Penjagaan Kulit Minyak dan Berjerawat

Assalamualaikum..thanks admin..amaran post agak panjang,tapi saya jamin padat..saya tulis perkongsian ni untuk membantu golongan senasib saya tentang penjagaan kulit yang acne prone dan breakout (im acne survivor). My skin type?oily combination acne prone..lepas 30 minit cuci muka dah keluar minyak..kadang tu hidung mengelupas kering tapi berminyak jugak..susah nak hadam punya kulit. Saya bukan doktor kulit,im just a beauty freak yang dah try pelbagai produk dari tahap bahan dapur ke produk local,ke kedai jamu ke drugstore like Watson/Guardian ke high end like Sephora/Outlets without being sponsored.Tips negative one of course wudhuk and solat,its clear..no need to elaborate.

#Tips 1 : Baca senarai kandungan dan kenali bahan yang tidak elok untuk kulit.

Sebelum beli saya selalu layari laman web www.cosdna.com/, taip nama produk dan akan keluar senarai bahan yang tak elok untuk kulit.Anda akan terkejut, sebab even produk tu claim untuk acne prone skin pun (jenama terkenal dan banyak disarankan) mengandungi bahan yang meransang pertumbuhan jerawat!.Dulu beli produk atas review,tengok orang kulit lawa tanya pakai apa,kita pun nak pakai..thats not working..kadang orang tu kulit dia cantik,kulit dia jenis apa?kalau normal,senang nak jaga,tak hairan cantik camtu pakai apa pun..kulit saya walaupun sekarang dah tiada jerawat, masih perlu penjagaan acne prone skin..kalau tiba time malas,memang berjerawat balik kulit.

Kita perempuan jangan mudah terpengaruh dengan marketing produk. Kes krim timbang kilo misalnya, tengok label tiada bahan-bahan pemutih kulit yang terbukti berkesan (alpha arbutin,kojic acid, licorice root extract, vitamin c,pearl,mulberry extract,niacinamide dll) tetapi claim boleh cerahkan seawal 3 hari,bla bla?.Krim aloe vera tapi aloe veranya sedikit sangat hingga bahan ke tujuh dalam senarai,jadi manfaat krim tu datang dari mana?entah benda apa pula yang bagus sangat tu?sorry to say..this is why i gave up on local products..

#Tips 2 : Elakkan skincare atau makeup mengandungi silikon

Ini tips dari doktor kulit. Silikon (ada banyak nama saintifik,google) memang ada dalam apa jua produk kecantikan (pelembab,toner,syampu,perapi) kerana fungsinya membentuk lapisan yang menghalang kelembapan dari hilang dan beri rasa lembut pada kulit/rambut. Saya mekap walaupun simple je just nak nampak kemas,but silicone is everywhere especially foundation and primer.Patutlah sebelum ni saya pakai primer mesti ada jerawat baru. Primer yang high perfomance memang tinggi kandungan silikon,jadi kulit memang sukar berminyak sebab silikon ni halang minyak naik ke permukaan kulit dan ianya sukar ditanggalkan.

Boleh nak makeup (kalau dah perempuan..haha),tapi pastikan anda double cleanse untuk pastikan silikon tu hilang dari permukaan kulit. Bila tak cuci dengan betul,bakteria,sebum dan peluh yang terperangkap bawah lapisan silikon itulah punca jerawat. Rutin harian saya untuk cuci muka dari makeup bermula dengan micellar water,minyak kelapa dara,pencuci muka foam,acid toner (3 kali seminggu) dan toner biasa barulah saya yakin kulit saya bersih dari silikon ni.

# Tips 3 : Pengelupasan,Pelembab dan Spot Treatment

Ada dua jenis pengelupasan,fizikal dan kimia. Fizikal seperti skrub aprikot dan kimia contohnya toner berasid/beauty water dengan bahan seperti glycolic acid,niacinamide,papaya enzyme,lactic acid,AHA/BHA,alpha lipoic acid,dll. Saya lakukan kedua-dua jenis pengelupasan secara berselang. Kulit saya berubah 360 darjah sejak saya guna bahan-bahan di atas (boleh cari : #theordinarymalaysia). Produk single ingredient macam ni memang kesannya cepat sebab kepekatan tinggi. Pengelupasannya sangat halus,takde pun sampai tak boleh keluar rumah.

Cuma gunakan dengan ilmu,jangan berlebihan dan pastikan kalau apply apa-apa berasid,apply waktu malam,sebab asid meningkatkan sensitiviti pada cahaya matahari.Ada yang kata boleh pakai siang dengan sunblock,tapi tahukah anda kesan sunblock maksimum 2 jam sahaja?kalau korang mampu reapply makeup setiap 2 jam,go on..untuk profession kerja saya memang tak mampu den nak makeup balik setiap 2 jam plus MALAS plus membazir tahap gaban..haha..kemudian jangan buat pengelupasan on active acne dan kulit yang baru sahaja sunburn..bagi kulit pulih dan kecut jerawat terlebih dahulu (tips 5)

Pelembab yang ok kat saya minyak semulajadi seperti tamanu oil, argan, grapeseed oil dan rosehip oil (boleh search #nowfoodsmalaysia) atau beli yang garden of eden kat watson pun boleh.Kulit berminyak pun perlukan pelembapan yang baik untuk sihat walaupun saya percaya you all pemilik kulit berminyak memang struggle nak cari pelembab yang sesuai terutama bagi yang pakai makeup,I feel you.Selain pelembab ni,saya pakai masker aloe vera gel campur serum vitamin c (recommended : Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop,kesan sangat cepat!) setiap hari tanpa gagal. Saya memang tak pakai pelembab yang jenis day cream ke night cream ke..memang tak sesuai kat saya. Dan malam yang saya buat pengelupasan asid/fizikal,saya akan pakai sheet mask untuk extra lembapan.

Korang pernah dengar 10 Steps Korean Skincare Routine kan?Saya amal step ni dengan pindaan khas untuk kulit berjerawat.Specialnya routine ni adalah treatment (serum & essence).Untuk spot treatment jerawat,saya dah try hampir semua jenama mainstream like oxy,T3,aiken,clean and clear,bla,bla tapi kulit saya hat degil kot maybe kat korang okay..yang beri kesan kaw punya kat saya hanya Dermedex (ada yang kecil untuk jimat) atau Caroline Skin Care Paris Refining Cream..yang ni mmg mahal,tapi serius saya beli sekali je (lowyat.net forum) untuk dapatkan kesan,tak perlu repeat pun..somekind of investion..actually Klairs yang saya mention sebelum ni agak complete treatment untuk pores,whitening scars dan jerawat juga kalau nak jimat.

#Tips 4 : DONT TOUCH YOUR SKIN TOO MUCH/OVERDO YOUR SKIN

Ni paling susah nak buat bila ada jerawat,haha..biar je pecah sendiri..lepas saya amal tips2 ni jerawat tak sempat pecah pun dah kecut sebenarnya..jari sentuh kulit muka hanya bila cuci muka dan sapu pelembab..why?sebab bila anda pegang kulit,bakteria berpindah,merebak dan anda telah menolak masuk sebum dan sel kulit mati ke dalam pori.Hasilnya pori tersumbat dan terhasil lebih banyak jerawat.Then jangan overdo cuci kulit dan overdo pengelupasan,overdo pakai mask yang serap minyak (sheet mask/sleeping mask/gel mask takpe kerap),just ikut yang disarankan sesuatu produk tu.Saya dulu geram dengan jerawat sampai kerap cuci kerap skrub,kulit saya meragam sebab kulit jadi nipis dan kering. So lesson learned. Dalam seminggu saya beri sehari kulit rehat dari sebarang makeup atau perawatan.

# Tips 5 : Bahan semulajadi

Mula-mula breakout saya rawat dengan bahan semulajadi terlebih dahulu.Lepas reda baru saya buat pengelupasan asid tu untuk baiki tekstur kulit dan pudarkan parut.Hampir semua petua saya dah cuba dan saya tak suka petua sapu lemon/limau kasturi dan kulit kayu manis juga tawas atau baking soda sebab sangat menghakis kulit dan buat kulit jadi sensitif.If its working on you,Alhamdulillah..ada kawan saya sampai hitam-hitam terbakar kulit dia disebabkan bahan ni!.Antara yang paling membantu:

1. Gel aloe vera sebelum tidur (boleh campur dengan bedak sejuk/tea tree oil,saya campur vit c serum : search #klairsmalaysia), kalau malas boleh guna produk cam Nature Republic buat macam masker (pastikan ori).
2. Masker aztec clay + cuka epal (cuka epal boleh beli kat bahagian organik pasaraya tesco/aeon dll,search: #aztecclaymalaysia,btw please pakai pelembab selepas guna ni,kalau kulit kering sangat pun huru hara jadinye)
3. Masker pegaga (blend campur bedak sejuk + air mawar dan sapu pada muka,makan buat ulam – orang putih/korea banyak guna ni dalam kosmetik diorang (Centella asiatica/gotu kola..orang Malaysia bila lagi..herba belakang rumah je)
4. Masker serbuk mutiara (boleh beli kat sengseh) – pakai dan makan juga (hujung sudu teh je) cuma makan berselang 2-3 hari terutama orang berbadan sejuk (pagi-pagi kaki tangan sejuk) sebab serbuk mutiara ni sejuk (saya berbadan panas dan bila saya consume serbuk mutiara saya kurang berpeluh)
5. Masker kunyit (kasturi manjal beli kat kedai india,bukan kunyit masak : ni orang india sendiri ajar saya) + yogurt kosong/susu tepung/madu = great for sunburn treatment
6. Masker serbuk sandalwood (kedai india) + air mawar (yang sebotol rm2 tu je)
7. Masker serbuk kacang hijau/kacang kuda/besan/tepung beras/activated charcoal + yogurt kosong/air asam jawa
8. Toner yang ada witch hazel plus no alcohol (cth : Thayers/Dickinson)

#Tips 4 : Pemakanan dan rawatan dalaman

Nak kulit cantik tentulah kena banyak minum air dan banyak makan buah-buahan dan serat untuk singkir toksin.Kurangkan makanan manis dan berminyak.Mesti korang tepuk dahi,perlu jadi vegan ke nak cantik? Dan perlu pantang dairy..pehh makanan kegemaran tuu..solusinya?kalau tak mampu tinggal,bersederhanalah..(aku degil) dan cover balik dengan senam dan detoks makan buah/sayur banyak juga.

Ramai yang suka minum kolagen untuk jaga kulit dari dalam tapi bukan semua jenis kolagen mudah serasi gabung dengan bahan lain.Even vitamin C pun bukan mudah nak distabilkan dalam serum supaya berkesan untuk kulit..kalau vit C makan ye betul berkesan bersama glutathione so yang berkesan dalam minuman kolagen tu hanyalah vitamin C dan glutha but you also pay for collagen,haishh.Knowledge is key.Bacalah kajian-kajian tentang bahan-bahan kecantikan ni dan anda boleh nilai sendiri.

Jerawat ada yang datang hasil kurang hygenic,alergik dan ada yang jenis hormon.Untuk yang buntu jerawat tak surut sila buat blood alergen (IgE) test.Kadang tak sangka kita alergik ayam ke,ikan bilis ke,dairy ke,seafood ke.Cara saya stabilkan hormon pula adalah mengambil minuman bersoya tapi jenis fermented (Jarrow Formula Fermented Soy from iHerb) sebab soya biasa (tak kira GMO ke non GMO ke) ada kesan sampingan kalau ambil berterusan,kesan pada saya period jadi tak stabil.Selain itu,saya amal makan pegaga,yogurt plain (bersihkan usus),serbuk mutiara asli,vitamin C 1000mg sehari (sustained released),teh hijau dan juga dong quai (herba cina untuk hormon wanita,saya ambil selepas period,10 hari je).Ada yang bagi petua minum air kunyit.Memang ada kebaikannya tapi tak bagus untuk kesuburan,jadi kalau nak amal,selang minggu.

You might wonder,macam mana saya guna semua yang saya mention dalam masa sehari/seminggu?nak tulis,tapi dah panjang..huhu..maybe Part 2 tu pun kalau admin approve dan kalau korang nak baca,haha..Saya pasti mesti ada yang akan kata,alahai susahnya..gigihnya die ni,aku pakai safi je dari dulu ok je kulit aku..aku pakai bedak sejuk ok je kulit aku..Alhamdulillah anda sungguh bertuah..saya selalu cemburu dengan orang yang begini,dipermudahkan urusan dan rezeki ada kulit yang senang nak diuruskan.. kulit orang tak sama,kak oii….dan saya sedar rezeki kita lain-lain..kadang kita tengok,orang tu pakai aiken je pun boleh hilang jerawat dia..soal rezeki..mungkin dia perlu halakan duit tempat lain, jadi bab penjagaan kulit die tak perlu keluar duit..Allah Maha Adil dan pemberi rezeki,jadi apa pun kita buat sertailah doa..bubuh la walau emas tulen atas kulit sekalipun kalau Allah tak benarkan kulit kita pulih,tak pulih juga..tips ni cuma ikhtiar..betulkan niat nak sihat,nak tingkatkan keyakinan berhadapan orang..bukan sebab nak pakwe handsome,nak perhatian..semoga berjaya..sekian tips dari saya..jom cantik bersama..

– Beauty Freak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit