Pengurusan Kewangan Bagi Mendapatkan Rumah Pertama

Hai. Aku nak bercerita sedikit sebanyak pengalaman aku menguruskan kewangan bagi gaji permulaan RM1200-RM1500 (aku bertukar kerja, akan diceritakan kemudian) untuk membeli sebiji kereta kecil dan rumah mampu milik.

Aku wanita, masih bujang dan berumur 26 tahun. Bukan niat untuk menunjuk apatah lagi membangga diri. Rezeki kita telah ditetapkan oleh pencipta asalkan kita perlu tekun berusaha.

Aku tamat belajar ijazah sarjana ketika berumur 22 tahun, kemudian bekerja kontrak di sebuah universiti selama setahun. Ketika ini, umur aku masih mentah dan aku telah melakukan satu kesilapan dari segi pengurusan kewangan.

Gaji aku RM1500, aku tersilap langkah dengan membeli kereta menggunakan “full loan” dari pihak bank. Hutang selama 9 tahun dengan bayaran bulanan yang agak tinggi bagi graduan baru seperti aku.

Kereta tersebut merupakan satu keperluan untuk aku berulang alik kerja cuma aku agak kecewa kenapa aku memilih untuk tidak membayar muka kereta sedangkan aku mampu.

Aku tinggal di bandar besar, sewa rumah RM350, kereta mencecah RM450, makan sentiasa di kedai hipster. Tolak wang epf dan sebagainya hanya cukup-cukup makan.

Apabila kontrak kerja aku hampir tamat aku mulai sedar. Di mana aku tidak ditawarkan jawatan tetap, aku mula mencari kerja baru. Aku menganggur selama sebulan kemudian di terima untuk bekerja dengan gaji pokok RM1200 sahaja.

Tersedar dari lamunan, dimana wang aku semakin surut. Sama, masih jauh dari kedua ibu bapaku. Aku tersepit, dengan hutang kereta, ptptn, bilik sewa, makan dan minum.

Aku mula berniaga online tapi masih belum cukup.

Aku mula ubah gaya hidup ku, datang ke pejabat aku sentiasa membawa bekal, ptptn yang tertunggak aku terpaksa menggunakan epf akaun ke 2 bagi melunaskan tunggakan dan aku secara konsisten membayar bulanan.

Bilik sewa dari seorang aku tukar kepada berdua.

Aku mengamalkan konsep dapat sahaja gaji aku akan tolak RM300 kedalam akaun asb simpanan setiap bulan sebelum aku membayar hutang.

Kemudian aku membayar hutang kereta, bilik sewa dan minyak RM100. Sesungguhnya duit gaji aku adalah negative tapi rezeki aku tidak pernah putus.

Ketika berdoa setelah solat, doalah sebanyak mungkin untuk dimurahkan rezeki. Pasti hari2 mendatang sentiasa ada rezeki yang datang.

Aku sentiasa mencatat perbelanjaan aku, aku perasan duit bulanan yang aku belanjakan lebih dari wang gaji aku.

Aku mengaku ketika ini, aku masih belum mampu memberi wang kepada ibu bapaku dan aku sentiasa terangkan kepada mereka.

Mereka tidak marah atau kecewa sebaliknya mereka ingin memberi aku wang cuma aku yang menolak. Aku sangat rasa serba salah pada mereka.

7 bulan kemudian aku mendapat kerja baru dengan gaji pokok RM1500.

Aku mula memberi wang kepada kedua ibu bapaku (jumlahnya agak banyak bagi ku), masih mengamalkan gaya hidup di bawah paras kemampuan.

Tidak bermewah, masak pada setiap hari dan konsisten membayar hutang.

1 baju, 1 handbag, 1 kasut, alat makeup hanyalah setahun sekali aku beli. Itupun setelah aku menyimpan beberapa bulan bagi memenuhi kehendak aku. Simpanan aku masih konsisten RM300 sebulan.

Aku mula mengambil “Loan Asb” di mana aku perlu membayar kurang dari RM300 sebulan.

Total simpanan bulanan aku termasuk Loan Asb adalah RM600, di mana separuh gaji aku, aku mula melanggan medical card kurang di mana kerja aku memang agak bahaya.

Aku mula kembali meniaga online dan dapat menampung sedikit sebanyak kos hidup aku.

Doa untuk dimurahkan rezeki, sentiasa aku amalkan. Aku tiada sebarang doa yang istimewa, cuma ketika aku berdoa. Aku hanya bercerita dan meminta dengan Allah.

Setelah beberapa tahun, simpanan aku cukup bagi membayar muka rumah kos rendah. Tujuan aku adalah untuk pelaburan pasif.

Gaji aku turut dinaikkan sedikit kerana sudah berkhidmat disini agak lama. Hutang ptptn aku, tinggal kurang dari separuh pinjaman. Kwsp simpanan tua tidak aku usik.

Ketika PKP aku mula mencari rumah, di mana aku percaya ramai pihak yang terkesan dengan kegawatan ekonomi. Rumah yang aku temui harganya rendah dari 100k, dengan kadar “interest” bank kurang dari 4%.

Aku bayar 10% muka rumah dengan wang titik peluh ku dan aku bercadang untuk sewa bilik. Duit sewa tersebut akan aku jadikan sebagai pendapatan pasif untuk membeli rumah yang ke dua pada masa yang akan datang.

Disini ingin aku tegaskan, bukanlah untuk aku bermegah apatah lagi untuk riak. Pengurusan kewangan amat penting dari awal, masih belum terlambat bagi yang tersalah langkah seperti aku.

Aku mula membaca buku-buku kewangan seperti rich dad poor dad, hartanah power dan sebagainya. Buku dari penulis azizul awang turut aku baca dan ikuti cahnnel telegram beliau.

Aku amat beruntung kerana aku mempunyai kedua ibu bapa yang memahami dan aku masih belum mempunyai komitmen rumah tangga.

Andai entri ini diterbitkan oleh pihak admin dan mendapat sambutan. Aku akan teruskan dengan entri tips untuk memilih rumah pertama untuk tujuan pelaburan walaupun pengalaman aku hanyalah setahun jagung.

Sedikit sebanyak dari pengalaman dan pembacaan aku ingin aku kongsi kan.

Sekian.

Terima kasih.

– Cik Muna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *