Assalamualaikum.. Pertama sekali aku minta maaf kalau tulisan aku agak berterabur. Aku tak pandai karang…
Confession ni aku tak tahu betul atau salah atau aku bakal kena kecam ke. Tapi aku nak cakap hak untuk diri aku dan diri orang lain jugak.
Aku adalah seorang peniaga di Pulau Pelancongan Langkawi. Perniagaan aku lebih kepada dealing dengan foreigners, local tourist pun aku deal jugak tapi kurang.
Sekarang tiada foreigners. Aku amat terkesan dengan Pandemic Covid 19. Perniagaan aku sangat2 slow. Aku sudah berhabis jimat setakat yang mampu untuk teruskan perniagaan dan kehidupan ini.
Bantuan kerajaan aku tak dapat. Aku tak layak untuk dapat BPN sebab nama aku ada syarikat. Aku tak layak dapat bantuan PKS sebab aku bukan usahawan kecil atau sederhana.
Aku hanya dapat bantuan PSU, bantuan ini diberi pada majikan untuk bagi bayar gaji pada pekerja iaitu sebanyak RM600.
Gaji mereka aku sudah kurangkan menjadi gaji minimum RM1200 sejak bulan August sebab aku dah tak mampu nak tampung bayar lebih lagi.
Dan pekerja aku sangat memahami keadaan syarikat sekarang ini dan akur dengan pengurangan gaji. Mereka cakap dengan aku mereka sangat berharap aku tak buang mereka dari kerja.
Aku bayar gaji mereka RM600 dan tambah bantuan dari kerajaan RM600. At last aku tak dapat apa apa bantuan kewangan dari kerajaan untuk diri aku sendiri dan untuk family aku.
Ya bantuan PSU aku dapat tapi yang itu untuk staff aku. Aku boleh saja nak buang staff aku. Tapi aku kesian kat mereka sebab dah lama kerja dengan aku dari zaman muda hingga beranak pinak.
Masing masing ada family dan komitmen masing masing yang perlu dibayar setiap bulan. Tapi lambat laun aku tahu aku akan buang mereka juga sebab aku tak ada duit nak bayar gaji mereka.
Aku bukan kaya, duit aku bukan banyak. Aku hidup survive dengan bisnes aku dengan pelancongan selama ini.
Untung bulanan bisnes itu la selama ini buat rolling untuk modal bisnes dan hidup makan kami satu family. Aku pun bukan pemboros aku sangat berjimat dan suka menabung.
Tapi sekarang sangat2 susah nak dapat sale. Duit simpanan aku sudah habis dan aku sudah terpaksa keluarkan duit modal perniagaan aku dan duit modal aku pun semakin susut.
Komitmen aku sewa tapak bisnes, bil letrik, bil air, unifi, landline telephone, handphone office, epf, socso, gaji staff, claim staff, lain2 bayaran, barangan pejabat, etc.
Ini yang untuk berniaga. Belum aku kira komitmen expenses aku sendiri dan family aku. Semua jenis loan lagi, makan minum lagi. Ini semua kena bayar full, wajib bayar. Allah, sebulan saja dah puluh ribu keluar duit tanpa sale. Kemurungan aku.
Aku hanya ada sebuah rumah dan sebuah kereta, aku apply moratorium aku dapat potongan 40% dan masih lagi perlu bayar bulanan pada bank sebanyak 60% dari bayaran bulanan aku.
Aku ada loan rumah dan loan kereta aku kena bayar setiap bulan. Surat pajak di Ar Rahnu pun ada banyak. Dah tak ada barangan emas lagi dah nak di gadai.
Kerajaan rasa kami yang ada syarikat yang ada capital ratus ribu akan maintain sampai bila. Aku sehabis mungkin cuba bertahan sekarang ini. Untuk teruskan perniagaan dan teruskan menggaji pekerja.
Bila aku dapat tahu ada ura ura boleh buat pengeluaran RM10 ribu dari akaun 1 kwsp. Aku sangat berharap aku dapat keluarkan duit itu. Untuk aku bayar segala komitmen aku. Aku dah tak fikir apa akan jadi di usia aku 55 tahun nanti.
Sekarang aku berusia 33 tahun. Aku perlukan duit untuk hidup. Aku nak keluarkan duit kwsp aku sendiri. Duit titik peluh aku penat bekerja sebelum ini.
Aku tak tahu apa kerajaan sedang fikir kan. Sebab aku tak nampak apa apa bantuan dari kerajaan untuk golongan seperti aku. Aku survive dengan duit aku sendiri setakat ini. Jadi aku harap kerajaan bagi aku keluarkan duit aku sendiri untuk aku teruskan kehidupan aku.
Jika kerajaan meluluskan pengeluaran ini. Aku harap sangat sangat adik adik, abang abang di luar sana guna sebaik mungkin duit itu. Sebab itu duit kerja kamu. Duit simpanan kamu.
Pandai2 lah rancang masa depan anda sebab Pandemic covid 19 tak kan berakhir dalam jangka masa yang pendek mungkin akan ambil masa bertahun tahun untuk pulih dengan norma kehidupan yang baru. Sebab satu dunia sedang melaluinya.
Its hard to say tapi aku tak mampu nak fikir apa akan jadi akan datang. Future plan or business plan pun aku tak boleh nak fikir dalam keadaan sekarang ini. Aku amat tertekan.
Aku setiap hari berdoa supaya Covid ni hilang. Aku berdoa tiada lagi apa2 perintah kawalan pergerakan.
Aku berharap kerajaan dapat meluluskan pengeluaran kwsp akaun 1 juga. Aku tak fikir dah hidup aku masa tua. Aku pun tak tahu berapa lama aku akan hidup. Yang pasti sekarang aku perlukan duit untuk teruskan kehidupan.
Tolong doakan supaya COVID 19 ni akan hilang cepat. Doakan agar pergolakan politik kita yang entah apa apa sekarang ini tak menjejaskan ekonomi kita. Semoga pembentangan belanjawan kali ini berpihak pada semua golongan rakyat.
– Rakyat Marhean (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit