Assalamualaikum,
saya ira, umur 25. sekarang ni saya berkerja dan menetap di Kuala Lumpur. Oleh kerana saya bekerja di sektor swasta, kos sara hidup di KL yang sangat tinggi, gaji saya hanya mampu menyewa beramai-ramai.
nak di jadikan cerita, saya berkongsi bilik dengan dua orang roomate .
saya nak brief perangai dan sikap dua orang roomate saya. saya taknak tulis nama dan hanya labelkan mereka sebagai A dan B. sebab apa saya label mereka sebagai A dan B? kerana kelas si A ni memang hig-class standard, dan kelas si B yang low-class level nak cuba jadi si A. Siapa yang layan drama Korea “Dream High ” confirm boleh relate. cuma ini versi kelas kehidupan. Si A ni baik, cantik, tinggi dan kaya, tapi dia rendah diri. si B ni pulak, dia baik, dia lawa cuma dia tak sekaya si A. aku pulak average je.
kami bertiga dah duduk bersama hampir 3 tahun. pada asalnya, si A ni jenis bising, riuh dan peramah. Si B ni pulak, dia jenis pendiam. aku rapat dengan si A ni sebab kami ada banyak minat yang sama. kami selalu berkongsi masaalah yang Si A ni tak yakin nak cerita dekat Si B. Aku tak kisah pun, sebab aku ok je nak bercerita dan dengar masaalah orang. Si A ni kan cantik, so dia selalu cerita yang dia kena kacau, kena pikat dengan ramai lelaki. dan to be honest, lelaki yang nak pikat dia sangat kacak, tinggi, kaya dan sempurna. ada kereta mewah dan sanggup berkorban untuk dia. bunga dan cincin selalu sangat dia dapat. kalau tak di beri kat pejabat, ada orang datang rumah. so Si B ni, jealous dengan Si A yang sentiasa dapat yang perfect dan hebat. mereka berdua ni asalnya tak ada competition pun, masing-masing ada life. lama-lama aku tengok si B ni makin menjadi-jadi.
si A ni ada je boyfriend, si B ada je boyfriend. cuma beza nya, Si B ni selalu dapat yang biasa-biasa. yang jenis rupa suam-suam kuku, jenis tak hargai dia. dan kantoi dengan Si A ni yang dia bersentuhan dengan boyfriend dia semua. Si B ni solat dan tutup aurat. Sejak dari haritu Si A ni dah hilang hormat dekat si B. Aku sebagai orang tengah pun macam tak percaya. Apa sahaja yang si A dapat, Si B ni akan cuba dapatkan juga. mula-mula aku rasa biasa sahaja. makin lama semua benda ketara yang dia cuba nak jadi Si A. its really obvious to the point that we both scary.
Dulu si A ni dapat boyfriend yang handsome, kaya dan si A ni cerita dekat kitorang. tak lama tu si B ni pun buat benda yang sama. dia nak bercerita sama hebat macam si A ni pada aku. Beruang, bunga coklat, cincin dan lelaki yang handsome dah macam competition. Mula-mula aku tak faham kenapa si B ni berubah dan tak macam dulu. Rupanya si A ni beritahu aku yang Si B ni dulu datang dari kampung. dan dulu dia hanya pakai baju kurung sahaja . Si B tak pandai berfesyen, tak pernah couple dangan sesiapa. Bila dia datang KL, dan duduk satu rumah dengan si A, baru dia tahu yang sikit-sikit dia jadikan Si A ni role model dia untuk berubah. Tapi, Si B ni obses sangat-sangat nak tiru Si A. Sampai aku sendiri perasan benda tu. Oleh kerana aku rapat dengan Si A, banyak benda pelik-pelik si B ni buat aku report dekat Si A. Bukan nak cakap yang Si B ni pelik. dia tak pelik dan dia normal. Cuma, dia memang Peniru low class yang paling scary pernah aku jumpa.
sampai kan, oleh kerana si B ni desperate nak kawin before 30 tahun, dia akan cuba ubah diri dia, penampilan, gaya, makeup untuk tarik perhatian lelaki. Tapi masaalahnya, lelaki yang nak si B ni semua jenis ambil kesempatan. penat aku dengan Si A ni cakap dengan dia. Oleh kerana aku average level , si B ni selalu anggap aku budak mentah yang tak kenal dunia. Dia rasa umur aku belum cukup nak ajar dia hal dunia dan beri nasihat. Aku pernah luah kat Si A ni, yang si B ni selalu layan aku layan suam-suam kuku. ada time dia jadi The Best Bitch, bila dengan aku sahaja dalam bilik.
So Si A ni 50-50 nak percaya dekat aku. sebab si B ni tak pernah tunjuk perangai Bitch depan si A. So anytime aku berborak dengan si B ni, aku akan record dan beri pada si A (sampai macam ni sekali nak buktikan yang si B ni actually silent Bitch). si A ni memang dah benci dengan si B ni yang tak sudah-sudah meniru dia. yang aku pula pun dah menyampah dengan perangai Si B ni yang layan aku tak sama rata, mungkin sebab aku low class yang single, tak ada boyfriend dan experience ber-couple, duit yang berkepuk jauh sekali.
its not first time si B ni buat. banyak kali. sampai every jenama, fesyen baju, makeup, branded bag dia akan follow branding yang sama. lelaki jenis macam mana, pakai kereta apa si B nak same with Si A. nasib baik seluar dalam dia tak follow warna. si A ni perhati lama dah, cuma sebab kami dah duduk lama bersama, she did not have that courage to ask . You all get what I mean right? We being friend for 3 years. We both shed tears together, laugh together, go out and have fun together. Sangat susah nak cakap pada si B ni yang ” can you stop following me? and find your own identity?” No. identiti lama Si B ni kolot. tak ada lelaki yang akan nampak dia kalau dia balik jadi diri dia yang lama. But aku dengan si A tahu, yang to be honest, this is wrong. yang up to the point si A ni frustrated dengan si B yang tak faham bahasa tu. Aku faham yang si A ni just nak peaceful life, tapi korang boleh bayang tak? si A ni ada double shadow in 1 room? aku sometimes confuse sebab si B ni nak jadi Twin si A.
Actually, bukan nak cakap yang aku suka dua-dua pun, dua-dua bukan manusia sempurna. kadang-kadang aku tengok, even secara dasar yang si A ni perfect women tapi dia ada sejarah hitam dengan family dia, musuh yang tak terkira ramai dan banyak lagi yang jadi dalam hidup dia yang shape dia sampai sekarang. All are not free, she being paid a huge amount and effort for that. Cuma aku tak faham perangai si B ni macam ni. Korang please lah tolong aku. si B ni ada muka kesian yang sesiapa tengok pun boleh cair, tapi dia ni kadang-kadang bitch jugak. baru-baru ni aku dengan si A berancang nak pindah dan lari dari si B ni. cuma kitorang taktahu nak buat macam mana. sebab si A tanya aku ” macam mana kita nak pindah tanpa dia? kau bagitahu aku ” anyone please help me .
Thanks.
– Risy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit