Penjamin dan Peminjam

Assalamualaikum semua .

aku perempuan, berumur 20+ tahun dan baru saja habis belajar di salah satu ipta kat malaysia ni. okay aku nak cerita ni. mungkin panjang. tapi bukan cerita pasal aku la. pasal mak aku a.k.a penjamin. harini aku baru je temankan mak aku pergi court sebab court panggil dia untuk kes tak bayar hutang. tapi bukan mak aku la. anak jiran kitorang dulu-dulu. dia ada buat pinjaman pelajaran dengan X. tapi disebabkan mak bapak dia tak mampu nak jadi penjamin, so family dia ni merayu la kat mak aku suruh jadi penjamin. mak aku ni opkos la berat hati kan. ye la nak jamin orang luar kot. kalau anak sendiri takpe la jugak. ni jiran. walaupun ada la sikit bau-bau bacang dengan family dia tu but still bukan darah daging ponnn.

so nak dijadikan cerita, mak aku pon terpaksa la jadi penjamin dia a.k.a si mangkuk ni (sorry aku memang tengah marah) sebab mak aku mesti la rasa serbasalah tak tolong kan. lepastu kesian sebab dia nak sambung belajar. mak dia ni pilih mak aku jadi penjamin aku rasa la mungkin sebab kitorang ada bau-bau bacang dan mak aku kerja gomen (ada kaitan ke kalau nak jadi penjamin?) mak dia ni pulak masa merayu kat mak aku kemain cakap ” macam mana la Melayu ni nak maju kalau Melayu sendiri pon taknak tolong? ” ewah-ewah time aku dengar mak aku cerita macam ni menyirap jee darah aku. ni haa dah tolong kenapa pulak jadi macam ni makcikk oiiiii??!

u gaiss know what, anak dia ni 40 tahun hidup baru RM200 je bayar pinjaman tu! padahal kau bukan nye kerja cikai-cikai. pakai kereta amboi amboi amboi bak kata altimet. tapi hutang kau yang RM2k lebih je tu pon kau tak mampu ke?? MUSTAHIL! kakak aku yang sebaya dia peminjam PTPTN yang amount lagi banyak dari dia tu pon dah habis bayar. and now lepas dah berpuluh-puluh tahun tak bayar memang la naik kan. lepastu cakap nak kumpul duit dulu la apa la. kitorang tak suruh pon bayar langsam. ansur-ansur dulu pon takpe la macam yang Puan Hakim cakap tadi.

lepas je mak aku dan lagi sorang penjamin dia (jiran kami jugak) dapat surat dari mahkamah, mak aku terus contact mak dia ni. sebab dulu sebelum bapak aku meninggal tahun 2007, bapak aku ada tanya dia dah bayar ke belum? dia jawab dah. dah la sangat~~ mak aku cakap kat mak dia ni pasal surat tu then mintak nombor peminjam ni. peminjam ni lelaki ye. mak aku mesej dia, wassap dia bagi tau pasal surat tu. and dia kata dia nak selesaikan dalam bulan sekian. tapi mak aku cakap la bayar la sikit-sikit dulu sebelum tarikh kena naik court. and dia cakap baiklahh *taik* sampai sekarang haram jadah dia tak bayar langsung!

mak dia pulak boleh cakap kat mak aku yang dia tak boleh nak tolong apa-apa. kena bincang sendiri dengan tuan badan. wow. masa kau mintak tolong dulu kemain hebat kau merayu. bila dah sampai tahap jadi macam ni tak boleh nak tolong pulak? aku taknak la tuduh mak dia ni kan tapi aku rasa as a mother dia kena selalu ingat kan anak dia untuk bayar hutang dan jangan menyusahkan orang lain. but now? tah la tapi aku rasa dia ni pon sama macam anak dia main lepas tangan je. Melayu tak maju sebab ada orang yang perangai macam family korang la tau tak.

mak aku selalunya mesej dan wassap dia je sebab kalau call tak pernah langsung angkat. ada satu hari tu dia cakap dia dah contact X dan bagitau yang dia akan settle kan. dia ingat mak aku bodoh ke? mak aku kalau bab-bab penyiasatan ni mak aku power woooo. tu sebab zaman sekolah dulu keputusan exam kitorang mak aku tau dulu. cable bersepah hahaha. mak aku memang ada contact dengan orang sana lepas je dapat surat tu. so bila si lelaki ni bagitau macam tu mak aku pon terus la contact orang sana tanya betul ke tak dia ada contact kata nak settle kan. the answer is no. dia takde langsung call X. dah la liat nak bayar, jadi penipu pulak. mak aku pon forward la mesej daripada pihak sana ke peminjam ni. lepas je mak aku send mesej ni, terus dia tak reply apa-apa dah dari mak aku. mesej ke wassap ke, no. call lagi laaa. memang tak lahh weyy. sebelum ni dia ada cakap dengan mak aku takyah datang court sebab nanti takut upah guaman mahal. haa tau pulak kau takut. masalah nye mana boleh tak datang. kalau tak nanti kena tangkap kalau dah asik tak datang je. ni kes kepala letak kat lutut.

and yes. dia tak datang pun tadi. yang datang mak aku dengan penjamin lagi sorang je. Puan Hakim tu pon cakap this is not fair. memang pon tak fair. ni pon aku tak tau betul ke tak dia nak bayar. teori aku, kalau betul la dia tau tanggungjawab dia sebagai penghutang, mesti la dia dah bayar dulu-dulu tu kan? tapi takpe la. kami cuba husnuzhon. kalau akhir nya mak aku yang kena bayar, aku nak hasut mak aku jangan halal kan duit dia hahahaha. ye la banyak kott. ingat mak aku takde komitmen lain ke dengan duit dia tu. umur dah 40 tapi akal macam tak berfungsi. aku bukan la nak puji family sendiri, tapi mak aku tu lepas je kitorang adik beradik habis belajar, dia selalu ingat kan suruh bayar hutang. jangan tak bayar sebab nanti banyak pihak yang susah. contohnye macam ni laahishhh. aku ni pon lepas habis belajar je terus nak cari kerja sebab teringat kat hutang jee. macam mana la dia boleh hidup beranak pinak dengan tenang padahal hutang berlambak. rubbish.

so nasihat aku kepada penghutang pinjaman pelajaran dan lain-lain, termasuk aku jugak la. tolong la jangan la ambek mudah hal-hal hutang ni. memang la kita ada penjamin tapi tergamak sangat ke nak susahkan dorang pulak? orang dah tolong tu sila la balas jasa dorang. jangan buat perangai. elok-elok hubungan persahabatan/kekeluargaan selama ni baik jee tetibe disebabkan hutang, dah terputus. kan rugi. tak berbaloi. kalau ye pon tak mampu, bagi tau elok-elok. bukan nye sampai taknak reply, tak angkat call. family pon kena main peranan. mak bapak kena la selalu ingat kan. kalau dia tak mampu, tolong la dorang. siapa lagi nak tolong family sendiri kalau bukan family? tak dapat banyak, sikit pon jadi la makcik pakcik kakak abang oiii. takkan sebab korang taknak susah, pastu nak susahkan orang lain? biadap nama nye ni. sorry to say aku memang taknak dah ada hubungan yang baik dengan dorang. kakak aku kata, patut la dulu ramai taknak bagi pinjam kat family dorang ni. rupa nye sebab ni. alahai Melayuuuuuuu. akhirnye apa yang mak aku takut kan dah jadi betul-betul. doakan kami ye moga dipermudahkan segala urusan. moga dia tu lembut hati dan tepati janji nak bayar. thanks sudi membaca.

p/s : suruh bayar cara lembut tak jalan, kau tunggu cara kitorang nanti ek. bhahahahaha *evil laugh

– anak penjamin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit