Penjagaan Gigi

Assalamualaikum semua..mohon hide fb saye ye.malu.kalau artikel ni disiarkan terima kasih.Selalu confression kat sini berkaitan dengan penjagaan muka dan sebagainye tapi saye nak bagi tips sikit untuk “penjagaan gigi”.Gigi ni penting tau untuk level confident kita lagi-lagi kalau nak bercakap dengan orang betul tak?so kat sini sedikit tips dari saye.Sebelum tu saye minta maaf kalau ade yang salah sebab saye bukan pelajar medik mahupun doktor gigi..hehe.So here is the tips:
1)Berus gigi
Haa yang ni wajib la kan setiap hari.At least 2 kali sehari.Lagi bagus kalau berus gigi lepas makan berat contoh lepas lunch ke kan.Gula yang kita makan ni yang menyebabkan kaviti kat gigi.
Additional information:Sebaiknya gunakan ubat gigi jenama Colgate kerana ia disyorkan oleh kebanyakan doktor gigi.

2)Mouth wash @listerine
Lepas dah berus gigi bolehlah pakai mouth wash.Mouth wash ni fungsi dia adalah untuk membersihkan celah-celah gigi yang kita tak dapat berus.Ni jugak adalah untuk menghalang kaviti melekat kat gigi dan mengelakkan gigi berlubang.

3)Dental floss
Okay dental floss ni macam benang yang membolehkan kita buang benda yang tersepit antara celah-celah gigi.Boleh digunakan lepas makan untuk gantikan dengan memberus gigi.

4)Dental consultation
Yang ni sekurang-kurangnya jumpe la doktor gigi setahun 2 kali.Dari dental consultation kita boleh tahu la kan ape masalah gigi kita sendiri.Yang penting jangan takut okay.
Additional information:Gigi geraham bongsu yang ada di atas dan bawah gigi sebaiknya dibuang sebab 4 batang gigi ni tak berfungsi pun untuk mengunyah makanan.Gigi ni jugak akan menolak gigi-gigi lain ke depan.Jadinya dari elok gigi tersusun terus berterabur nanti.Jadi rajin kan lah diri jumpa doktor minta buang okay.

Tu saje dari tips dari saye.Maaf kalau rase artikel ni biase je sebab ni first time menulis.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit