Pengurusan Kewangan Yang Gagal

Assalamualaikum. Aku Kay, seorang isteri dan ibu. Telah berkahwin lebih 10 tahun dan alhamdulillah tenang dan damai dalam keluarga kecilku ini.

Aku tak pandai nak bercerita dan menyusun ayat, mungkin cerita aku akan carca merba sikit, jadi aku minta maaf awal-awal. Nak letak tajuk pun tak reti sangat

Aku nak cerita fasal keluarga mertua dan ipar-ipar aku. Suami aku Zack, anak lelaki tunggal dalam keluarga. Sebelum berkahwin, Zack pernah bercerita perihal kewangan keluarganya.

Ayahnya mempunyai banyak hutang ketika itu dan hutang itu ditanggung sikit sorang oleh kakak-kakaknya yang telah berkerja dan juga Zack sendiri dengan menyerahkan sebahagian duit pinjaman belajarnya untuk membayar hutang si ayah.

Jumlahnya seingat aku lebih kurang RM20 ribu. Walaupun ia bagaikan red flag bagi aku pada awalnya tapi sebab aku tengok Zack ni baik orangnya, aku proceed saja.

Fast forward lebih 10 tahun aku berkahwin dengan Zack. Aku bukan nak menyibuk hal kewangan family mertua pun, cuma nak kongsi cerita supaya jadi pengajaran buat semua.

Sepanjang perkahwinan aku, alhamdulillah rezeki kami cukup. Walaupun gaji aku lagi tinggi dari Zack, Zack tak culas untuk memberiku nafkah walaupun tak banyak. Zack juga tak pernah gagal menghulurkan duit untuk ahli keluarga dia setiap bulan.

Walaupun kadang aku rasa macam, “eh banyaknya hulur, bukan dah hulur ke minggu lepas?” Tapi dalam hati aku jelah.

Zack jenis tak berkira dengan sesapa pun, kalau dia hanya tinggal RM100 dalam account bank, maka RM90 lah dia akan transfer kepada sesiapa yang meminta.

Biasanya kakak dan ayah Zack lah. Untuk aku pun dia tak pernah berkira cuma aku saja jarang minta, so end of the story of Zack yang tak kedekut.

Aku nak cerita pasal kakak Zack dulu. Kakak-kakak Zack kerja bagus, ada kerja swasta, ada kerja kerajaan. Sorang kakak Zack aku namakan KakPah, kerja kerajaan dan dah berkahwin.

Memang Kakpah agak kerap minta duit kat Zack, aku tak kisah pun walaupun pernah jugak aku dan Zack curious Kakpah ada masalah kewangan kah? Sebab aku tak pernah nampak Kakpah ni bergaya macam orang kaya, makan mewah atau bercuti sakan pun.

Kalau ditanya banyak pulak dalih so kami memang tak tahu untuk ape die meminjam dr Zack hampir setiap bulan.

Let say awal bulan pinjam, tengah bulan bayar sikit, pastu hujung bulan pinjam balik lebih banyak dr amount awal haa macam tu.. Pelik aku.

Tapi aku walaupun tak banyak bunyi kat Zack, aku buat kira-kira jugakla. So aku bentang kat Zack secara ilusi, kataku; “Kalau aku buat buku ledger, hutang kakak you masih banyak dari yang dah bayar tau” Hahah.

Ada tahun Zack kata dia halalkan saja hutang2 tu sebab dia kata rini bayar, minggu depan pinjam lagi. So dia malas nak berkira. In fact dia tak tahu pun dah berapa jumlah kakak dia pinjam dari dia.

Ada satu hari few years back Kakpah pernah nak pinjam RM10 ribu dari Zack. Zack yang dermawan dan lurus mana ada simpanan ketika itu, tapi aku ada. So Kakpah cuba pujuk Zack pinjam dari aku, tapi jangan gtau aku.

Eh laki aku walaupun lurus dia tak pernah sembunyikan apa-apa dari aku. So dia cite saja la kat aku Kakpah nak pinjam RM10ribu dari aku tapi tanak aku tau dia yang nak pinjam.

Even masa Kakpah call tu Zack buat loudspeaker cuma aku hanya jadi batu yang juling menjeling kat sebelah.

Aku geram jugak kat Zack sebab reveal aku ada duit, tapi aku bagi alasan duit tu dalam acc Tabung haji so susah nak keluarkan (masa tu tak banyak bank yang link dengan TH lagi).

Aku paksa Zack korek kenapa Kakpah perlukan duit sebanyak tu. Awalnya dia kata nak buat modal bisnes.

Benda ni berlarutan beberapa hari sebab Kakpah masih belum perolehi duit yang diperlukan. Aku memang dah warning laki aku sesiap sebab aku dah rasa something wrong.

Pastu Kakpah cari mak mertua aku (mak dia lah) untuk meminjam. Aku suruh Zack nasihatkan mak dia supaya jangan bagi sewenang-wenangnya, tapi macam angin lalu jelah.

Rupa-rupanya bukan RM10ribu yang dipinjam dari mak mertua tapi RM35ribu. Mak mertua bagi pinjam duit pencen dia. Bisnes apo korang rasa macam terdesak nak duit cepat2 ni?

Nak marah pun aku masih sedar diri aku hanya menantu/ipar, so Zack la kena bebel ngan aku. Sepatutnya dia kena tegas, put some sense in his sister yada-yada.

Lagi menambah angin aku, Kakpah sebelum tu buat shark loan ngn ahlong, pastu kena tipu. Dia nak pinjam RM50k tapi kena bagi upfront dulu RM35k tu. Nonsense tak. Takkan la tak leh pikir logiknya di situ. Kalau ade RM35k tu, buat ape nak pinjam duit ahlong.

Hingga sanggup korek duit pencen mak sendiri untuk cukupkan RM35ribu upfront. Eh, tak paham sungguh la aku. Mungkin jugak Kakpah hanya berbohong, cerita betul sebenarnya dia nak buat apa dengan duit tu tak tahulah.

Lepas dari kes pinjam mak mertua ni, Kakpah lagi kerap pinjam duit Zack. Sampai aku yang dulu jarang meminta dari laki terpaksa jadi bini yang hulur tangan dulu nak make sure beliau ingat nak dahulukan bayar kewajipan keluarga sebelum hulur kat kakak sendiri.

Aku tak suka sangat sebab nampak macam bini yang control dan berkira tapi aku terpaksa, macam aku cerita awal2 tu kan, Zack ni selagi dia ade duit, ko mintak la berapa pun dia bagi.

So dari in the end of month dia tak cukup duit nak bayar bill, so baik aku mintak duit die awal2 untuk setelkan kewangan keluarga dulu.

Bukannya aku tak boleh bayarkan cuma aku taknak biasakan isteri yang bayar semuanya. Tak bagus untuk kesihatan rumahtangga gitu.

Pastu ayah mertua aku plak. Aku memang nampak dari awal ayah mertua aku skill pengurusan kewangan memang out. Tapi aku tak sangka hingga ke tahap minta duit pencen wife sendiri. Ni pun aku laki bini baru tahu, mengurut dada dengar.

Masa mak mertua awal-awal pencen beberapa tahun lepas, dia ada dapat duit one off la kut. Rupanya bapak mertua aku guna untuk masuk MLM.

Tak kurang RM40ribu lesap macam tu saja sebab percayakan kawan dan labur masuk MLM. Yang kawan tu nampakla dah kaya, tapi berkat ke tak lantak kau lah.

Seronok ya makan duit orang di dunia. Yang menghulur pun tak pikir panjang, puluh ribu bagi orang, mengharapkan duit cepat.

Dan bapak mertua aku tu rupanya ajak KakPah join sekali cuma aku tak pasti ada kaitan tak dengan kes Kakpah pinjam ahlong tu sebab timeline tak jelas.

Cerita ni mak mertua baru cerita kat Zack recently. Punya lama mak mertua aku pendam. Kalau aku di tempat mak mertua aku, dah lama kena chop bini derhaka dan ibuku kejam sebab aku akan bagi sedas dua tak kira laki atau anak, untuk menyedarkan mereka.

Dan bapak mertua aku hingga hari ni masih aktif join MLM ke contest ape ke tapi berskala kecil sikit. Yang kena bayar fee monthly untuk meningkatkan kebarangkalian menang duit.

Ada jugak dia beli barang harga seribu dua tapi tak terjual pun, duk buat semak kat rumah.

Hujung bulan sentiasa tak cukup duit, baik ayah ataupun kakak walaupun Zack masih tak culas menghulur setiap bulan as kewajipan seorang anak. Yang kakak tu aku taktau la jatuh hukum wajib ke tak sebab Kakpah guna ayat, nak pinjam, nanti bayar.

Zack kata dia dah letih nak nasihat ayah tu, tapi aku boleh imagine nasihat Zack tu mesti la paling halus dan berkias sebab dia anak yang sangat menghormati orang tua nya dan takkan sesekali bercakap kasar dengan mak ayah dia.

Bagus tu baguslah, tapi bagai angin lalu jelah nasihat tak melekat di hati ni. Aku faham, susah kan seorang anak nak menasihati orang tua sendiri. Salah cakap, berdosa plak.

Sungguh aku tak paham, orang yang join MLM ni. Yang kaya tu mungkin pioneers jelah kut. Kita rakyat biasa ni janganlah bermimpi nak kaya dengan MLM.

Mak mertua aku tu baik sangat boleh diam dan pasrah saja anak ngn husband pinjam duit banyak macam tu.

Ada orang boleh berantakan rumahtangga, boleh putus saudara. Nasihat aku, tolong jauhi MLM dan easy money ni. Tolong jangan bermimpi duit masuk MLM boleh tumbuh bagai cendawan.

Dan tolong jauhi AHLONG. Jangan kerana diri sendiri tamak, keluarga yang lain kena menanggung akibat.

Dan untuk Zack, aku mula ajarkan dia untuk menabung dengan cara aku. Aku nampak Zack pun tak berapa pandai bab pengurusan kewangan, cuma dia lebih waras dan rational dengan tidak terjebak dengan easy money.

So aku putuskan aku terpaksa terlibat dengan pengurusan kewangan dia. Aku wajibkan kami ambil hibah.

Bayar hutang first (termasuk bil, insuran, instalment, nafkah anak bini, ibubapa), then Saving second first. Wajib. Lepas tu nak buat apa dengan duit tu buatlah, duit sendiri kan.

Mulanya aku minta dia hibahkan rumah, tapi proses hibah rumah yang belom habis bayar agak rumit dan mahal, maka kami ambil hibah takaful yang mampu cover kos sekiranya rumah kami duduk ini perlu difaraidkan.

Marilah kita hapuskan stigma ambil takaful sebab nak laki mati awal (eh bini pun ambil hibah jugak, so laki pun boleh jadi duda kaya kan?)

Lepas tu jangan lupa bayar zakat. Aku nampak keberkatan gaji kita tu bila kita start bayar zakat, bagi yang mampu. Jangan rasa sayang atau takut duit habis bila bayar zakat.

Akhir sekali aku minta maaf sekiranya ada yang terguris atau rasa aku tak layak cakap pasal kewangan orang lain macam ni. Kbye.

– Ami Amidala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *