Penjaga Keturunan

Salam admin, terima kasih sudi baca luahan aku. Panggil aku N. Maaf tak boleh kongsi nama betul sebab ramai kawan-kawan aku follow page ni. LOL.

Ok. Moving forward..

Sebab kenapa aku tulis luahan disini sebenarnya aku cuba mencari penjelasan. Semua bermula beberapa bulan sebelum aku berkahwin.

Aku bekerja dalam industri retail. So waktu bekerja aku sangat padat. Pendek cerita balik kerja aku mesti tido awal. Tapi beberapa bulan sebelum aku nak kahwin, aku sangat kerap terjaga malam.

Hampir setiap malam aku akan terjaga seolah-olah ada ‘sesuatu’ tengah tenung aku. Sama macam kita akan automatik akan terpandang pada orang yang merenung kita.

Setiap kali aku terjaga, rasa mengantuk aku terus akan hilang. Masa benda ni jadi aku ingat maybe aku penat sangat. Tapi bila kerap berlaku aku jadi cuak. Kenapa aku cakap cuak?

Sebabnya, tiap kali aku terjaga aku akan tengok jam. Kadang pukul 3.33pg kadang pukul 4.44pg. Pernah sekali aku mengadu dekat kawan aku. Malam tu aku terjaga pukul 2.22pg.

Benda ni berlarutan dari rumah sewa aku sampai aku balik rumah parents aku. Aku ingat gangguan aku bersifat setempat tapi rupanya aku silap.

Aku masih terjaga malam kat mana2 aku tidur. So benda ni berlarutan sampai aku kahwin. Bila dah kahwin, aku share cerita ni dengan husband aku.

Dia cakap mungkin aku penat je. Tapi dari riak wajah dia aku tahu dia cuba sembunyikan sesuatu. So aku cuba cari penyelesaian sendiri.

Bila suami aku outstation, aku call sorang kawan lama aku. Aku ceritakan gangguan2 pelik yang aku alami dan dia cuba untuk tolong dengan kenalan dia yang mahir ilmu2 agama.

Selang beberapa hari, kawan aku whatsapp aku. Dia hantar screenshots apa yang kawan dia cuba ‘tengok’ melalui nama aku dan nama ibu aku.

‘Memang ada sesuatu, sebelah kiri mata kawan kamu tu ada ranting kayu hutan dan ada seorang perempuan tua yang selalu ikut kemana je dia pergi’

Aku tergamam. Sambung ustaz tu sambung lagi ‘cari lah penawar kalau tak boleh tahan’ ‘setakat ini itu sahaja yang aku boleh bagi tahu’

Kawan aku cerita pada aku, ustaz tu ada berkonunikasi dengan perempuan tua tu, tapi dia tak nak share apa yang dia cakap. Seolah dia sembunyikan sesuatu.

Aku tanya kawan aku, adakan gangguan ni datang dari orang luar?
Tidak.

Asal usul dari keluarga aku. Mengenal parents aku yang kurang percaya pembawakan keturunan ni, aku decide untuk tidak tanya apa2.

Lepas dapat tahu, aku ceritakan pada suami aku, dan akhirnya dia akur. Dia sebenarnya tak nak aku takut sebab firasat dia gangguan tu tak ada niat apa2.

Suami aku kata, dia ada good feeling. Aku tak faham. Kira maksud orang zaman sekarang tu kiranya ‘penjaga’ aku.

Lepas tu aku baru teringat cerita pak cik aku. Moyang aku ada yang ghaib. Aku tanya kenapa ghaib? Katanya untuk menjaga keturunan dia. Moyang aku ni asal dari Jawa Indonesia.

Asal usul keturunan famili parents aku kurang jelas. Lebih2 sebelah ibu aku. Yang aku tahu, arwah atok aku memang asalnya dari sana. Nenek aku orang melayu. Setakat tu sahaja sebab mak aku anak tunggal jadi tak banyak benda aku boleh korek. Lagi2 mak aku agak perahsia.

Ok sambung,  suami aku ambil keputusan untuk bawa aku jumpa dengan pak sedara dia. Pak sedara dia ada ilmu perubatan islam.

Aku ikut je, tak de rawatan yang pelik pun. Cuma aku dimandikan dengan air bunga untuk pulih semangat aku tiga hari berturut2.

Lepas habis proses tu semua, suami aku cuba tanya dengan pak sedara dia tapi pak sedara dia pun kunci mulut. Aku dah stress. Kenapa diorng tak nak cerita apa2?

Cuma pesan pak sedara suami aku, ‘kalau baik kita, baik lah dia’ , ‘jahat kita jahat lah dia’.

Suami aku pesan untuk jaga adab, solat dan perlakuan aku. Tu jer.

Lari jauh sikit semasa aku zaman sekolah.  Aku dulu selalu diganggu dengan bunyi guli. Benda tu berlarutan sampai lah aku pergi berubat dengan pak sedara suami aku.

Aku tak tahu ada kaitan atau tidak tapi bunyi guli tu pon sama jugak, tak kira aku kat mana2. Asal aku berseorangan mesti bunyi guli tu ada.

Alhamdulillah lepas balik dari rumah pak sedara aku, gangguan tu beransur hilang. Cuma persoalan aku sampai sekarang apa yang ustaz, paksedara aku tahu pasal perempuan tua tu?

Kenapa kunci mulut?
Kalau ada readers yang mungkin ada persamaan dengan cerita aku dan jumpa penyelesaian boleh la komen dan aku akan personally pm.

N

Submit your confession : iiumc.com/submit