Assalammualaikum dan salam sejahtara kepada semua warga IIUM Confession. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang bekerja di sebuah syarikat tempatan milik sepasang suami isteri berbangsa M.
Sebelum itu, saya juga berbangsa M dan menyangka bahawa lebih mudah dan seronok bekerja dengan bangsa sendiri.
Saya bukan racist dengan bangsa sendiri tetapi saya sendiri menjadi skeptikal dengan syarikat ini, menggunakan slogan m tolong m namun majikan hanya mengambil kesempatan untuk menindas pekerja.
Sepasang suami isteri ini memiliki banyak syarikat, mereka menggunakan nama staff dan nama adik beradik dan berdaftar di SSM. Mereka berbuat demikian adalah supaya mudah untuk menyertai tender yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Mereka menggunakan ayat janji manis dengan sesiapa yang bersetuju untuk memasukkan nama sebagai pengarah syarikat namun janji hanya di mulut bukan ditunaikan.
Malah ketika saya baru sahaja bekerja di salah satu syarikat mereka, saya diminta untuk memasukkan nama saya sebagai penama di syarikat mereka, saya telah dijanjikan bayaran elaun setiap bulan.
Tetarik dengan janji mereka, saya pun bersetuju untuk memasukkan nama saya.
Bulan pertama dan kedua, saya mendapat elaun yang dijanjikan namun bulan ketiga, majikan saya berubah fikiran untuk menarik elaun dengan mengatakan bahawa sudah mencukupi dengan gaji yang diberikan.
Saya berasa tertipu namun hanya berdiamkan diri. Disebabkan nama di dalam SSM, saya tidak layak untuk memohon bantuan kerajaan sedangkan saya adalah B40. Dengan gaji basic 1600 dan komitmen bulanan, saya tidak mampu untuk membuat simpanan.
Selain itu, bekerja di syarikat M tiada istilah OT, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk siapkan kerja di pejabat namun tiada claim OT. Saya bekerja pada pukul 7 am hingga 4 pm namun kadangkala terpaksa bekerja lebih masa disebabkan kerja yang banyak.
Bukan itu sahaja, jika terdapat tender yang dibuka, kami perlu bersengkang mata semalaman hanya untuk menyiapkan tender.
Saya tak kisah jika tidak dibenarkan claim OT tetapi sekurangnya hargai pengorbanan staff dengan mengucapkan terima kasih. Tetapi bukan ucapan terima kasih namun makian yang diterima jika tidak berjaya mendapatkan tender tersebut.
Berkaitan pengambilan cuti pula amat sukar, perlu inform kepada majikan terlebih dahulu sebab untuk bercuti, itu tidak menjadi masalah tetapi yang sukarnya adalah majikan terlebih mengambil tahu kenapa staff ambil cuti.
Sebagai contoh, saya mengambil cuti untuk pulang ke kampung, saya jarang mengambil cuti malah mc pun hanya 2-3 kali setahun.
Saya berasal dari utara dan bekerja di Selangor. Saya ingin pulang untuk melihat keadaan ibu dan ayah. Namun majikan akan bertanya pelbagai soalan sebelum luluskan cuti.
Dia mempertikaikan kenapa ingin pulang ke kampung sedangkan ibu dan ayah masih sihat. Tak mungkin saya tunggu ibu ayah sakit baru pulang ke kampung.
Saya berasa geram dan ralat kerana tidak dapat bercuti sedangkan saya layak untuk mengambil cuti selama 8 hari setahun. Disebabkan sukar untuk bercuti, cuti tahun akan berbaki dengan banyak.
Pada awalnya majikan benarkan untuk membawa baki cuti ke tahun hadapan namun seperti biasa mereka akan berubah fikiran dan tidak benarkan baki cuti dibawa ke tahun seterusnya.
Baki cuti juga tidak dibayar dan majikan akan salahkan staff kenapa tidak menggunakan cuti sehingga habis. Itu alasan yang diberikan apabila staff protes dengan keputusan majikan.
Pengurangan kos dan penggunaan man power. Sebagai majikan semestinya akan kurangkan kos dan lebihkan keuntungan,
Namun syarikat saya terlampau kurangkan kos sehinga seorang staff perlu membuat 2 sehingga 3 kerja sekaligus sedangkan pekerjaan itu adalah untuk 2 orang.
Majikan menggunakan alasan wabak covid untuk mengurangkan staff sedangkan syarikat kami ini adalah dibawah kontrak kerajaan. Setiap bulan payment akan masuk seperti biasa.
Sebelum ini saya bekerja di pejabat sebagai admin tetapi setelah penyelia di site berhenti, majikan tidak mahu mengambil penyelia baru untuk kurangkan kos jadi mereka meminta saya untuk menjadi penyelia di site.
Saya membuat 2 kerja sekaligus. Pagi saya akan turun di site untuk memantau pekerja kontrak, petang saya akan kembali ke pejabat untuk siapkan kerja saya. Bukan itu sahaja saya perlu mengangkat barang yang berat untuk supply di site.
Sebelum ini penyelia di site kesemuannya lelaki tetapi majikan memberikan alasan lelaki malas bekerja dan meminta saya untuk turun ke site. Kesan sampingan, tulang belakang saya sakit dan saya sukar untuk tidur malam kerana terlampau letih.
Makian dan jeritan sudah menjadi makanan di syarikat saya. Bukan hanya saya namun staff lain juga sudah tidak tahan dengan majikan.
Sudah ramai yang berhenti namun yang masih bertahan kerana memikirkan komitmen masing- masing. Saya stress dan selalu berasa takut untuk pergi bekerja.
Bukan sahaja perlu menghadapi tekanan dari majikan, saya juga perlu berhadapan dengan complain dari pelanggan di site, pekerja kontrak, rakan sekerja yang tidak membantu dan pihak ketiga yang masuk campur dengan kerja saya.
Pihak ketiga yang saya maksudkan adalah kroni majikan. Dia tidak bekerja di syarikat yang sama namun sering datang ke syarikat kami dan memantau cara kami bekerja.
Dia sering selongkar file yang terdapat di PC. Dia akan membuat cerita kepada majikan bahawa kami banyak membuat kesalahan dan cara bekerja kami salah. Hasilnya kami akan dimaki dan diugut untuk dibuang kerja.
Jika majikan tidak suka ataupun benci pada staff disebabkan ada kesalahan yang dilakukannya, majikan akan melakukan apa sahaja supaya staff itu berhenti. Sebagai contoh, memindahkan staff tersebut ke cawangan yang sangat jauh seperti cawangan di negeri lain.
Disebabkan itu, staff yang tidak mahu berpindah, perlu hantar notis berhenti dengan sendiri.
Majikan tidak akan memecat staff kerana perlu membayar pampasan atau takut jika staff membawa perkara ini ke JTK. Mereka akan menggunakan cara halus untuk membuatkan staff berhenti.
Setakat ini sahaja saya meluahkan tentang penindasan yang berlaku di syarikat saya.
Sebelum ini saya bekerja di syarikat berbangsa C namun majikan C lebih menghargai pekerja berbanding majikan M. Saya akui ada kelemahan juga majikan C tetapi sekurangnya mereka mampu menilai kualiti kerja saya.
– Cik Yat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit