Salam semua. Nama saya Pink. Saya nak tanya pendapat semua berkenaan tak tau hala tuju perkahwinan bersama suami.
Saya late 20s, husband late 40s. Saya kerja gomen, husband freelance. Usia perkahwinan kami dah nak masuk 5 tahun dan kami tiada anak lagi.
Dulu semuanya okay, pernah la bergaduh besar few times masa awal perkahwinan & eventually both move on dan tenang-tenang sahaja sekarang.
Tapi saya terfikir, adakah kami suami isteri terlampau tenang sekarang? Atau saya tak memahami suami. Tapi macam mana nak memahami suami kalau suami sendiri tak mahu bercakap panjang dengan saya?
Masalah saya adalah:
Nombor 1: Suami terlampau diam atau silent treatment?
Dulu, kalau saya balik kerja, suami akan melayan saya bercerita, walaupun saya tau masuk telinga kanan keluar telinga kiri dia. Tapi dia akan pandang saya dan dengar saya bercerita n bercerita dengan saya.
Sekarang ni dah 2 bulan, bila saya balik, suami saya pandang saya nak tak nak, dia busy tengok komputer/ main game/ bercucuk tanam g*.
Kalau saya bercerita pun dia angguk je la, pastu hisap g* kuat-kuat sampai saya tak larat bau dan eventually saya keluar je la bilik.
Kat rumah, kami buat hal masing-masing. Malam saya tengok netflix, main tiktok n rest. Dia duduk dalam bilik, buat la apa dia nak, main game, buat live pasal business atau bercucuk tanam dia tu.
Dan dia semakin kerap keluar petang dan malam. Macam saya balik kerja petang, dia akan keluar pergi bersukan, buat kerja freelance dia, keluar dengan kawan-kawan sukan dia. Pagi buta baru balik.
Saya fahamla mungkin dia bosan work from home dan keluar lepas office hour sebab nak berborak dengan kawan2 dia yang bersukan lepas kerja. Tapi kerap sangat. Kadang2 sampai seminggu, satu hari je saya nampak dia malam malam kat rumah.
Benda ni start jadi bila business partner dia dah tak dapat bagi dia salary dan dia terpaksa buat beberapa kerja untuk sustain income dia. Saya rasa dia stress sebab takda stable income, dan dia jadi menyendiri.
Tapi dia pun tak nak cerita dengan saya, mungkin sebab dia tak nak saya stress. Tapi saya pulak jadi stress kalau dia tak nak bercakap dengan saya, diam jeeee.
Nombor 2: Masalah bersama.
Husband saya ni dulu masa ada sustainable income kerap juga la dia nak. Every week saya bagi 2 kali minimum.
Sekarang ni dah 2 bulan dia tak mintak. Ye la macam mana nak bagi kalau balik 2 3 pagi saya dah tidur sebab saya ni esok kerja.
Pastu kadang2 yang buat saya sakit hati tu kalau saya tanya you tak nak ke? Dia akan cakap malas dah nak mintak sebab selalu tak dapat. Lepas tu you period. Sama je.
Saya rasa macam eh kenapa you nak put blame on me pulak? Kalau you mintak, i cuba la bagi. Dari you tak mintak, lagi la tak dapat apa2.
Perempuan ni boleh hidup tanpa hubungan batin. Yang merisaukan lelaki la. Bagi je la tau kalau nak. Nanti lama tak dapat, cakap pulak nafkah batin tak cukup.
Nombor 3: Masalah anak.
Saya dah hampir 5 tahun kahwin takda anak lagi. Saya dah pergi check, buat HSG, scan tvs, test lsh, fsh, makan ubat semua, cucuk telur semua lah. Saya ni lulus dengan cemerlang, takda masalah. Period pun on time.
And guess what, bukan nak malukan n buka aib. My husband ada teratoozoospermia. Itu tak kisahla, sebab boleh treat, dengan penukaran lifestyle n makan ubat.
Yang buat saya sedih sangat is, in this TTC phase, saya tengok saya je yang beriya. Saya yang setiap minggu risau, saya yang asik cakap jaga la makan, kurangkan la vape rokok semua ni. Makan makanan sihat.
Dulu doc pun pernah bagi profortil. Makan pun sekejap makan sekejap tak makan. Tak on time pula tu. Suka makan jajan, makanan bergoreng.
Setiap minit asik nak hisap g* g* g*. Sampai pintu rumah pun kadang2 bau g*. Masalah tidur jangan cakapla, malam tak tidur, siang tidur sampai petang.
Kalau saya cuba buka topik ni, dia asyik cakap rezeki dari tuhan, kenapa nak stress, kawan2 dia ada je berbelas tahun takda anak. Chill kepala hotak dia. Dia ingat saya ni sama dengan kawan2 dia ke.
Ada dia cakap banyak je kawan2 dia smoke, gemuk elok je anak berderet. Eh hello tu rezeki dorang masih subur walaupun smoke n gemuk. Awal tu dah scientifically proven yang sperm awak tak sihat tapi kenapa takda effort nak buat something?
Lepastu yang buat saya bengang dia cakap macam mana nak lekat, buat pun tak selalu. Benda ni kawan i cakap kena buat selalu. Kepala hotak dia..
Ya Allah nak buat benda tu bagi lekat adalah masa subur saya! Dia tu waktu subur saya bukannya ada kat rumah. Pastu kalau ada pun dia bukannya nak pun. Duduk busy arrange kerja dia la, keluar dengan kawan la.
Alah kalau dulu selalu buat bukan jadi pun lah. Now we know why tak jadi kan?
Saya ni adalah sentap dengan parents in law yang kata saya ni asik oustation je macam mana dorang nak dapat cucu. Saya ni sabar je la kalau ikut hati nak je saya cakap halo anak kesayangan korang ni yang taaaaaaak eeeeeee geram rasa.
Saya ni setiap minggu nangis dalam solat, dalam diam, dalam kereta doa kepada tuhan ya Allah kenapalah saya ni tak dapat zuriat lagi. Orang sekeliling saya sampai semua dah kawin dah 2 3 anak. Saya ni gugur pun tak pernah. Yang ttc faham la perasaan saya.
Sekarang punya tahap lagi teruk, saya dah tak boleh tengok baby n toddlers lama2. Kalau lama saya tengok, mata saya akan mula nak nangis sebab saya akan mula berimagine kalau lah saya ada anak mesti saya bahagia.
Dia boleh la tak hadap masalah makcik2 bawang. Saya ni punya la banyak kali mengelak balik kampung dua2 belah sebab saya tak larat nak hadap pertanyaan makcik bawang. Boleh jadi gila.
Nombor 4: Masalah kerja suami.
Saya ni sepanjang 5 tahun asik susah hati dengan kerja suami. Before kahwin saya dah tau dah dia ni freelance tapi saya nampak dia ni macam mashuk je. Duit hantaran saya pun agak tinggi n dia boleh dapatkan jugak. So saya rasa macam okay la boleh sustain life lepas kahwin.
Bila dah kawin, saya tengok dia ni asik ada kat rumah je. Buat bisnes online kecik2, cod barang sana sini. Dia ada la duit tapi jual kasut la baju la semua benda la yang boleh buat duit, dia buat.
Tapi saya ni memang tak pernah gemar dengan takda kerja tetap ni. Sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang semua ada kerja tetap. Saya ingat 5 tahun ni dia boleh la dapat kerja tetap. Non hadolah sebab vision dia tak nak kerja tetap. Dia tetapla buat business itu ini.
5 tahun duk business ni takda nampak makin kaya pun. 5 tahun ni saya rasa dah cukup lama dah untuk hidup selesa sikit. Dia ni pun sepanjang hari duduk kat rumah. Malam berjaga sampai pagi. Siang tido. Saya tengok saya tak tau lah kenapa saya yang stress.
Ni bila business partner dia da tak boleh bagi gaji lagi la saya stress risau macam mana kalau dia takda duit.
Dulu awal2 kahwin saya begaduh teruk jugak sebab semua benda kat rumah kena bayar 50-50. Pendapat saya benda basic utlities n dapur tu tanggungjawab dia, dia kena la bayar.
Pastu bila saya dah gaduh lari rumah semua, ugut cerai baru la okay sampai sekarang semua utilities n barang dapur dia bayar. So takda isu da la sekarang mengenai utilities.
Tapi saya stress betul la dengan pekerjaan yang tak tetap ni. Saya fikir kalau saya pencen nanti, saya kena tanggung dia guna duit pencen saya ke?
Nombor 5: Saya ada skandal?
Saya dapat rasakan yang dia ada syak wasangka dekat saya. Saya ni boleh kata sikit cute n hot. Sikiiit je la. Yang kerja gomen tau la skandal kat gomen tu memang bersepah baik laki orang bini orang ke, janda dengan laki orang ke macam2 la.
Dulu masa saya gaduh first tu dia ngadu kat parents saya yang saya ada skandal. Bapak saya minta bukti, dia tak de bukti pulak, last2 itu bayang perasaan dia aje. Sebabnya masa saya masuk kerja tu, saya banyak mesej ws sampai ke malam. Padahal sebab unit tempat kerja saya tu kerja critical.
Awal2 masuk saya tak tau nak manage macam mana. Sekarang baru okay. Sekarang pula kalau dia dengar bunyi noti ws saya dia sibuk tanya sapa tu sapa tu.
Before 2 bulan ni tak pernah plak amik port. Sekarang siap tengok screen phone saya nak make sure betul ke orang yang saya cakap dia mesej saya tu. Ish pening wey.
Honestly perasaan saya dekat dia ni on-off la. Kalau dia baik dengan saya, saya happy la, sayang dekat dia.. kalau dia silent treatment ni, dok hari2 meratib bila la dia nak ceraikan saya. Lahhhhhh..
So….
Saya ni sebenarnya tak berapa gemar la situasi macam ni. Tapi saya penat nak cakap sebab nanti bergaduh.
Saya dah penat dah bergaduh besar dulu saya dah takda tenaga nak bergaduh lagi. Sebab tu kalau saya tak puas hati ke apa, saya malas nak cakap sebab saya tak suka gaduh. Sebab dah tak larat dah nak gaduh gaduh.
Saya terfikir, boleh ke saya minta cerai terus. Then kalau nak proses cerai tu, saya kena mohon cerai pasal apa?
Saya ni takut nak cakap kalau nak cerai sebab suami saya ni hisap g* sebab saya ni orang gomen. Saya ni nanti kena tatatertib ke sebab ada g* kat rumah saya? Ya Allah saya takut sangat.
Sebab saya sebenarnya penat dah nak hidup macam ni. Setiap hari nak melayan perangai budak budak. Saya bukan tunggul dia nak bagi silent treatment.
Saya ni punya tahap sekarang tak sabar nak pergi pejabat setiap hari sebab pergi kerja lagi seronok dari duduk rumah.
Oklah.. saya tau saya akan kena kecam. Tapi sambil kecam tu boleh ke nasihat saya sikit pasal cerai atau macam mana nak overcome masalah ni? 5 tahun ni tarikh perkahwinan yang singkat ke lama? Boleh ke buat tahajud untuk perkara macam ni?
Saya nak luahkan sebab takda sapa saya boleh cerita..Terima kasih sudi baca…
– Pink (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kaki ganja memang akan gugat kesuburan lelaki, benih tk normal, ni, ganja (THC) ni adalah dadah dlm Malaysia, salah besar, klu kena serbu, mesti la awak pun kena sekali sbb awak memang dh tau kan yg suami awak ada tanam ganja kt umah, mungkin dia pun pengedar dimana awak tk sedar pun, susah gak masalah ni, kena ada campurtangan mak bapak
knapa ye awak mcm okey je dia tanam ganja, hisap ganja?
Kan.. macam benda biasa pula bagi dia. jenayah besar ni bersubahat
Masalah besar ni. penagih. bahaya masa depan awak. jenayah ni. malas kerja. takda satu pun tengok yang positif suami awak tu dari apa yang saya baca ni.
Salam miss…sy tak nak bercakap hal ganja..!!!
Ok…kat sini cuma nak bg crt kisah dan teladan…aku nikah tahun 1999..jadi until now boleh kira sendiri…puluhan tahun..Dr mula nikah smpe la ni Allah tak bagi kami zuriat…still honeymoon…petua..? Cuma satu REDHO ..dan hikmah nya berbaloi…so..nasihat sy belajo Sabo..jgn jemu doa dan bgn thjud nangis (betoi²)minta kat Dia..walau hanya 2rkat…routine kan….!!!tu je..Dia akan bagi..InsyaAllah…hingga waktu ini my wife adalah anugerah yg ter…terpaling baik Dia anugerahkan UTK sy hamba yg hina dan lemah …ok salam’alaikom
sis, awak tak takut ke kalau polis serbu rumah. bukan suami je kene angkut dgn sis sekali ke dalam nanti. nama pun hisap ganja sis, gitu la lifestyle nyaa. buang masa je sis nak stress. takpelah, semoga urusan sis dipermudahkan ya