Pening Kepala Tak Sembuh Sembuh

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Nama aku Jay, berusia dalam 30-an. Di sini aku nak minta pendapat dari orang-orang yang mungkin pernah mengalami sakit macam aku ni.

Ceritanya macam ni. Tahun lepas aku mengalami sakit kepala, pening dan keletihan yang teruk selepas beberapa bulan aku kematian isteri.

Pening ni berlarutan lama dalam sebulan. Pergi klinik bagi ubat gastrik la, ubat pening la, semua tak jalan. Kadang ok sekejap je lepastu jadi balik.

Then aku pergi hospital buat medical check up, from blood test, MRI dan CT scan kepala. Lepastu jumpa pakar ENT check for vertigo but result all ok. Bacaan BP, pulse, glucose, kolestrol semua ok, tiada yang abnormal.

Kemudian sambung ke X-ray paru-paru dan check jantung. Ambil darah untuk cek enzim dalam jantung, echo, stress test dan holter but result all normal. Aku punya simptom tak boleh jalan jauh sikit, nanti jadi letih, mengah, pening.

So lepas discas hospital aku pergi rawatan Islam Darul Syifa. Ustaz tu cakap kalau ada mana-mana barang arwah isteri yang masih simpan boleh buang.

So aku pun sedekah la semua baju-baju arwah dan barang-barang arwah. Lepastu pergi urut rawatan saraf dua kali.

Then pergi rawatan Islam lain pula 2,3 kali. Katanya ada saka la. Haha. Tapi pening ni still ada, cumanya simptom dah berkurang tapi belum sembuh sepenuhnya.

Lepastu aku ikhtiar jumpa pakar psikiatri dan doc diagnose aku ada anxiety dan depression. Makan ubat tapi pening aku ni belum juga hilang. Dia macam on off, on off.

Masa tu aku tinggal di Selangor. So dalam awal tahun ni aku pindah duduk kampung dekat Terengganu. Bila duk kampung ni simptom tu makin berkurang dan berkurang. So aku consider aku dah sembuh la.

But lately start 3 bulan lepas pening aku ni datang balik sama macam yang aku alami tahun lepas.

So pergi hospital buat medical check up as usual but result semua ok, normal. Just anxiety dan bloated. Start from there aku suspect mungkin perut aku bermasalah dan ada leaky gut.

Aku pun start dengan berpantang makan dan amalkan supplement yang mahal-mahal untuk perut, almost 3 bulan dah ni tapi pening dan letih ni still tak hilang-hilang.

So bila jadi macam ni, apa kerja pun tak boleh buat. Aku ikut semua saranan yang orang cakap, makan magnesium untuk tidur lena, pagi-pagi jalan atas rumput ambil cahaya matahari.

Aku pun dah cuba pergi homeopathy, hospital, rawatan Darul Syifa. Atau ada siapa-siapa nak recommend rawatan apa lagi yang patut aku cuba? Atau ustaz yang pandai berubat? Aku pun dah buntu.

Last-last aku suspek mungkin sakit kesan dari V dulu atau dari pandangan ain manusia.

Hope ada yang sudi bantu. Terima kasih.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *