Penjaga Emak Tidak Berbayar

Hai semua, terima kasih kepada admin sekiranya confession aku disiarkan.

Nama aku Mei Mei, of course bukan nama sebenar, tapi sebab anak aku tengah tengok upin ipin, maka itu je nama yang terlintas difikiran buat masa ni. Haha.

Aku anak sulung dari 5 beradik. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 cahayamata dan menetap di utara tanahair. Sejak dari lahir, aku dan keluarga aku duduk menumpang di rumah nenek & atok.

Tapi nak kata menumpang free pun tak jugak sebab hampir 98% perbelanjaan isi rumah nenek & atok tu mak aku yang bayar. Bil letrik, bil air, bil indahwater, makan minum eh, segala2nya lah.

Owh, ayah aku dah meninggal. Atok aku pun dah meninggal. Jadi sebab itulah aku rasa kami terus menumpang di rumah nenek.

Mak aku ada 5 jugak adik beradik. Mak aku anak ke-4. Kakak, abang dan adik mak aku duduk berdekatan jugak dengan rumah nenek. Kira makcik pakcik saudara aku lah.

Aku dan adik beradik aku masing2 tinggal di negeri berasingan dengan mak. Bila kami balik kampung, sudah pastilah akan balik ke rumah nenek. Sebab itu je tempat yang kami ada.

Mak aku ada beli sebuah rumah, tapi tak pernah duduk. Hanya disewakan kepada orang.

Mungkin sebab mak aku rasa disebabkan dia dah tak bersuami, dan arwah atok aku pun dah takde, maka dia yang tolong jagakan nenek sebab makcik pakcik aku semua ada keluarga masing2 jugak.

Cumanya yang selalu buat aku dan adik beradik aku terkilan, kami susah nak bawak mak kami pergi berjalan2. Holiday. Walaupun kami yang banyak menjaga nenek dari kecik, tapi kami ni bukanlah kesayangan nenek.

Biasalah, bila duduk dekat/sekali ni, yang buruk2 saja dia nampak. Anak dan cucu2 dia yang tak duduk sekali tu la yang dia sayang, dia agung2kan.

Selalu je kami ajak mak kami pergi holiday, sebab tau dia stress jaga nenek di rumah. Tapi bila di ajak, dia akan menolak. Sebab dia kata dia malas nak menghadap merajuk nenek aku bila pulang dari holiday tu nanti.

Yela, kami masing2 balik ke negeri masing2. Mak aku yang sorang2 kena menghadap kerenah nenek.

Tapi bila makcik pakcik aku nak pegi holiday ke apa, takde pulak nenek nak tarik muka. Bukan kami tak mau bawak nenek sekali, tapi dia pun dah uzur, dia selesa duduk di rumah.

Dan kadang2 tempat yang kami pergi pun tak sesuai untuk bawak kerusi roda. Jangankan holiday, kalau kami adik beradik balik kampung, bawak mak keluar pegi makan2 orang beli barang, balik rumah lambat sikit pun nenek dah tarik muka. Pening.

Nenek tak pernah nak suruh2 anak2 or cucu2 dia yang lain. Yela, sebab kesayangan kan.

So kami adik beradiklah yang melayan kerenah nenek if nak itu or nak ini. Belikan itu, belikan ini. Buat itu buat ini. Mak aku banyak makan hati sebab adik beradik dia pun macam tak hiraukan nenek aku.

Datang bila rasa nak datang walaupun rumah mereka dekat je. Takde kirimkam duit dekat mak aku untuk perbelanjaan nenek aku ie makan, minum, barang or ubat2 dia.

Mak aku dah pencen, so dengan duit pencen dia yang tak seberapa tu dan duit yang kami bagi tiap2 bulan tu la dia gunakan untuk perbelanjaan dia, rumah dan nenek.

Kadang2 aku pelik jugak, kenapa la makcik pakcik aku semua tu lepas tangan tak nak jaga nenek padahal nenek tu tatang diorang bagai minyak yang penuh je.

Bila diorang datang menjenguk, of course la nenek akan jamu itu ini, yang mana semua tu mak aku yang beli. Bukan berkira, tapi apa salahnya bila sesekali diorang datang menjenguk nenek tu diorang belikan apa2 ie pisang goreng ke, kuih muih ke.

Ni sudahlah tidak menjaga, jenguk pun sekali sekala. Datang berlenggang kangkung, pastu perabihkan makanan yang mak aku beli. Tak ke sakit hati.

Kalau raya lagilah geram. Kami adik beradik berhempas pulas memasak, bila pagi raya semua makcik pakcik anak2 diorang datang rumah nenek beraya, diorang habiskan lauk2 raya yang kami masak sebelumnya.

Kadang2 aku rasa bila nak raya, nak bawak mak raya dengan kami je. Tak payah masak raya yang akhirnya orang lain makan tak beringat keringat orang.

Cerita ni bukan setahun dua ye. Aku ni dah masuk kategori hujung 3 series dah. So korang bayangkanlah punya lama dah menda ni jadi.

Aku cuba suarakan ketidakpuasan hati ni pada diorang, tapi diorang sentap. Ingat aku ni budak tak kenang budi pulak, kurang ajar. Padahal aku nak ajar menda yang betul. Stop susahkan mak aku sorang.

Bukan tanggungjawab mak aku sorang je kena jaga nenek. Dan bukan tanggungjawab kami adik beradik sebagai cucu bukan kesayangan je yang kena jaga nenek.

Bila aku nak bersuara, mak aku suruh sabar, sabar. Takpe, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Tapi yela, sebagai anak, aku kesiankan mak aku.

Bukan kami tak pernah ajak mak menetap dengan kami. Tapi again, mak berlembut hati kata nanti sapa nak jaga nenek. Walaupun dia tahu dia selalu makan hati dengan kerenah nenek, again dia ketepikan jugak hati dia.

Tapi tu la. Macamana eh aku dengan adik beradik aku nak buat dengan makcik pakcik aku tu yang tak reti2 nak tolong sama2 jaga nenek tu tanpa lukakan hati mak aku??

Mak aku pun bukannya sihat sangat. Tiap2 hari aku video call, nampak je dia tak sihat tu. Tapi tetap jugak kena bangun masakkan untuk nenek sebab nenek aku ni cerewet.  Tak suka makan lauk beli di kedai.

Mak aku tak kisah sangat. Dia kalau tak larat masak, lauk beli pun takpe. Tapi again, nenek tak suka. Nak tak nak kena la masak jugak kan.

Anak2 lain ada tak hantar lauk untuk mak diorang tu aka nenek?? Jangan haraplah. Aku rasa diorang tu pun tak tau apa nenek suka makan. Sebab diorang tak pernah jaga.

Again, cucu bukan kesayangan ni jugaklah belikan nenek makanan feveret dia tiap kali balik. Tapi still tak dikenang. Sedih kan.

Adik beradik mak aku ni semua orang senang. Takde yang susah sampai makan bercatu ke apa. Sepupu2 aku pun semua kerja bagus2. So takde istilah masing2 takde kemampuan dari segi kewangan.

Tapi tu la, kalau belajar pandai2 pun tapi tak gunakan otak dan common sense pun tak guna la jugak kan.

Semoga Allah kurniakan syurga tertinggi untuk mak aku kelak untuk kesabaran dia yang tinggi tu. Aku pun tak sesabar dia. Huhu.

Cumanya sekarang apa la yang patut aku buat untuk sedarkan mereka2 yang tak sedar2 tu tentang tanggungjawab menjaga seseorang yang bergelar EMAK.

Kami adik beradik nak plan holiday untuk mak. Tapi tu la, nanti mesti mak tolak pasal malas nak melayan merajuk nenek. Huhu

Maaflah kalau penulisan aku tunggang langgang. Dah lama aku tak menulis. Banyak yang nak diceritakan cuma tak reti nak mula dari mana.

– Mei Mei (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi. Walaupun cerita ni dari tahun lepas, saya cuma nak cakap yang saya bole relate dengan cik. Jalan cerita memang sama tapi yang membezakan cuma mak saya kene jaga mak mertua dia, kiranya nenek belah ayah. Nenek saya ni dari dulu sampai sekarang selalu pandang rendah dengan keluarga saya dan selalu bangga2kan pakcik, makcik2 dan cucu2 dia yang lain sebab diorang semua sudah berjaya dan berpangkat tinggi. Tapi tengok la sekarang, takde sorang pun yang nak jaga dia, termasuklah ayah saya sendiri. Mak saya juga yang terpaksa jaga nenek saya ni dan kene hadap dengan karenah dia, termasuk la saya dan adik-beradik saya. Jujur la saya cakap, memang tak tahan dengan perangai nenek saya tu. Dia mula duduk dengan keluarga saya setahun sebelum PKP sebab dia ada penyakit lupa. Walaupun nenek saya ni ada penyakit lupa, hal tentang duit, pencen dan harta dia semua dia ingat. Tapi dia sangat la kedekut dan asyik menghabiskan duit mak dan ayah saya bila nak beli makanan / lauk, siap kata dia takde duit walaupun duit dia berkepuk2 dalam beg tangan dia. Mak saya pula da tak bekerja sebab niat dia berhenti bekerja adalah untuk jaga nenek dan atuk saya (belah mak) dan juga adik2 saya yang masih muda. Sampai sekarang nenek saya ni langsung tak bersyukur atau berterima kasih dengan keluarga saya yang da jaga dia beberapa tahun dan masih lagi backup pakcik dan makcik2 saya sedangkan diorang semua pun tak tahan dengan karenah dia. Panjang lagi cerita saya ni tapi saya pendekkan sampai sini je. Saya selalu ingat yang saya keseorangan dalam situasi macam ni jadi saya nak berterima kasih dengan cik sebab kongsikan cerita cik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *