Saya pun pembeli online tegar. Hampir setiap hari online shopping sampai posmen pun kenal (walaupun perniaga tersalah tulis no alamat rumah, hahahaha). Selama ini saya online shop kat lelong, mudah, ebuy, lazada, 11 street dan yg agak terbaru shopee dan carousell. So far, takda masalah. Cuma lazada selalu hantar salah order tapi ok juga la sebab boleh pulangkan balik.
Selama saya online shopping ni (5 tahun) hanya 2 kali kena teruk teruk teruk sesangat dengan peniaga online ni. Pengalaman buruk ni berlaku pada tahun yg sama (2018) cuma selang 2 bulan. Kedua-dua pengalaman buruk ni masa beli online melalui Facebook (FB). Pengalaman pertama semasa membeli lotion 2 botol dengan harga RM115. Selepas saya buat pembayaran pada pagi hari isnin, penjual kata “jap nanti saya bagi tracking number”. Lepas jam 12pm tracking number tak muncul2. Saya wasap penjual untuk mintak tracking number, dia balas “japgi saya bagi”. Pada keesokkan harinya saya wasap lagi. Dia balas dgn ayat yg sama, “japgi saya bagi ye. tq.”
Pada hari Rabu saya wasap lagi bila hantar barang yg saya pesan. Kenapa sampai hari ni masih belum lagi terima. Penjual balas wasap, “maaf puan, japgi saya bagi tracking number.” Saya mula panas dan tanya barang dah hantar ke belum? Dia jawab “Sudah puan, japgi saya bagi tracking number.” Saya wasap lagi tanya dia betul ke dah hantar? Awat minta tracking number sejak isnin sampai rabu tak masih tak dapat-dapat? Wasap dia 1 tick je. Dia tutup handphone kot. Takpa takpa…
Hari Khamis saya SMS dia pula dan tanya lagi bila nak hantar lotion yang saya order. Dia balas SMS saya, “japgi saya bagi tracking number puan.” Saya terus rasa terbakar dan tanya dia ‘japgi’ tu berapa lama? Saya mintak sejak Isnin tapi sampai hari Khamis pun masih japgi. Bila minta payment nak cepat, bila hantar barang macam siput. Dia tak balas. 5 jam kemudian saya wasap lagi dan tanya barang dah pos ke belom? Kalau dah bila boleh bagi tracking number? Dia balas juga tapi cakap benda yg samalah… japgi bagi… Saya balas dan beritahu dia saya nak buat report sebab rasa tertipu. Saya balas wasap saya, dia dah pos Isnin.
Dia kata dah semak dengan Pos Laju, barang dalam perjalanan. Saya terus mintak tracking number sebab saya nak check sendiri dengan kawan saya yang kerja di pos laju. Kalau tak bagi juga hari ni, jumaat buat report kat kpdnkk. Dia bagi blue tick… Pagi Jumaat dia hantar tracking number. Petang saya check tracking, barang baru dipos pagi jumaat. Dia kata isnin dah hantar. Tak jujur betul. Barang sampai hari Sabtu.
Pengalaman kedua masa tempah sticker melalui FB juga. Kat FB dia tulis service printing mereka terpantas di Malaysia. Bebepa hari sebelum Raya Haji saya tempah, email artwork dan buat payment. Lepas buat payment macam biasa saya wasap resit. Penjual kata lepas siap dia wasap tracking number. Saya tunggu dan tunggu hingga 2 minggu barang tak sampai. Saya wasap tanya cik tu sticker saya dah siap ke belum (hari Sabtu 1/9/18) ? Dia kata dah hantar lama dah. Tracking number pun dah diwasap. Hah… Saya tanya bila hantar? Saya tak dapat barang. Tracking number pun tak terima. Dia kata lama dah sebelum Raya Haji. Saya pun mintak tracking number.
Dia kata dia cari dulu. Sejam kemudian dia kata tak jumpa tracking number. Saya tanya macam mana boleh tak jumpa? Takkan la tak simpan resit dan copy consignment pos. Dia kata tak jumpa dan tak simpan. Aik….? Habis tu cuba track balik kat wasap yg dihantar kat saya. 5minit kemudian dia wasap dan kata tak jumpa juga. Saya tanya betul ke dah hantar. Dia kata dah hantar, mungkin salah alamat. Hahduhhhh lagi pening aku dibuatnya. Resit tak simpan, tracking number tak rekod dan simpan macam mana buat bisnes? Pastu kata mungkin salah hantar pula. Saya tanya dah 2 minggu takkan la penerima tak komplen yang sticker salah hantar. Dia kata “ENTAH LAH”. Saya tanya dia betul ke dah cetak?
Kalau belum terus-terang je, kita boleh tunggu. Dia kata confirm dah cetak sebab dia yang pos. Saya ada mintak kawan yang keje kat pos laju tolong check, dia check no poskod alamat saya tapi memang tak ada saya punya. Bila saya tanya dia sapa yang cetak sticker saya sebab saya nak tanya dia, tapi cik tu kata yang cetak sticker saya sudah resign. Aduh… Saya pening dan rasa darah nak naik… Saya taknak panjangkan kes macam kes lotion tu. Saya mintak refund dan bagi dia no bank akaun saya.
Dia kata akan refund tapi kena proses 1 minggu. Risau pula. Pada hari Selasa (4/9/18) sticker saya sampai. Kat consignment note dia tulis tarikh 2 minggu yang lepas (17/8/18). Bila check tracking number, kat status pos laju barang diterima di kaunter pos pada hari Isnin (3/9/18). Penjual online ni kalau barang dia lambat hantar memang pihak courier lah yg dipersalahkan. Takpa, pengajaran buat saya.
– Alza Keta Ku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit