yg dia dah buat. Aku tak sanggup nak tulis semua apa yg dia buat kt sini. Aku risau berlubang keypad hp aku ni. Maafkan aku. Aku tak tahu nak luahkan kt sapa, kwn aku sorg pun tak tahu mengenai perangai mak tiri aku ni. So aku simpannn smua slame ni..

Tq kerana sudi baca.

– hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit