Hai, cerita aku serabut, macam serabutnya hidup aku sekarang.
Aku Bee, lewat 20an, usia perkahwinan aku baru setahun jagung. Suami aku, Y sama juga usia lewat 20an. Aku kerja swasta, tiada gaji pokok. Y kerja swasta juga, bidang professional.
Aku cuma nak luahkan dan minta pendapat dari pengalaman kalian. Aku tak tahu msalah aku ni level masalah rumah tangga yang ke berapa, harapnya masih entry level.
Masalah yang aku serabut sekarang, komunikasi dan masa. Y kerja pagi, pulang petang, very flexible. Nak masuk lewat, balik awal, tiada masalah.
Masalahnya adalah, di rumah juga meeting dan bekerja. Support 24 hours. Ada saja di rumah, tapi meeting online, atau kena gunakan otak untuk reply text and calls.
Tetaplah aku juga sendiri dengan anak. Aku kerja sendiri, Kadang di rumah kadang di luar. Nampak masa free banyak, tapi aku perlukan masa untuk marketing dan gunakan otak juga untuk plan kerja-kerja aku. Kalau tak, kelaut.
Kisahnya sekarang bila nampak aku macam free time banyak, kerja rumah Y memang tinggal dekat aku. Kain baju, dapur, grocery, anak, semuanya aku.
Adalah dia tolong kadang2, sekadar masukkan baju ke dryer atau kemas baju dia sahaja. Pinggan mangkuk adalah dia cuci seminggu sekali dua, cuci mana yang dia nak guna sahaja.
Bila otak aku dah penuh dengan hal suri rumah, aku tak sempat bekerja, end up gaji kurang. Aku faham dia kerja, tapi itulah, aku pun kerja.
Gaji aku tak sebanyak dia, tapi habis juga untuk anak dan rumah. Komitment dia banyak.
Gaji aku memang akan bayar segala bill rumah, wifi, maintenance fee, dan lain2 bersamaan separuh komitment dia. Keperluan anak, makanan, baju anak, dan taska juga aku yang bayar. Jadi rasanya komitment kami sama.
Kami juga tiada simpanan kerana suami bersifat jangan berkira pasal makan, dan aku pula pemurah dengan adik beradik. Even dengan suami juga aku tak kisah bayarkan makan dan keperluan rumah.
Cuma sekarang aku terasa bila kerja rumah semua aku buat, tapi tetap kena keluar duit belanja keperluan.
Pada fikiran aku, suami itu mencari nafkah, isteri uruskan anak2 dan rumah. Kalau isteri bantu suami cari nafkah, suami patut bantu isteri hal rumah dan anak2. Eh sekarang macam mana?
Adakah aku yang berkira? Tambahan aku runsing adalah kerana kami tidak ada simpanan dan suami pula card credit dah pakai maximum. Bila nak bayarnya kad credit? Beberapa bulan lepas aku dah bantu suami untuk bayarkan semua kad creditnya.
Tiba Tiba dah maximum balik, sedangkan keperluan rumah aku yang bayar. Bila ada masalah duit macamni, aku jadi cepat marah. Aku tak pandai uruskan kewangan, dia juga tak pandai. Aku ada cuba simpan, tapi ada sahaja perkara yang aku kena keluarkan simpanan aku.
Masalah Komunikasi. Bila Y kerja 24 jam, aku rasa cerita cerita yang aku nak sampaikan ni tak penting, takkan kau nak panggil dia cerita harini pegi mana, client kata apa, makan apa, keluar dengan siapa, sedangkan group wasap kerja dia perlukan dia. Jadi aku kurang bercerita dengan Y.
Sebelum aku dan anak tidur, Y masih diluar, scroll-scroll phone, Y tidur lambat. Y akan bangun, siap dan terus ke tempat kerja, jadi waktu pagi kami hanya ada 30 minit yang rushing. Itulah rutin kami setiap hari. Takda masa untuk berborak yang penting atau tak penting.
Y balik kerja pukul 8, pukul 10 aku dan anak sudah masuk tidur. Anak aku akan kerap terjaga kalau aku tak ada sebelah. Jadi anak tidur aku pun akan tidur. Aku akan biar anak main dengan Y dalam dua jam tu.
Kalau ada perkara penting, contoh anak demam, atau teacher mengadu pasal anak, aku akan beritahu Y melalui Whatsapp. Dia akan bagi suggestion dan solution, aku lah penggeraknya. Aku lah pelaksana. Iya, dia kerja, dan kerja aku hanya olok-olok mungkin. Tapi gaji aku juga diguna.
Dulu Y suka tengok anime, aku pernah berkali kali mengadu dan menangis katankan Y tiada masa untuk aku, ada masa terluang dia akan berada di depan TV layan anime.
Jadi sekarang dia tengok anime masa mana aku tak tahu, mungkin selepas kami tidur atau masa terluang di office.
Masa aku mengadu dan menangis, dia kata dia dah ubah banyak sampai tiada masa untuk diri sendiri. Aku rasa selfish masa tu.
Lepas dari tu, aku tak complain dah, aku rasa aku pentingkan diri. Tapi adakah aku ada masa untuk diri aku? housewife, mommy, working. Aku rasa korang paham.
Nak picit jerawat pun tak sempat. untuk pengetahuan juga, anak memang fully aku yang incharge. Makan, pakai, sakit demam, pengajaran dan mainan anak semuanya aku fikir. Dia hanya main2 dengan anak. Kalau suruh mandikan, iya lah dia mandikan lepas setengah jam.
Kalau kerja aku dah siap sebelum dia mandikan, aku lah yang mandikan juga. tiba2 nak ambil anak bagi makan, bagi mandi, memang tak. anak aku sorang ke ? suami korang macamtu jugak ke?
Masa aku mengadu tu juga aku tanya ada apa apa tak yang dia tak suka pada aku. Dia kata aku tidak kemas dan tidak teratur. Rumah semak lah maksudnya.
Iya keluarga aku memang tidak ajar kami untuk berkemas kemas rumah. Sapu sampah sehari sekali itu bukan kewajipan di rumah keluarga aku.
Lap habuk juga hanya masa raya, itupun aku dan adik beradik ngelat lap tipu2 sahaja. Dalam kesibukan Harian, aku cuba juga kemas supaya sedap mata memandang, tapi hairan, dia tidak pula menolong kalau nak nampak rumah cantik.
Sekarang aku tidak bercakap dengan suami aku. Tak ada benda nak cakap. kadang nak sembang, aku akan fikir 10 kali penting ke benda ni nak cerita? Nak beli keperluan rumah? singgah saja beli. pampers habis? beli saja. apa isu nak dibualkan ? tak ada.
Hubungan suami isteri juga begitu, nak mendekat, macam2 difikiran. Dia belum cukup tidur ke, nanti anak jaga lah, baik aku bangun mandi, baik aku pergi basuh baju dan lain-lain. Jadi aku lupakan hasrat aku.
Anak aku bed sharing, masih susu badan. Y ada suggest untuk asingkan anak tidur. iya, hanya cadangan/arahan. Yang akan bergelut ajar anak tidur asing siapa? yang kena bangun 2 jam sekali bila anak menangis siapa?
Kalau anak tidur asing pun, Y masih tidur pukul 2 pagi, aku tidur seorang juga. Apa gunanya? Y tidur lewat dan bangun lewat itu memang dari awal perkawinan sehingga sekarang. jadi aku tolak sahaja cadagan itu.
Banyak perkara aku nak cakap dengan Y, tapi tak terkeluar. Semuanya aku rasa tak penting untuk Y. Semuanya aku boleh saja selesaikan sendiri. Iyalah dia kena kerja cari rezeki. Siang malam kerja cari rezeki.
Kadang aku rasa baik aku jadi suri rumah saja, biar dia kerja 24 jam. suami cari nafkah, isteri urus rumah. Tapi takut pula nanti aku burn out/depress. Sekarang boleh keluar kesana sini pun masih emosi tak stabil.
Untuk buat saving, aku tanya Y nak makan apa harini, aku masakkan. aku masak dia makan sikit saja, atau tak makan, tak sedap perut katanya. Lepastu keluar beli makanan lain, supper katanya.
Mungkin aku masak tak sedap kot? Yelah sebelum ni makan luar, tiba2 aku nak jimat, aku masak. Memang lah tak sedap macam kedai. Aku masak satu dua lauk je, takde la macam kedai nasi campur tu.
Y baik, baik dengan keluarga aku, tidak berkira, tidak pernah marah aku, sangat penyabar. Aku sahaja yang banyak buat masalah. Aku yang gaji tidak tetap, aku yang berfikiran negetive, aku yang selalu pendam. Aku tak tahu.
Aku sedih rumahtangga aku macamni. Macam mana couple yang dua dua sibuk uruskan hidup?
– Bee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit