Assalamualaikum. Namaku N. Awal usia 30an. Tak tinggi, tak gemuk dan tak putih gebu. Petite size orang kata. Ini kisah berkenaan pencarian jodohku yang hanya menemui kebodohan.
Aku tak pernah bercinta dan berkawan dengan mana-mana lelaki. Aku sangat strict bab ikhtilat. Namun, aku boleh saja bekerja dengan lelaki sebab aku sangat aktif berpersatuan sejak zaman belajar lagi.
Aku dapat kerja impian pada akhir umur 20an. Lepas tu, baru aku betul-betul buka hati untuk berkahwin. Family dan rakan sekerja ada carikan dan aturkan tapi nak buat macam mana, semua tak jadi.
Akhirnya, setelah berfikir panjang aku cuba daftar laman web cari jodoh islamik yang perlu berbayar.
Aku banyak baca di IIUM Confession ni pasal berhati-hati cari jodoh online. Dalam duk berjaga-jaga tu, aku tak sangka yang benda ni boleh jadi kat aku.
Masa daftar web ni, aku maklumkan pada mak dan adik beradik aku. Untuk langkah berhati-hati. Prinsip aku cari jodoh tu mesti ada istikharah, munqqasyah dan musyawarah kan. Bagi aku redha mak tu yang utama.
Berbalik pada website cari jodoh islamik tu, dalam banyak-banyak lelaki, ada sorang ni yang aku terima untuk kawan. Namanya Mat. Kami kenal lebih kurang setahun 7 bulan. Dalam tempoh tu, sekalipun dia tak pernah ajak jumpa. Hanya text dan call sahaja.
Aku kalau dia nak ajak jumpa pun, aku akan bawak adik lelaki aku teman. Tapi disebabkan covid, aku terkandas tak boleh rentas laut untuk balik ke negeri aku. Jadi aku masih berhusnu dzon dgn Mat ni.
Awalnya, aku tak berapa layan sangat si Mat ni. Dia yang hari-hari duk hantar morning text, sungguh-sungguh yakinkan aku dia ni single, teruna, workaholic, hantar selfie pergi masjid, gambar mimbar masjid la sampai aku rasa dia ni baik dan ikhlas nak kawan dengan aku.
Selama kenal dia, kami hanya sembang pasal kerja, family, dan dia ada bagi hint yang dia ada depression pasal ex dia. Tak ada benda tak senonoh ya. Mat ni hanya text aku time driving pergi dan balik kerja atau kat luar rumah saja.
Kalau sampai rumah dan weekend, dia tak contact aku dah. Katanya nak keluar dengan ‘adik’, keuar dengan kawan dan banyak lagi alasan.
Aku pun tak peduli sangat pasal life dia sebab aku pun busy dengan life aku kat sini memandangkan kami berlainan negeri.
Jarak sangat jauh. Aku tahu batas aku dan dia sebab kami tak pernah janji apa-apa. Cuma aku saja kot yang letak harapan pada yang tak pasti.
Bertepuk sebelah tangan..
Sepanjang kenal dia aku doa sungguh-sungguh mintak Allah beri petunjuk siapa Mat ni sebenarnya.
Apa masalah dan stress dia yang susah sangat dia nak share dengan aku. Adakah aku buat ini salah.? Jika salah aku nak berhenti kawan dengan dia. Berhenti mengharap dan nak move on.
Akhirnya, lepas setahun tujuh bulan Mat ni buka mulut sendiri. Menjawab segala persoalan yang dah lama aku nak dengar dari mulut dia sendiri.
Mat mengaku yang dia pernah berkahwin. Katanya ada masalah dengan bini. Aku tanya dia sepanjang aku kenal dia adakah dia suami orang?.
Katanya tak. Aku tak puas hati. Aku cari bukti sendiri. Subhanallah selama ni aku cuba siasat pasal dia tapi tak pernah jumpa bukti dia suami orang. Tapi lepas dia mengaku, aku cari kejap saja jumpa bersepah bukti dia dah kahwin.
Semua maklumat family dan bini dia aku jumpa masa aku putuskan untuk tinggalkan dia. Allah Maha Besar. Satu per satu bukti Allah hamparkan depan mata aku siapa Mat ni sebenarnya.
Rupanya sepanjang dia kawan dengan aku dia masih berstatus suami orang. Baru berapa bulan saja kahwin dah log in website cari jodoh (aku ada bukti tarikh)
Aku memang tak sangka sebab dia muda daripada aku. Kalau aku tahu dia suami orang memang awal-awal aku angkat kaki.
Aku pantang suami orang curang. Itulah, kadang Allah uji apa yang kita tidak suka. Bini kat rumah punyalah innocent cantik putih melepak lemah lembut tak tahu suami ligat kat luar.
Patutlah dia tak kisah rupa aku macama mana. Usia aku jauh lebih tua pun tak apa. Sebab dia tak serius pun. Hanya nak main-main. Nak cari teman berbual dan isi masa lapang rupanya. Siap pakej burukkan isteri yang kat rumah tak tahu apa-apa. Kegilaan apakah?
Aku rasa macam masa terhenti sekejap. Terlalu mudah dipermainkan. Bodohkan aku? Habiskan masa mengharap kepada penipu. Segala yang keluar dari mulut dia satupun aku dah tak boleh terima. Semuanya adalah penipuan.
Mungkin bagi dia kami tak pernah berjumpa dan tak pernah kenal depan-depan, jadi dia boleh putar belit tipu aku sesuka hati. Tapi impaknya cukup besar buat aku. Aku hilang semangat diri. Rasa diri tak berharga. Ditipu hidup-hidup.
Korang doakan aku cepat sembuh dan bangkit jadi lebih baik. Aku taknak lama-lama sedih sebab leaki tak guna macam tu.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit