Penipuan Pakej Berpantang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/penipuan-pakej-berpantang/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan penulisan ini dan penulisan terdahulu.

Terima kasih juga kepada pembaca yang memberi respond dan advice, especially berkenaan CL berdaftar di bawah LPPKN yang mana saya sendiri tidak aware.

Untuk makluman, staf company tersebut baru sahaja contact saya tetapi lain pula ceritanya kali ini.

Katanya, selain owner, staf juga mempunyai access ke atas akaun company dan berkemungkinan selepas bayaran dibuat, staf berkenaan telah transfer wang tersebut ke akaun personalnya.

Untuk situasi ini, katanya company tidak akan bertanggungjawab kerana ianya merupakan kecuaian saya. Kecuaian saya kerana tidak deal dengan owner.

(Adakah salah saya sedangkan saya menghubungi no telefon seperti yang dipaparkan di FB Page? Pada saya, jika benar telefon, no telefon, atau akaun sekalipun boleh diakses oleh sesiapa, bagaimana kaedah/method owner untuk monitor staf?)

Saya tak pasti adakah ini satu lagi bentuk penipuan yang dibuat untuk mengelak pembayaran refund? Bagi situasi ini, adakah saya masih boleh membuat tuntutan di mahkamah?

Sedangkan, saya sendiri tak tahu staf pun mempunyai access ke atas akaun company selain owner sendiri.

(Patut ke saya dig deeper sampai nak tahu internal SOP company tu macam mana, macam mana owner monitor staf, berapa orang boleh access akaun company, etc, etc before buat bayaran?)

Malah, saya membuat bayaran kepada akaun seperti yang tertulis dalam polisi.

Saya telah membuat semakan ke atas FB Page owner untuk memastikan memang bayaran perlu dibuat ke akaun tersebut.

Saya juga mempunyai bukti screenshot berdasarkan review clientnya yang menyatakan bayaran memang dibuat ke akaun tersebut.

Sebagai makluman, deposit yang saya bayar sebanyak RM1.5k merupakan bayaran separuh harga yang perlu dijelaskan untuk secure booking, yang mana telah ditetapkan oleh owner berdasarkan pilihan pakej (dinyatakan dalam terma dan syarat).

Perubahan alamat juga dibuat atas persetujuan bersama. Manakala perubahan tarikh bersalin pula, saya pasti, tak semua orang bersalin sama seperti tarikh EDD di buku pink.

Selain itu, saya ingin mendapatkan pencerahan bagi perkara-perkara berikut:

1. Sekiranya diviralkan dan owner telah membayar refund kepada saya, adakah owner boleh mengenakan saman malu ke atas saya?;

2. Judgement in default dan judgement debtor summon;

3. Apakah perbezaan tuntutan di Tribunal dengan tuntutan di KPDNKK?; dan

4. Report polis dah dibuat dan telah dimaklumkan kepada owner tetapi owner ugut akan failkan saman sekiranya bayaran refund dibuat tetapi saya tak tarik balik report tersebut.

Ya, untuk kes-kes seperti ini memang saya nak sangat maklumkan kepada orang ramai supaya tiada yang terkena lagi, hanya setelah mendapat jawapan bagi persoalan pertama saya.

Semoga pencerahan kepada persoalan di atas turut memberi manfaat kepada yang lain.

Sekian, terima kasih.

– Dz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *