Seperti yang tertera pada tajuk, aku sememangnya pening kepala. Kalau anti-v4ksin memang wajib memeningkan kepala. Panadol acti-fast pun tak mampu hilangkan sakit kepala ini.
Nak aku kisahkan tentang seorang anti-v4ksin yang merupakan abang saudara aku. Dorang sekeluarga tipikal geng teori konspirasi, pro-choice dan of course anti-v4ksin.
Tak kisah lah tak nak ambil v4ksin tapi janganlah sebar berita palsu dan menakut-nakutkan orang lain yang dah ambik v4ksin.
Dia kata, sesiapa yang dah ambik v4ksin, orang itu akan bakal menjadi zombi pada perang akhir zaman nanti.
Mujur saudara mara yang lain tak termakan hasutan abang sedara aku tu. Cuma yelah, aku nak kaborkan masalah yang betul-betul buat kan aku pening kepala yang teramat sangat.
Abang saudara aku merupakan jiran aku. Dorang sekeluarga duduk sebelah menyebelah je dengan rumah aku. Zikir tak lekang di bibir.
Sesetengah anak-anak dia merupakan lepasan sekolah tahfiz, madrasah, institusi dakwah. Jadi, faham-faham lah alim dorang ni jenis yang macam mana.
Eh lupa nak bagitau. Abang saudara aku tu juga tak bekerja dan mempunyai jawatan tertinggi dalam persatuan perubatan Islam sehingga melayakkan dirinya mendapat gelaran Ayah.
Baru-baru ni, abang saudara aku tu sibuk khabar kan kepada mak aku bahawa akan terjadinya perang pada bulan 9 tanggal 18 bulan hadapan.
Dia dapat tahu pun dari Telegram. Aku tidak pasti sama ada group atau channel. Yang pastinya dorang senang betul percaya bulat-bulat dengan maklumat yang disampaikan di Telegram itu.
Dorang cerita lagi, nanti bila dah menjelang perang bulan 9, dorang akan menaiki kapal ke B***e* dan menuju ke utara untuk mencari Imam Mahdi. Segala persiapan dorang dah buat.
Parang dan kapak sudah disimpan ke dalam beg besar gedabak. Beras dah di packing. Dan segala mak nenek keperluan untuk perang nanti.
Dorang pun mempunyai 3 jenis peta menjadi panduan mereka untuk ke B***e* dan menjejak Imam Mahdi. Peta dunia, peta Malaysia dan peta B***e*.
Ini bukan kali pertama abang saudara aku macam ni. Tahun lalu, dia kata akan berlaku Dhukhon. Maksudnya akan berlaku perang dan kiamat pada bulan puasa tahun lalu. Tapi tak kunjung tiba Dhukhon.
Aku tak lupa lagi dorang huru-hara membeli beras, minyak gasolin bergelen-gelen banyaknya. Sehingga menjadi barang lambakan di rumah dorang.
Aku tak tahu apa yang terjadi dengan abang sedara aku tu sebenarnya. Kadang kadang aku kesian jugak. Tapi pada masa yang sama, aku nak ketawa dalam kesian.
Takpe lah, aku kena tunggu sampai 18 bulan 9 ni adakah benar ramalan itu atau sekadar teori konspirasi.
Dengar macam jalan cerita tipikal filem aksi, tapi ini yang benar-benar aku tengah hadapi sekarang ini.
– Pina Colada (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit