Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, buat adik-adik, pembaca semua. Nama akak Nur (of course bukan nama sebenar), happily married with two beautiful children Alhamdulillah.
Sebelum ini, akak pernah post confession bertajuk “Tentang Indahnya Hidup” (https://iiumc.com/tentang-indahnya-hidup/). Tak ingat guna nama samaran apa masa tu. Hihi. Tapi bercerita tentang kebaikan suami dan arwah ayah tiri akak.
Untuk confession kali ini, sekiranya disiarkan, akak nak berkongsi tip pengurusan kewangan dalam rumahtangga sebenarnya.
Akak terdetik nak share selepas membaca kisah N di dalam confession bertajuk “Nafkah dalam Rumahtangga” (https://iiumc.com/nafkah-dalam-rumahtangga/) sebentar tadi. Sebagaimana N, akak dan suami kedua-duanya penjawat awam.
Akak dalam kategori professional manakala suami dalam kumpulan pelaksana.
Jika adik-adik lihat average perbezaan tangga gaji, boleh mencecah tiga ke empat kali ganda tinggi gaji akak berbanding suami (suami pula baru lagi jadi penjawat awam Alhamdulillah Allahu Akbar selepas usaha dan penantian 10 tahun kami berumahtangga).
Awal perkahwinan, suami kerja bidang swasta. Suami ada degree, akak ada master. Itu belum lagi cerita cabaran kami di luar negara semasa akak sambung study. Dengan anak-anak kecil.
Subhanallah tak sangka sampai ke tahap ini, hebatnya rezeki Allah kurniakan pada kita semua.
Ok back to the track. Kadang2 gaji tak sampai 1k tolak itu tolak ini, kena deduct itu ini. Kerja hotel, tau saja lah. Kadang duit short, tak pasal staff kena ganti. Kesian suami akak. Masa itu gaji akak dah gaji pegawai. Apa yang boleh kita buat?
Akak juga ada 2 orang rakan yang selalu consult akak personally, isu suami berkira tak beri nafkah ini.
Isu 1 – suami dan isteri same case as me, gaji suami lebih rendah berbanding isteri.
Isu 2 – suaminya gred lebih tinggi namun tidak juga memberikan nafkah sewajarnya kepada si isteri.
Adapun begitu, tujuan akak menulis ini bukanlah untuk menceritakan isu rumah tangga sahabat-sahabat akak. Rasanya lebih baik akak share tentang tips dan cara untuk sama2 komited di dalam rumah tangga.
Cuma nak share lah kan, bukan sebab gaji suami tu sikit ke banyak ke, yang banyak pun tak beri nafkah juga. Kawan akak tu every month call, jumpa akak. Sampai aku tak tahu nak buat apa. Hahaha. Soalnya, sense of responsibility itu.
Bercerita bab duit ni, sampai kiamat pun tidak cukup, kan? Awal perkahwinan, akak duduk kuarters. My husband, akak minta dia bayarkan kereta akak, bills dan keperluan anak (masa ni baru anak sulung).
Dari awal kahwin, akak keep on cakap tentang nafkah wajib apa yang seorang suami patut sediakan sepadan dengan kemampuannya:
1. Tempat tinggal (tak mampu banglo, cari semi-d. Tak mampu beli, boleh sewa teres. Contoh).
2. Makan dan minum.
3. Pakaian (sekurang-kurangnya 2 pasang lengkap setahun. Akak tahu suami akak tak mampu beli baju designer, jadi akak minta baju dekat pasar malam. Nak baju designer, akak boleh beli sendiri. Same goes to make up).
4. Bills (Elektrik, coway dan air suami bayar. Mana2 yang bukan keperluan macam Netflix tu, akak bayar).
5. Duit nafkah. Dulu akak dapat dalam rm100 sebulan, alhamdulillah sekarang dah up RM500. Hihi.
Murahkanlah rezeki suamiku ya Allah selagimana dia berkongsi rezeki denganku dan anak2 kami. (akak baca doa ni kuat2 lepas suami bagi duit dekat akak. Tersipu-sipu laki aku tak tau nak amin ke idok. Hahaha)
Setiap masa, tanpa jemu akak selalu share dan bercakap. Kami bincang dari awal kahwin.
Jangan ajar pasangan kalau “awak tak ada duit, saya beli dulu barang dapur”, akak pun selalu saja beli barang dapur but make sure pasangan contribute. Tak apa tak apa, lama lama dia lupa. Tentang tanggungjawab dia. Ingat tu.
Sekarang, nearly 10 tahun berkahwin, alhamdulillah suami makin stabil tapi masih lagi gaji lebih rendah dari akak. Cuma bukan itu isunya.
Akak bentangkan pada suami apa yang akak bayar, apa yang suami patut bayar. Seperti N, rumah dan kereta juga nama akak.
1. Rumah akak bayar. Bills (elektrik, air, coway suami bayar)
2. Kereta akak bayar. Tapi kalau berjalan, kami selalu pergi holiday, minyak akak akan minta suami isi. Hotels dan lain2 on me.
Akak buat-buat tak tahu isi minyak walaupun saya ini bagaikan serba tahu. Hahahaha. Road tax, insurance kereta akak pun suami bayar. Tak cukup gaji sebulan, jadi dia main kutu pejabat dia. Hihi.
3. Barang dapur. Akak akan minta suami beli untuk sebulan, kalau bajet suami dah habis, akak bantu.
Biasalah anak dah dua, kadang ambil barang penuh troli, memang akak tak pernah halang anak2 nak beli makanan apapun, ambil lah. Kalau Daddy tak cukup duit, Mama bayar.
4. Selalu bincang. Akak minta suami tunjuk gaji dia berapa. Lepas ke mana. Akak pun beritahu apa komitmen akak. Tapi yang akak simpan, akak tak kabo. Agitchew. Hahahaha.
Akak kerja bahagian kewangan, saya pun boleh tengok gaji suami saya sebab saya ada no ic beliau. Dia tak boleh tipu juga bab tu. Hahahaha.
5. Yuran bulanan sekolah anak, suami bayar. Yuran tahunan kami sama2 share. Bear in mind, gaji beliau 3x ganda lebih rendah daripada saya, lepas ye bayar semua. Lepas. Mestilah dngan akak tambah sana sini, itu ini. Tapi nak beritahu, dia boleh sebenarnya.
6. Jadilah pendengar yang setia. Ini penting. Jangan bebel merapik sampai suami pening. Hahaha. Akak terima suami di saat dia tiada apa.
Tapi masa tu my mom cakap, “Dia rajin. Dia jaga solat. Mesti Allah jaga rumahtangga akak”. Kunci dia rajin saja adik-adik. Dan dengar jika dia ada masalah, bantu cari jalan penyelesaian. Jangan terus marah. Nanti suami/isteri menjauh.
7. Jangan memperkecilkan pasangan. Please don’t. Gaji dia lagi kecil dari kita. Kita kotak-katikkan pulak dia. Padahal pada pandangan dia, “aku dah cuba sehabis baik ni. Ini saja yang isteri aku rasakan”.
Ada yang jenis akan rasa tercabar and buat lebih baik lagi takpela. That’s good.
But ada juga jenis yang, “alang-alang kau dah pandang rendah dekat aku, buat apa aku nak usaha lebih. Aku buat apa pun kau tetap tak nampak. Lantak kau lah”.
That moment bila kita dah lantaklah kau lah with each other ni, menyakitkanlah marriage kita tu. Kita berumahtangga untuk bahagia, bukan sebaliknya. Siapapun atas dunia ni, nak bahagia.
8. Doa dan usaha. Mestilah doa pun salah satunya. Mungkin some of us think, does it that impactful? It is. Yang tak kahwin lagi, minta mak doakan dapat suami/isteri soleh solehah. Yang dah kahwin juga, jangan jemu berdoa. Usaha pulak, bincang dan mesti ada tindakan.
Of course, easier said than done. Tapi cubalah. Didik dari awal dalam rumahtangga kita, bincang who does what. Apa kita nak di penghujung rumahtangga kita ni? Nak mahligai di syurga. Ok let’s make one from dunya until we gonna meet again in Jannah.
Pasangan, anak-anak semua ni ujian adik-adik. I’m not in your shoes, jadi saya hanya mampu berkongsi apa adanya. Yang merasakan itu, kamu. Jika rasa peritnya perkahwinan itu, dapat pasangan tak bertanggungjawab. Fikir jauhlah.
Ada yang takut bercerai, sebab fikirkan anak-anak. Tidak. You yang tak nak keluar. Saya adalah anak mangsa perceraian juga (my mom adalah mangsa emotional violence), direzekikan ayah tiri yang baik. Tapi kalau rasa, boleh bertahan, boleh ubah sikap pasangan tu, bincanglah.
Jika berbincang pun dah tak boleh, ingatlah balik janji di saat akad dilafazkan tu. Saya ni isteri paling tak sempurna, jalan pun berdengket-dengket sebab cacat dari lahir.
Dikurniakan lelaki seperti suami saya, selalulah saya post di IIUM Confession ini tentang bersyukurnya saya memiliki suami dari syurga.
Orang terdekat dengan kami mungkin nampak pengorbanan saya saja, sebenarnya dia pun banyak berkorban untuk saya. Sanggup berhenti kerja semata-mata nak ikut isteri sambung belajar. Jaga anak-anak.
Allah tak beri semua. Allah uji sedikit, Allah ambil sedikit. Saya kurang bab itu, Allah beri suami soleh. Banyak kurang saya ni. Cuma itulah adik-adik, rasional lah dalam berumahtangga.
Kadang baca dalam confession ni, ada yang bodoh, bodoh sangat sampai kena hina diammm saja hahahaha I cannot. Ada yang terlampau cerdik, perasan bagus pulak. Hahahaha. Jangan jadi hamba pasangan, jangan juga menghambakan pasangan.
Kita kan melengkapi. 10 tahun usia perkahwinan, dia adalah separuh nyawa saya. Semoga Allah limpahi rahmat dan redhanya dalam hidup kita, dalam rumahtangga kita. Salam Ramadhan semua.
Salam sayang dari akak. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya InsyaAllah. Wassalam.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit