Pening Nak Faham Isteri

Salam semua.. Aku Fauzan (bukan nama sebenar). Dah 4 tahun kahwin dengan dia.. Tapi masih tak boleh jadi macam dia nak. Mungkin 100 tahun pun aku tetap gagal jadi macam dia nak. 

Aku ni membesar tak de mak bapak. Uncle aku ja guardian aku. 

Kami kahwin family arrange. Uncle aku dengan ayah dia good friend sejak army.

Bini aku Fuschia (bukan nama sebenar) kerja lecturer. Cantik sangat2. Berpelajaran paling tinggi. 

Mungkin sebelum2 ni ramai ja pakwe dia.. Tapi aku tak macam tu.. Aku sangat pendiam dan tak de experience langsung dengan perempuan. 

Aku ada mini mart. Aku uruskan kedai aku ja dan ada la pekerja bangla sorang dua.

Masa uncle aku suruh aku kahwin, aku selalu rasa perempuan tak akan suka aku. Sebab aku tak romantic, tak pandai berkomunikasi.

So aku berterus terang dengan uncle yang aku tak nak kahwin buat masa sekarang. Rasa tak sedia. 

Tambah2 dengan ciri2 perempuan macam dia. Lagi aku rasa tak ngam. Aku kalau boleh nak isteri yang sederhana ja. Yang tak kerja pun tak pe. 

Walaupun aku ada ja rupa. Tapi aku jenis tak melayan perempuan. So aku pun susah nak jumpa calon. 

Hidup aku simple. Pagi pergi kedai, pukul 5 petang aku balik. Dah lepas kahwin ni.. Pekerja aku handle sampai malam. 

Kat rumah aku akan tengok tv, makan, dan tidur dalam pukul 10 – 10.30 malam. Aku tak biasa tido lewat. 

Aku tak de kawan2, tak de sapa2. Aku cakap dengan customer terima kasih.. Tu ja.. Bukan jenis bersembang macam yang dia fikir tu. 

Sama jugak dengan pekerja aku, aku cakap bila perlu ja.. Sebab dari kecik aku dah biasa bersendirian. Tak de keluarga, tak de kawan dan sangat kurang bercakap. 

So aku tak tahu macam nak bergaul dengan perempuan. Sebab dari kecik smpai besar, aku boarding international boy school. 

Tapi uncle pujuk, katanya aku dah sesuai untuk kahwin. Lagipun uncle kata Fuschia berkenan sangat dengan aku. 

Uncle dah cari yang sederhana macam aku nak, tapi tak dapat. Uncle kata mungkin ni jodoh aku. Lagipun semua orang kata kami secocok. 

Aku tanya uncle, dah bagitau ke aku jenis pendiam, tak suka cakap. Semua keburukan aku la. Termasuk aku smoke. 

Sebab dia bukan kenal aku.. Entah dia bayangkan aku jenis macam mana. Mungkin dia tertarik dengan rupa aku ja. 

Uncle kata dah cakap. Dia ok ja. Lagipun family dia sangat suka dengan aku.. So dalam masa sekejap ja kami kahwin. 

Tak de sesi kenal2 pun la… Awal2 tak de masalah sangat. Nampak macam dia faham aku. 

Tapi lepas sebulan dua dia ada tegur, kenapa aku pergi kedai pun pakai smart2. 

Ye la, aku dari 6 tahun dah boarding school, dah terbiasa dengan disiplin. 

So aku dah biasa pakai kemeja tuck in sekali belt. Ini dress code aku. 

Kat rumah pun aku pakai t-shirt dengan slack. Aku tak biasa kain2 pelikat ni semua. 

Sebab tu dia belikan kain pelikat pun aku tak pakai. Sebab aku tak reti pakai. 

Dia fikir seksi kat mata dia ja, tapi keselesaan aku dia tak fikir. Bagi dia, aku tak hargai pemberian dia. 

So aku bagitau dia aku dah biasa macam ni. Aku cuba, tapi aku tak mampu. 

Dia kata tak pe la. Dia bukan apa, dia rasa insecure. Sebab perempuan2 sekarang suka target suami orang. Tambah2 yang ada perniagaan sendiri macam aku. 

Dia kata kalau abang smart2 macam ni, saya risau orang tackle abang. Ye la, customer hari2 datang kedai sembang2. Saya ni bukan perhati 24 jam. 

Aku kata customer aku ramai foreigner. Tak pernah pulak bersembang2. Ambik barang, bayar balik. Dia kata ok la macam tu. 

Cuma dia cakap dengan nada warning, abang jangan hancurkan kepercayaan saya.

Aku blur jugak la. Kepercayaan apa, tapi aku diamkan ja la. 

Selalu lepas makan malam, dia akan duduk sebelah tengok tv sama2. Ada la dia nak manja2 tapi aku tak tahu nak respon macam mana. So aku diam ja la.. 

Bila lama2, aku fikir dia mungkin nak benda tu, so kami end up buat tu. 

Bagi aku, tu dah perhatian la aku bagi.. Tapi bagi dia tak.. Dia kata dia nak bermanja, bukan dia nak benda tu. 

Dia kata ingat dia gila seks ke.. Dia kata aku yang suka bawak benda tu pada seks. 

Aku tanya habis nak saya buat apa. Dah lentok2 kat dada aku.. Usap2 paha aku.. 

Dah perbuatan dia menghala ke situ. Aku fikir dia nak benda tu la. 

Dia kata aku tak mampu beza ke, kalau dia nak benda tu macam mana, kalau nak bermanja tu macam mana.. 

Tapi bagi aku sama ja sentuhan dia.. Mana ada beza. Aku tak jumpa beza kat mana. Tapi dia kata ada beza. 

Dia kata, tapi dah nama laki, semua benda fikir ke situ ja.. Dia marah aku pulak. 

Dia nak aku tanya, how was your day. Kelas ok tak, kerja ok tak.. Tu cara dia nak bermanja. Nak mulakan berbual. Bukan dia nak benda tu. 

Ya Allah, dah berjuta kali aku kata aku tak reti nak sembang2. Paksa macam mana pun aku rasa susah.. 

Nak jadi fake pun aku tak mampu.. Aku kata jangan nak ubah aku.. Aku terima dia, so dia pun kena la terima aku. 

Dia kata ok la kalau aku tak mampu buka mulut takut emas jatuh. Sebab dia pun ada ja tanya, kedai macam mana. Customer ramai tak. Dia nak mulakan berbual. 

Tapi aku kan pendiam. Tak reti cakap banyak, apa pun dia tanya, aku akan jawab sepatah “Ok”.. Kadang2 angguk atau hmm. 

So dia rasa aku malas nak cakap dengan dia. Dia tak boleh la harap aku pun akan tanya benda yang sama.. Dah aku rasa kekok. So aku tak mampu bagi respon yang dia harapkan. 

So dia mintak aku peluk dia ja setiap kali dia dok lentok2 kat aku tu. Dia kata dia nak rest dalam pelukan aku walaupun aku tak mau bersembang. 

Dia kata dia pun berhadapan banyak stress, dia perlukan suami dia untuk tenangkan dia. Bagi dia rasa comfort. 

Aku kata ok. Tapi pada hari kejadian, aku tak mampu nak buat. Sebab aku jenis suka tengok sport kat tv.. So focus aku pada tv ja. 

Aku tak boleh buat 2 benda dalam 1 masa. Iaitu nak tengok tv sambil dengar dia bebel. 

Kadang benda dekat shopee pun nak tunjuk suruh aku tengok. Aku nak tengok tv ke aku nak tengok shopee. 

Kadang2 dia sakit hati kot, dia ambik sendiri tangan aku letak kat pinggang dia. Tapi aku pegang kejap, aku tarik balik. Sebab aku tak selesa nak lama2 macam tu. 

Kadang dia akan baring kat riba aku. Sebagai lelaki normal, aku sensitive kat situ. Kalau pembaca lelaki mesti faham apa maksud aku kan. 

Kalau baring sekejap tak pe.. Ni sampai berjam2. Lepas tu kepala dia bukan duduk diam ja.. Alih2 dia salahkan aku sebab aku bawak benda tu pada seks. 

Kenapa dia tak salahkan diri dia yang mulakan semua tu.. Oh lupa, dia cuma nak bermanja.. Biasa la, lelaki mana pernah betul. 

Aku fikir la dalam hati, amannya hidup single. Lepas kahwin, rasa macam banyak kebebasan dan ketenangan aku hilang. 

Aku cuba nak jadi macam dia nak, tapi aku tak mampu. 

Dia kata dia tak de masalah pun nak bersama aku setiap masa. 

Tapi dia nak benda tu bermula dengan conversation, bukan dengan sentuhan terus.. Berat betul permintaan dia.. 

Korang komen2 dulu la. Aku ada customer pulak.. Nanti aku sambung apa lagi kesalahan2 aku.. 

– Fauzan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Bagi saya tu benda basic dalam perkahwinan. Lagipun isteri masih menghormati dan tak minta bukan2. Aku doakan bini kau jumpa lelaki lagi tepat dan kau pun dapat kebebasan yg kau nak

  2. Mari doctor Cinta tolong bagi kata dua.

    Ada isteri tak hargai! Dah isteri nak manja itu pun susah? Macam belai kucing macam tu belai isteri. Apa susahnya? Bini kau mata duitan pisau cukur kikis sampai kau tinggal seluar dalam kah? Bini kau ada jantan lain kah?

    Bengap fikir diri sendiri! Kau tu SUAMI bukan bujang. Sedar diri. Isteri nak kau saling memahami dan kenal dia. Kau asyik tibai nak hubungan kelamin.

    Isteri nak belaian kasih sayang bukan dilayan macam pelacur! Kau datang untuk hubungan kelamin ja. Itu pelacur bodoh! Isteri layanan biar kau layak digelar suami mithali.

    Kau sebagai suami pun gagal faham kehendak mudah isteri ada hati nak tuduh isteri rasa dirinya sentiasa betul.

    Kau yang harus kemudi keluarga. Ketua keluarga WAJIB BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK! Baru boleh bimbing keluarga.

    Senang pun nak merungut pasal terima seadanya. Kau kenal kah isteri kau?

    Apa kegemaran isteri kau?
    Apa hobi?
    Apa lagi muzik kesukaan?
    Apa isteri kau suka tak suka?
    Confirmed 100000% kau TAK PEDULIK TAK TAHU.. KAU GAGAL!

    Tulis karangan luah confession pandai. Jadi suami bodoh. Komunikasi adalah kunci perhubungan. KALAU SEMUA NAK ACAH TERPALING TERIMA SEADANYA SILA MEREPUT SAMPAI TUA SEORANG.

    Isteri tanggungjawab bukan senang lenang.

  3. Kesiannya awak suami kna berkomunikasi..bkn bisu..belajar berbual dgn isteri..dia bkn objek dia mnusia yg ada perasaan ingin bermnja..jgn nnti isteri berubah hati..mnyesal tak sdh..BELAJAR jdi suami yg prihatin bkn kaku..

    • Slm confessor.

      Pertama dan terutamanya I salahkan pakcik you. Sbb apa, you memang jelas2 tak bersedia dan berminat utk berumahtangga. Ya, you sendiri tahu diri you tapi pakcik you tak hormat pendapat you. Dan yg lebih memeningkan kepala, you tak tegas!

      Kalau you tegas soal hal perjodohan aturan ni, mesti you tak menyakiti sesiapa especially isteri you sendiri.

      Apapun, benda (kahwin) dah berlaku dan you kena redha dan ikhlas. Belajarlah tanggungjawab suami. You tak boleh nak closed dengan isteri you sendiri. Like you said, you sebatang kara yg menumpang kasih pakcik you. Now, you see the bright side, you dah ada keluarga baru which is your partner for life. Tak tahu, kena belajar sbb akad yg you ucap atas nama wife tu sgt penting dan bermakna di sisi Agama dan Allah SWT.

      Kalau you teruskanlah sikap jahil you, bermakna you sia-siakan wife you. Dari you lakukan perkara tu, lebih baik you terus-terang dan berbincang dari hati ke hati ttg masa depan perkahwinan you. Jgn seksa perasaan dan jiwa wife you. 4 tahun tu boleh tahan lama utk sebuah perkahwinan aturan. Belajar terima dan kasihkan wife you. You boleh cipta dan bentuk keluarga bahagia dgn wife you kalau you take pride and responsibilities to do it well.

      P/s: Bear in mind, you are the husband not the anak yatim anymore. Grow up and appreciate the opportunity given!!!

  4. Assalammualaikum… Pertamanya awak kena terima hakikat awak dah bernikah dgn satu lagi manusia bergelar isteri.. awak kena byk dgr ceramah motivasi spt Syamsul Debat ke..UAI ke…utk diri awak. Awak tak boleh lah tegak diri awak sbg “inilah aku” je..kena la terima hakikat awak dah berdua.. jgn asyik ulang “aku kan mmg mcm ni” itu ayat tak maju tu..stagnant tak bertempat. Patut dari awal awak bertegas tolak jodoh dari Pak Cik awak, sebab awak tetap nak jadi awak je… Tak patut terima pernikahan ni. Tak mau serabut dgn ada manusia lain dlm hidup awk.

    Isteri ni nak manja²… Berbual, ngada², peluk cium dgn siapa? Dgn suami la kan…? Kalau ngada² dgn lelaki lain kang..baru naya…awak kena la ajar diri awak ikhlas yg awak dah berdua..dah bernikah dgn manusia bukan robot or patung yg boleh awak suaikan dgn kehendak awak je…Cara awak je… Bila awak ajar diri awak erti ikhlas terima isteri awak..belajar maksud rumahtangga terima juga cara isteri awak… Baru lah ada kemanisan dlm rtangga… Bak kata arwah suami saya… Kasih sayang kena ikhlas…bahagia kena cipta..Gembira kena gali…baru lah hidup berpuluh tahun pun X akan pernah jemu.. Al Fatehah utk suami saya..

  5. isteri tak.minta banyak pun…cuma perhatian dan kasih sayang,…itu sebahagian dr nafkah batin..
    kena usaha lebih sikit ke.arah itu…
    belajarlah dari internet kalau malu nk tya org lain..
    tunjukkan kan usaha…
    jangan sampai bini yg baik itu tawar hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *