Pengurusan Kewangan Isteri Bekerja

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan confession ini..

Saya menulis disini sebagai reaksi kepada confession Puan Mia (https://iiumc.com/isteri-yang-bodoh/) yang disiarkan berkaitan duit gajinya yang hampir keseluruhan diberikan kepada suaminya..

Saya tak nak cerita diruangan komen sebab tak nak malukan suami sendiri..

Saya juga seperti puan di awal-awal perkahwinan.. Lagi dasyat rasanya sebab saya berikan terus kad atm saya pada suami.. Saya tak tahu berapa gaji yang masuk ke akaun saya.. Atas dasar percaya suami boleh uruskan semua..

Cuma 1 kelainan kisah saya dan puan.. Suami saya tidaklah berbelanja macam orang yang ada banyak duit..

Cuma kesilapannya dia sangat suka dengan kenderaan.. Asik2 tukar kenderaan.. Kenderaan yang dibeli pula makin lama makin mahal harganya.. Dan bilangannya pun bukan mengikut keperluan tapi ikut kehendak hati..

Saya lihat makin lama suami makin terbeban dengan ansuran bulanan yang semakin besar.. Bayaran ansuran sentiasa tertangguh.. Kadang2 sampai kereta nak kena tarik..

Mujurlah ansuran rumah terus potong daripada gaji.. Tapi ada rumah yang sebuah lagi.. Hampir2 nak kena lelong..

Kad kredit pula sentiasa sampai limit.. Bayar sikit pakai sikit.. Mujurlah limit tak tinggi mana.. Personal loan pun bertukar ganti.. Macam korek sana tampal sini.. Korek situ tampal sana pulak..

Perniagaan suami juga semakin tak memberangsangkan.. Entah la kat mana silapnya.. Suami rajin kerja tapi saya nampak suami mungkin selesa sangat ada gaji free sampai tak berdaya usaha dalam perniagaan dia.. Buat kerja yang sama hari2 walaupun tak nampak kemajuan..

Kadang saya rasa bersalah juga.. Mungkin tindakan saya menyerahkan kad atm saya pada suami menyebabkan suami saya hilang daya usaha dalam perniagaan..

Saya pula semakin tak sampai hati nak minta duit kat suami.. Tengok ansuran pun asik tertangguh.. Sampai saya rasa nak beli apa2 pun rasa tak mampu..

Sampai nak beli pakaian sendiri pun cari yang paling murah.. Nak beli perabot rumah pun rasa tak mampu.. Walhal ansuran kereta saja ribu riban sebulan..

Akhirnya saya buat keputusan untuk uruskan sendiri kewangan saya.. Saya ambil semula kad atm saya dan kredit kad daripada suami..

Saya putuskan suami bayar semua komitmen dengan bank, dan saya uruskan duit urusan anak2 dan makan minum.. Sebab saya rasa ini semua sedekah untuk anak2 sendiri.. Kan sedekah untuk ahli keluarga itu yang terbaik sekali..

Tak juga nampak kemajuan pada suami.. Ansuran masih tertangguh.. Saya pun buat keputusan veto tukar kereta.. Pakai kereta murah aje.. Beli kereta 2nd hand…

Saya suruh suami beli kereta cash, tak nak juga nak beli kereta yang ada ansuran bulanan.. Lantak lah situ.. Bayar lah sendiri kan.. Saya dah tak campur.. Sampai kereta nak kena tarik pun saya buat tak tahu aje..

Bila ada peluang, saya bayar habis kredit kad.. Turunkan limit ke 3k saja sebulan.. Pastikan setiap hujung bulan bayar penuh walaupun baki duit gaji tinggal tak sampai RM100.. Saya jual rumah kedua dan langsaikan semua hutang kereta dan personal loan..

Memang saya rasa kejam.. Saya tahu kadang suami meminjam dengan orang lain, bukan dengan saya..

Walaupun dia tahu isteri dia boleh bagi dia pinjam.. Tapi saya buat tak tahu.. Saya nak dia belajar uruskan kewangan dia dengan betul.. Suami saya bukan jenis yang nak dengar cakap isteri..

Jadi saya tak nak ajar dia apa2.. Biar dia belajar dari kesilapan dia sendiri.. Buang masa dan tenaga aje membebel kan..

Lama juga nak betulkan kesilapan 5 tahun pertama perkahwinan rupanya.. Hampir 15 tahun selepas tu baru saya rasa ada kelegaan dalam pengurusan kewangan saya sendiri..

Memang hati nak kena kental.. Semangat kena kuat.. Bukan nak lawan atau sakitkan hati suami.. Tapi untuk kebaikan dia sendiri juga.. Untuk keluarga dan ketenangan fikiran sendiri..

Kalau suami culas bayar nafkah, halalkan dan redha sahaja.. Mungkin Allah lebihkan rezeki kita untuk bagi peluang kita bersedekah kepada suami dan anak2 sendiri.. Mungkin cara ini Allah nak ganjarkan kita syurga..

Kita tak mampu nak ubah suami kita.. Hanya Allah yang maha kuasa mengubah manusia.. Doalah sahaja banyak2.. Jangan serabutkan kepala sendiri..

Akhir sekali saya menyeru isteri2 yang bekerjaya tapi suami ambil kesempatan atas gaji puan2 untuk uruskan sendiri soal kewangan masing2..

Ketepikan rasa kesian, tak sampai hati, takut dan anggap keputusan kita untuk kebaikan suami juga di masa hadapan..

Tak berbaloi nak stress sebab duit ni puan2.. Banyak lagi benda lain kita kena fikir kan.. Terutama bab anak2.. Masa depan mereka.. Jadi buatlah keputusan terbaik untuk semua..

– Mardhiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *