Penjajah Tempat Kerja

Assalamualaikum semua. Kalini aku nak share pasal PTK (Penjajah Tempat Kerja).

Aku harap korang baca dan ambil pengajaran, tolong jangan hentam aku balik sebab nasib kita tak selamanya baik.

Aku kerja dah 1 tahun 5 bulan, banyak kali termakan hati dengan perangai buruk orang. Cuma aku tak cakap.

Aku tak nak orang marah aku balik kononnya diorang tak bersalah. Tapi aku akan meletup juga, tak di dunia realiti tapi dekat IIUM Confession.

Ada staff baru masuk dah buat kedai/office macam tempat sendiri. Bila orang lain nak guna, dia sound. Padahal bos dah sediakan perkakas dalam office tu untuk semua staff. Meja, kerusi, kipas, pc, dll.

Alasan staff itu dia guna duit dia sendiri, 100% duit dia, jadi siapa2 nak pakai kena minta izin ataupun kena ikut term condition yang dia bagi.

Dia dengan senior (kawan aku ini) dah jadikan locker tempat simpan beg atau barang2 peribadi. Aku ni tak tempat langsung nak letak beg atau apa2 barang.

Aku seorang sahaja yang tak ada tempat simpan barang sendiri dalam office tu. Aku usung je beg ke mana2 sampai waktu balik. Kadang2 charger dengan phone pun aku taruh merata2 tempat.

Paling teruk, ada hari aku gaduh dengan staff baru itu, lepastu aku dah minta maaf tapi dia keras kepala. Aku balik je dari solat tengok2 beg aku dah dekat lantai. Kurang ajar.

Tapi apakan daya, hukum agama dan cctv atas kepala aku jer ni. Kalau tak ada dua ini, aku dah bunuh sumbat dalam bagasi lepastu lempar tepi jalan dan biar sampai busuk berulat.

Aku ni dah lah hidup berkongsi, bilik kongsi, rumah kongsi, tak pernah ada harta sendiri itupun motor dengan kain baju aku je.

Sebab itu aku tak boleh accept kalau orang lain ulang benda yang sama seolah2 aku ni tak wujud, aku ni tak layak ada itu ada ini, bumi ni aku tak boleh pijak lah senang cakap.

Teringin nak merasa ada rumah sendiri (sewa pun takpe dah), bilik sendiri, tempat kerja ada bilik khas, tempat simpan barang khas.

Bukan aku nak kedekut dengan orang, tapi biarlah patut sikit. Takkan kat tempat kerja duduk sekali nak buat macam rumah sendiri sampai orang lain kena minta izin bagai. Fikir logik.

Otak aku ni fikir singkat ja, tak nak rumit2, aku jujur cakap lah. Dah duduk berkongsi buat cara berkongsi. Jangan masing2 nak conquer susah lah nanti.

Kalau duduk berbincang sama2 staff, minta izin bos, ada persetujuan dari staff dengan bos masa tu kau nak setup, nak renovate, nak letak papan larangan, arahan, perintah silakan. Dipersilakan.

Kalau memang dari awal masuk kerja bos dah set tempat kau, takpelah kau nak buat macam2, orang lain kau larang kacau/ ceroboh masuk/ guna.

Ini kalau bos tak cakap apa2 kau dah pandai2, berani, tak de urat malu, kau booking liang lahad sendiri lah senang. Tunggu masa kau masuklah dalam tu duduk sorang2. Sampai takde toleransi langsung, aduhhh.

Point aku kat sini, aku atau siapa2 pun jangan terjumpa dah manusia jenis macam ni. Kalau ada, pandai2 aku atau korang hadap. Itupun kalau iman dan akal aku/korang tebal lagi lah.

Okay itu saja. Terima kasih baca.

– Rasyad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. semoga awak kuat dan tabah.. jangan sesekali tunjukkan pailang awak… akan menyesal nnt.. dah cuba berbincang dgn manager/HR/boss? kalau tak jalan, cuba bgtau kakak2 atau abg2 yg rapat dgn manager/boss.. bab ni awak kena rajin sikit buat bising komplen.. awak jgn sebut nama penjajah tu, awak cuma cakap (contoh) awak tak de tempat nak letak barang awak sbb staff makin ramai, locker pun dah full.. awak risau barang2 awak kena curi bla bla bla.. maybe dorg akan pertimbangkan beli locker baru, kalau berlaku lagi awak complaint byk2 lagi kat boss awak.. biar dorg siasat apa yg berlaku..

  2. Direct bagitau bos. Bawak dia sekali ckp depan bos. Tengok dia nak jwb apa. Kalau bos pun tak nak ambik port.. kau beli la locker kau sendiri buh situ mcm dia buat. Or kau cari tempat kerja lain.

  3. Beli laci yg ada kunci sdn, sekarang banyak portable drawer. Benda tu ko boleh angkut once ko berenti nanti. Comp aku dulu ada gak monyet mcm ni. Benda ada bajet dlm capex list tahunan utk beli monyet tu takmo beli, aku sorg je takde meja berkunci lansung.

    So aku beli kusi ngan drawer sdn. Bila ada org soal kenapa kusi aku x sama staff lain aku jawab aku beli sdn. Skali tu boss aku kena transfer aku amik almari besi dia heret dpn monyet tu letak belakang aku. Ko ingat ko monyet aku takleh jd gorila. Ko observe kalau dia boleh buat suka hati boss tak tego ko pon boleh buat gak

  4. ala mat…ko beli jela meje sendiri…kerusi sendiri…bincang balik dgn boss…ko adjust la sendiri…benda kecik je ni…tp sampai main liang lahad la ape la…ko je yg nampak bitter lebih ni…tah2 org lain dah habis toleransi dgn ko..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *